Rasulullah s.a.w
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Rasulullah s.a.w.
Hari ini…,
Hujang turun mencurah
Tanah yang keras dan merekah
Menjadi lembut, segar dan basah
untuk tumbuhan yang hampir rebah
Insani yang kepanasan, hilang resah
Penanda hari yang penuh Barokah.
Hari ini…,
Jumaat yang Indah
Namamu disebut tanpa lelah
Dipungah merata daerah
Diraikan di Rumah Allah
Hidupmu tertulis di dalam sirah
Telah dibahas di merata Madrasah
Hari ini…,
Hari yang penuh sejarah,
Kau dibahas, disebut oleh ummah
Kehebatanmu tetap terserlah
Walaupun kau tiada lebih 1400hijriah
Hari ini….,
Hari yang bertuah
Untukku, umatmu yang gelisah
Agar terus gagah
Meneruskan perjuanganmu yang diganyah
Semoga niatku tidak punah
walaupun jasadku makin lemah
Hari ini….,
Hari yang bertuah
Ya Allah aku pasrah
Kerna Engkaulah tempatku berserah.
******************************************
Malik bin Dinar meriwayatkan,
Maksudnya: “Rasulullah s.a.w. sama sekali tidak pernah memakan roti ataupun daging sampai kenyang kecuali ketika dhafaf.”
Malik bin Dinar berkata, “Saya bertanya kepada seorang penduduk Badui, “Apa yang dimaksud dengan dhafaf?” Ia menjawab, “Yaitu ketika seseorang mengonsumi makanan bersama orang banyak.”
(Riwayat Tirmidzi)
*******************************************************
Abu Hurairah r.a meriwatkan bahwa Rasullullah s.a.w bersabda maksudnya,
“Perkataan paling benar yang di ucapkan oleh seseorang penyair adalah perkataan Lubaid, Setiap sesuatu selain Allah adalah batil,” Umayah bin Abis-Shalf hampir masuk Islam.”
(Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Ahamad)
dan banyak lagi mengenai Rasulullah. Semuanya berada di dalam buku di bawah….
Dapatkan buku ini di StormReaders di sidebar blog ini atau klik sahaja gambar di atas.
********************
SELAMAT MENGINGATI DAN MENERUSKAN PERJUANGAN MUHAMMAD s.a.w.
Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.











.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.
