Kisah tanpa Nokhtah

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Ibubapa impikan, QurRatulA’yun

Kuasa Allah, Kunfayakun.

Malam kelihatannya gelap hitam.  Tetapi masih ada bintang-bintang yang bertebaran di cakrawala, berkelip-kelipan yang menghiasi malam yang kelam, sang bulan pula membiaskan cahaya di celah-celah awan menerangi malam yang kegelapan.  Kepulan-kepulan awan mencorakkan suasana malam, kadang-kadang muncul dengan cahaya terang, kadang-kadang terlindung dek awan yang melintasi sang bulan, maka hilanglah cahaya malam untuk seketika waktu.  Begitulah keadaan malam sementara menunggu siang yang belum tentu terang benderang.  Alangkah hebatnya Tuhan Ar Rahman, ciptaannya tiada tandingan sentiasa memainkan peranan bertugas mengikut giliran yang telah di tetapkan.

Ya.., siang belum pasti terang dan malam pula tidak mesti hitam.  Malam yang mungkin teraba-raba mencari jalan serta arah tujuan tetapi siang tidak mungkin mudah seperti yang di sangkakan, bebas terbang melayang-layang tanpa perlukan panduan dan bantuan.  Jangan terlalu cepat membuat andaian dan khayalan.

Malam yang Kelam

Dinihari itu hujan rintik-rintik,  tiada bintang penyeri malam yang kelihatan.  Tiada juga bulan yang menyuluh malam yang kelam.  Kesejukan malam menusuk ke tulang rawan manakala sang katak pula mengalunkan lagu memanggil hujan, memecah suasana malam yang suram.

Kelihatannya…, di kegelapan malam, dalam cahaya yang balam seorang ibu sedang menghadap Tuhannya, sujud serta menadah tangan meminta pertolongan.  Menanggis, merintih, menagih kasih, menagih simpati dan menagih rahmat dari Yang Berkuasa, Ya Rahman, ya Rahim.

Dia terus mengadu pada Tuhan yang satu, tempat dia meluahkan rasa yang terbuku dan sayu.  Juga rasa yang tidak menentu, hanya Dialah Tuhan yang Maha Tahu atas apa yang berlaku…

***Wahai Tuhanku aku pohon kepadaMu rahmat istimewa dari sisiMu iaitu rahmat yang dengannya Engkau hidayahkan hatiku dan dengannya Engkau selesaikan segala urusanku dan mengatasi segala kesukaranku juga dengannya Engkau membetulkan batinku dan mengangkatkan zahirku dan dengannya Engkau bersihkan amalanku dan dengannya Engkau ilhamkan hidayah kepadaku dan dengannya Engkau kembalikan kebiasaanku dan dengannya Engkau peliharakan ku dari segala kejahatan

Maha Suci Allah yang memiliki segala pengurniaan dan nikmat, Maha suci Allah yang memiliki kemuliaan dan kemurahan, Maha suci Allah yang memiliki kebesaran dan pengurniaan.  Nur hidayahMu telah berkembang sempurna dan dengannya Engkau telah memberi hidayah, oleh itu  segala kepujian terpulang kepadMu, amat besarlah kesabaranMu dan dengannya Engkau telah mengurniakan keampunan, kerana itu seluruh kepujian adalah terpulang kepadaMu, Engkau telah membentangkan tangan kemuharahnMu seluas-luasnya dan dengannya Engkau telah limpahkan kurnia kerana itu seluruh kepujian terpulang kepadaMu wahai tuhan kami, wajahmu semulia-mulia wajah kemuliaanMu seagung-agung kemulian dan kurniaanMu seagung-agung kemuliaan dan kurniaMu selimpah-limpah dan sebaik-baik pengurnian.

Wahai Tuhan kami apabila Engkau ditaati Engkau memberi balasan yang baik dan apabila Engkau diderhakai Engkau memberi pengampunan, wahai Tuhan kami Engkaulah yang memperkenankan doa orang yang menderita, Engkaulah yang menghapuskan mala petaka, Engkaulah yang menyembuhkan orang yang sakit dan Engkaulah yang mengampunkan dosa-dosa, tiada seorang pun yang dapat membalaskan nikmat-nikmatMU dan tiada orang yang dapat memberi kepujian yang sebenar-benarnya kepadaMu.

Cukuplah Allah itu menjadi penolong kami, Dialah sebaik-baik wakil, sebaik-baik penaung dan sebaik-baik penolong, aku serahkan urusanku kepada Allah sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dengan keadaan para hambaNya, sesungguhnya penaungku itu ialah Allah yang telah menurunkan Al-Quran dan Dialah yang menaungi para hamba yang soleh.

Dan lagi….

Dengan penuh pengharapan ibu itu terus berdoa dan menadahkan tangannya mengharapkan belas kasihan dari Tuhan.  Deraian air mata turun membasahi pipi lalu mencorakkan keputihan telekung yang di pakainya membuktikan kesungguhannya mengharapkan pertolongan Allah.

Dia sebenarnya di dalam kepayahan menghadapi kerenah anaknya.  Tidak tahu apakah yang harus di lakukannya lagi.  Semuanya telah di usahakan.  Segala resepi yang di beri oleh Ustaz serta ustazah malah pakar motivasi telah di cubanya.  Namun belum nampak benih kejayaan, malah nampaknya bertambah sukarnya perjalanan.

Anaknya yang ‘di tatang bagai minyak yang penuh’ tapi di taburkan kepadanya ‘tuba yang membunuh’.  Apakah ini ujian atau balasan?  Apakah yang di lalui ini penghapus dosa atau pemberat timbangan ke Neraka. Hanya cara penyelesaian yang boleh memberi segala jawapan.  Jika penyelesaian dalam keredhaan Allah maka terhapuslah dosanya.  Jika mengikut kehendak syaitan maka memberatkan timbangan ke Nerakalah nampaknya.

Bermuhasabah

Setelah selesai menghadap Tuhan dia termenung sendirian.  Mencari dimanakah punca kesilapan dan bermuhasabah diri apakah yang telah di lakukannya selama ini.  Hatinya berkata sendirian,  “Ohh..h, Tuhan aku kebingungan.  Kenapalah anakku sangup memalukan aku dan suamiku.  Pernahkah aku melakukan perkara yang sama semasa zaman sekolahku dahulu atau suamiku pernah melakukannya seperti itu?

Atau mungkinkah keturunan mereka begitulah lakunya.  Terlalu sukar untuk di bentuk untuk menjadi orang yang berguna.  Mana mungkin, sebelah suaminya baik-baik belaka, hebat pula pelajarannya.  Manakala sebelah dirinya pula, mungkin juga.  Mana tidaknya, dikatakan datuknya dari keturunan orang istana.  Telah pun heboh satu kampung di jaja cerita. Berbangga menjadi hulubalang keturunan diraja.  Padahal cuma keturunan hulubalang penjaga pintu istana.  Sesiapa yang ingin masuk di halang untuk di periksa.  Jika ada yang tak kena di tahan untuk seketika.  Sesiapa yang tak mendengar kata akan di hunus pedang di sisinya.

Patutlah cucunya pun begitu perangainya.  Berdekatan dengan sekolah dialah hulubalang bertugas menjaga pintu jejantas .  Menahan sesiapa sahaja yang melintas.  Kononnya meminta sedekah dengan penuh rasa ikhlas.  Jika tidak diberi di ugut, diperas.  Jika tidak dapat apa yang ada akan dirampas.  Jika tidak dapat juga dia akan mengganas.  Itulah hero hulubalang pelintas jejantas.

Akhirnya dapat di berkas oleh pak cik tua yang memerhati dari atas.  Lalu di hantar pada guru yang bertugas.  Setelah di soal siasat dan di bahas maka terbuktilah anaknya yang memang pemeras.  Lalu di hantar surat kepada ibubapanya yang dikatakan culas.  Itulah antara masalah anak yang dapat di kupas.

Ke Taman Syurga

“Ohh..h Tuhan apakah bala, apakah bencana yang menimpaku”,  Itulah keluh kesah ibunya. Lepas satu masalah, satu lagi yang datang padanya.  Ibu itu manusia biasa, terusik juga hatinya, ada keluh kesah juga didada.

Apakah tiada rasa bersalah dihati anaknya membiarkan ibunya gundah gelana.  Tiadakah dia rasa kasihan kepada ibunya maupun bapanya.  Tiadakah rasa berdosa kerana melakukan kesalahan dan menyebabkan hati ibubapanya kecewa?

“Ohh..h Tuhan apakah yang harus ku lakukan? Telah ku didiknya dari dalam kandungan lagi.  Kunyanyikannya dengan alunan Al-Quran, kubisikkan Kalimah Tuhan. Ku berpuasa Isnin dan khamis tanda kesyukuran walaupun perut memboyot membawa kandungan.  Namun… tiada tanda keberkatan.  Apa yang ku lakukan itu sedikitpun tidak menjadi pegangan mau pun mendatangkan kesan. Mungkin juga yang ku lakukan sekadar hiasan dan lakonan, tiada keikhlasan, sekadar ingin menunjuk-nunjukkan pada kawan-kawan?  Astaghfirullah hal azim”.

“Hatinya terus berbisik lagi.  Anakku tidakkah kau kasihan padaku ibumu ini wahai anakku. Ibumu bukanlah manusia mulia semulia Siti Khatijah isteri Rasullullah, bukanlah gigih segigih Siti Hajar mendidik anaknya Ismail.  Bukan juga sekuat Fatimah Az-zahrah, bukan juga setabah Asiah isteri Firaun, bukan juga setaat serta sesetia Rabiatul Addawiyah terhadap rasul Allah”.

“Ibu ini hanya manusia biasa anakku, yang terlalu lemah, terlalu cepat mengalah, terlalu cepat rasa gelisah dan gundah, terlalu cepat berkeluh kesah, terlalu cepat rasa marah, malah terlalu banyak membuat salah.  Dek kerana kelemahan itu, dek kerana keranahmu itu, membuatkan ibumu ini sentiasa dalam keadaan berdosa anakku. Janganlah kau tambah lagi dosa yang telah banyak ibu lakukan, anakku.

Jadilah anak yang baik anakku, anak yang soleh.  Semoga di mahkamah Allah nanti kaulah yang membantu ibu memberatkan timbangan pahalaku anakku, semoga kau jugalah yang boleh memimpin ibu menyeberangi jambatan siratulmustakim yang halus tak terperi itu anakku dan kau jugalah harapan ibu menunjukkan pintu syurga untuk ibu masuk ke dalamnya anakku.  Tidak mahu kau jadi seperti itu anakku?”.

“Atau mungkinkah di Mahkamah Allah nanti, kau lebih rela melihat ibumu ini di telanjangi dengan pelbagai kesalahan yang ibu lakukan di dunia ini anakku. Kesalahan kerana tidak mendidikmu dengan sempurna anakku dan pelbagai lagi wahai anakku.  Sanggupkah kau melihat ibumu ini di sepak di teranjang dan di campak serta dihumban ke api Neraka yang sungguh dasyat itu, anakku?   Sanggupkah kau melihat semua itu berlaku pada ibumu anakku?  Tidak maukah kau meringankan bebanan ibu itu dengan menghilangkan perangai burukmu itu anakku? Tidak maukah kau menjadikan ibu lebih tenang di dunia ini supaya ibu lebih senang di sana nanti anakku? “

“Tolonglah anakku janganlah kau ulangi perkara itu. Tolonglah anakku jadilah manusia berguna supaya ibu boleh meraih hasilnya di sana nanti anakku”.

Bukannya wang yang berjuta yang ibu inginkan, bukannya pangkat dan nama yang ibu impikan, bukan rumah bagai istana yang ibu mahukan cukuplah sekadar kau boleh menolong serta membantu ibu berjaya masuk ke Taman Syurga yang ibu angan-angankan itu anakku. Ya.., itulah yang ibu impikan,  Ke Taman Syurga”.  Sambil menyapu pipinya yang masih di basahi lelahan air mata juga lelehan hingusannya yang mencair menghilangkan lendir bagaikan ingin menghapuskan segala alahan serta kotaran di hidungnya.

Terkenangkan emak di kampung.

Ibu itu masih tidak mampu menghapuskan kesedihan di hatinya.  Fikirannya terus melayang ke kampung halamannya.  Terkenangkan emaknya yang jauh di mata.  Biasanya saat-saat beginilah baru terkenangkan emaknya.

Teringatkan emaknya pula dan berkata pada dirinya, “Alah..h baru sikit, sedihnya, tanggisannya, bagai tiada penghujungnya, bagai tiada ubatnya, bagai tiada penyelesaiannya”.

Padahal emaknya lebih hebat menanggung pedih, bukannya sekadar sedih tetapi lebih jerih. Bukannya sahaja anaknya membawa masalah tetapi suaminya, jiran tetangganya, ipar duainya malah ibu dan adik-beradikya sendiri tidak suka akan dia.

Lihatlah, serangan demi serangan yang sampai kepadanya, tiada tempat dia berlindung, tiada sudut dia boleh berkurung, tiada tempat dia ingin meminta tolong.  Kelihatannya… jasad sudah tidak berdaya tetapi hatinya berjaya menangkis segala yang melanda.

Semasa remaja emaknya kehilangan ayahnya, dia membanting tulang membesarkan adik-adiknya.  Setelah berkahwin lain pula cerita, mendapat suami yang tak berguna.  Tinggal bersama mentua dan ipar duai tetapi sayang, menganggapnya seperti orang gaji sahaja.  Setelah berpindah ke rumah sendiri, jiran tetangga pula membenci.  Walaupun anaknya berderet tetap di jaga tanpa rasa perit.  Anaknya pun begitu juga, menjadi sampah masyarakat pula.  Adalah seorang dua yang menyenangkan hati emaknya.  Bila dah besar panjang kesenangan tak kunjung datang malah berterusan masalah bertandang tak kunjung kurang.

Setelah letih menanggung sedih keseorangan, kononnya nak mencari tempat meluahkan perasaan, mengadu pula pada ibu dan adik beradiknya tapi di katakan tak habis-habis meminta-minta.  Bukanya ingin meminta-minta sekadar meluahkan apa yang terbuku di dada dengan harapan ada yang membela.  Aduhai! begitulah nasib emaknya, usianya telah tua, masalah datang bertimpa-timpa namun wajahnya tetap tenang walaupun dirinya tak ada yang sayang padanya.

Mampukah ibu itu menjadi sekuat itu.  Umurnya masih muda masih banyak yang perlu di tempuhinya.  Masih banyak pengalaman yang perlu dirasai jika ingin menjadi hebat di sisi Allah yang Maha Esa.  Sudah sememangnya dia tidak mampu menyaingi ketabahan Siti Hajar, Asiah malah Mariam ibu Isa. Tapi mampukah dia sekuat emaknya?

Cabaran dan dugaan emaknya masih belum berakhir walaupun maut sudah hampir. Kehidupannya, ceritanya, cabarannya, dugaannya, ujiannya, masalah emaknya,  “Kisah tanpa noktah” tapi dirinya ‘cerita baru bermula’, masih banyak yang perlu ditanganinya.

Lihatlah mereka yang di dalam rahmat, cerita mereka takkan tamat sehingga ke akhir hayat.

Sabarlah Ibu

Sabarlah ibu, dirimu sebenarnya di dalam peliharaan serta rahmat Tuhanmu.  Allah sedang melihatmu, menguji ketahanan rohanimu.  Kurangkanlah keluh kesah.  Kurangkanlah rasa resah. Kurangkah rasa bersalah. Kurangkanlah rasa marah.  Kurangkanlah segala yang mazmumah untuk mengurangkan musibah.  Sebenarnya Tuhanmu sedang memberi markah.  Patutkah dirimu diberi Rahmah atau ingin melihatmu masih terus menadah, kerana dirimu dipelihara dengan penuh barokah. Bersabarlah…kerana hidup manusia, hidup kita adalah “Kisah tanpa Nokhtah….”.

*********************************************

Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud :

“Cubaan itu tidak habis-habisnya menimpa badan seseorang lelaki maupun perempuan Mukmin, pada hartanya atau pada anaknya, sehingga ia menemui Allah dalam keadaan tiada berdosa sedikitpun”.

(HR. Tarmizi)

Sabdanya lagi bermaksud :

“Bila Allah telah menentukan suatu kedudukan yang tinggi bagi hambaNya, yang tidak akan mungkin dapat dicapai dengan sebab hambaNYa itu, maka Allah akan menurunkan cubaan kepada tubuhnya atau kepada anaknya atau kepada hartanya di samping itu Allah pula memberinya ketabahan sehingga dengan kesabarannya itu ia dapat mencapai kedudukan yang telah ditentukan oleh Allah ‘Azza Wajalla bagi dirinya”

(Ibn Abiddunya dalam kitabnya Al-Amradi wal Kaffarat)

Firman Allah swt yang bermaksud:

“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah(pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi(darjatnya).”

(al-Imran: 139)

Dan firmannya lagi bermaksud :

“Berikanalah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang ketika musibah mereka berkata: “Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepadanya kita kembali.”

(al-Baqarah: 155)

*** petikan doa di atas adalah dari doa harian untuk hari Khamis.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Share and Enjoy:
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • Ma.gnolia
  • YahooMyWeb
  • Add to favorites
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • MSN Reporter
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz

One Response to “Kisah tanpa Nokhtah”

  • Nisha Kak Nisha says:

    Assalamualaikum semua,

    Sebenarnya, cerita di atas adalah dari kisah benar tapi telah di tokok tambah untuk menyedapkan jalan ceritanya.

    Mohon maaf.

    Wassalam.

Leave a Reply

Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
PENGUMUMAN
JUALAN POLA TUDUNG DIBERHENTIKAN SEMENTARA WAKTU KERANA TERPAKSA MENYIAPKAN TEMPAHAN YANG LAIN. HARAP MAKLUM DAN MOHON BERBANYAK MAAF.
Jangan lupa ucapkan…
Jangan lupa baca…
Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan").

Salahuddin Al Ayubi
"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".
Kata-kata Luahan
Masa Pemberian Ilahi
November 2009
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
Anak Soleh/Solehah
Masa utk Diwarnai…
SAUDARA KITA
EBOOK LANGSIR

Pola Langsir

Menggunakan Pola
Hiasan Dalaman
Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Dialah ibuku
Mertuaku-Dlm Kenangan
Anak Muda
  • SETELAH JATUH CINTA, BANGUNKAN CINTAMU... April 5, 2012
    Satu demi satu kunjungan persolan rumahtangga menjengah ke kotak emel saya. Rata-ratanya adalah dari kaum wanita, baik yang bekerja mahupun yang bergelar surirumahtangga. Dari luahan rasa, gelodak jiwa hinggalah kepada cetusan emosi yang meluap api benci kepada suami , semuanya dicoret sebegitu panjang bernada harapan agar saya mampu melorongkan mereka kepad […]
    Noraslina binti Jusin
  • Untitled May 3, 2012
    Kata Syeikh Ahmad Yasin,"Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh), Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku(perlahan).Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat untuk memenhi hajatku kecuali jika mereka menggerakk […]
    HANYA HAMBANYA
  • Didiklah dengan kasih sayang December 16, 2011
    Membinakan seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah.Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang […]
    Al-Atiff
  • Anak kembar March 11, 2012
    Comel n geram kat ngk baby kembar nie. Gambar ni ibu hambik dr encik gugel.DAri dulu lagi kan berharap sangat nk anak kembar. Sebab cam sgt comel n jimatkan masa nk beranak hahahahahha boleh gitu. Yerla nak anak ramai tapi umur dh meningkat, jadi kena cepat2 la hihiTapikan.. masa kat hosptal aritu terbuka mata dan minda ibu nie. Masa ibu dok wad tue, ada kak […]
    »-(¯`v´¯)-»n0nj@m »-(¯`v´¯)-»
  • RAMADHAN KALI INI (1432H) August 3, 2011
    Assalamualaikum, wm.wbt RAMADHAN KAREEM! AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu, semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua, semoga keampunanNya meliputi kita semua dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah), amin ya rabbal alamin. Tahun ini tah […]
    ustazah
  • Untitled May 12, 2012
    Jika hati tidak mampu menangisi dan menginsafi penderitaan orang lain di atas dunia hari iniMakaTangisi dan insafilah diri tatkala teringat penderitaan yang mungkin dihadapi di hari kemudian.Tidak ada yang kekal dan abadi kecuali Dia Yang Maha Kekal lagi Maha Berkuasa.Allah Maha Mengetahui.SUBHAANALLAH - WALHAMDULILLAH WALAA ILAAHA ILLA ALLAHU - WALLAHU AKBA […]
    ::Umiliya6677::
  • Daun Kesum Hidup Sebatang...Daun pegaga Hidup 2 Tunas..heheh May 15, 2012
    Ini daun kesum yang di cuba semai untuk kali ke 3@4? , kali ini saya gunakan teknik, rendam dahulu batang daun kesum itu hingga berakar dan kemudian semai dalam pasu then siram serta pastikan tanah sentiasa basah...pasu diletakkan dibawah net hitam pada kedudukan mendapat cahaya matahari pagi & redup bila matahari terik...:)Banyak yang di semai, dua ni j […]
    linda@ibusumaiyah@tuttyfruity
  • Guru oh guru May 15, 2012
    Di suatu kursus beberapa tahun yang lampau,Makbonda duduk bersebelahan dengan seorang rakan sekerja yang baru dikenali, dia cantik,bergaya,lipstiknya mungkin mahal dan berjenama,tudungnya juga uptodate,aroma minyak wanginya dapat dihidu oleh beberapa baris peserta dihadapan dan belakang,apa lagi dikiri dan kanan.Sempat bersembang dengannya waktu-waktu kekoso […]
    Makbonda Hasimah Hj Zailani
  • Yaumul Mizan May 15, 2012
     Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Shalawat dan salam semoga selalu tercurah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, para sahabat dan seluruh kaum muslimin yang senantiasa berpegang teguh pada sunnah Baginda sampai hari kiamat. Mizan atau timbangan adalah alat untuk mengukur sesuatu berdasarkan berat dan ringan. Adapun mizan di akhir […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • Jom Analisis Kuning-Merah. Sapa menang ???? May 12, 2012
    Assalamualikum semua. Lu pikir la sendiri... Kuning BERSIH 3.028 April 12 Gelombang  Merah Najib   11 Mei 12 Objektif Keadilan  Pilihanraya bersih dgn 8 tuntutan  penambahbaikan  SPR Tunjuk power dan pengaruh Najib Rosmah Cara Duduk-bantah  aman di Dataran Merdeka. Tapi di halang. Berkumpul bersorak sorai aman d Stdium Bukit Jalil Kerjasama Polis Tiada. Kerj […]
    Tinta.Muallimah
  • TERIMA KASIH CIKGU...ULANG SIAR... May 16, 2012
    6 TahunSaya mula menuntut ilmu secara rasmi ketika berusia 6 tahun. Alhamdulillah, dalam kepayahan dan kesusahan menghadapi keperitan hidup, emak dan ayah berusaha gigih bagi memberi peluang kepada saya untuk mengenali sekolah pertama iaitu tabika KEMAS. Ketika itu saya merupakan anak kelima dari lapan adik beradik. Saya bersyukur kerana berpeluang menghirup […]
    Ros Illiyyuun
stats counter
wordpress stats
Peringatan Bersama
"Firma Allah yang bermaksud, .......Katakanlah (wahai Muhammad): ” jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri(atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu ) adalah perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berhijrah untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq(derhaka)”........ (Surah At-Taubah: ayat 24)".
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Pizza Faridah
.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.