Archive for January, 2010
Mutiara Kata(3)
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Hiasan
Ini untuk anda semua yang berkunjung ke blog saya. Renunglah untuk diri kita sendiri.
******************************
Badwi : Aku mahu menjadi orang yag paling berilmu.
Rasullullah : Bertakwalah kepada Allah, nescaya kamu akan menjadi orang yang paling berilmu.
(Imam Ahmad)
——————————-
Badwi : Aku mahu menjadi orang yang paling adil.
Rasullullah : Inginkanlah sesuatu untuk orang lain sebagaimana engkau inginkan untuk diri sendiri, nescaya engkau akan menjadi orang yang paling adil.
(Imam Ahmad)
——————————-
Badwi : Aku mahu menjadi orang yag paling baik.
Rasullullah : Berbuat baiklah kepada orang lain, nescaya kamu akan menjadi orang yang paling baik.
(Imam Ahmad)
——————————-
Alighnment Lari
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Dalam kehidupan yang penuh mencabar ini, pastinya pelbagai perkara telah kita lalui. Pelbagai rasa, warna mahupun baunya. Ada ketika rasanya manis, ada ketikanya pahit bagai hempedu. Ada ketika warna cantik dipandangan mata, ada ketikanya menyemakkan mata yang memandangnya. Ada ketika baunya harum seharuman kasturi ada ketikanya nak muntah dibuatnya. Begitulah hidup ini. Pasti semua orang akan merasainya, tidak kira siapa dia, asal saja bergelar manusia yang bernyawa.
Walaupun telah dicuba dan diatasi serta diperbaiki mana yang tak digemari, kadang-kadang kita masih lagi terjerumus ke lembah tak ingin kita dekati. Yalah, kita ini manusia ciptaan Ilahi. Jadi janganlah angkuh dengan pendirian sendiri, janganlah dicanangkan seantero duniawi, janganlah mendabik dada mengatakan ‘aku tak mahu gagal lagi’, ‘aku tidak akan susah lagi’, ‘aku tidak akan ulangi perkara itu lagi’, ‘aku tak mahu melihatnya lagi’, ‘aku tak mahu ke situ lagi’ dan pelbagai lagi. Kerana hati kita adalah milik Allah jua. Hati kita boleh saja dibolak balikkan. Jadi, berhati-hatilah dengan kata-kata terutamanya diri saya sendiri. “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”. Namun demikian dalam berhati-hati itu kadang-kadang terlepas juga terutamanya diri saya. Maafkan saya jika ada yang terasa. Belum cukup istiqomah lagi, jadi…
Alighnment lari,
Adjustment dikehendaki,
Management diperbaharui.
Ungkapan-ungkapan yang Menyenggat
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Saya harap yang empunya ungkapan ini mengizinkan saya mengambil sebahagian daripada petikan-petikan dalam blog mereka untuk diri saya terutamanya. Mungkin juga sesuai untuk anda yang ingin memantapkan jati diri anda ke arah lebih Islami tapi mungkin kurang sesuai bagi anda yang baru/ingin berjinak-jinak dengan cara Islami kerana ia mungkin akan menyegat hati-hati yang kurang biasa.
***********************************************************
Jengahan Tahun Baru.
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Jengahan Pertama
Terlalu pantas masa beredar. Rasanya baru sahaja tahun baru menjengah. Sedar tak sedar sudah melewati seminggu tahun baru 2010 manakala tahun baru Hijrah telah menghampiri bulan Safar pula.
Terasa reda sedikit lelah. Maklumlah rumah yang bagai tongkang pecah telah dapat dipulihkan semula. Mana tidaknya musim cuti sekolah di dalam rumah pun boleh dijadikan padang. Batang paip boleh dijadikan kayu hoki. Itulah kreativiti suami saya untuk memudahkan anak-anaknya bermain. Akhirnya terpaksa dilarang kerana dijadikan pedang untuk main lawan-lawan. Mana tidaknya yang bermain dari anak yang besar sekali hinggalah yang kecil sekali.
Urusan persekolahan anak-anak juga menjadikan saya lebih sibuk dari biasa. Banyak perkara terpaksa di rombak dan difikirkan untuk kebaikkan bersama. Namun demikian segalanya dapat diselesaikan kerana semua ahli keluarga saya memainkan peranan masing-masing dan sama-sama berkerjasama. Alhamdulillah.












