Resepi Anak Bujang – Lempeng Tampal
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Tahniah untuk anak-anak yang berjaya dengan cemerlangnya dalam PMR yang lepas. Anak saya yang kedua mengambil peperiksaan PMR juga, tapi keputusannya biasa-biasa sahaja. Tidak cemerlang, tidak pula terlalu teruk, sederhana sahaja.
Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda, resepi yang di ilhamkan oleh anak-anak lelaki saya. Ketiga-tiga anak lelaki saya memang rajin ke dapur bila masakan yang saya sediakan tidak berkenan di hati mereka.

Lempeng Tampal
Anak pertama saya telah menghasilkan resepi Lempeng Tampalnya yang tersendiri hasil ilham dari roti telur yang biasa saya sediakan untuk sarapan pagi. Biasalah bila buat sarapan, saya suka masak banyak, jadi kadang-kadang tu lempeng yang saya masak masih berbaki sehingga petang. Oleh kerana dah sejuk, mungkin datanglah idea macam mana untuk bagi ia sedap di makan, jadi itulah resepi anak pertama saya. Senang je, gunakan lempeng yang sedia ada dan di tampal dengan telur di kedua-dua permukaan lempeng tersebut, kemudian di panaskan di atas kuali dengan minyak yang sedikit sahaja. Memang sedap dan saya pula terikut cara yang sama bila lempeng tu tak habis. Anak-anak saya yang kecil tu memang suka.
Manakala anak saya yang kedua pula ada juga resepinya iaitu Roti Bakar Tampal.

emmm... sedapnya
Hanya perlu,
- Pecahkan telur dan kacau hingga kembang.
- Panaskan kuali
- Ratakan sedikit minyak di atas kuali
- Masukkan telur tadi dan ratakan
- Letakkan roti di atasnya
- Terbalikkan roti tersebut
- Angkat.
- Manakala pasangan yang satu lagi bolehlah di bakar di kedua-dua permukaannya
- Letakkan mayonis dan sos
- Letakkan sayur kobis atau salad
- Tindihkan dan sudah boleh di makan.

Inilah cara mereka. Kalau silap tuang sos tu habislah... Nasib baiklah sos tu dah tinggal sikit.

Yang ni, roti yang tak di bakar,hanya tampalkan telur sahaja, sedap juga...
Manakala anak saya yang ketiga juga begitu. Tapi tak dapat nak sertakan gambarnya di sini, senang je. Roti yang di letakkan sos/mayonis dan keropok yang telah di hancurkan. Tindihkan, sudah boleh di makan.
Mereka kalau bab makan ni, kreatif sungguh. Biskut lemak empat segi tu pun boleh di jadikan penyedap selera semasa makan nasi. Macam keropok, cicah dengan sos dan makan dengan nasi. Kadang-kadang tu di tindihkan dengan sambal/sos dan makan dengan nasi. Saya pun suka jika makan biskut di tindihkan dengan sambal atau kuah kari(cicah dengan kuah kari pun sedap) tapi tak suka jika di makan dengan nasi.

Dua orang ni.. memang ngam, selalu bergurau dan jarang bergaduh. Kemana-mana selalu berdua. Jadi masing-masing cover cerita antara satu sama lain. Itulah yang tak sedap sebab susah nak korek rahsia/perkara-perkara yang saya nak tau.
Itulah resepi mereka. Jadi masa cuti sekolah ni selalulah mereka ke dapur untuk memasak, jadi dengan tak secara langsung boleh melatih mereka memasak, bila dah hidup sendiri atau dah berkeluarga nanti taklah kekok bila ke dapur. Alhamdulillah.
Selamat menyambut, meraikan dan membesarkan hari Asyura pada hari Ahad ini. Sekurang-kurangnya menyediakan hidangan istimewa untuk keluarga. Nantikan resepi untuk hari Asyura dari saya(lepas hari Ahadlah nampaknya…).
Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.










.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.
