Program Cuti Sekolah untuk anak-anak.

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Cuti sekolah sudah pun bermula.  Setiap tahun kebiasaannya sebulan sebelum mereka bercuti fikiran saya sudah mula ligat memikirkan apa yang patut saya buat untuk musim cuti sekolah ini.  Semenjak anak saya sudah ada yang meningkat remaja, saya sudah mula memikirkan apa yang harus saya lakukan pada musim cuti sekolah.  Maklumlah anak-anak remaja ni bermacam-macam ragamnya.

Boleh di katakana setiap tahun saya tidak lupa menghantar mereka ke program motivasi.  Tapi untuk tahun ini tak tahu lagi nak hantar mereka atau tidak, sebab setiap tahun hantar tapi tiada perubahan pun, tapi rasa macam berminat pula dengan program motivasi kat blog Saifulislam.com.

Walaubagaimanapun nak solat Istikharah dulu.

Pernah juga beberapa tahun yang lepas saya membawa mereka balik ke kampung(wan) saya di Kuala Lipis, Pahang untuk memberi kesedaran/keinsafan pada mereka dengan membawa mereka menorah getah.  Konon-kononnya nak tinggal selama sebulan kat kampung bersama anak-anak(suami tak ikut) tapi tahan dua minggu sahaja.  Ialah masa tu musim hujan, banyak hari tak boleh menoreh manakala anak-anak pula tahan 2 hari sahaja ikut saya ke kebun.  Saya pun, semasa zaman remaja dulu pernah merasai pengalaman menoreh getah, jadi bila dah tua ni nak mula semula, kekok juga tapi skill masih ada lagi.  Hari-hari berikutnya saya sorang-sorang sahaja meredah kebun getah tu.  Nasib baiklah kebun tu bersih kerana sentiasa di jaga oleh pakcik saya.  Tapi nampaknya masih tidak memberi apa-apa perubahan pada anak-anak saya.

Tahun ini saya tidak bercadang untuk balik ke kampung(mungkin balik kejap je). Inilah waktu-waktu yang menjadikan suasana rumah kami riuh-rendah dengan hilai tawa, gaduh marah, rumah bersepah dan berbagai lagi.  Maklumlah anak-anak dari pelbagai kategori. Dari umur 4 tahun hinggalah masuk ke 17 tahun.  Masing-masing mempunyai perangai yang tersendiri.  Biasanya bila mereka semua berada di rumah, bermacam-macam perkara berlaku, dari berebut siaran tv, berebut pc dan bertolak-tolak tugasan rumah yang perlu mereka lunaskan untuk satu hari.

Maklumlah kami memang tidak banyak memberi kemudahan pada anak-anak kami dan mereka pun tiada banyak pilihan.  Sekadar TV yang tua, kecil pulak(14”) yang tiada Astro, pc satu je untuk semua orang manakala yang nak guna dari anak saya yang kecil yang baru 4 tahun(apalagi tengok kartunlah) hinggalah ke suami(apalagi pasal politiklah) berkongsi pc yang satu, itulah yang menjadi rebutan.  Jadi.., pasal bergaduh berebut tv dan pc tu dah biasalah bagi kami.  Terpaksalah saya aturkan jadual untuk mereka terutamanya bila menggunakan PC.  Salah seorang guna lama/lebih masa sikitpun dah jadi gaduh. Anak-anak biasalah macam tu.

Saya terpaksa membatalkan perancangan awal program cuti sekolah walaupun telah di persetujui oleh suami, kerana terpaksa membuat pilihan samada ingin terus menghadiri program di surau atau ingin berniaga Nasi lemak/dagang di tepi jalan.  Entah macam mana dekat-dekat nak cuti sekolah bermula pula  kelas Al-Quran yang mana diadakan di sebelah pagi, jadi sayang pulak nak tinggalkan kelas tu.

Menjual nasi lemak/dagang tu adalah kerana anak-anak bujang saya yang dua orang, masa cuti sekolah ni mereka nak cari kerja.  Saya dan suami memang tak bersetuju mereka bekerja, maklumlah kawan-kawan mereka tu, saya tak berapa percaya.

Kalau di ingat pasal anak-anak ni, mau saja saya tinggalkan segala yang telah saya usahakan, tapi teringat pula kata-kata Ustazah Zuraini yang memang menjadi penasihat saya(tanpa gaji)dan juga ceramah Ustazah Salbiah.  Ada betulnya juga kata mereka tu lagipun anak saya pun dah komplen dengan saya(tak berani dengan abahnya),

“Semuanya tak boleh.  Dahlah keluar rumahpun waktu main je(dari 5.00pm ke 7pm).  Duduk kat padang depan rumah pun, kena intai-intai juga”, itulah kata-kata anak-anak bujang saya.

Hai! susah-susah.., “di biar jadi liar, disekat takut pulak gelagat mereka lagi hebat”.  Kehebatan yang mungkin di masa akan datang akan tertonjol yang mungkin tidak boleh di kontrol.  Nauzubillah.

Beginilah antara keresahan para ibu-ibu yang mempunyai anak remaja.   Sekadar ingin memberi kesedaran dan peringatan pada anda yang  masih muda dan anak-anak masih kecil lagi.  Suatu hari nanti anak-anak anda akan membesar juga dan mungkin menghadapi dilema seperti saya.

Tahun ini kemungkinan besar mereka tidak pergi ke mana-mana, Cuma anak ke 3, InsyaAllah akan di hantar ke Maahad kat Sri Menanti untuk tempoh sebulan bagi mengikuti program memahirkan bacaan Al-Quran.  Kalau dia berminat, saya ingat akan terus hantar ke sekolah itu untuk tahun hadapan.  Sebenarnya saya dah ada pengalaman menghantar anak untuk sebulan kat Maahad di Kelantan(di Repek) di masa cuti sekolah.  Tak sampai dua minggu mereka balik sendiri ke rumah. Pulak tu, dah bayar untuk kos sebulan untuk dua orang.  Anak…, anak..  Jadi kali ni saya hantar dekat je, taklah banyak sangat guna duit.  Harap-harap boleh tahan sampai sebulan.

Saya dah sediakan Jadual untuk mereka bagi ‘Program cuti sekolah Akhir Tahun’ dan saya serahkan tanggunjawab tersebut kepada anak saya yang tua. Saya harap dia boleh mengaturkan jadual yang baik untuk dia dan adik-adiknya.  Saya cuma memantau sahaja apa yang mereka buat.  Kebanyakan kerja-kerja di bawah ni saya suruh siapkan sebelah pagi bagi mengelakkan/mengurangkan mereka tidur selepas solat Subuh.

  1. Menyapu lantai di semua ruang setiap hari.
  2. Mengemop lantai 2 hari sekali.
  3. Membasuh dan menjemur kain setiap hari.
  4. Menyiram bungga setiap hari(sekarang hari hujan, jadi tak perlulah setiap hari).
  5. Melipat kain setiap hari.
  6. Megemas bilik setiap hari.
  7. Membasuh semua bilik air 2 minggu sekali.
  8. Membuang sampah dan angkat kain setiap hari.
  9. Menyapu laman rumah bila perlu.
  10. Sesekali memasak.

Itulah antara kerja tetap mereka dengan ganjaran duit belanja sekolah akan di beri seperti biasa sama seperti semasa bersekolah.  Jadi masa cuti ni saya boleh relax dari kerja-kerja di atas cuma memasak tu kena buatlah.

Suami saya setuju sahaja dengan apa yang ingin saya lakukan.  Biasanya dia tak banyak membantah sebab dia tahu saya lebih tahu/dekat dengan masalah anak-anak.  Jadi, bolehlah saya siapkan projek-projek yang di rancang untuk di siapkan tahun ini walaupun masanya dah begitu suntuk(rasanya tak boleh siap untuk tahun ini).

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Share and Enjoy:
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • Ma.gnolia
  • YahooMyWeb
  • Add to favorites
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • MSN Reporter
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz

2 Responses to “Program Cuti Sekolah untuk anak-anak.”

  • zaffankhalid says:

    Assalamualaikum Kak Nisha,

    Hebat sungguh anak bujang akak =)

    “Sebenarnya saya dah ada pengalaman menghantar anak untuk sebulan kat Maahad di Kelantan(di Repek) di masa cuti sekolah. Tak sampai dua minggu mereka balik sendiri ke rumah. Pulak tu, dah bayar untuk kos sebulan untuk dua orang. Anak…, anak.. ”

    Memang mencabar berdepan dengan remaja zaman kini. Terima kasih atas perkongsian akak.

    Apa pun, mereka anak yang baik insyaAllah…”mereka balik sendiri ke RUMAH”…andai melencong ke tempat lain..lebih merisaukan.

    Nampaknya akak membuat survey untuk upgrade blog. Tahniah =). Teruskan usaha insyaAllah

  • Nisha Kak Nisha says:

    Wa’laikummussalam Zaffan,
    Terima kasih atas komen. Begitulah harapan akak, tapi nak mereka jadi lebih baik lagi.

    Wassalam.

Leave a Reply

Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
PENGUMUMAN
JUALAN POLA TUDUNG DIBERHENTIKAN SEMENTARA WAKTU KERANA TERPAKSA MENYIAPKAN TEMPAHAN YANG LAIN. HARAP MAKLUM DAN MOHON BERBANYAK MAAF.
Jangan lupa ucapkan…
Jangan lupa baca…
Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan").

Salahuddin Al Ayubi
"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".
Kata-kata Luahan
Masa Pemberian Ilahi
November 2009
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
Anak Soleh/Solehah
Masa utk Diwarnai…
SAUDARA KITA
EBOOK LANGSIR

Pola Langsir

Menggunakan Pola
Hiasan Dalaman
Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Dialah ibuku
Mertuaku-Dlm Kenangan
Anak Muda
  • SETELAH JATUH CINTA, BANGUNKAN CINTAMU... April 5, 2012
    Satu demi satu kunjungan persolan rumahtangga menjengah ke kotak emel saya. Rata-ratanya adalah dari kaum wanita, baik yang bekerja mahupun yang bergelar surirumahtangga. Dari luahan rasa, gelodak jiwa hinggalah kepada cetusan emosi yang meluap api benci kepada suami , semuanya dicoret sebegitu panjang bernada harapan agar saya mampu melorongkan mereka kepad […]
    Noraslina binti Jusin
  • Untitled May 3, 2012
    Kata Syeikh Ahmad Yasin,"Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh), Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku(perlahan).Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat untuk memenhi hajatku kecuali jika mereka menggerakk […]
    HANYA HAMBANYA
  • Didiklah dengan kasih sayang December 16, 2011
    Membinakan seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah.Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang […]
    Al-Atiff
  • Anak kembar March 11, 2012
    Comel n geram kat ngk baby kembar nie. Gambar ni ibu hambik dr encik gugel.DAri dulu lagi kan berharap sangat nk anak kembar. Sebab cam sgt comel n jimatkan masa nk beranak hahahahahha boleh gitu. Yerla nak anak ramai tapi umur dh meningkat, jadi kena cepat2 la hihiTapikan.. masa kat hosptal aritu terbuka mata dan minda ibu nie. Masa ibu dok wad tue, ada kak […]
    »-(¯`v´¯)-»n0nj@m »-(¯`v´¯)-»
  • RAMADHAN KALI INI (1432H) August 3, 2011
    Assalamualaikum, wm.wbt RAMADHAN KAREEM! AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu, semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua, semoga keampunanNya meliputi kita semua dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah), amin ya rabbal alamin. Tahun ini tah […]
    ustazah
  • Untitled May 12, 2012
    Jika hati tidak mampu menangisi dan menginsafi penderitaan orang lain di atas dunia hari iniMakaTangisi dan insafilah diri tatkala teringat penderitaan yang mungkin dihadapi di hari kemudian.Tidak ada yang kekal dan abadi kecuali Dia Yang Maha Kekal lagi Maha Berkuasa.Allah Maha Mengetahui.SUBHAANALLAH - WALHAMDULILLAH WALAA ILAAHA ILLA ALLAHU - WALLAHU AKBA […]
    ::Umiliya6677::
  • Daun Kesum Hidup Sebatang...Daun pegaga Hidup 2 Tunas..heheh May 15, 2012
    Ini daun kesum yang di cuba semai untuk kali ke 3@4? , kali ini saya gunakan teknik, rendam dahulu batang daun kesum itu hingga berakar dan kemudian semai dalam pasu then siram serta pastikan tanah sentiasa basah...pasu diletakkan dibawah net hitam pada kedudukan mendapat cahaya matahari pagi & redup bila matahari terik...:)Banyak yang di semai, dua ni j […]
    linda@ibusumaiyah@tuttyfruity
  • Guru oh guru May 15, 2012
    Di suatu kursus beberapa tahun yang lampau,Makbonda duduk bersebelahan dengan seorang rakan sekerja yang baru dikenali, dia cantik,bergaya,lipstiknya mungkin mahal dan berjenama,tudungnya juga uptodate,aroma minyak wanginya dapat dihidu oleh beberapa baris peserta dihadapan dan belakang,apa lagi dikiri dan kanan.Sempat bersembang dengannya waktu-waktu kekoso […]
    Makbonda Hasimah Hj Zailani
  • Yaumul Mizan May 15, 2012
     Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Shalawat dan salam semoga selalu tercurah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, para sahabat dan seluruh kaum muslimin yang senantiasa berpegang teguh pada sunnah Baginda sampai hari kiamat. Mizan atau timbangan adalah alat untuk mengukur sesuatu berdasarkan berat dan ringan. Adapun mizan di akhir […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • Jom Analisis Kuning-Merah. Sapa menang ???? May 12, 2012
    Assalamualikum semua. Lu pikir la sendiri... Kuning BERSIH 3.028 April 12 Gelombang  Merah Najib   11 Mei 12 Objektif Keadilan  Pilihanraya bersih dgn 8 tuntutan  penambahbaikan  SPR Tunjuk power dan pengaruh Najib Rosmah Cara Duduk-bantah  aman di Dataran Merdeka. Tapi di halang. Berkumpul bersorak sorai aman d Stdium Bukit Jalil Kerjasama Polis Tiada. Kerj […]
    Tinta.Muallimah
  • TERIMA KASIH CIKGU...ULANG SIAR... May 16, 2012
    6 TahunSaya mula menuntut ilmu secara rasmi ketika berusia 6 tahun. Alhamdulillah, dalam kepayahan dan kesusahan menghadapi keperitan hidup, emak dan ayah berusaha gigih bagi memberi peluang kepada saya untuk mengenali sekolah pertama iaitu tabika KEMAS. Ketika itu saya merupakan anak kelima dari lapan adik beradik. Saya bersyukur kerana berpeluang menghirup […]
    Ros Illiyyuun
stats counter
wordpress stats
Peringatan Bersama
"Firma Allah yang bermaksud, .......Katakanlah (wahai Muhammad): ” jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri(atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu ) adalah perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berhijrah untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq(derhaka)”........ (Surah At-Taubah: ayat 24)".
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Pizza Faridah
.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.