Alighnment Lari

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Dalam kehidupan yang penuh mencabar ini, pastinya pelbagai perkara telah kita lalui.  Pelbagai rasa, warna mahupun baunya.  Ada ketika rasanya manis, ada ketikanya pahit bagai hempedu.  Ada ketika warna cantik dipandangan mata, ada ketikanya menyemakkan mata yang memandangnya.  Ada ketika baunya harum seharuman kasturi ada ketikanya nak muntah dibuatnya.  Begitulah hidup ini.  Pasti semua orang akan merasainya, tidak kira siapa dia, asal saja bergelar manusia yang bernyawa.

Walaupun telah dicuba dan diatasi serta diperbaiki mana yang tak digemari, kadang-kadang kita masih lagi terjerumus ke lembah tak ingin kita dekati.  Yalah, kita ini manusia ciptaan Ilahi.  Jadi janganlah angkuh dengan pendirian sendiri,  janganlah dicanangkan seantero duniawi, janganlah mendabik dada mengatakan ‘aku tak mahu gagal lagi’, ‘aku tidak akan susah lagi’, ‘aku tidak akan ulangi perkara itu lagi’, ‘aku tak mahu melihatnya lagi’, ‘aku tak mahu ke situ lagi’ dan pelbagai lagi.  Kerana hati kita adalah milik Allah jua. Hati kita boleh saja dibolak balikkan.  Jadi, berhati-hatilah dengan kata-kata terutamanya diri saya sendiri.  “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”.  Namun demikian dalam berhati-hati itu kadang-kadang terlepas juga terutamanya diri saya.  Maafkan saya jika ada yang terasa.  Belum cukup istiqomah lagi, jadi…

Alighnment lari,

Adjustment dikehendaki,

Management diperbaharui.


Sememangnya kita sebagai manusia biasa ini, begitulah lumrahnya.  Bukan setakat kereta sahaja yang perlu di perbetulkan alighnmentnya.  Yang lebih penting lagi diri kita ini.  Walaupun setiap tahun terpaksa kita lakukan, sehingga ke hujung nyawa kita, apa salahnya.  Memang itulah yang sebaiknya.

Jadi, kali ni saya ingin berkongsi resepi untuk kemenangan dalam percaturan hidup kita.  Bukan kemenangan duniawi tapi lebih dari itu iaitu dunia yang kekal abadi iaitu di Akhirat nanti.  Saya ingin beritahu apa yang saya tahu.  Saya sedar ilmu yang saya dapat taklah setinggi mana, namun saya suka berkongsi dengan anda yang berminat dengan apa yang telah saya ketahui.  Harap-harap ilmu ini berada di  jalan yang benar.

Resepi ini saya dapat dari guru saya(Ustazah Salbiah Omar) dan juga dari kuliah-kuliah dari Ustaz yang pernah saya hadir suatu ketika dulu.  Ini bukan resepi saya, saya gabungkan apa yang saya dengar dan saya belajar.  Saya sendiri tengah mencuba, belum istiqomah lagi, ada masa saya mampu lakukan, ada masanya saya kalah dek hasutan syaitan yang berkepala hitam maupun yang tidak nampak pada pandangan.  Dan keadaan persekitaran juga mempengaruhi kekuatan saya dalam perjuangan.

Ada dua perkara yang ingin saya kongsikan.  Silalah teruskan bacaan jika sudi…

  1. Pembahagian masa dalam Islam
  2. Pembahagian Pendapatan dalam Islam.
  1. Pembahagian masa

Jika ingin menjadi muslim sejati, yang terbaiknya  1 hari(24 jam) boleh dibahagikan kepada 3 bahagian. 8 jam kita peruntukkan masa untuk Allah, 8 jam lagi untuk diri sendiri dan 8 jam lagi untuk keluarga dan masyarakat.  Cukup 24 jam kan?

i)         8 jam untuk Allah.

Cuba kira-kira, segala ibadah khusus kita untuk Allah tu ada tak jumlahnya 8 jam. Sebagai contoh, campurkan waktu semua solat wajib, solat sunat/solat tengah malam, zikir dan menuntut ilmu-ilmu Islam dan mungkin yang lain lagi(saya tak ingat). Rasa-rasanya ada tak anda yang membaca ni boleh buat seperti itu?  Kalau ada, memang anda seorang yang hebat.  Tapi kalau anda seorang ustazah yang sentiasa mengajar ilmu-ilmu agama tu memanglah lebih dari 8 jam rasanya.

Contohnya Ustazah Salbiah, dalam satu hari tu rasanya lebih  8 jam.  Maklumlah dari celik mata sampai nak tidur memang tak de kerja lain.  Dalam satu hari pun boleh 2/3 tempat.  Suatu ketika, tengah malam naik kapal terbang pergi Singapura, lepas habis Program Dhuha di Singapura, terus berlari pergi ke Sabah/Serawak(tak ingat), bila dah siap berlari pula untuk balik Kuala Lumpur untuk malamnya ada jemputan Forum Perdana.  Ya Allah tak letih kah dia?

Jadi, jika anda seorang wanita biasa seperti saya(biasa-biasa bukannya penceramah) dapat buat macam tu, memang anda orang yang hebat di sisi Allah.

Mesti ada yang berkata-kata,  “kalau macam tu susahlah”.  Terpulanglah, ia bergantung kepada matlamat akhir anda.  Jika matlamat anda ingin selamat di akhirat.  Anda akan berusaha ke arah itu,  walaupun belum sampai kesasaran yang anda tuju.

Jika target anda rumah besar, kereta besar dan bermacam-macam yang besar sebelum menghembuskan nafas terakhir anda, mungkin anda lebih utamakan perniagaan anda dan anda akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai target itu.  Masih tidak salah asalkan tidak lupakan Allah.

ii)       8 jam untuk diri sendiri.

Mungkin suami/lelaki lain sikit.  Bekerja tu pun untuk diri sendiri dan keluarga kerana ingin menyara hidup sekeluarga.  Mungkin boleh digabungkan dengan 8 jam untuk keluarga dan masyarakat.

Saya masih ingat Ustazah Salbiah selalu bercakap dia tidak percaya tidur selama 8/6 jam itu cukup untuk menjadikan diri sihat dan cergas.  Itu semua dakyah-dakyah barat untuk melemahkan kita.  Oleh kerana sudah biasa di sumbatkan ketelinga kita perkara yang sama, kita jadi percaya.  Mata kita pula di kaburi dengan penglihatan yang indah-indah dan cantik-cantik jika kita mengikut apa yang di sarankan.  Manakala fikiran kita pula telah dibisikan dengan yang indah-indah oleh Sang Syaitan yang tidak kelihatan yang sentiasa menemani kita di sepanjang masa.  Jadi memang sukar untuk kita seorang melawan dengan 3 serangan yang bertubi-tubi jika kita tidak sentiasa meminta pertolongan dari Allah.  Tambah-tambah pula apa yang di sarankan itu jika di ikut memang menjadi pula, lagilah kita percaya.

Kata Ustazah,  3 atau 4 jam sudah cukup untuk tidur bagi memberi istirehat untuk diri.  Jadi jika kita tidur 3 atau 4 jam, kita masih ada masa 4 ke 5 jam lagi mungkin untuk menghadap pc atau  labtob atau kerja-kerja lain khusus untuk diri kita sendiri.  Memang susah nak buat tapi kalau kita berusaha tanpa putus asa pasti berjaya, InsyaAllah.

Bukan senang nak menang,

kena bertarung dengan syaitan

yang berkepala hitam maupun perang

Di tambah pula yang tak kelihatan.

Istiqomahlah dalam perjuangan

Semoga tercapai apa yang diinginkan

Semoga kejayaan dapat dijulang

Untuk negeri Akhirat yang bakal datang.

.

Bak kata Ustaz Hasrizal ‘Percaya dan Berjaya’. Walaupun belum berjaya habuannya telah Allah tuliskan untuk kita di Hari Kemudian.

Jadi macam mana dengan kita ni.., boleh lakukan tak?  Kalau tidur pun dah lapan jam habislah peruntukkan untuk kita.  Itupun kalau kita fikirkan untuk mencari keredhaan Ilahi, kita cuba sebaiknya, untuk diri kita jugakan?

iii)      8 jam lagi untuk Keluarga dan Masyarakat.

Inilah waktunya untuk kita mengeratkan silaturahim terutamanya dengan suami dan anak-anak.  Mungkin 8 jam suami lain sikit sebab dia biasa banyak berada di luar dan berjumpa dengan masyarakat luar.

Jadi, sediakanlah masa untuk suami terutama bila dia berada di rumah.  Untuk anak-anak mungkin luangkan masa untuk mendidik mereka menjadi manusia berguna samada pelajaran, akhlak mereka juga jangan lupa ilmu Islam untuk mereka.

Itulah lebih kurang masanya.   Ada masa kita tak boleh nak ikut seperti yang di sarankan jadi bolehlah kita buat adjustment dengan hari-hari yang lain.  Kadang-kadang waktu bekerja termasuk perjalanannya pun dah lebih 8 jam.  Lebih kuranglah.  Yang saya beritahu tu sebagai panduan je.  Yang pentingnya tak terlalu jauh larinya.  Jangan sampai terlebih masa untuk bekerja sampai tak ada waktu untuk Allah,  keluarga dan masyarakat.  Terutama sekali dengan Allah, sampai tidak ada masa yang boleh di luangkan kerana terlalu  mengejar dunia.  Ingatlah pesanan Nabi kita,

Daripada Aisyah bahawa Nabi bersabda:

“Barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka dia akan dicukupkan perbelanjaannya oleh Allah untuknya dan barangsiapa yang mencari kemarahan Allah dengan relanya manusia nescaya dia diserahkan oleh Allah kepada manusia.”

Pandai-pandailah anda mengolahkannya.  Macam resepi masakan juga kalau nak sedap kenalah pandai mengolahkannya.  Jika kita dapat resepi dari orang lain takkan kita nak ikut sebijik macam yang kita dapatkan?  Kadang-kadang resepi tu tak berapa sesuai dengan diri dan keluarga kita jadi kenalah tukar sikit.  Macam saya, saya suka yang pedas-pedas tak berapa suka terlalu manis.  Mungkin orang Jawa, Kelantan, suka yang manis-manis jadi kena kurangkan cili dan tambahkan gula lebih sikitlah.

2. Pembahagian Pendapatan

Kalau ingin benar-benar menjadi muslim/muslimah sejati, lebih baik kita boleh bahagikan pendapatan kita kepada beberapa bahagian.  Kalau ikutkan ustazah Salbiah terbaiknya setiap bulan pendapatan kita ni, separuh daripadanya hendaklah di peruntukkan untuk jalan Allah.  Ada juga ustaz mengatakan boleh juga di bahagian kepada 3 atau 4 bahagian.

Kata ustazah Salbiah, “Bangsa Yahudi mewajibkan setiap umatnya tak kira senang atau susah, menyumbang/menderma beberapa peratus(tak ingat mungkin 15% / 25%, kalau yang tau tu tolong betulkan ya…) pendapatannya untuk agenda mereka.  “Kita nak bayar zakat pun susah, nikan nak bagi sumbangan untuk satu-satu perkara penting untuk kemaslahatan umat Islam”,  kata Ustazah.  Jadi…, fikir-fikirkanlah.

Di sini saya berikan cara/kaedah paling senang, iaitu di bahagikan kepada 4 bahgaian.

  1. ¼ untuk jalan Allah
  2. ¼ untuk diri sendiri
  3. ¼ untuk keluarga
  4. ¼ untuk disimpan.

1.  ¼  untuk jalan Allah.

Termasuklah sedekah kat orang susah, kat masjid/surau, program berbentuk Islami, berbelanjaan menuntut ilmu Islam, bagi kat ibubapa dan bantu kaum keluarga yang susah dan banyak lagi(setakat ni je yang saya ingat, ada lagi rasanya).

2.  ¼  untuk diri sendiri.

Untuk beli keperluan diri. Mungkin berbeza bagi kaum lelaki yang dah berkeluarga dengan wanita berkerjaya.  Wanita yang berkerjaya, keperluan tu mungkin di tanggung oleh suami.  Kalau masih belum bersuami mungkin bolehlah segala jenis keperluan diri seperti rumah, kereta, pakaian dan lain-lain lagi. Keperluan ya.. bukannya untuk kemewahan dan kecantikkan yang melampau.  Kalau masih banyak lebihan mungkinlah boleh di gunakan untuk kemewahan/kecantikkan tapi jangan lari dari kehendak Islam.  Kalau rasa tak cukup.  Cukup-cukupkanlah dengan bajet yang ada.  Gunakan untuk keperluan bukan keinginan.  Dahulukan segala keperluan.  Contohnya, pakaian ialah satu keperluan tapi membeli pakaian yang mahal dan berjenama adalah keinginan.  Betulkan?  Biasakan yang betul dan Betulkan yang Biasa.

3.  ¼ lagi untuk Keluarga.

Segala jenis keperluan untuk keluarga.  Pakaian anak-anak, pelajarannya, makanannya dan banyak lagi.  Mungkin yang masih bujang tu.. fikir-fikrkanlah untuk ibubapa dan adik-beradik.  Mungkin atap rumah ibubapa kat kampung tu, atapnya dah bocor.  Jadi tolonglah keluarga belanja untuk membetulkannya.  Mungkin adik-adik perlukan baju atau buku, tolonglah belikan.  Begitulah seterusnya..  Dahulukan keperluan bukan keinginan.  Contohnya, beras/nasi ialah satu keperluan untuk kita orang melayu tapi KFC, Pizza adalah keinginan.  Contoh lagi, baju sekolah anak-anak adalah keperluan tapi membeli baju sekolah lebih dari 1 pasang adalah untuk kemudahan.  Kalau memang ada lebihan silakan dengan keinginan anda atau anak-anak anda.

Jangan lupa untuk lelaki, ibubapa mereka adalah termasuk dalam bahagian untuk keluarga jika mereka tidak berkemampuan.  Jangan biarkan mereka melarat, sedangkan anda sangat hebat di pandangan masyarakat.

4.  ¼ lagi untuk Simpanan.

Ini mungkin untuk simpanan tetap yang tak perlu dikeluarkan.  Bila keadaan amat terdesak barulah boleh diusik/diambil.  Suami saya mempunyai rakan sekerja yang memang menjaga kewangannya.  Dia tidak mengunakan simpanan untuk satu jangka masa yang panjang.  Dia juga seorang amat menjaga hubungannya dengan Allah. Jadi dia lebih rela membeli keretanya secara tunai dari membuat pinjaman.  Dia mampu membeli tanah dengan harga tunai.  Padahal gaji suaminya sama sahaja dengan suami saya cuma mungkin bezanya dia suami isteri bekerja.   Saya juga pernah mendengar ceramah di Surau taman saya seorang ustaz mampu membeli kereta mewah dengan harga tunai demi mengelakkan riba.  Hebat bukan!

Jadi memang betullah perpatah melayu mengatakan “Kalau hendak seribu daya kalau tak hendak seribu dalih”.  Mampukah anda melakukannya?  Saya?  Masih lagi membetulkan Alighnment yang selalu sahaja lari.

Jadi, setakat ini sahaja yang boleh saya katakan.  Ilmu pun tak setinggi mana, sekerat-sekerat je.  Bukan perli ya.., memang realiti.  Kalau nak tau pasal kewangan Islam ni, rasanya antara yang pakar ialah Ustaz Zaharuddin di Zaharuddin.net.  Saya bukanlah pakar, gunapakai sahaja, itupun cincai.

Ingatlah siapa kita, kerana kita di ciptakan sebagai hamba-Nya.  Jadi sedarlah diri kita sebagai seorang hamba, apa yang perlu kita lakukan. Kamipun(saya dan suami) setelah membuat banyak hutang baru jumpa formula ini. Jadi..sama-samalah kita berusaha sedaya mampu.

*************************************************

Daripada Aisyah bahawa Nabi bersabda:

“Barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka dia akan dicukupkan perbelanjaan oleh Allah untuknya dan barangsiapa yang mencari kemarahan Allah dengan relanya manusia nescaya dia diserahkan oleh Allah kepada manusia.”

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Share and Enjoy:
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • Ma.gnolia
  • YahooMyWeb
  • Add to favorites
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • MSN Reporter
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz

Leave a Reply

Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
PENGUMUMAN
JUALAN POLA TUDUNG DIBERHENTIKAN SEMENTARA WAKTU KERANA TERPAKSA MENYIAPKAN TEMPAHAN YANG LAIN. HARAP MAKLUM DAN MOHON BERBANYAK MAAF.
Jangan lupa ucapkan…
Jangan lupa baca…
Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan").

Salahuddin Al Ayubi
"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".
Kata-kata Luahan
Masa Pemberian Ilahi
January 2010
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
Anak Soleh/Solehah
Masa utk Diwarnai…
SAUDARA KITA
EBOOK LANGSIR

Pola Langsir

Menggunakan Pola
Hiasan Dalaman
Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Dialah ibuku
Mertuaku-Dlm Kenangan
Anak Muda
  • SETELAH JATUH CINTA, BANGUNKAN CINTAMU... April 5, 2012
    Satu demi satu kunjungan persolan rumahtangga menjengah ke kotak emel saya. Rata-ratanya adalah dari kaum wanita, baik yang bekerja mahupun yang bergelar surirumahtangga. Dari luahan rasa, gelodak jiwa hinggalah kepada cetusan emosi yang meluap api benci kepada suami , semuanya dicoret sebegitu panjang bernada harapan agar saya mampu melorongkan mereka kepad […]
    Noraslina binti Jusin
  • Untitled May 3, 2012
    Kata Syeikh Ahmad Yasin,"Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh), Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku(perlahan).Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat untuk memenhi hajatku kecuali jika mereka menggerakk […]
    HANYA HAMBANYA
  • Didiklah dengan kasih sayang December 16, 2011
    Membinakan seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah.Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang […]
    Al-Atiff
  • Anak kembar March 11, 2012
    Comel n geram kat ngk baby kembar nie. Gambar ni ibu hambik dr encik gugel.DAri dulu lagi kan berharap sangat nk anak kembar. Sebab cam sgt comel n jimatkan masa nk beranak hahahahahha boleh gitu. Yerla nak anak ramai tapi umur dh meningkat, jadi kena cepat2 la hihiTapikan.. masa kat hosptal aritu terbuka mata dan minda ibu nie. Masa ibu dok wad tue, ada kak […]
    »-(¯`v´¯)-»n0nj@m »-(¯`v´¯)-»
  • RAMADHAN KALI INI (1432H) August 3, 2011
    Assalamualaikum, wm.wbt RAMADHAN KAREEM! AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu, semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua, semoga keampunanNya meliputi kita semua dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah), amin ya rabbal alamin. Tahun ini tah […]
    ustazah
  • Untitled May 12, 2012
    Jika hati tidak mampu menangisi dan menginsafi penderitaan orang lain di atas dunia hari iniMakaTangisi dan insafilah diri tatkala teringat penderitaan yang mungkin dihadapi di hari kemudian.Tidak ada yang kekal dan abadi kecuali Dia Yang Maha Kekal lagi Maha Berkuasa.Allah Maha Mengetahui.SUBHAANALLAH - WALHAMDULILLAH WALAA ILAAHA ILLA ALLAHU - WALLAHU AKBA […]
    ::Umiliya6677::
  • Daun Kesum Hidup Sebatang...Daun pegaga Hidup 2 Tunas..heheh May 15, 2012
    Ini daun kesum yang di cuba semai untuk kali ke 3@4? , kali ini saya gunakan teknik, rendam dahulu batang daun kesum itu hingga berakar dan kemudian semai dalam pasu then siram serta pastikan tanah sentiasa basah...pasu diletakkan dibawah net hitam pada kedudukan mendapat cahaya matahari pagi & redup bila matahari terik...:)Banyak yang di semai, dua ni j […]
    linda@ibusumaiyah@tuttyfruity
  • Guru oh guru May 15, 2012
    Di suatu kursus beberapa tahun yang lampau,Makbonda duduk bersebelahan dengan seorang rakan sekerja yang baru dikenali, dia cantik,bergaya,lipstiknya mungkin mahal dan berjenama,tudungnya juga uptodate,aroma minyak wanginya dapat dihidu oleh beberapa baris peserta dihadapan dan belakang,apa lagi dikiri dan kanan.Sempat bersembang dengannya waktu-waktu kekoso […]
    Makbonda Hasimah Hj Zailani
  • Yaumul Mizan May 15, 2012
     Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Shalawat dan salam semoga selalu tercurah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, para sahabat dan seluruh kaum muslimin yang senantiasa berpegang teguh pada sunnah Baginda sampai hari kiamat. Mizan atau timbangan adalah alat untuk mengukur sesuatu berdasarkan berat dan ringan. Adapun mizan di akhir […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • Jom Analisis Kuning-Merah. Sapa menang ???? May 12, 2012
    Assalamualikum semua. Lu pikir la sendiri... Kuning BERSIH 3.028 April 12 Gelombang  Merah Najib   11 Mei 12 Objektif Keadilan  Pilihanraya bersih dgn 8 tuntutan  penambahbaikan  SPR Tunjuk power dan pengaruh Najib Rosmah Cara Duduk-bantah  aman di Dataran Merdeka. Tapi di halang. Berkumpul bersorak sorai aman d Stdium Bukit Jalil Kerjasama Polis Tiada. Kerj […]
    Tinta.Muallimah
  • TERIMA KASIH CIKGU...ULANG SIAR... May 16, 2012
    6 TahunSaya mula menuntut ilmu secara rasmi ketika berusia 6 tahun. Alhamdulillah, dalam kepayahan dan kesusahan menghadapi keperitan hidup, emak dan ayah berusaha gigih bagi memberi peluang kepada saya untuk mengenali sekolah pertama iaitu tabika KEMAS. Ketika itu saya merupakan anak kelima dari lapan adik beradik. Saya bersyukur kerana berpeluang menghirup […]
    Ros Illiyyuun
stats counter
wordpress stats
Peringatan Bersama
"Firma Allah yang bermaksud, .......Katakanlah (wahai Muhammad): ” jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri(atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu ) adalah perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berhijrah untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq(derhaka)”........ (Surah At-Taubah: ayat 24)".
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Pizza Faridah
.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.