Heritage Scallop/Scallop Tradisional

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Scallop Traditional adalah nama yang saya beri untuk Haritage Scallop yang kebiasaannya di panggil namanya.  Saya percaya ramai yang tidak mengetahui dengan tepat cara menghasilkannya dan terlalu susah pula untuk mencari orang yang boleh menunjuk ajar cara yang betul.

Saya sendiri suatu ketika dahulu begitu susah untuk mencari guru mengajar membuat  jenis scallop tambah-tambah pula bagi mereka yang ingin mengajar/belajar  secara percuma.  Saya sangat berterima kasih kepada Ustazah Zuraini kerana suatu ketika dulu dia sangup mengajar secara percuma cara menjahit langsir yang betul kepada ibu-ibu di taman tempat saya tinggal.

Walaupun dia tidak mengajar(tidak tahu menghasilkan Scallop jenis ini) paten ini, tetapi asas yang telah di beri membolehkan saya mengolah dan menghasilkan dengan baik scallop ini.

Kami sebenarnya banyak berkongsi ilmu cara menghasilkan langsir.  Yang saya tak tahu, saya tanya pada dia.  Manakala mana yang dia tak tahu dia tanya pada saya.

Jadi paten jenis ini saya mencuba sendiri, sehingga berjaya menghasilkannya dengan baik.

Oleh kerana terlalu minat menjahit langsir  dan dek kerana banyak mencuba sendiri, banyak juga kain langsir yang saya beli rosak dan tidak boleh di gunakan dek kerana banyak kali mencuba.  Itulah pengalaman saya suatu ketika dulu semasa mula-mula belajar menjahit.

Sekarang ni pun, kalau dah tak menjahit, skill akan hilang/berkurangan, jadi bila sesekali nak menjahit tu.. akan lari juga sedikit/silap juga.  Maklumlah manusia biasa.

Saya cuba berpegang pada Ayat al-Quran surah Al-Baqarah(lihat sidebar) di dalam blog ini.  Namun demikian seperti yang biasa saya katakan saya ini manusia biasa, ada juga rasa sayang dan kedekut di dalam hati ini.

Namun dengan cara ini,  saya cuba mendidik diri saya, supaya senang memberi pada yang memerlukan, walaupun keIkhlasan itu Allah sahaja yang tau.  Saya cuba mendidik hati supaya tidak berkira-kira.  Harap-harap suatu hari nanti  ia benar-benar ikhlas seperti yang Allah inginkan.  Ameen.

OK… mari kita mulakan.

Gambar ni saya tak gunakan cara yang saya tunjukkan. Saya perlu memotong sekeping demi sekeping kain dan baru di cantumkan.

Untuk lebih memudahkan anda memahaminya, saya memberi contoh untuk ukuran tingkap 4 kaki (treknya lebih kurang 55 inci).   Hanya memerlukan 2 bentuk scallop dan 2 bahagian ekor siku keluangnya.

Bahan-bahannya:

  1. Kain langsir(gunakan kain jenis bergetah/Jersi).
  2. Gunting
  3. Pembaris panjang
  4. Kapur/pensil penanda
  5. Tali pengukur.

Cara menghasilkannya.

  1. Gunting kain mengikut ukuran rajah di bawah
  2. Paten yang tunjukkan ini hanya sesuai untuk kain jenis bergetah(jersi dll) sahaja.  Jika dari jenis lain,  caranya lain pulak.   Jika anda menggunakan jenis kain lain(tebal, keras),  ombaknya akan kelihatan terpatah-patah(tak cantik).  Boleh juga menggunakan kain tebal/keras tapi kena potong satu keping demi satu keping.  Nak tau…? kenalah tunggu e-pola saya keluar dan kena belilah ya.  :)

*  Bagi paten yang ini saya tidak membuat pola tapi hanya menggeluarkan e-pola dan ebook sahaja.  E-pola InsyaAllah akan keluar dalam bulan ni..(aaeee..! boleh ke?).  Untuk ebook tu nampaknya lambat lagilah.  Maaflah, bagi mereka yang pernah sms pada saya tanya pasal ebook untuk scallop.   Saya tak dapat nak janji bila ia boleh di keluarkan.

Tip mengira panjang kain :

  1. Bahagian ekornya sebaik-baiknya separuh dari ukuran tinggi trek.
  2. Bahagian bawah scallop lebihkan ± 7-10 inci di kedua-dua  bahagian.  Ia bergantung pada jenis kain yang anda gunakan juga bergantung pada citarasa anda.  Mungkin anda lebih suka ia labuh kebawah jadi kena lebihkan sikit lebarnya.
  3. Bahagian atas scallop lebihkan ± 1-3 inci bergantung juga pada jenis kain yang anda gunakan. Jika anda ingin trek terlihat lebih jelas kenalah lebarkan sikit kain tersebut.

  1. Jahit di sekeliling kain tersebut.
  2. Kedutkan(samada ikut ukuran atau tidak) mengikut  garisan putus-putus (di tengah-tengah kain).  Jelujurkan.

Atau

  1. Anda boleh juga menggunakan pensil pleat(pita langsir untuk paten pensil pleat) yang bersaiz kecil(± 1″) dan jahitlah di sepanjang garisan yang telah di buat.  Tarikkan supaya ia berkedut dan matikan talinya.  Tali tersebut boleh di gunakan untuk mengikat scallop tersebut pada trek nanti untuk mengelakkan ia tidak bergerak/berubah-ubah kedudukkannya.
  2. Ops tertinggal satu step.  Anda perlu menjahit pita tersebut berselang seli, maksudnya apabila telah menjahit satu pita anda perlu terbalikkan kain dan menjahit pita satu lagi di bahagian garisan putus-putus tersebut dan terbalikkan semula untuk menjahit pita satu lagi di bahagian garisan yang putus-putus yang lain pula.  Begitulah seterusnya sehingga selesai.
  3. Bagi kain jenis bergetah ia akan menghasilkan ombak yang cantik walaupun anda tidak membuat lipatan/kedut mengikut ukuran yang sama.  Tapi sebaiknya buatlah mengikut ukuran yang sama seperti membuat scallop biasa.
  4. Siap.  Ia sudah boleh di gantung ke trek langsir rumah anda.

Untuk mengantungnya juga ada caranya.

Hendaklah di selang selikan.  Jika di mulakan dengan meletakkan kain di hadapan, maka selepasnya hendaklah di letakkan di belakang trek dan begitulah sehingga selesai. Anda boleh juga meletakkan dengan cara lain, sudah tentulah bergantung kepada cara anda membuat scallop tersebut.  Untuk mengetahui lebih lanjut nantikan ebook dari saya. Wallahua’lam.

Trek yang sesuai

Terbaiknya,  Jenis kayu/batang/rod.   Trek biasapun boleh juga.  Macamana ya?  Mesti ada yang tertanya-tanya.  Gunakanlah kreativiti anda bagaimana untuk menjadi ia kelihatan cantik.  Bagaimana cara untuk menutupi trek yang tak berapa cantik?   Semuanya boleh, asalkan ada keinginan.

“….HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALIH….”

Selamat mencuba.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Share and Enjoy:
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • Ma.gnolia
  • YahooMyWeb
  • Add to favorites
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • MSN Reporter
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz

Leave a Reply

Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
PENGUMUMAN
JUALAN POLA TUDUNG DIBERHENTIKAN SEMENTARA WAKTU KERANA TERPAKSA MENYIAPKAN TEMPAHAN YANG LAIN. HARAP MAKLUM DAN MOHON BERBANYAK MAAF.
Jangan lupa ucapkan…
Jangan lupa baca…
Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan").

Salahuddin Al Ayubi
"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".
Masa Pemberian Ilahi
December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Anak Soleh/Solehah
Masa utk Diwarnai…
SAUDARA KITA
EBOOK LANGSIR

Pola Langsir

Menggunakan Pola
Hiasan Dalaman
Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Kata-kata Jengahan

ShoutMix chat widget
N/center>
Dialah ibuku
Mertuaku-Dlm Kenangan
Anak Muda
  • Kelihatan Kecil Tetapi Membahagiakan Isteri February 1, 2012
    Kecil Tetapi Bermakna Pagi tadi, saya mendapat sedikit asma. Semasa baru terasa lelah di dada, saya sedang menidurkan si kecil berusia 11 bulan. Suami yang berada di samping perlahan-lahan bangun untuk mengambil inhaler tanpa saya memintanya berbuat demikian. Tersentuh juga … Continue reading → […]
    ummuabbas
  • BERJUANGLAH WAHAI ISTERI January 22, 2012
    “Ummi, tadi opah jatuh.” Kak ngah bercerita. Saya hanya menganggukkan kepala. Bukan tidak peduli, tetapi cerita itu telah lama saya maklumi. Bukan sekali dua, bahkan berkali-kali dalam sehari, wanita tabah yang digelar ‘opah’ itu terjatuh tanpa sengaja. Salah mengatur langkah, mudah amat badannya yang kecil dan kurus itu jatuh ke lantai, tanpa dapat dikawal. […]
    Noraslina binti Jusin
  • SEDIH January 14, 2012
    ~sedih.... hanya Allah tempat bergantung harap~ […]
    HANYA HAMBANYA
  • When you are Cornered – I Need YOU May 1, 2011
    There are times in life where we were left clueless with no choice at all… isn’t it? Only our faith will guide us to our destination… to a correct decision. And honestly…   I have never once thought that having to choose from many… to have been put in a place, cornered with 4 choices… […]
    Ibunoor
  • Didiklah dengan kasih sayang December 16, 2011
    Membinakan seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah.Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang […]
    Al-Atiff
  • Anak demam panas January 24, 2012
    JAm sudah kul 245am..tapi ibu masih berjaga sebab memantau Anakanda Nuha Maisarah:(.Papa dh tido sbb tadi papa dh berjaga:)) tq sayangkuSemalam 24 Jan 2012, adalah hari yg menakutkan bagi ibu. Tgahari tue, Nuha tiba2 saja demam tapi masih la seperti biasa lagaknya, lemah jer sikit. Jadi papa bagi mkn ubat yg dh ada sajo, raya Cina klinik tutup kan. (rasanyer […]
    »-(¯`v´¯)-»n0nj@m »-(¯`v´¯)-»
  • RAMADHAN KALI INI (1432H) August 3, 2011
    Assalamualaikum, wm.wbt RAMADHAN KAREEM! AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu, semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua, semoga keampunanNya meliputi kita semua dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah), amin ya rabbal alamin. Tahun ini tah […]
    ustazah
  • Untitled February 6, 2012
     k […]
    ::Umiliya6677::
  • SUGAR GLIDER owh SG.... February 2, 2012
    Assalamualaikum...Bz Melanda Semua Staff di Opis sini.....huhuhu...best...tapi nak gak citer sikit about what happen yesterday...Ada pembaca yang pernah baca pasal pets keinginan ibusumaiyah?...pet kecil cinonet itu...tak per-tak per....boleh rujuk di link ni   : SUGAR GLIDER Semalam, ibu print n google maklumat di internet berkenaan SG ni....yaAllah....bany […]
    linda a.k.a ibusumaiyah
  • Berbahagianya kita menjadi UmatNya February 1, 2012
    Sering juga nafsu ini meronta mahu menambah baik rumah,pasang esosseri sana pasang essesori sini,ataumembina rumah-rumah sewa ditanah yang kosong,tapi teringat Junjungan kita SAWtidak meningalkan satu pun bangunan diakhir hayatnyaSering juga ingin memiliki busana yang mahal-mahal dancantik menawan,di kedai-kdai juga di pasar maya,tapi teringat Junjungan SAW […]
    Makbonda Hasimah Hj Zailani
  • Warna Warni Kehidupan January 29, 2012
    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهMalam ini, dengan ditemani dengan alunan nasihat dan peringatan dari nasyid Rabbani tahun 2000 - 2002, telah mengundang nostalgia kisah silam. Seperti ada skrin besar terpapar dalam minda untuk mengimbas kembali peristiwa dan rentetan perjalanan suka duka kehidupan.Agaknya beginilah juga kit […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • Muhammad Manusia Agung February 5, 2012
    Muhammad (SAW) Ibn Abdullah adalah Rasul dan Nabi Pilihan. Rasul Terakhir kepada manusia ini merupakan ciptaan Allah yang Maha Agung.Kehebatan Muhammad (SAW) terserlah dalam semua semua aspek, suatu yang tidak perlu dipertikaikan. Baginda dipilih di kalangan manusia kerana baginda adalah Nabi dari segi teori dan praktikal kehidupan manusia dalam segenap kehi […]
    Tinta.Muallimah
  • DIA SUDAH PERGI... January 11, 2012
    Lembaran al-Qur'an diselak, mencari-cari surah al-Ra'd. "Ada al-Qur'an kecil tak?"Teringat soalan adik lelaki, Helmi ketika memandu untuk menghantar saya ke Lapangan Terbang Sultan Ismail, Kuala Terengganu. Bertarikh 1 Januari 2012."Ada..." Jawab saya sepatah. Sememangnya saya akan sisipkan al-Qur'an kecil ke dalam han […]
stats counter
wordpress stats
Peringatan Bersama
"Firma Allah yang bermaksud, .......Katakanlah (wahai Muhammad): ” jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri(atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu ) adalah perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berhijrah untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq(derhaka)”........ (Surah At-Taubah: ayat 24)".
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Pizza Faridah
.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.