Anak Soleh/Solehah
Hari untuk diwarnai
Masa Pemberian Ilahi
February 2010
M T W T F S S
« Jan   Mar »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Kata-kata Jengahan

ShoutMix chat widget
Terima kasih utk..
Anak Muda
  • Salam lebaran... September 9, 2010
    Gerbang Syawal semakin menghampiri, Ramadan yang berkunjung, akan berlalu pergi. Syawal yang tiba, sambutlah ia dengan tasbih, tahmid dan takbir yang memenuhi ruang jiwa, Agar denai berliku yang telah, masih dan akan kita lalui untuk menuju kemenangan hakiki, Akan terus kita tempuhi dengan sabar dan percaya kepada bantuan Yang maha Esa. "Salam lebaran d […]
    Noraslina binti Jusin
  • Peluk Islam Selepas Masuk Masjid September 2, 2010
    Utusan Malaysia lupa kepada berita menarik yang pernah ia sendiri siarkan yakni mengenai non muslim yang memeluk Islam kerana pernah memasuki masjid sebelumnya.  Apakah nilai yang baik yang pernah dititip melalui akhbar mereka sendiri mahu dihapuskan oleh fitnah terhadap Islam yang ditafsirkan oleh golongan yang jahil?  Semata-mata kepentingan politik mereka […]
    ummuabbas
  • 27 RAMADHAN/6 SEPTEMBER - SYAFAWI PERTAMA BUATNYA September 5, 2010
    Dengan asma Allah yang Maha Agung...Hari ni adik saya Nurul Hidayah akan menghadapi peperiksaan hafazan Al Qur'annya yang pertama. Tersenyum saya bila dia mengirim sms tiada semangat untuk berhari raya, kerana risau dengan peperiksaan hari ini. Ujian Syafawi - baca dihadapan dua orang ustaz. Mereka akan menyoal beberapa soalan dari juzu' yang telah […]
    NORMI BINTI HAJI MAT YUSOF
  • Seloka hujung Ramadhan. September 4, 2010
    Bila ramadhan melabuh tiraiTirai Ramadhan berlabuh sudah.Berakhir bulan penuh barkah,Hidup kembali kepada fitrahKeluarlah kita dari madrasah,Ikatan syaitan terlerai sudahPintu nerake kembali terbelah.Apakah kita sudah berubah?Tirai Ramadhan berlabuh sudah Sana sini menusia membeli belahToko-toko menjadi tempat berkelahSi penjaja sebok mencari helah.Lagu raya […]
    makbonda
  • Iftar dan Sedekah September 4, 2010
    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهMasyaAllah, rupanya semakin meningkat usia,kudrat dan stamina tubuh apabila melakukan aktiviti semakin berkurang. Tak boleh bertahan lama untuk berdiri apatah lagi untuk berjalan.Walaupun di rumah sahaja, bukan pergi shopping pun, tetap banyak berjalan ke depan ke belakang. Dari belakang, an […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • 7 KAEDAH MENDIDIK ANAK CEMERLANG July 14, 2010
    Dipetik dari http://www.kaunselingskbt2.com Dalam mendidik anak-anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.Menurut Datuk Dr. Haji Mohd fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu i […]
    Al-Atiff
  • Selamat Hari Raya September 6, 2010
    ~STICKY MODE~Jangan cakap kat mama tau saya nak take over blog mama sekejap. Acik2 dan kakak2 apa khabar?? Masih ingat kat saya tak?? Sayalah KHAWLAH UMNEEYA, puteri ke-4 mama dan baba. Haa.. ingat saya lagi tak?? Yerr!! saya dah besar dah.. 5 bulan lebih dah umur saya. Hati2 tau sebab saya dah tumbuh gigi, sapa2 yang dukung saya standby lah yer untuk digigi […]
    ummumishkah
  • Petua Masuk Umah Baru....:) August 28, 2010
    Assalamualaikum...Menggoogle petua masuk umah baru di internet menemukan aku dgn banyak jenis petua yang diamalkan..ada yang meletakkan gula,garam dan memacam lagi kat dapur masa masuk rumah baru..agar mendapat rezeki yang banyak ... nak-nak plak , artis kita yang buat plak tu...siap masuk TV lagi...adeh...ada yang menanam telur yang telah di jampi (dengan m […]
    sumaiyah_nda
  • Care-liver September 7, 2010
    Good rest and sound sleep is very important… if u don’t sleep well, the toxic in your body will accumulate… affecting your health and your mood… The main causes of liver damage are: 1. Sleeping too late and waking up too late are the main cause. 2. Not urinating in the morning. 3. Too much […]
    ibunoor
  • MENANGIS YANG DITUNTUT SYARIAT September 9, 2010
    Kata ahli Hikmah,Dunia ini dimulai dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Menangis adakalanya dituntut oleh syariat. Abid yang menyintai Tuhan akan selalu menangis mengenangkan dosanya.Mereka memaksa diri menangis apabila mengenang nasib diri di hari akhirat dan membayangkan huru-hara pabila menjelang kiamat.Dalam hal ini menangis ad […]
    ::Umiliya6677::
  • KERJA vs KELUARGA February 12, 2010
    Alhamdulillah...setinggi kesyukuran kepadamu ya Allah,kerana akhirnya dapat juga menulis di blog yang sudah lama terbiar ini...sedihnya,nak buat macammana,mula aja persekolahan baru bermulalah episod baru,bermula dari dinihari seawal jam 4.30 @ 5.00 pagi pergerakan mesti pantas dan seperti yang dijadualkan. Segala mesti disiapkan sebelum jam 7.00..itupun den […]
    ustazah
  • KAD PENGGANTI DIRI September 8, 2010
    Khas buat semua...Kad pengganti diri... buat semua teman 'blogger' serta pengunjung yang ada... Selamat menyambut Syawal yang bakal tiba... Semoga Ramadhan yang bakal pergi akan melahirkan 'kita' yang lebih bertakwa Ampun maaf jua dipinta... andai ada kata yang melahirkan rasa... "Dalam berjaga-jaga mungkin ada jiwa yang terasa Dalam […]
    Ros Illiyyuun
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Apam Pisang

Apam pisang yang telah di potong. Ada sedikit kecacatan kerana tertitis air kukusan semasa mengangkat tutup kukusan. Saya menggunakan pisang Awak.

Bahan-bahannya untuk membuat apam pisang:

7/8 biji pisang emas(lebih kurang secawan pisang setelah di lenyetkan)
2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri
2 sudu teh Bikarbonat
2 cawan santan pekat(pati)
secubit garam

cara membuat apam pisang:

Pertamanya hendaklah panaskan kukusan anda sebelum anda menyediakan/mengadun bahan-bahan untuk membuat apam pisang di atas.

Untuk membuat apam pisang hendaklah menggunakan pisang yang betul-betul masak dan sebaik-baiknya pisang emas.  Jumlah pengunaan pisang bergantung kepada besarnya pisang. Pisang yang lebih besar seperti pisang embun atau montel boleh di gunakan dengan mengurangkan quantitinya iaitu menggunakan lebih sedikit dalam 3 atau empat biji sahaja.  Pisang hendaklah dilenyekkan sehingga sekata. Sebaiknya tiada ketulan pisang. Masukkan gula dan secubit garam dan gaulkan bersama pisang yang telah dilenyekkan tadi.

Tepung gandum, tepung naik sendiri dan bikarbonat hendaklah di ayak dan masukkan ke dalam pisang dan gaulkan hingga sebati bersama dengan santan.  Masukkan bahan-bahan yang telah di sediakan tadi di dalam bekas yang bersesuai untuk di kukus selama lebih kurang 1 jam atau 45 minit.

Apam pisangUntuk menghasilkan apam pisang yang cantik jangan terlalu kerap menbuka kukusan tersebut. Ia boleh menyebabkan apam pisang tidak naik dengan cantiknya.  Hanya selepas 1 jam anda boleh membuku tutup tersebut dan gunakanlah lidi atau bahagian hujung pisau untuk memastikan apam pisang anda betul-betul masak.  Masukkan lidi atau pisau tersebut dan cucukkan ke dalam apam pisang tersebut hingga ke bahagian bawahnya.  Jika tiada lekatan tepung pada lidi atau pisau tersebut maka ia telah pun masak. Tutup api dan biarkan ia sejuk.  Jangan di angkat terlalu cepat dari kukusan tersebut dan jangan terlalu cepat di buka bahagian penutup kukusan(renggankan sedikit sahaja) tersebut.  Ia juga boleh menyebabkan apam pisang tidak menjadi.  Lebih kurang 1/2 jam selepas anda menutup api barulah di angkat keluar dan di buka bahagian penutup kukusan tersebut.

****************************************


Semalam saya baru sahaja balik dari kampung menghantar ikan dan ketam hasil tangkapan suami dan kawan-kawannya.  Sebelum ni asyik cerita dengan mak, selalu makan lauk ketam kerana sejak cuti hujung tahun lepas suami saya rajin pergi menjaring ikan.  Ialah mak selalu ingat kat saya, sebagai anak ni takkan cerita je yang sedap-sedapkan.  Apa salahnya sesekali tu hantar sikit kat dia.

Secara kebetulan kami dah lama tak balik rumah mak mentua.  Suami saya nak mesin rumput dan berkemas sikit-sikit kat rumah maknya.  Jadi suami dan anak-anak lelaki tinggal kat rumah mak mertua manakala saya singgah sekejap  je rumah mak mentua.  Mak mertua nak ikut sekali pergi rumah mak saya  jadi kami masak kat rumah mak saya.  Bila dah siap masak dan makan, bawalah apa yang di masak untuk suami dan anak-anak bujang saya.

Bila nak balik ke rumah sendiri tu teringat pula pisang mak mertua yang ada beberapa tandan kat pokoknya.  Jadi saya pergilah tebang pokok pisang(kesian nak suruh mereka kerana dah keletihan).  Dapatlah 2 tandan(pisang Awak) dan bawa sekali daun pisang untuk buat ikan daun pisang(lempeng pisang) nanti.

Anak saya suruh buat kerepek pisang tapi rasanya tak boleh nak buat, kalau dia orang tolong bolehlah saya buat.  Hari ni pun hari persekolahan jadi tak de siapa nak tolong.  Nak tunggu hunjung minggu.., rasanya pisang tu dah masak, tak sempat…

Teringat pula akan apam pisang yang ingin saya buat bila pisang ni masak nanti.  Jadi saya berikan resepi apam pisang untuk anda semua.  Gambar-gambar di atas tu gambar yang lama yang saya simpan.  Nanti bila pisang dah masak saya buatlah apam pisang ke atau cekodok pisang.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.


Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

8 Responses to “Apam Pisang”

Leave a Reply

Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
Jangan lupa baca…
Jangan lupa ucapkan…
Salahuddin Al Ayubi

"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".

Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan".

Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Pola Langsir

Menggunakan Pola
EBOOK LANGSIR

Hiasan Dalaman
PROMOSI PRODUK
OOPS! You forgot to upload swfobject.js ! You must upload this file for your form to work.
Pizza Faridah
Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah, tel 012-2243696.
Pengujung ke
wordpress stats