Madrasah Cinta Kita

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Si buta mengerak-gerakkan tongkat tidak menentu arahnya untuk mencari arah tuju yang betul, si bisu menggerak-gerakkan tangan dan jari jemarinya berulang-ulang kali dengan suara yang selari, aaaa….,  eeee …, oooo.. untuk menerangkan sesuatu supaya di fahami oleh insani.  Si sengau mengulang-ulangi percakapannya supaya lebih jelas pertuturannya untuk di fahami oleh manusiawi, eok eca peci cayant yaa..

Matanya di kencit-kencit, ingatkan ingin mengurat tapi itulah kecacatan semulajadi yang ada padanya.  Begitu juga si kaki tempang, si berot mulutnya, si kudung kaki atau tangannya atau kedua-duanya sekali.  Itulah lahiriah yang kita nampak akan kecacatan mereka.

Mengapa di hina mereka semua?  Mengapa di pandang rendah pada mereka semua?  Hebat sangatkah kita di mata makluk lain ciptaanNya?

Janganlah di hina atau di perlekehkan mereka yang cacat di mata manusia. Janganlah di perlekehkan mereka yang miskin dan papa kedana mahupun yang tidak berpelajaran kerana mereka pasti ada keistimewaannya jika tidak di mata manusia, di sisi Allah pasti ada.

Sempurnakah Kita?

Apakah kita yang sempurna di mata kasar manusia ini tiada cacat celanya?  Kita mahukan kesempurnaan tapi mampukah kita memilikinya?  Kita mahukan anak-anak yang baik, anak-anak yang cerdik pandai, anak-anak yang comel dan cerdas.  Betulkan?

Manakala si isteri pula mahukan suami yang bertanggungjawab, beriman, penyayang, bergaji besar, berpendidikan tinggi , bertolak ansur dan pelbagai lagi.  Betulkan?

Apatah lagi sang suami, mahukan isteri yang solehah, lembut, cantik, pandai memasak, pandai menjahit, penuh rasa kasih sayang, pandai mendidik anak, cerdik, mendengar kata dan taat pada perintah suami dan pelbagai lagi.  Betulkan?

Jika kita berusaha bersungguh-sungguh tanpa rasa penat lelah, tanpa rasa jerit perit, tanpa rasa ragu dan jemu, atau dengan ringkasan kata-kata ‘tanpa rasa putus asa’, mampukah kita memiliki semua itu atau mampukah kita menjadi seperti apa yang di harapkan itu?

Belum tentu!
Namun, Islam menyuruh kita berusaha sehabis mampu,
kerana ganjarannya tetap ada di situ,
iaitu pahala yang tidak dapat di hidu maupun dibau,
hanya keyakinan yang kudus mampu mengalahkan sesuatu,
walaupun tidak tercapai apa yang kita mahu.

Marilah kita menilai diri kita, mencari salah sendiri tanpa rasa ingin menyalahkan sesiapa.  Tentang anak-anak telah banyak kali saya tulis terutama di dalam tajuk “Mencari Redhanya Manusia”.  Ingin saya singkap tentang suami isteri pula.

Suami mahupun Isteri

Bagaimana pula tentang suami mahupun isteri?  Mari kita rungkaikan permasalahan ini.

Memang telah banyak blog, cerita dari mulut ke mulut, di tv mahupun di majalah dan akhbar memperkatakan tentang perkara ini.  Tapi berilah saya peluang sebagai seorang isteri biasa yang tidak berpelajaran tinggi memberi pandangan yang tersendiri.  Bukan semuanya dari pengalaman sendiri tapi telah di adun menjadi satu pengalaman yang boleh di teladani.

Alam Perkahwinan

Sebelum melangkah di alam perkahwinan tentunya kita semua impikan dan angan-angankan sesuatu yang indah lagi membahagiakan.  Kalau pilihan sendiri pastilah pasangan kita di rasakan amat bersesuai dan secocok sekali, kalau pilihan ibubapa pastilah yang terbaik dipilih untuk anaknya.  Ketika itu semuanya nampak elok belaka.  Mana mungkin mau di serkap jarang sahaja lainlah jika ada ‘udang busuk di dalam kuah tomyamnya’(peribahasa buat sendiri).

Setelah hidup bersama barulah tau baik buruknya, walaupun sebelumnya berkepit tidak mengira masa, tanpa mengindahkah halal haramnya.  Setahun dua tahun masih mampu tersenyum hingga ke hujung telinga walaupun tingkah laku pasangannya tak berkenan di mata.

Melepasi lima tahun sudah mula senyum tawar.  Dah mula merunggut dengan kata-kata yang kasar.  Muncung mulutnya bagai badak sumbu yang lapar.  Kalau di tegur habis semuanya di lempar. Di diamkan hati rasa terbakar, di luahkan takut pula rasa marah menular.  Habis macammana mau di ajar, juga untuk di beri rasa sedar kerana inilah waktu yang sukar dan mencabar.

Kalau dahulu bila bercerita pukul dua atau tiga pagi masih boleh bertahan, tapi sekarang dua atau tiga minit dah pengsan di perbaringan.  Kalau dulu pergi ke mana-mana bersama, sekarang rasa membuang masa.  Kalau dulu memasak di dapur di teman-temankan tapi sekarang di skrin tv/computer lebih menghiburkan.

Kalau dulu jika muka comot terkena tepung tolong sapukan serta di bersihkan, baju bau belacan dikatakan wanginya masakan.  Bila pakai kain batik di katakan inilah seni warisan Malaysia.  Jika tidur berdengkur di katakan mungkin keletihan berkerja di dapur.

Tapi sekarang semuanya telah berubah, semua sudah tiada yang indah-indah malah menyusah.  Di katakan tidak pernah menjaga kebersihan serta menjaga badan, dikatakan juga tak boleh tidur bersama, panas dan bising bunyi dengkuran.

Begitulah kita, pelbagai cara dan perkara boleh di cari alasan.  Cubalah kita fikirkan sejenak, waktu dan keadaan telah merubah cara dan pemikiran.  Janganlah terlalu cepat mencari kesalahan.

Ya.. memang tidak di nafikan, tanggunjawab isteri menjaga hati suami dari semua segi.  Syurga sang isteri bergantung pada redha sang suami.  Cuba bayangkan jika anak berderet yang perlu di uruskan.  Mana lagi mau menjaga anak-anak, memasak, menjaga kebersihan persekitaran rumah samada di dalam dan luarnya.   Sesekali tidak mampu juga memberi yang terbaik untuk suami yang di cintainya.  Lainlah jika di sediakan pembantu yang bekerja tak kira masa.  Oleh itu para suami berlapang dadalah, redhalah…

Jika isterimu marah anggaplah sebagai hadiah untuk merubah keadaan yang payah.
Jika isterimu merunggut anggaplah sebagai  mencabut segala keburukan yang tersangkut.
Jika isterimu membantah anggaplah sebagai sedekah mengubah yang mazmumah.
Jika isterimu comot anggaplah sebagai badut yang membuat dirimu terpaut.
Jika isterimu busuk masam anggaplah sebagai  pekasam yang menyedapkan hidangan.

Selamatkanlah isterimu, dari api neraka yang panas membara.
Selamatkan isterimu dari hukuman di akhirat tidak terkira.
Kerana semuanya bergantung padamu, wahai pemimpin keluarga.

Ampunkanlah segala kesalahannya….

Kerna isterimu menyabung nyawa melahirkan anak-anakmu dari saluran yang kecil sahaja.
Kerna isterimu menjaga anak-anakmu dengan penuh sempurna dalam keadaan tidak berdaya.
Kerna isterimu bersungguh mendidik anakmu menjadi manusia berguna.
Kerna isterimu menyediakan makan minummu, membasuh pakaianmu supaya dirimu selesa
Kerna isterimu membersihkan rumahmu supaya dirimu senang berada di dalamnya.
Kerna isterimu sanggup bekerja dua puluh empat jam tanpa mengira masa.
Kerna isterimu melakukan segalanya dengan rela tanpa meminta “mana gajinya”.

Inilah waktu kritikal bagi kebanyakkan pasangan iaitu dari usia tiga hingga tujuh tahun hidup bersama.  Jika mampu melepasi waktu ini, insyaAllah selamatlah.  Bukan setakat mampu melepasi waktu tersebut tetapi mampu mengatasi segala perkara yang berlaku dan yang terjadi diketika itu.  Bukan tiada waktu-waktu lain yang bermasalah.  Masalah akan datang menerjah kita bila-bila masa sahaja, kadang-kadang tanpa di duga, kadang-kadang kita dapat membacanya.

Jika melepasi sebelas tahun masih boleh bertahan tapi keadaan tidak merubah kepada kebaikan, maka hilanglah senyuman, selamba pula menyapa….

Memasak di teruskannya kerana memikirkan anak-anaknya,
membersihkan rumah diteruskannya kerana malu dengan jiran tetangga,
membasuh baju diteruskannya kerana tidak mahu terperuk menggunung tingginya,
mendidik anak-anak di teruskannya kerana ingin mengikut arus perdana,
semuanya di teruskannya dengan terpaksa bukan dengan penuh rela.
Maka hilanglah berkat dan rahmatNya kerana telah berubah niatnya.

Jika melepasi dua puluh satu tahun tapi masih boleh bertahan namun tiada perubahan,  Segala apa yang di buat tak kisah, lantaklah..

Tidurnya sudah tidak bersama kononnya temankan anak daranya yang keseorangan.
Makannya, tidak diajak di suruh anaknya berteriak.
Kerja-kerja rumah semuanya di teruskan untuk mengisi masa yang lapang.
Kenduri kendara bersama tetapi seorang di hadapan seorang di belakang.
Bercerita, berbual sudah tiada kerana tiada perkara yang ingin diperkatakan.

Sayang seribu kali sayang, bila anak sudah besar panjang, sepatutnya lebih banyak masa yang terluang yang boleh di raih,  demi mencari pahala untuk di jadikan bekalan di alam akhirat yang pasti datang.  Malang sekali jika masa itu berlalu begitu sahaja, malah menambah dosa yang panas membara bila berada di akhirat sana.  Jadi….

Renungkanlah sejenak,

biar hati tergerak,

mencari jejak yang tak bertapak,

yang buruk boleh di tolak,

supaya hidup bahagia kelak,

Kerana Akhirat bahagia yang mutlak.

Madrasah Cinta Kita.

Dengan pelbagai perkara yang terjadi pada kita, sebenarnya  Allah ingin mendidik dan mengajar kita tentang kehidupan kita, perjalanan hidup kita, dunia ini, alam yang indah terbentang luas ini, adalah Madrasah Kita mengenal Pencipta kita.

Ya… kehidupan di dunia ini adalah Madrasah Cinta Kita.  Di sinilah kita akan mengenal Allah sedikit demi sedikit.  Di sinilah kita mengenal cinta sesama manusia.   Di sinilah kita mengenal cinta sesama makluk Allah, cinta kita terhadap haiwan, cinta kita terhadap tumbuh-tumbuhan, cinta kita terhadap alam ciptaan Tuhan dan banyak lagi.

Jika Allah memberikan kesusahan, Dia mahu mendidik kita memberi pengorbanan.
Jika Allah memberikan rasa kemarahan, Dia mahu mengajar kita tentang kesabaran
Jika Allah memberi kelebihan, Dia mengajar kita tentang keikhlasan.

Mana mungkin sekali berjuang kita akan menang,
Mana mungkin sekali menang kita akan matang,
Mana mungkin matang bila dalam perjalanan kecundang,
Mana mungkin kejayaan berterusan tanpa tumbang.

Mana mungkin Ikhlas dengan sekali lafaz.
Mana mungkin semua menjadi dengan tulisan di atas kertas
Mana mungkin benar jika sekadar terpampang di skrin layar.

Semuanya perlukan masa untuk sedar,
Semuanya perlukan waktu untuk berubah.
Semuanya perlu di ajar supaya boleh belajar.
Semuanya perlu di didik agar terdidik
Di sinilah kita belajar dan di didik
Oleh MahaGuru yang tahu atas apa yang berlaku.

Di sinilah Madrasah kita untuk menjadi ikhlas
Di sinilah Madrasah kita untuk menjadi sabar
Di sinilah Madrasah kita untuk mahu berkorban
Di dunia nan fana inilah Madrasah kita.

Di dunia inilah Madrasah Cinta Kita

Untuk mengenal Allah yang Maha Esa
Untuk mengenal Muhammad s.a.w rasul kita
Untuk mengenal suami mahupun isteri kita
Untuk mengenal ibubapa mahupun anak-anak kita
Untuk mengenal jiran tetangga mahupun saudara kita
Untuk mengenal insani seagama mahupun yang berbeza
Untuk mengenal makluk lain yang melata didunia.

Oleh itu, wahai manusia yang mempunyai fikiran yang waras, berusahalah untuk menjadi ikhlas walaupun banyak perkara kita terlepas.  Masih ada waktu untuk kita berubah.  Teruskanlah usaha tanpa rasa gundah.  Samada lulus atau tidak biarkanlah Allah memberi markah atau memberi darjah.  Kerana semuanya itu hak Allah.

Tanamkan tekad untuk berubah

Di tahun baru Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah dari saya, Sanishah.

******************************************************************

Hadith Nabi s.a.w yang bermaksud :

“Tiada beriman seseorang kamu sehinggalah aku lebih dicintainya daripada hartanya, anaknya dan sekelian manusia.”

Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim r.a

dan lagi..

“Apabila dikerjakan oleh orang-orang perempuan sembahayang lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, memelihara akan kemaluannya dan mengikut akan suami dan taat kepada suaminya, maka akan dikatakan kepada perempuan itu, “Masuklah oleh mu akan syurga daripada mana-mana pintu yang engkau kehendaki”.

Riwayat oleh Imam Ahmad r.a

dan lagi…

“Sebaik-baik kamu ialah yang paling baik kepada isterinya dan aku adalah yang teramat baik sekali terhadap isteriku…”

Riwayat dari Imam ibnu Majah dan Al Hakim r.a

**************************************************************

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Share and Enjoy:
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • Ma.gnolia
  • YahooMyWeb
  • Add to favorites
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • MSN Reporter
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz

Leave a Reply

Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
PENGUMUMAN
JUALAN POLA TUDUNG DIBERHENTIKAN SEMENTARA WAKTU KERANA TERPAKSA MENYIAPKAN TEMPAHAN YANG LAIN. HARAP MAKLUM DAN MOHON BERBANYAK MAAF.
Jangan lupa ucapkan…
Jangan lupa baca…
Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan").

Salahuddin Al Ayubi
"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".
Masa Pemberian Ilahi
December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Anak Soleh/Solehah
Masa utk Diwarnai…
SAUDARA KITA
EBOOK LANGSIR

Pola Langsir

Menggunakan Pola
Hiasan Dalaman
Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Kata-kata Jengahan

ShoutMix chat widget
N/center>
Dialah ibuku
Mertuaku-Dlm Kenangan
Anak Muda
  • Tip Mendorong Anak Menyahut Segera Panggilan Ibubapa February 10, 2012
    “Ummi…,”  seorang anak memanggil saya. “Nanti dulu,”  begitulah lazimnya jawapan saya sama ada ketika sedang memasak, menguruskan hal-hal lain, menaip dan melayan tetamu.  Ataupun saya menyahutnya lambat.  Jika kebetulan saya tidak sibuk sahaja, saya akan segera menyahut dan menyelesaikan urusan … Continue reading → […]
    ummuabbas
  • BERJUANGLAH WAHAI ISTERI January 22, 2012
    “Ummi, tadi opah jatuh.” Kak ngah bercerita. Saya hanya menganggukkan kepala. Bukan tidak peduli, tetapi cerita itu telah lama saya maklumi. Bukan sekali dua, bahkan berkali-kali dalam sehari, wanita tabah yang digelar ‘opah’ itu terjatuh tanpa sengaja. Salah mengatur langkah, mudah amat badannya yang kecil dan kurus itu jatuh ke lantai, tanpa dapat dikawal. […]
    Noraslina binti Jusin
  • Untitled February 10, 2012
    DENGAN ASMA ALLAH YANG MAHA AGUNG~Aku mencintai orang-orang soleh..sekalipun aku bukan sebahagian dari mereka..aku berharap mendapatkan syafaat drpd mereka..~Aku benci orang-orang yang gemar melakukan maksiat..sekalipun aku juga pernah melakukannya.. ^^Imam Syafi'i^^ […]
    HANYA HAMBANYA
  • When you are Cornered – I Need YOU May 1, 2011
    There are times in life where we were left clueless with no choice at all… isn’t it? Only our faith will guide us to our destination… to a correct decision. And honestly…   I have never once thought that having to choose from many… to have been put in a place, cornered with 4 choices… […]
    Ibunoor
  • Didiklah dengan kasih sayang December 16, 2011
    Membinakan seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah.Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang […]
    Al-Atiff
  • Anak demam panas January 24, 2012
    JAm sudah kul 245am..tapi ibu masih berjaga sebab memantau Anakanda Nuha Maisarah:(.Papa dh tido sbb tadi papa dh berjaga:)) tq sayangkuSemalam 24 Jan 2012, adalah hari yg menakutkan bagi ibu. Tgahari tue, Nuha tiba2 saja demam tapi masih la seperti biasa lagaknya, lemah jer sikit. Jadi papa bagi mkn ubat yg dh ada sajo, raya Cina klinik tutup kan. (rasanyer […]
    »-(¯`v´¯)-»n0nj@m »-(¯`v´¯)-»
  • RAMADHAN KALI INI (1432H) August 3, 2011
    Assalamualaikum, wm.wbt RAMADHAN KAREEM! AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu, semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua, semoga keampunanNya meliputi kita semua dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah), amin ya rabbal alamin. Tahun ini tah […]
    ustazah
  • 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW February 11, 2012
    ‎ Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........" 1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang p […]
    ::Umiliya6677::
  • ...Happy Birthday in Advance....;) February 10, 2012
    Assalamualaikumm.....Heppy besday in advance.....tau dah nanti mesti bukan ajer daddy yang terlupa...diri sendiri pun leh terlupa hari tua ni....ish ish ish....so...saje nak wish diri sendiri awal-awal...;)...pinjam gambar kek amira n qaseh...hepi besday... […]
    linda a.k.a ibusumaiyah
  • Berbahagianya kita menjadi UmatNya February 1, 2012
    Sering juga nafsu ini meronta mahu menambah baik rumah,pasang esosseri sana pasang essesori sini,ataumembina rumah-rumah sewa ditanah yang kosong,tapi teringat Junjungan kita SAWtidak meningalkan satu pun bangunan diakhir hayatnyaSering juga ingin memiliki busana yang mahal-mahal dancantik menawan,di kedai-kdai juga di pasar maya,tapi teringat Junjungan SAW […]
    Makbonda Hasimah Hj Zailani
  • Warna Warni Kehidupan January 29, 2012
    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهMalam ini, dengan ditemani dengan alunan nasihat dan peringatan dari nasyid Rabbani tahun 2000 - 2002, telah mengundang nostalgia kisah silam. Seperti ada skrin besar terpapar dalam minda untuk mengimbas kembali peristiwa dan rentetan perjalanan suka duka kehidupan.Agaknya beginilah juga kit […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • Di Saat Ini Bashar Al Assad lah Yang Paling Ku Benci February 8, 2012
    Keganasan terbaru di Homs Syria menyaksikan 50 rakyat yang tidak berdosa, termasuk bayi, wanita dan kanak-kanak terkorban dalam serangan berterusan selama lebih kurang 10 hari oleh tentera kerajaan. Tentera pro kerajaan Bashar berjaya mengepung bandar Homs, tumpuan kumpulan pemberontak dengan bertindak kejam membuat serangan balas terhadap pemberontakan tanp […]
    Tinta.Muallimah
  • DIA SUDAH PERGI... January 10, 2012
    Lembaran al-Qur'an diselak, mencari-cari surah al-Ra'd. "Ada al-Qur'an kecil tak?"Teringat soalan adik lelaki, Helmi ketika memandu untuk menghantar saya ke Lapangan Terbang Sultan Ismail, Kuala Terengganu. Bertarikh 1 Januari 2012."Ada..." Jawab saya sepatah. Sememangnya saya akan sisipkan al-Qur'an kecil ke dalam han […]
    Ros Illiyyuun
stats counter
wordpress stats
Peringatan Bersama
"Firma Allah yang bermaksud, .......Katakanlah (wahai Muhammad): ” jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri(atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu ) adalah perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berhijrah untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq(derhaka)”........ (Surah At-Taubah: ayat 24)".
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Pizza Faridah
.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.