Archive for March, 2010
Mengabadikan Kenangan
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Hari Sabtu(27/3/2010) lepas, Helwa taman saya mengadakan program “Ramah Mesra bersama Helwa”. Ia sempena juga Hari Kesihatan dan Usahawan Taman serta juga Hari Kantin sekolah Kafa Taman kami. Kami mengadakan program tersebut di Surau taman.
Cumanya di sini saya ingin mengabadikan kenangan untuk Program Helwa(Program yang lain tak pergi) yang mana saya turut terlibat untuk menjayakan program tersebut. Walaupun anak saya terlibat disebelah paginya saya tidak berkesempatan untuk pergi kerana ada lagi saki baki persiapan yang belum disiapkan. Tambahan pula saya dipertanggunjawabkan untuk program Pertandingan Masakan(terkilan juga tak dapat masuk pertandingan ni..). Kad untuk perserta dan kad tanda Pemenang(tak tau namanya) masih belum siap lagi. Nak dijadikan cerita printer pula meragam dan inknya pun habis, jadi bertambah lambatlah siapnya.
Di bawah ini khas untuk orang taman saya yang nak lihat gambar program tersebut. Maaflah saya tak pergi cuci gambar tu. Kalau nak, ambil(copy & paste) je kat blog saya ni yaa..

Antara muslimah yang datang untuk program Helwa. Beramah mesra sementara menunggu program di mulakan.

Di mulakan dengan bacaan doa oleh ustazah(menantu Kak Normah yang pernah saya ceritakan sikit kisahnya, maaflah namanya panjang sangat sampai tak ingat). Di sebelahnya Cikgu Hasni yang menjadi MC
Wadih
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Tahukah anda kebanyakkan makanan Jepun adalah haram dimakan walaupun di sediakan oleh orang Islam dan restoran tersebut juga kepunyaan orang Islam? Yang menyebabkan haram dimakan adalah kerana sosnya mengandungi arak. Begitulah yang telah didedahkan oleh Majalah Al-Islam untuk bulan Mei 2009. Sudah puas saya mencari majalah tersebut di dalam simpanan di rumah saya namun tak tahu ke mana menghilangnya jadi saya tidak dapat buktikan apa-apa di sini.
Cubalah bertanya kepada yang arif tentang hal ini. Cuma sekadar peringatan kepada anda yang ingin mencari keredhaan Allah.
Saya sebenarnya sejak dari dulu lagi(masa kerja) teringin sangat makan makanan Jepun terutamanya sushi(betul ke ejaannya?), namun tidak pernah kesampaian. Tambah-tambah pula masa kerja, kawan-kawan asyik cerita pasal makan kat sana sini.
SyukurAlhamdulillah, rupanya ada hikmat disebaliknya. Namun demikian banyak lagi makanan lain yang shubahah. Antaranya yang berkenaan keju, kerana saya suka buat cheese kek dan juga pizza. Tapi sekarang dah ada orang melayu yang buat keju. Jadi rasanya lebih selamat.
Semoga kita semua sentiasa cuba memperbaiki diri dan pemakanan kita ke arah kebaikkan. Makanan yang haram dan shubahah adalah antara punca-punca menjadikan hati kita susah untuk dibentuk dan susah untuk menerima kebaikkan. Read the rest of this entry »
Terlena di Lembah Hina
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Sungguh nyenyak tidurnya si pemuda yang jika di amati amat tampan wajahnya. Wajah kuniaan Ilahi yang patut disyukuri. Wajah yang menjadi kegilaan para gadis untuk ditatapi. Wajah kebangaan ibubapanya semasa bayi. Wajah kerlingan jiran tetangga kerana dia dicemburui.
Tapi sayang, ketampanannya tidak dihargai, kerana tidak di tatap di cermin peribadinya setiap hari iaitu dengan bermuhasabahkan diri sehingga ke hati dan sanubari sehingga hilang segala seri. Sepatutnya setiap hari berkali-kali perlu dia mencerminkan diri, untuk menghindar dan mengurangkan jika ada palitan kotoran di dalam dirinya. Palitan najis yang mungkin mengundang bau yang tidak di gemari oleh orang sekelilingnya. Palitan sisa makanan yang dimakannya tengahari tadi. Palitan pen yang tidak sengaja terconteng dimukanya atau palitan serta percikan air lumpur yang tersimbah di mukanya semasa dalam perjalanan balik dari kerja serta pelbagai palitan lagi yang mungkin singgah di mukanya tanpa disedari.
Sayang, ketampanan wajahnya terlindung oleh mukanya yang kelihatan berserabut tidak terurus. Dia telah pergi jauh di dunianya sendiri tanpa perlu memikirkan hal lain yang terjadi di sekelilignya. Alam syurgawi baginya, alam yang sungguh menyeronokkan baginya tetapi sungguh hina bagi sesiapa yang berakal bila melihatnya. Ya, alam khayalan bagi yang telah menikmatinya. Sunggu…h! ketagih di buatnya. Sesiapa yang telah terjerumus ke lembah itu sungguh susah untuk melangkah keluar dari lembah itu. Walaupun apa ayat yang di berikan, walaupun apa benda yang boleh dan mahu di sumbatkan tetapi pasti sumbatan itu tercampak keluar dan mampu mempengaruhi persekitarannya. Begitulah kuat tersebarnya dan berkembangnya udara atau gas lembah hina itu. Mengembang, terus mengembang dan terus merebak di persekitarannya serta mampu memlebarkan dan membesarkan lagi jajahannya.
Pizza Kak Faridah untuk Dijual
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Secara kebetulan Jiran setaman saya baru mula menjalankan “perniagaan dari rumah” antaranya pizza, kek coklat, Coklat cookies(yang ni rasanya saya nak tolong jualkan secara on line, harap-harap dapat komisyen dari dia, he..he..he…).
Jadi saya nak tolong promosikan produk dia. Ini untuk orang-orang sekitar Seremban ya… Akan di hantar di hadapan rumah anda. InsyaAllah.
Kelas Pengajian petang Jumaat yang lepas dia jamu ustazah dan kami yang mengikuti kelas itu, jadi saya sertakan sedikit gambarnya untuk anda yang ingin buat pembelian.

Kak Faridah tuan punya perniagaan. Tapi dalam perniagaan ini, anak daranya, Ayu menjadi orang kuat/tukang buat/pakar masak.
Bagi yang berminat untuk membuat tempahan dan pertanyaan selanjutnya bolehlah hubungi Kak Faridah, tel 012-2243696. Hai orang Seremban, sokonglah “Perniagaan orang Islam”. Dia juga ada menjual produk-produk halal.
Masak Lomak Daun Gelugur
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Bahan-bahannya
1. Daun gelugur(daun asam keping tulah… Gunakan daun yang muda/pucuknya yang masih ada warna ungu)
2. Santan
3. Ikan kembong/tenggiri/parang(pilihlah salah satu)
4. Chilie api(banyak sikit bagi pedas baru best. Juga untuk menggurangkan masam daun tu…)
5. Garam secukup rasa.
Caranya,

Daun gelugur










.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.
