Jelatak

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Sempena hari Assyura yang baru lepas ingin saya berkongsi dengan anda semua, satu resepi yang senang sahaja untuk menghasilkannya.  Tak perlu memasak sekadar di potong  kecil sahaja buah-buahan, dan jeruk yang ingin di gunakan.  Resepi ini di namakan Jelatak yang mana biasa disediakan oleh orang sebelah utara.  Itulah kata-kata chef di dalam tv(tak ingat namanya) suatu masa dahulu.  Waktu itu saya baru mendirikan rumahtangga dan semangat nak mencuba berbagai masakkan itu begitu teruja.  Maklumlah baru kahwin, segala rancangan tv di tonton, majalah di baca, atau apa sahaja tentang memasak ni di cuba.  Cuma sekarang ni dah malas nak cuba resepi-resepi baru, mungkin dah berusia kot.

OK.  Mari kita cuba…

Jelatak yang ni, saya guna strawberi(secara kebetulan ada, lebihan lepas buat koktel) dan mangga separuh masak di samping buahan jeruk yang lain.

Jelatak.

  1. Beberapa jenis buah-buahan jeruk yang bersesuaian(spt mangga, cermai, betik, anggur kecil)- pilihlah 2/3 jenis. Quantitinya ikutlah citarasa anda.
  2. Atau buah-buahan jeruk seperti prun kering, asam hitam, cery dan macam-macam warna yang lain(merah, hijau).  Maaflah sebab tak tau apa namanya.  Pilihlah 2/3 jenis je.  Quantitinya ikutlah citarasa anda.
  3. Buah-buahan segar seperti mangga yang separa masak, strawberry, apple atau jenis buah-buahan yang tidak berair.  Juga pilihlah 2/3 jenis je.  Quantitinya ikutlah citarasa anda.
  4. Tomato(tanpa isi)
  5. Chilie besar
  6. 1/2 atau 1 labu bawang besar
  7. Garam dan gula
  8. 1 atau 2 biji limau kasturi di perah dan ambil airnya sahaja.

Semua yang di atas di potong dadu manakala chilie di layang. Digaul dengan perahan limau kasturi,  garam dan gula mengikut citarasa anda.  O.k ,  dah pun siap.

Ia sedap di makan dengan nasi minyak/beryani.  Seolah-olah pengganti acar.

Cubalah…

Manakala gambar di bawah ni masakkan yang saya sediakan semperna hari Assyura yang lepas.  Simple je.., makan di dalam dulang untuk kami anak beranak.  Inilah antara amalan yang minima yang boleh  dan senang  kita lakukan.  Banyak lagi amalan-amalan lainnya, seperti berpuasa,  solat sunat,  membaca surah Al-Ikhlas dan lain-lain.  Tapi jangan lupa, niatkan untuk membesarkan/meraikan hari Assyura tersebut.

Inilah hidangan yang saya buat. Ada yang nak nasi putih, ada pulak tu nak nasi beryani walaupun cuti sekolah ni selalu makan nasi beryani. Maklumlah musim orang kenduri. Sebenarnya, saje nak tunjukkan cara makan di dalam dulang bagi mereka yang tak biasa. Sebaiknya alaslah dengan plastik besar empat segi yang selebar dulang atau guna daun pisang dan juga jangan terlalu banyak letakkan nasi nanti tak habis, jadi membazir pula. Yang berkuah letakkan di dalam mangkuk kecil. Tak perlu banyak lauk yang pentingnya seimbang. 1 dulang boleh makan dalam 4/5 orang. Anak-anak saya boleh di katakan kuat makan jadi bubuhlah banyak sikit nasinya. Senangkan, tak perlu basuh pinggan banyak-banyak.

Seorang makcik pernah bercakap dengan saya,  “Dia rasa tak selesa/geli makan dalam dulang”.  Sebenarnya dia tak pernah tengok dan merasai makan bersama di dalam dulang sebab tu dia cakap macam tu.  Dia membayangkan makan di dalam dulang tu nasi dan lauk di gaul sekali dan baru makan bersama-sama.  Sebenarnya berbagai cara kita boleh gunakan asalkan makan di dalam dulang iaitu untuk mengikut sunnah nabi kita, nabi Muhammad s.a.w.

Jadi berhati-hati dengan kata-kata, takut-takut nanti memperlekahkan nabi kita pula.  Besar akibatnya…

Saya sendiri belajar makan di dalam dulang selepas mengikuti kelas ustazah Salbiah.  Sudah lama tak merasai cara ini jadi ingin saya mulakan semula di awal tahun Maal Hijrah 1431H ini.  Semoga ianya istiqomah  dan tak lupa, walaupun sesekali sahaja di lakukan.  ameen.

Nasi beryani yang saya buat.

Gambar di atas ni cuma nak bagi tip cara memasak nasi beryani, jika ingin memasak menggunakkan rice cooker.  Mungkin ada yang tak tau.  Ini untuk mereka yang tak tau ya..

1.   Lakukan seperti biasa seperti kita memasak nasi cuma kurangkan sedikit airnya.  Cuma gunakan beras basmathi.  Saya menggunakan sukatan 3:1 jika ingin menjimatkan beras.  Iaitu basmathi 3 bahagian manakala beras biasa 1 bahagian.  Masih kelihatan panjang berasnya.

2.  Tambahkan susu cair mengikut sukatan yang anda tahu.

3.  Bahan-bahan yang lain di tumis di dalam kuali dan di masukkan ke  dalam nasi yang sedang di masak.

4.  Kacau sedikit, biarkan serata.

5.  Bila masak, masuk/titiskan perwarna kuning telur di atasnya dan biarkan seketika.

6.  Masukkan kismis.

7.  Sebelum di hidangkan hendaklah gaul nasi tersebut supaya warna tadi sekata.  Jangan di gaul terlalu kerap.  Ia akan menyebabkan nasi yang panjang akan mudah terputus.  Tak cantik jadinya.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

3 Responses to “Jelatak”

  • Ummu Husna says:

    Salam, Kak Nisha.

    InsyaAllah boleh cuba ni. Bahan-bahannya pun kebanyakan ada di sini. Tq kak sudi berkongsi.

    Tentang makan dalam talam tu, ada benarnya. Ada kelebihan dari sudut lahiriah dan dalaman juga. Yang penting, dapat mendidik untuk berbahagi dan berkongsi. Sikit sama sikit..

  • Makbonda says:

    Salam Nisa,kagumlah,rajin masak,Makbonda tak boleh rajin-rajin masak,anak-anak obesiti,masak cincai pun depa makan sedap.Tapi resepi Nisa akan Makbonda praktikan

  • Kak Nisha says:

    Wa’alaikum Salam Ummu Husna dan Makbonda.

    Cubalah ummu Husna jelatak tu, kalau tak makan dengan nasi pun sedap. Ratah jee..

    Betullah yang ummu Husna cakap. Makan sama-sama tak kira siapa. Rasa lebih mesra. Kena pulak masa mengaji dulu. Semua tahap pendidikkan ada. Terutama dengan ustazah Salbiah. Kalau dia rasa dia punya banyak dia akan tolak kebahagian kita. Jadi rasa kasih sayang tu lekat walaupun sekarang ni jarang-jarang jumpa dia.

    **************
    Terima kasih Makbonda kerana nak cuba resepi saya. Anak saya dulu juga obesiti tapi lepas naik remaja dia turun semula. Nantilah suatu hari saya akan kongsi dengan semua bagaimana nak atasi obesiti anak-anak.

    Wassalam

Leave a Reply

Anak Soleh/Solehah
Hari untuk diwarnai
Masa Pemberian Ilahi
December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Kata-kata Jengahan

ShoutMix chat widget
Terima kasih utk..
Anak Muda
  • AGAR CINTA ISTERIMU TERJAMIN UNTUKMU... September 4, 2010
    Malam ke 25 Ramadan, Dalam diri mencari reda dan cinta TUHAN,Ada insan menangisi ujian dan cabaran perkahwinan,Menaruh percaya beriring harapan,Agar bahtera rumahtangga selamat tiba ke destinasi impian.Diri ini kehilangan kata-kata...Basah airmata, hati bersarang hiba...Sekadar mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaannya.Sedikit renungan buat para isteri budi […]
    Noraslina binti Jusin
  • Peluk Islam Selepas Masuk Masjid September 2, 2010
    Utusan Malaysia lupa kepada berita menarik yang pernah ia sendiri siarkan yakni mengenai non muslim yang memeluk Islam kerana pernah memasuki masjid sebelumnya.  Apakah nilai yang baik yang pernah dititip melalui akhbar mereka sendiri mahu dihapuskan oleh fitnah terhadap Islam yang ditafsirkan oleh golongan yang jahil?  Semata-mata kepentingan politik mereka […]
    ummuabbas
  • KERANA ALLAH KITA MARA! August 31, 2010
    Dengan asma Allah yang Maha Agung.Semalam dalam perjalanan balik, dalam kereta saya dan zauji habibi sangat teruja mendengar yang cukup nostalgik buat kami berdua. Lagu lama Nadamurni yang diberi nafas baru dengan lirik yang baru. Saya dan suami memang memiliki nostalgia + sama-sama sukakan nasyid lama Nadamurni. Suka dan bersemangat!Tambahan pula kami baru […]
    NORMI BINTI HAJI MAT YUSOF
  • Seloka hujung Ramadhan. September 4, 2010
    Bila ramadhan melabuh tiraiTirai Ramadhan berlabuh sudah.Berakhir bulan penuh barkah,Hidup kembali kepada fitrahKeluarlah kita dari madrasah,Ikatan syaitan terlerai sudahPintu nerake kembali terbelah.Apakah kita sudah berubah?Tirai Ramadhan berlabuh sudah Sana sini menusia membeli belahToko-toko menjadi tempat berkelahSi penjaja sebok mencari helah.Lagu raya […]
    makbonda
  • Berzikir tapi hati tetap tidak tenang September 3, 2010
    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهKetenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamd […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • 7 KAEDAH MENDIDIK ANAK CEMERLANG July 14, 2010
    Dipetik dari http://www.kaunselingskbt2.com Dalam mendidik anak-anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.Menurut Datuk Dr. Haji Mohd fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu i […]
    Al-Atiff
  • Ramadan Karim! September 10, 2010
    ~STICKY MODE~BismillahWith love, […]
    ummumishkah
  • Petua Masuk Umah Baru....:) August 28, 2010
    Assalamualaikum...Menggoogle petua masuk umah baru di internet menemukan aku dgn banyak jenis petua yang diamalkan..ada yang meletakkan gula,garam dan memacam lagi kat dapur masa masuk rumah baru..agar mendapat rezeki yang banyak ... nak-nak plak , artis kita yang buat plak tu...siap masuk TV lagi...adeh...ada yang menanam telur yang telah di jampi (dengan m […]
    sumaiyah_nda
  • Put IT on and wear your socks September 2, 2010
    Good information for all which I received through my e-mail… I’ve also tried it to my two children and then put the socks on, but only with a different product called ‘Minyak But-But’ (Coucal Oil), a 100% Muslim product from HPA. Everything will be fine insyaAllah… ******************************************************************************************** W […]
    ibunoor
  • Rasulullah Di Hari Kebangkitan September 3, 2010
    Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar .ari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud: “Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemeg […]
    ::Umiliya6677::
  • KERJA vs KELUARGA February 12, 2010
    Alhamdulillah...setinggi kesyukuran kepadamu ya Allah,kerana akhirnya dapat juga menulis di blog yang sudah lama terbiar ini...sedihnya,nak buat macammana,mula aja persekolahan baru bermulalah episod baru,bermula dari dinihari seawal jam 4.30 @ 5.00 pagi pergerakan mesti pantas dan seperti yang dijadualkan. Segala mesti disiapkan sebelum jam 7.00..itupun den […]
    ustazah
  • MERDEKAKAH KITA... August 30, 2010
    Merdekakah kita jika masalah kebejatan sosial masih mendominasi negara?Merdekakah kita jika pembuangan anak menjadi satu berita biasa?Merdekakah kita jika kes rogol semakin berleluasa?Merdekakah kita jika operasi kedai-kedai arak semakin bermaharajalela?Merdekakah kita jika mata yang pejam semakin dipejam pabila azan subuh memanggil?Merdekakah kita jika ayat […]
    Ros Illiyyuun
Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
Jangan lupa baca…
Jangan lupa ucapkan…
Salahuddin Al Ayubi

"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".

Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan".

Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Pola Langsir

Menggunakan Pola
EBOOK LANGSIR

Hiasan Dalaman
PROMOSI PRODUK
OOPS! You forgot to upload swfobject.js ! You must upload this file for your form to work.
Pizza Faridah
Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah, tel 012-2243696.
Pengujung ke
wordpress stats