Archive for December, 2009
E-POLA Langsir
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menyiapkan E-pola mengikut apa yang telah di rancangkan(sebelum tahun baru). Sila layari http://www.hijab-batik.com untuk mengetahui lebih lanjut lagi. Namun demikian urusniaganya akan bermula pada hari Selasa 05.01.2010 kerana sekarang ini saya terlalu sibuk dengan urusan persekolahan anak-anak dan juga sedikit urusan di kampung.
Jadi…, bagi sesiapa yang berminat bolehlah layari http://www.hijab-batik.com untuk keterangan lebih lanjut lagi. Di bawah ini adalah gambar untuk produk E-pola terbaru dari saya :
Jelatak
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Sempena hari Assyura yang baru lepas ingin saya berkongsi dengan anda semua, satu resepi yang senang sahaja untuk menghasilkannya. Tak perlu memasak sekadar di potong kecil sahaja buah-buahan, dan jeruk yang ingin di gunakan. Resepi ini di namakan Jelatak yang mana biasa disediakan oleh orang sebelah utara. Itulah kata-kata chef di dalam tv(tak ingat namanya) suatu masa dahulu. Waktu itu saya baru mendirikan rumahtangga dan semangat nak mencuba berbagai masakkan itu begitu teruja. Maklumlah baru kahwin, segala rancangan tv di tonton, majalah di baca, atau apa sahaja tentang memasak ni di cuba. Cuma sekarang ni dah malas nak cuba resepi-resepi baru, mungkin dah berusia kot.
OK. Mari kita cuba…

Jelatak yang ni, saya guna strawberi(secara kebetulan ada, lebihan lepas buat koktel) dan mangga separuh masak di samping buahan jeruk yang lain.
Read the rest of this entry »
Resepi Anak Bujang – Lempeng Tampal
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Tahniah untuk anak-anak yang berjaya dengan cemerlangnya dalam PMR yang lepas. Anak saya yang kedua mengambil peperiksaan PMR juga, tapi keputusannya biasa-biasa sahaja. Tidak cemerlang, tidak pula terlalu teruk, sederhana sahaja.
Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda, resepi yang di ilhamkan oleh anak-anak lelaki saya. Ketiga-tiga anak lelaki saya memang rajin ke dapur bila masakan yang saya sediakan tidak berkenan di hati mereka.

Lempeng Tampal
Madrasah Cinta Kita
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Si buta mengerak-gerakkan tongkat tidak menentu arahnya untuk mencari arah tuju yang betul, si bisu menggerak-gerakkan tangan dan jari jemarinya berulang-ulang kali dengan suara yang selari, aaaa…., eeee …, oooo.. untuk menerangkan sesuatu supaya di fahami oleh insani. Si sengau mengulang-ulangi percakapannya supaya lebih jelas pertuturannya untuk di fahami oleh manusiawi, eok eca peci cayant yaa..
Matanya di kencit-kencit, ingatkan ingin mengurat tapi itulah kecacatan semulajadi yang ada padanya. Begitu juga si kaki tempang, si berot mulutnya, si kudung kaki atau tangannya atau kedua-duanya sekali. Itulah lahiriah yang kita nampak akan kecacatan mereka.
Mengapa di hina mereka semua? Mengapa di pandang rendah pada mereka semua? Hebat sangatkah kita di mata makluk lain ciptaanNya? Read the rest of this entry »
Indahnya Alam CiptaanNya
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Tadi, dalam perjalanan balik dari menghantar anak saya yang ketiga, Abdul Haziq sempat juga saya mengambil gambar dari atas kereta. Jalan/highway baru dari Seremban ke Kuala Pilah. Bagi mereka yang nak pergi ke Kuala Pilah dah tak perlu ikut jalan yang melengkok-lengkok macam ular tu lagi. Jalan dah lurus sekarang. Alhamdulillah.
Teringat pula macam nak balik kampung wan saya(Karak Highway) jika ikut jalan baru ni, sungguh cantik dan menarik bila menikmati permandangan hutan belantara dari atas bukit. Boleh juga saya gunakan gambar tersebut untuk hiasan kepala blog saya.
Jadi di sini saya lampirkan sedikit gambar untuk tatapan anda semua. Lihatlah ia sebagai keindahan alam cipataan Tuhan yang Maha Hebat ini sebagai satu kehebatan yang tiada tolok bandingnya. Lihatlah betapa cantiknya permandangan di waktu matahari hampir terbenam.
Heritage Scallop/Scallop Tradisional
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Scallop Traditional adalah nama yang saya beri untuk Haritage Scallop yang kebiasaannya di panggil namanya. Saya percaya ramai yang tidak mengetahui dengan tepat cara menghasilkannya dan terlalu susah pula untuk mencari orang yang boleh menunjuk ajar cara yang betul.
Saya sendiri suatu ketika dahulu begitu susah untuk mencari guru mengajar membuat jenis scallop tambah-tambah pula bagi mereka yang ingin mengajar/belajar secara percuma. Saya sangat berterima kasih kepada Ustazah Zuraini kerana suatu ketika dulu dia sangup mengajar secara percuma cara menjahit langsir yang betul kepada ibu-ibu di taman tempat saya tinggal.
Walaupun dia tidak mengajar(tidak tahu menghasilkan Scallop jenis ini) paten ini, tetapi asas yang telah di beri membolehkan saya mengolah dan menghasilkan dengan baik scallop ini.
Kami sebenarnya banyak berkongsi ilmu cara menghasilkan langsir. Yang saya tak tahu, saya tanya pada dia. Manakala mana yang dia tak tahu dia tanya pada saya.
Jadi paten jenis ini saya mencuba sendiri, sehingga berjaya menghasilkannya dengan baik.
Oleh kerana terlalu minat menjahit langsir dan dek kerana banyak mencuba sendiri, banyak juga kain langsir yang saya beli rosak dan tidak boleh di gunakan dek kerana banyak kali mencuba. Itulah pengalaman saya suatu ketika dulu semasa mula-mula belajar menjahit.
Sekarang ni pun, kalau dah tak menjahit, skill akan hilang/berkurangan, jadi bila sesekali nak menjahit tu.. akan lari juga sedikit/silap juga. Maklumlah manusia biasa.
Saya cuba berpegang pada Ayat al-Quran surah Al-Baqarah(lihat sidebar) di dalam blog ini. Namun demikian seperti yang biasa saya katakan saya ini manusia biasa, ada juga rasa sayang dan kedekut di dalam hati ini.
Namun dengan cara ini, saya cuba mendidik diri saya, supaya senang memberi pada yang memerlukan, walaupun keIkhlasan itu Allah sahaja yang tau. Saya cuba mendidik hati supaya tidak berkira-kira. Harap-harap suatu hari nanti ia benar-benar ikhlas seperti yang Allah inginkan. Ameen.
Sosej Roll
Assalamualaikum, apa khabar semua.
Sosej Roll
Untuk doh
- ½ kg Tepung Gandum
- 1 sudu kecil gula
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu besar mentega
- ½ paket mauripan
- 1 cawan air suam
- 1 cawan air biasa
1 0 batang sosej/1 pkt atau lebih
Chilie sos
Cara menghasilnya
- Campurkan kesemua bahan untuk membuat doh(dari no. 1 – no.5).
- Gaulkan hingga sebati/rata
- Masukkan air suam sedikit demi sedikit hingga rata
- Masukkan air biasa hingga ia boleh di uli
- Bulat-bulatkan lebih kurang sebesar bola pingpong
- Simpan dalam 1-2 jam.













.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.
