Hari Kecemerlangan.
Assalamua’laikum dan apa khabar semua.
Semalam saya bersama suami menghadiri Hari Kecermerlangan PASTI Daerah Rembau. Meriah sungguh suasananya. Di adakan di Dewan sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sin Hua, Rahang, Seremban. Lapan buah sekolah PASTI yang berada di daerah Rembau. Semuanya berkumpul di dalam satu dewan untuk meraikan anak-anak didik PASTI yang bakal menerajui ke Agungan dan kegemilangan Islam yang bakal menjelma suatu masa nanti.
Terima kasih kepada guru-guru dan AJK yang bertungkus lumus berusaha untuk menjayakan program ini. Terutamanya kepada guru-guru anak saya iaitu Cikgu Zizah, Cikgu Ros dan Cikgu Ummi dari PASTI Al-Amal Tmn Marida yang mendidik anak saya Abdul Sodiq, yang mana anak-anak didiknya berjaya membuat persembahan yang hebat pada hari tersebut . Pelajar Cemerlang daerah Rembau juga adalah datangnya dari Sekolah Pasti Al-Amal Taman Marida. Tahniah kepada mereka yang berjaya. Di bawah ni di antara gambar-gambar yang sempat saya edit.

Kemeriahan ibubapa pelajar PASTI. Di depan tengah tu para jemputan VIP termasuk YB Tuan Hj Mohamad Taufek bin Abd Ghani. Satu-satunya YB PAS dari Negeri Sembilan. Kerusi Jemputan VIP sama je dengan kerusi ibubapa yang lain-lain tu. Saya suka macam ni, serba sederhana.

YB sedang memberikan ucapan.

Persembahan di mulakan dengan alunan bacaan Al-Quran dari Pelajar yang berumur 5 tahun. Telah Qhatam dan dalam proses Qhatam kali ke 2. Walaupun tidak berlagu tetapi makhrajnya cukup bagus untuk anak seusianya.

Nurul Khairina bt. Mohd Shahrul. Pelajar Cemerlang PASTI(6 tahun) Daerah Rembau dari PASTI AL-AMAL, Tmn Marida, Senawang
Di bawah ni persembahan anak-anak PASTI dari lapan buah sekolah. Tapi saya tak dapat nak letakkan semuanya. Bermacam-macam persembahan, antara yang tak dapat saya selitkan (gambarnya tak terang) ialah Dikir Barat dan Puisi dan banyak lagi.

Persembahan Boria dari anak-anak PASTI

Persembahan dari Sekolah anak saya(PASTI al-Amal). Mereka membuat tiga persembahan iaitu Alunan Azan, Nasyid dalam Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Malaysia.

Inilah sahaja gambar yang paling istimewa. Tak sempat nak ambil gambar dengan Jubah dan sijil sebab anak saya cepat sangat berlari ke belakang pentas.

Cuma dapat ambil gambar masa dia nak ambil hadiah je... Tak dapat nak tunggu sessi ambil gambar, nak balik cepat. Ada orang datang kat rumah.
Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.












.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.

Salam Kak Nisha
Meriah sekali Hari Kecemerlangan. Seronok melihatkan anak-anak kecil diterapkan dengan didikan berdasarkan tauhid.
=)
Wa’alaikummusSalam Zaffan.
Betul tu.. Ingat-ingat tahun depan nak hantar Aisyah pulak kat sekolah yang sama. Terima kasih Zaffan.
Wassalam