Sosej Roll
Assalamualaikum, apa khabar semua.
Sosej Roll
Untuk doh
- ½ kg Tepung Gandum
- 1 sudu kecil gula
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu besar mentega
- ½ paket mauripan
- 1 cawan air suam
- 1 cawan air biasa
1 0 batang sosej/1 pkt atau lebih
Chilie sos
Cara menghasilnya
- Campurkan kesemua bahan untuk membuat doh(dari no. 1 – no.5).
- Gaulkan hingga sebati/rata
- Masukkan air suam sedikit demi sedikit hingga rata
- Masukkan air biasa hingga ia boleh di uli
- Bulat-bulatkan lebih kurang sebesar bola pingpong
- Simpan dalam 1-2 jam.

Setelah di simpan
- Leperkanlah menjadi bujur(macam doh karipap) menggunakan penggiling karipap atau boleh juga dengan tangan.
- Gulungkan pada Sosej
- Tekankan sedikit bahagian hujung doh tadi supaya bila di goreng ia tidak terbuka.
- Goreng di dalam minyak yang panas.
- Angkat bila ia telah berwarna kekuningan/keperangan/coklat.
- Siap.
Ia sedap dimakan bersama chile sos. Jika ada lebihan adunan doh bolehlah di buat pau goreng dan lain-lain mengikut kesukaan anda.

Maaflah, belum sempat siap masak semua, dah ada yang makan, pulak tu ambil sosejnya je, tinggallah tepungnya, maklumlah anak saya ni ada yang cengkelat makan sosejnya aje..
SELAMAT MENCUBA.
*
*
*
Hari Raya Haji/Korban tahun ini saya hanya menyediakan nasi impit dengan kuah kacang sahaja. Cadangnya nak bawa balik ayam golek tapi tak jadi sebab ayam dah habis(ada lagi, cuma saya tak suka beli kat kedai yang saya kurang yakin). Bila ayam dah habis cuba cari daging pula untuk buat rendang, pun begitu juga. Itulah bahananya kalau suka cari barang dah last-last minit. Jadi sebagai tambahan saya sediakan dan bawa balik ke kampung ‘Sosej Roll’.
Kali ini kami balik rumah emak/abah saya. Emak saya buat nasi impit dengan kuah lodeh bersambalkan ‘sambal tumis petai’ dan juga rendang kering. Memang kami pulun habis, tambah pula adik beradik yang lain tak ada yang balik.
Suami saya mengadu pada emak dan abah saya, dia kata saya masak tak sama dengan rasa mak saya buat. Memanglah selepas balik dari kampung dulu, saya cuba buat sambal tumis petai sama macam mak saya buat tapi rasanya tak sesedap mak saya buat. Habih tu macam mano! Lihat jari masing-masing, kan tak sama(itulah lebih kurang kata-kata semangat dari Zaffan)?. Tentulah rasanya juga tak sama.
Kek yang mak saya buat pun habis anak-anak saya makan. Kata anak saya Sodiq, “Ibu tak pandai masak, wan pandai masak, sedap je rasanya”. Anak saya yang kecil pun pandai komplen/komen. Memang betul pun kek tu sedap walaupun kek biasa dan emak saya buat guna tepung gandum sahaja.
Bila saya balik ke rumah sendiri, saya buatlah kek yang sama tapi menggunakan tepung naik sendiri. Anak saya yang tua pula cakap, “Kek wan basah dan kasar sikit, ibu punya kering dan halus sikit”. Namun demikian kek yang saya buat tu habis juga dimakan dalam masa sehari semalam.
Saya tidak tersinggung pun dengan kata-kata suami dan anak-anak saya, cuma.. saya cuba perbaiki mana yang boleh saya perbaiki. Kerana merekalah yang menjadikan, “hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini” dalam melakar perjalanan hidup saya.
Cuma ingin saya beritahu di sini dan cuba tanamkan pada diri saya dan mungkin untuk mereka yang merasa rendah diri dengan diri sendiri.
- Kita tidak mampu memuaskan hati setiap orang.
- Kita tidak boleh menjadi orang lain atau dengan kata lain jadilah diri sendiri.
- Kita ada identiti tersendiri
- Berbanggalah/bersyukurlah dan tidak malu jadi diri sendiri.
- Tapi bukan untuk merasa riak dan bermegah/menunjuk-nunjuk dengan orang lain.
- Kita tentu “berbeza dari orang lain”
- Kerana Kita “Berbeza dari Biasa” atau kata lainnya ada keistimewaan sendiri.
- Perbaikilah kelemahan kita dan perbaikilah segala perkara yang tidak di gemari oleh Ilahi.
***maaf, saya lebih suka contohkan sesuatu cerita/perkara dengan diri saya sendiri atau keluarga saya kerana kalau dengan orang lain takut pula ada yang tersinggung.
Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.










.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.
