........
PROMOSI PRODUK
OOPS! You forgot to upload swfobject.js ! You must upload this file for your form to work.
January 2010
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
Pola Langsir

Cara Menggunakan Pola
EBOOK LANGSIR

Untuk Hiasan Dalaman

Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Recent Comments

Ungkapan-ungkapan yang Menyenggat

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Saya harap yang empunya ungkapan ini mengizinkan saya mengambil sebahagian daripada petikan-petikan dalam blog mereka untuk diri saya terutamanya.  Mungkin juga sesuai untuk anda yang ingin memantapkan jati diri anda ke arah lebih Islami tapi mungkin kurang sesuai bagi anda yang baru/ingin berjinak-jinak dengan cara Islami kerana ia mungkin akan menyegat hati-hati  yang kurang biasa.

***********************************************************


dari…http://saifulislam.com/?p=7360

…..  KUASA NIAT

Itulah besarnya maksud pada pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam tentang NIAT:

“Sesungguhnya amalan-amalan itu bergantung kepada niat” [Al-Bukhari dan Muslim]

Niat bukan hanya soal menentukan dosa dan pahala di Akhirat.

Niat itu titik mula sebuah amal. Silap sedikit di titik mula, silap besar dan bertambah besar dengan pertambahan jarak dan masa.

Seperti sebuah pesawat yang sepatutnya terbang ke Jeddah, bisa sahaja di akhir perjalanan mendarat di Tel Aviv. Segalanya berpunca daripada tersasar beberapa darjah di permulaan kembara. Sikit-sikit lama-lama jadi penyakit. Kesilapan awal yang tidak diperbetulkan.

Allah mencipta manusia sebagai makhluk percaya. Dia akan bertindak mengikut apa yang dia percaya.  Kepercayaan itu pula letaknya di dalam jiwa. Percaya di dalam, amal dan kerja di luar. Kerja luar adalah terjemahan kerja dalam. Betulkan dalam, eloklah luar. Justeru betulkan hati, tempat letak percaya diri.

Manusia adalah makhluk inside-out.

Tetapi manusia suka berniat dengan outside-in.

Kerana isteri, isteri tetap sengsara. Kerana bonda, bonda terus derita.

Sebab itu, hanya satu sahaja yang sejahtera diangkat menjadi percaya.

Bekerja kerana Allah.   …..

**********************************************************

dari… http://genta-rasa.com/2010/01/13/amanah-dengan-rezeki/

….   Mereka yang benar-benar beriman akan menjaga sumber rezeki dengan berhati-hati. Apa lagi dengan yang haram, yang syubhat pun dijauhi sedaya mungkin. Bahkan bagi mereka yang muqarrabin (orang yang sangat hampir dengan Allah) yang halal itu pun masih ditangani secara berhati-hati, bimbang terjebak dalam perbuatan yang membazir, menimbulkan fitnah atau perkara yang sia-sia. Sesetengah mereka begitu takut untuk ‘tertawan’ oleh nikmat dunia hingga berkata:
“Aku takut akan nikmat dunia kerana halalnya di¬hisab, manakala haramnya pula diazab.”

Perlu juga diingat bahawa satu kejahatan dan perlakuan haram itu bukan sahaja di¬balas di akhirat, malah di dunia lagi kita akan menerima bahananya. Bagaimana?

Jawabnya, perlakuan haram dan berdosa itu memberi kesan langsung kepada pembentukan peribadi kita, ahli keluarga bahkan generasi kita! Akibat sumber rezeki yang haram, anak, isteri malah diri kita sendiri akan cenderung untuk melakukan kejahatan. Isteri mungkin curang. Anak-anak mungkin menjadi degil dan payah diatur. Pendek kata, individu yang dibesarkan oleh sumber rezeki yang haram akan mudah melakukan ke¬jahatan dan sukar melaku¬kan kebaikan.  …..

**********************************************************

dari… http://www.ummuhusna99.blogspot.com/

…….. Ciri-ciri yang digariskan di dalam Islam, berpandu al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW ialah :
1. Menutup aurat sebagaimana sabda Baginda : Telah berkata Aisyah RA “Sesungguhnya Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi SAW dengan memakai pakaian yang nipis. Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”

2. Tidak nipis sehingga nampak bayangan tubuh badan dari luar. Rasulullah SAW menegaskan di dalam sabda Baginda yang bermaksud :“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah, kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh” (Riwayat Muslim)

3. Tidak ketat atau sempit, tetapi longgar dan selesa dipakai. Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh terutama bahagian dada dan pinggul wanita, yang mengiurkan nafsu lelaki, mengecurkan keinginan syahwatnya dan seterusnya dapat menutup aspek kehaiwanan dari golongan itu.

4. Warna pakaian itu suram, tidak garang dan tidak terlalu terang. Tidak menyerlah atau menyilau pandangan, sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya ( terutama pakaian seperti jubah atau abaya). Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi SAW ketika mereka keluar rumah adalah berwarna hitam.

5. Tidak sekali-kali memakai bau-bauan yang harum, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu lelaki. Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai zaaniyah, iaitu pelacur atau penzina. “Wanita apabila memakai wangi-wangian, kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini ( iaitu pelacur ). ” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

6. Tidak menyerupai ( bertasyabbuh ) dengan pakaian lelaki iaitu tidak meniru–niru atau menyerupai pakaian lelaki. Ibnu Abbas RA berkata: “Rasulullah SAW telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki” (Riwayat Bukhari)

7. Tidak bertasyabbuh dengan pakaian perempuan-perempuan kafir dan musyrik.

8. Pakaian itu bukanlah bertujuan untuk libasush-shuhrah, iaitu untuk bermegah-megah. Menunjuk-nunjuk dan berbangga dengan gaya.  ………

**********************************************************

dari… http://keranacinta.wordpress.com/

…….. Betapa peristiwa sekecil ini menjana hubungan hati saya dengan Allah.  Allah ingatkan saya agar berdoa kepadaNya.  Allah juga mahu saya bersikap ihsan dengan penjual keropok.  Tidak salah saya tidak mahu membeli kerana dari sudut fikah, jual beli harus berlaku dengan konsep ‘al-Taradiy’ yakni saling meredai.  Tidak boleh memaksa atau mendesak orang membeli dan tidak boleh pula membeli kerana terpaksa.  Namun dari sudut akhlaknya,  Allah mahu menyuburkan sikap ihsan yang mana saya telah membeli dua bungkus keropok sebagai tanda syukur.

Allah juga telah memberi tarbiyah kepada anak-anak saya melalui ulasan hasil tafakkur dan zikrullah pada peristiwa.  Alhamdulillah, anak-anak saya mendengar dengan baik.

Benar, musafir itu memberi 1001 ilmu dan didikan bagi mereka yang mahu berfikir walau pada perkara yang kecil.  Buat anak-anak yang belum mampu berfikir jauh, sebagai ibubapa, kitalah yang bertanggungjawab memandu mereka kepada peningkatan iman dan taqwa di hati.

Jika kita kurang sabar, suka marah-marah dan tidak mahu berfikir, ilmu yang Allah mahu berikan secara cash akan berlalu begitu sahaja.  Bukan kita sahaja yang rugi, setiap orang yang bersama kita turut rugi terutama anak-anak yang perlu dibimbing.

Ya Allah…berikanlah ilmu yang dapat menambahkan ketaqwaan di hati kami.

Ya Allah…ampunilah dosa-dosa di atas kejahilan dan kelemahan kami.

Ya Allah…kembalikanlah kami kepadaMu dengan belas kasihanMu sebagaimana Engkau hidupkan kami dengan rahmatMu.  ………

**********************************************************

dari… http://hati-seorang-ummi.blogspot.com/

……..   Apabila mukmin dalam kesentiasaan mengingati kematian, ia akan merealisasikan dalam kehidupan mukmin itu dua perkara:

1) sentiasa memperbaiki diri dan menolong agama Allah

2) menjadi mahaguru kepada alam

Apabila manusia tidak melarikan diri daripada mengingati kematian, mereka mempercayai bahawa ia akan berlaku pada setiap manusia, dan manusia tidak perlu lari daripadanya, akan membawa manusia kepada amalan sentiasa berusaha memperbaiki diri dan kesentiasaan hati mereka bersama Allah SWT

Mereka sentiasa memperbaiki hubungan mereka dengan Allah SWT, ikhlas dalam beribadah kepada Allah, benar dan beristiqamah di dalam muamalat mereka, dan mereka berbaiah (mengikat janji) bahawa diri mereka akan diserahkan untuk Allah dalam rangka memperbaikinya, dan menolong agama Allah SWT. Kefahaman mereka terhadap kematian akan membawa mereka kepada hakikat:

الموت في سبيل الله أسمى أمانينا

Maksudnya: “Mati di jalan Allah merupakan setinggi-tinggi cita-cita kami”.

Muslim yang mengingati Allah SWT, dan mengingati bahawa dia akan kembali semula bertemu dengan Allah SWT akan berusaha memperbaiki dirinya berasaskan kepada asas-asas yang berikut:

1. Memahami Islam dengan kefahaman yang syumul yang mempunyai pandangan yang jelas terhadap kehidupannya.

2. Ikhlas kepada Allah SWT dalam tuturkatanya, amalnya, kesungguhan dan jihadnya.

3. Beramal ke arah memperbaiki diri, membentuk keluarga muslim, menguruskan masyarakat dan negara supaya selari dengan kehendak Allah.

4. Jihad; iaitu sesuatu yang difardhukan sehingga hari Kiamat. Jihad dilaksanakan untuk memelihara Islam sama ada dengan lidah, mata pena, tangan dan kekuasaan dan kata-kata yang benar yang tidak takut kepada celaan manusia.

5. Pengorbanan; yang bermaksud seseorang muslim itu akan sanggup berkorban kerana meyakini bahawa pengorbanan yang dilakukan itu akan dituai hasilnya ketika kembali bertemu Allah SWT. Ia sanggup mengorbankan jiwanya yang disayangi, masanya yang berharga bahkan seluruh apa yang ada padanya untuk cita-cita yang tinggi, dengan penuh keyakinan dengan pahala yang disediakan oleh Allah SWT dan tidak disia-siakan.

6. Ketaatan; yang membawa kepada perlaksanaan arahan-arahan syarie sama ada diwaktu senang dan susah, dan diwaktu kuat dan lemah.

7. Tajarrud; yang membebaskan diri dari sebarang kefahaman yang bertentangan dengan keyakinan dan keimanannya, atau keberantungannya terhadap mana-mana idealogi ataupun individu.

8. Thabat; iaitu tegas dan tetap dengan keyakinan dalam pengorbanan yang dilakukan tanpa ragu-ragu kerana menyakini janji-janji Allah dan meyakini ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT.

9. Ukhuwah; iaitu yang mengikat hati-hati manusia bahawa arah tuju mereka adalah satu, dan tempat mereka kembali juga adalah satu.

10. Thiqah; iaitu ketenangan yang mendalam yang melahirkan kasih, penghormatan dan ketaatan.  ……..

**********************************************************

http://www.zaharuddin.net/content/view/903/72/

……  Ulama memang ada berbeza pendapat namun ia disebabkan perbezaaan tafsiran terhadap sesuatu dalil.

Orang ilmu sekerat berbeza pendapat kerana tak sampai ilmu untuk faham sesuatu dalil tapi tetap nak beri pendapat atau langsung tidak tahu kewujudan dalil itu.

KESIMPULAN

Saya menasihatkan diri saya, dan rakan-rakan pencinta ilmu Islam agar menjauhi fenomena mengutarakan pendirian dalam bidang agama sedang diri ilmu sekerat-sekerat dalam sesuatu bidang.

Saya menyatakan ini kerana bimbang melihat fenomena kebebasan bersuara hasil kewujudan blog, forum serta facebook hari ini, kelihatan begitu terbuka. Ya ia menyediakan ruang untuk semua orang memberi komentar, pandangan dan kritikan.

Agak bimbang melihat, sebahagian orang yang masih berilmu sekerat-sekerat dalam pengajian ilmu asas-asas agama, khususnya dalam bidang yang ingin dikritik, dibantah dan diulasnya. Namun dia tetap ghairah melontarkan pandangan dan pendirian kepada umum. Akhirnya, dia tidak lain kecuali membawa fitnah dan kesesatan berbanding kebaikan dan keselamatan. …….

Semoga “Hari ini lebih baik dari semalam manakala esok lebih baik dari hari ini”. Semoga saya mampu berubah ke arah yang lebih baik lagi. Ameen

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Leave a Reply

Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
Jangan lupa baca…
Jangan lupa ucapkan…
Salahuddin Al Ayubi

"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".

Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Kata-kata Jengahan

ShoutMix chat widget
Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan".

Terima kasih utk..
Anak Muda
  • SELAMA HAYAT INI..... March 10, 2010
    “Barakallahu lakuma....wabaraka ‘alaikuma..wajama’a bainakuma fikhair..” Meriah berkumandang lagu daripada Maher Zain,mengingatkan saya kepada kemeriahan majlis pernikahan sebelas tahun yang lalu. Kenangan indah penyatuan hati antara saya dan suami.Masih terbayang saat-saat manis ketika baru bergelar seorang isteri. Bagai terasa kekalutan dan rasa bimbang ya […]
    Ummu Husna
  • Hak Wanita yang Berzina March 10, 2010
      Ramai kawan-kawan saya masih nak tahu jika ada jawapan untuk persoalan saya ni kerana ia tidak dibincangkan selama ini : 1)   Adakah mana-mana rujukan untuk seorang wanita itu menuntut lelaki yang berzina dengannya mengahwininya? 2)   Lelaki yang sudah banyak menabur kata janji yang membuat wanita-wanita ini terpedaya terlalu ramai yang lepas lari terutama […]
    ummuabbas
  • Sehari Sahaja Selesai March 9, 2010
    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهKita hanyalah saksi ( syahid ) atas Pekerjaan Allah yang Maha Sempurna..dan kita juga hanya diam terpaku dalam Kesibukan Allah ( Af'alullah )..Allah yang Mengajar kita, Allah yang Mengatur serta Mencipta Segala-galaNya... ( QS An Nahl : 78 )Alhamdullilah, seharian semalam menguruskan bo […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • 5 BINTANG UNTUK TV1 March 9, 2010
    Dengan asma Allah yang Maha Agung.Boleh dikatakan tv1 amat jarang kami tonton....sekali sekala andai ada rakaman Majlis Menghafaz Al Quran, atau jika nak tengok pembaca beritanya yang berlesung pipit+bertudung tu..(tak gitu abang? heh heh) Tapi, sekarang ada rancangan yang sangat bagus untuk anak-anak dan mak bapak anak-anak. Rancangan ADIK-ADIKKU. Walaupun […]
    NORMI BINTI HAJI MAT YUSOF
  • USIA YANG MAKIN MENINGKAT January 27, 2010
    Masa yang berlalu, seiring dengan anjakan usia. Hari ini usia diri genap 28 tahun.Rasulullah SAW:المؤمن عبد بين مخافتين من ذنب قد مضى لا يدري ما يصنع الله فيه ومن عمر قد بقي لا يدري ماذا يصيب فيه من الهلكات(Orang Mukmin hamba antara dua yang menakutkan. Antara dosa yang telah berlalu, ia tidak tahu apakah yang akan dilakukan oleh Allah padanya (hukuman). Dan […]
    Al-Atiff
  • SUARA HATI.. March 9, 2010
    Hasrat hati mahu jadi seorang penulisSeorang penyairSeorang yang pandai bermain bahasaSeorang yang pandai mengadun setiap butir kalimahAgar setiap orang yang bacaAkan mengagumi..Akan terkesan..Akan menjadikan diri ini idolaNamun..Aku tahu..Siapa aku..Kemampuanku..Kebolehanku..Juga..aku juga tahu bahawa aku tidak sehebat mereka-mereka itu..Namun aku juga tahu […]
    Hani
  • Bila Tiba 36 Minggu... March 5, 2010
    Bismillah al-Rahman al-RahimMinggu ni usia kandungan ku ini mencecah minggu ke 36.. ikutkan baby dah matang dan bila2 masa jer boleh keluar dari rahim mama ni. Rabu lepas berkesempatan menjenguk baby yang dinanti2 ni, appointment dengan gynae.. Alhamdulillah baby berkembang dengan sepatutnya, berat yang mencecah 2.72 kg ( wah! baby mama ni membesar bagai jua […]
    ummumishkah
  • Amira Berpesan... March 5, 2010
    Saya selalu berpesan pada Amira setiap kali bersalam sebelum dia ikut Daddy kesekolahnya..Pertama" Amira belajar rajin-rajin yer" atau " Amira belajar baik-baik yer"Kedua"Amira makan banyak-banyak tau" ....saya pesankan ini sebab Amira ni susah benar nak makan di rumah. Harap-harap kat sekolah di seronok nak makan bersama kenkaw […]
    sumaiyah_nda
  • apam pisang coklat March 10, 2010
    apam pisang yg menyelerakan................ermm dr blog kekawan umi yg baik hatihttp://anissdairy.blogspot.com/ Salam..ermm kelmarin umi gi jalan2 di hujung jari jer...ermm singgah kat blog kak anisdiary ni..ermmmm~~`http://anissdairy.blogspot.com/ teruja lak umi bila masuk blog ni..apa taknyer rajin sungguh akak kita sorang ni...ermm "umi pandai salin […]
    UMILIYA
Pizza Faridah
Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah, tel 012-2243696.
Pengujung ke
wordpress stats