Jengahan Tahun Baru.

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Jengahan Pertama

Terlalu pantas masa beredar.  Rasanya baru sahaja tahun baru menjengah.  Sedar tak sedar sudah melewati seminggu tahun baru 2010 manakala tahun baru Hijrah telah menghampiri bulan Safar pula.

Kayu hoki specialTerasa reda sedikit lelah.  Maklumlah rumah yang bagai tongkang pecah telah dapat dipulihkan semula.  Mana tidaknya musim cuti sekolah di dalam rumah pun boleh dijadikan padang.  Batang paip boleh dijadikan kayu hoki.  Itulah kreativiti suami saya untuk memudahkan anak-anaknya bermain.  Akhirnya terpaksa dilarang kerana dijadikan pedang untuk main lawan-lawan.  Mana tidaknya yang bermain dari anak yang besar sekali hinggalah yang kecil sekali.

Urusan persekolahan anak-anak juga menjadikan saya lebih sibuk dari biasa.  Banyak perkara terpaksa di rombak  dan difikirkan untuk kebaikkan bersama.  Namun demikian segalanya dapat diselesaikan kerana semua ahli keluarga saya memainkan peranan masing-masing dan sama-sama berkerjasama.   Alhamdulillah.

Anak saya, Siti Aisyah walaupun pada mulanya kami ingin menyekolahkannya ke sekolah tadika, namun disaat akhir kami membatalkan rancangan tersebut.  Namun selepas dua hari, hari persekolahan bermula anak saya mula merenggek untuk bersekolah seperti abang-abangnya.  Merayu-rayu sambil menitiskan air mata, kasihan pula rasanya.

Apabila abang-abangnya membelek-belek buku sekolah dia pun sibuk juga membelek-belek buku-buku yang dibeli untuk dia.  Kadang-kadang mengacau abang-abangnya yang ingin membuat kerja sekolah.  Umurnya masuk 5 tahun, memang sepatutnya umur begini sudah boleh di sekolahkan tapi mengingatkan abang-abangnya dahulu sudah bersekolah sejak umur 4 tahun tapi setelah berumur 6 tahun mereka sudah malas untuk ke sekolah.  Jadi kami cuba menangguhkan persekolahannya.  Anak saya yang kedua kecil pun hanya di sekolahkan ketika umurnya 6 tahun iaitu tahun lepas.  Semangat anak saya Abdul Sadiq membara samada masuk tadika tahun lepas mahupun darjah satu tahun ini.  Mujurlah masa di tadika dia masih boleh lagi bersaing walaupun hanya 1 tahun sahaja dia bersekolah Tadika.

Jadi ingatkan Siti Aisyah pun saya nak buat macam tu.  Namun, terpaksa dibatalkan juga dan menggunakan semula perancangan yang terawal.

Baru dapat baju sukan. Baju sekolah tak de saiz.

Bersemangat nak ke sekolah. Terus je masuk tanpa menoleh ke belakang.

Di sekolah yang sama dengan abangnya dahulu iaitu PASTI Al-Amal Taman Marida, Seremban.  Walaupun di taman saya ada 2 Taska yang lebih standard(salah satunya Taska ABIM).

Seronok betul dia.  Beg sekolahnya sentiasa berada di sisinya.  Bila naik ke atas dibawanya ke atas, bila turun bawah dibawanya ke bawah, bila nak tidur di letakkannya di sebelah.  Begitulah dia untuk minggu pertama ini.  Bila hari pertama ke sekolah tak perlu nak tunggu lama-lama.  Tak de masalah terus je berlari masuk ke dalam sekolah.   Bukan saya yang pujuk dia,  dia pula yang pujuk saya.  Alhamdulillah.  Harap-harap semangatnya terus membara dan berjaya menjulang nama Islam di puncak kejayaan di zamannya nanti.  Ameen, ameen ya Robbal alamin.

Jengahan Kedua.

Awal tahun ini saya dijengahkan dengan perkara-perkara yang tidak baik.  Entah kenapa ada tiga atau empat pembelian produk saya secara online ada berunsur penipuan.  Sebelum ini memanglah ada tapi satu-satu je.  Kali ni sekali semuanya.  Siap telefon lagi dari Sarawak negeri di bawah bayu, marah-marah sebab saya tak hantar order.  Katanya duit telah dimasukkan.  Nasib baiklah telah saya sematkan dalam hati tahun ni nak senyum :) selalu walaupun apa keadaan sekalipun.  Jadi saya tak balaslah kemarahannya dengan kemarahan.  Saya jawab je dengan penuh sopan dan tidak meninggikan suara.  Saya suruh dia emelkan salinan pembayaran atau penyatanya tapi tak dihantar.  Saya katakan padanya  “biasanya bank akan emel pada saya jika ada sebarang pembayaran/kemasukkan duit”.

Jadi bagi mereka yang ingin atau terasa nak untung secara haram tu.. fikir-fikirkanlah.  Silap-silap, awak yang rugi ya..  Menghabiskan duit topup je.. untuk marahkan saya.  Saya tak rugi apa-apa.  Bank jarang silap dan dia tentulah nak menjaga kebajikkan dan kemudahan pelanggannya.  Dia mestilah ada cara nak pastikan semuanya selamat samada pelanggannya selamat maupun bank itu sendiri.  Tahun ini dah masuk tahun ke tiga saya buat perniaggaan secara online, jadi pengalaman pun dah banyak walaupun tak banyak mana duit yang masuk.  Saya pun tak mudah diperdaya.

Jengahan ketiga.

Di awal tahun ini saya dikejutkan dengan kematian cucu pada jiran se taman saya.  Takziah buat Kak Normah dan anaknya, Along kerana kematian cucu serta anak yang ke tiga.  Kisahnya pernah saya ceritakan sedikit, di awal-awal tahun pembukaan blog saya.

Seorang ibu tunggal yang membesarkan 8 orang anak, mencari duit dengan menjaga anak-anak jiran dan berniaga nasi lemak berhampiran rumahnya. Ada masa terpaksa meminjam duit pada jiran tetangga dan sanak saudara untuk membesarkan anak-anaknya walaupun mendapat pencen arwah suaminya(seorang guru).  Kebanyakkan anak-anaknya bersekolah di Maahad dan 2 orang anaknya telahpun menjadi Al-Hafiz dan 2 orang lagi bakal menjadi Al-Hafiz.  Sebenarnya dia  seorang yang bertuah kerana anak-anaknya bakal menolongnya di alam akhirat nanti, walaupun kesusahan di dunia ini hanya Allah sahaja yang tahu.

Anaknya(Al-Hafiz) Along pula kematian anak takkala isterinya sedang sakit hendak bersalin  walaupun pada awalnya anaknya masih bernyawa(denyutan jantungnya masih normal).  Dilahirkan seperti biasa.  Itulah ketentuan Allah, tiada siapa dapat menghalangNya.  Namun, mereka adalah orang-orang yang bertuah kerana anak lelakinya yang baru meninggal akan menunggu dan menolong ibubapanya di sana nanti.

Begitulah lumrahnya hidup ini,  disebalik kesedihan, kesakitan, kesusahan ada kebaikkan dan kemudahannya yang akan diberi oleh Allah terutamanya semasa alam Akhirat nanti.  Jadi janganlah bimbang, segala perkara, dugaan, cabaran, ujian, balasan atau apa-apa saje istilah yang seumpamanya akan memudahkan kita di sana nanti dengan syarat redha dengan ketentuan Ilahi.

Mudah-mudahan saya adalah salah seorang yang redha dengan ketentuanNya.  Ameen.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Share and Enjoy:
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • Ma.gnolia
  • YahooMyWeb
  • Add to favorites
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • MSN Reporter
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz

Leave a Reply

Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
PENGUMUMAN
JUALAN POLA TUDUNG DIBERHENTIKAN SEMENTARA WAKTU KERANA TERPAKSA MENYIAPKAN TEMPAHAN YANG LAIN. HARAP MAKLUM DAN MOHON BERBANYAK MAAF.
Jangan lupa ucapkan…
Jangan lupa baca…
Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan").

Salahuddin Al Ayubi
"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".
Kata-kata Luahan
Masa Pemberian Ilahi
January 2010
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
Anak Soleh/Solehah
Masa utk Diwarnai…
SAUDARA KITA
EBOOK LANGSIR

Pola Langsir

Menggunakan Pola
Hiasan Dalaman
Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Dialah ibuku
Mertuaku-Dlm Kenangan
Anak Muda
  • SETELAH JATUH CINTA, BANGUNKAN CINTAMU... April 5, 2012
    Satu demi satu kunjungan persolan rumahtangga menjengah ke kotak emel saya. Rata-ratanya adalah dari kaum wanita, baik yang bekerja mahupun yang bergelar surirumahtangga. Dari luahan rasa, gelodak jiwa hinggalah kepada cetusan emosi yang meluap api benci kepada suami , semuanya dicoret sebegitu panjang bernada harapan agar saya mampu melorongkan mereka kepad […]
    Noraslina binti Jusin
  • Untitled May 3, 2012
    Kata Syeikh Ahmad Yasin,"Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh), Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku(perlahan).Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat untuk memenhi hajatku kecuali jika mereka menggerakk […]
    HANYA HAMBANYA
  • Didiklah dengan kasih sayang December 16, 2011
    Membinakan seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah.Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang […]
    Al-Atiff
  • Anak kembar March 11, 2012
    Comel n geram kat ngk baby kembar nie. Gambar ni ibu hambik dr encik gugel.DAri dulu lagi kan berharap sangat nk anak kembar. Sebab cam sgt comel n jimatkan masa nk beranak hahahahahha boleh gitu. Yerla nak anak ramai tapi umur dh meningkat, jadi kena cepat2 la hihiTapikan.. masa kat hosptal aritu terbuka mata dan minda ibu nie. Masa ibu dok wad tue, ada kak […]
    »-(¯`v´¯)-»n0nj@m »-(¯`v´¯)-»
  • RAMADHAN KALI INI (1432H) August 3, 2011
    Assalamualaikum, wm.wbt RAMADHAN KAREEM! AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu, semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua, semoga keampunanNya meliputi kita semua dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah), amin ya rabbal alamin. Tahun ini tah […]
    ustazah
  • Untitled May 12, 2012
    Jika hati tidak mampu menangisi dan menginsafi penderitaan orang lain di atas dunia hari iniMakaTangisi dan insafilah diri tatkala teringat penderitaan yang mungkin dihadapi di hari kemudian.Tidak ada yang kekal dan abadi kecuali Dia Yang Maha Kekal lagi Maha Berkuasa.Allah Maha Mengetahui.SUBHAANALLAH - WALHAMDULILLAH WALAA ILAAHA ILLA ALLAHU - WALLAHU AKBA […]
    ::Umiliya6677::
  • Daun Kesum Hidup Sebatang...Daun pegaga Hidup 2 Tunas..heheh May 15, 2012
    Ini daun kesum yang di cuba semai untuk kali ke 3@4? , kali ini saya gunakan teknik, rendam dahulu batang daun kesum itu hingga berakar dan kemudian semai dalam pasu then siram serta pastikan tanah sentiasa basah...pasu diletakkan dibawah net hitam pada kedudukan mendapat cahaya matahari pagi & redup bila matahari terik...:)Banyak yang di semai, dua ni j […]
    linda@ibusumaiyah@tuttyfruity
  • Guru oh guru May 15, 2012
    Di suatu kursus beberapa tahun yang lampau,Makbonda duduk bersebelahan dengan seorang rakan sekerja yang baru dikenali, dia cantik,bergaya,lipstiknya mungkin mahal dan berjenama,tudungnya juga uptodate,aroma minyak wanginya dapat dihidu oleh beberapa baris peserta dihadapan dan belakang,apa lagi dikiri dan kanan.Sempat bersembang dengannya waktu-waktu kekoso […]
    Makbonda Hasimah Hj Zailani
  • Yaumul Mizan May 15, 2012
     Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Shalawat dan salam semoga selalu tercurah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, para sahabat dan seluruh kaum muslimin yang senantiasa berpegang teguh pada sunnah Baginda sampai hari kiamat. Mizan atau timbangan adalah alat untuk mengukur sesuatu berdasarkan berat dan ringan. Adapun mizan di akhir […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • Jom Analisis Kuning-Merah. Sapa menang ???? May 12, 2012
    Assalamualikum semua. Lu pikir la sendiri... Kuning BERSIH 3.028 April 12 Gelombang  Merah Najib   11 Mei 12 Objektif Keadilan  Pilihanraya bersih dgn 8 tuntutan  penambahbaikan  SPR Tunjuk power dan pengaruh Najib Rosmah Cara Duduk-bantah  aman di Dataran Merdeka. Tapi di halang. Berkumpul bersorak sorai aman d Stdium Bukit Jalil Kerjasama Polis Tiada. Kerj […]
    Tinta.Muallimah
  • TERIMA KASIH CIKGU...ULANG SIAR... May 16, 2012
    6 TahunSaya mula menuntut ilmu secara rasmi ketika berusia 6 tahun. Alhamdulillah, dalam kepayahan dan kesusahan menghadapi keperitan hidup, emak dan ayah berusaha gigih bagi memberi peluang kepada saya untuk mengenali sekolah pertama iaitu tabika KEMAS. Ketika itu saya merupakan anak kelima dari lapan adik beradik. Saya bersyukur kerana berpeluang menghirup […]
    Ros Illiyyuun
stats counter
wordpress stats
Peringatan Bersama
"Firma Allah yang bermaksud, .......Katakanlah (wahai Muhammad): ” jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri(atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu ) adalah perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berhijrah untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq(derhaka)”........ (Surah At-Taubah: ayat 24)".
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Pizza Faridah
.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.