Menghasilkan Riben untuk Langsir
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Sebelum Hari Raya tahun lepas saya pernah menguar-uarkan di dalam blog ini untuk menunjukkan cara-cara menghasilkkan reben untuk langsir. Namun demikian masa dan keadaan tidak mengizinkan. Jadi, baru sekarang boleh saya sediakan untuk pengunjung blog ini yang berminat dengan jahitan.
Bagi mereka yang berminat saya ucapkan Selamat Mencuba.

Reben langsir
Bahan
2 helai Kain yang berlainan warna(sebaiknya satu gelap dan satu lagi terang)
Gegelang
Benang
Gunting
Jarum
Cara Menghasilkan Riben.
1. Gunting 2 helai kain yang berlainan warna mengikut ukuran rajah di bawah ini.

2. Lipat memanjang dan jahit bahagian yang terbalik. Lihat contoh rajah di bawah.

3. Setelah selesai terbalikkan kain tersebut(basiannya berada di dalam).
4. Letakkan punca jahitan kain tersebut ke tengah dan lipat seperti gambar di bawah ini.

5. Jahit seperti juga gambar di atas ini.
6. Terbalikkan kain tersebut dan pastikan bahagian basian jahitan berada di dalam.
7. Pastikan juga basian berada di bahagian tengah di belakang sekali.
8. Lakukan perkara yang sama pada kain yang satu lagi(ulangi langkah 2 hingga 5).
9. Setelah selesai tindih kedua-dua kepingan kain tersebut. Yang lebih besar dan panjang berada di belakang manakala yang kecil dan pendek sedikit berada di hadapan.
10. Pastikan kepingan kain yang kecil untuk reben berada di tengah-tengah kain yang besar.
11. Lipat seperti untuk membuat kipas di bahagian tengah kain. Ikat dengan benang untuk sementara waktu.
Untuk tali dan ekor reben
Gunting kain Ikut rajah di bawah. Gunakan mana-mana kain lebihan yang bersesuaian.
1. Melakukan perkara yang sama pada kain untuk tali(ulangi seperti langkah 2 hingga 5 di bahagian menghasilkan riben).

2. Manakala untuk bahagian ekor pula, ulangi langkah 2 dan 3 sahaja. Tetapi tinggalkan dalam 2 inci ruang tanpa di jahit(sebaik-baiknya di tengah. Ia adalah untuk memudahkan anda membalikkan kain tersebut.
3. Teruskan dengan melipat 2 dan tindahkan, seterusnya di potong menyenget seperti yang di tunjukkan rajah di bawah. Jahit di kedua-dua bahagian yang menyengget.
4. Barulah boleh diterbalikkan kain tersebut dengan menggunakan ruang kecil yang tidak
dijahit tadi.
5. Setelah kain tersebut berada di permukaan yang betul(selesai dibalikkan), ruang kecil yang telah digunakan, bolehlah dijahit dari luar.
Mencantumkan ekor dan riben
1. Bahagikan sama panjang bahagian ekor tadi dan letakkan dibahagian belakang.
2. Letakkan juga gegelang(untuk mudah di sangkut atau di jahit pada tempat yang ingin di gantung) di bahagian belakang riben tersebut dan akhir sekali lilitkan tali kain tadi. Rujuk rajah di bawah.

3. Hujung tali kain tadi hendaklah di lipat kebelakang supaya bulu-bulu kain tidak kelihatan dan tindihkan antara satu sama lain.
4. Jahitkan tindihan tali tadi.

Kebiasaan reben ini sesuai di letakkan di bahagain kepala langsir(valances) atau juga sebagai penyeri pengikat langsir.
Siap.
*********************************************************************************************************************
>>COMING SOON<<

Set Telekung(bersama Sejadah) Ilham Nisha. Tiada beg khas hanya pengikat yang boleh di bawa seperti beg.

Set Telekung(tanpa sejadah) Ilham Nisha yang di sediakan lebih dari satu warna.
Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.










.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.
