Roti Canai Goreng.
Assalamualaikum, apa khabar semua.
“Pergi order dengan orang lain”. Itulah kata-kata yang terkeluar dari mulut mamak/bangla(Tak pasti…), selepas En. Juli membuat order. Suami saya merasa hairan.
En. Juli, kawan kepada suami saya menceritakan pengalamannya, semasa dalam perjalanan balik dari sebuah restoran yang selalu di kunjunginya untuk bersarapan pagi. Suami saya dan En. Juli ni, memang ngam, selalu minum bersama dan tolong menolong di dalam melakukan kerja yang di tugaskan, di Hospital Besar Seremban.
Mereka juga selalu bergurau, usik mengusik dan bercerita mengenai kisah dan pengalaman masing-masing. Saya selalu mendengar cerita dari suami mengenainya dan dia juga pernah datang ke rumah kami bersama isterinya.
Dia juga dan seorang yang berbangsa cina(Mr. Chaw) adalah antara orang-orang yang menolong kami semasa kami berpindah dalam sepuluh tahun lalu dari Bandar Baru Bangi ke Seremban ni. Terima kasih saya ucapkan untuk mereka walaupun dah lama tetapi suami saya masih ingat akan kebaikan mereka walaupun saya dah ingat-ingat lupa.
Dia memberitahu kepada suami saya kenapa mamak tu, tak mahu ambil order dari dia lagi. Kisah tersebut berlaku di bulan puasa yang baru lepas. Pada masa dia pergi bersarapan pagi berseorangan(maklumlah bulan puasa). Kedai tersebut, walaupun di bulan puasa tetapi tetap di buka.
Ceritanya begini(Ops silap cerita, dah kene tegur kat suami, jadi kena tukar dari roti canai ke teh, sebab belum habis suami cerita saya dah gelak besar kerana dia ceritakan pasal roti canai goreng dulu, tapi kat sini saya ceritakan pasal yang lain dulu).…,
“Teh satu”. Kata En. Juli. Mamak tersebut memandang dengan penuh tanda tanya padanya.
Dan lagi, “Teh satu…, kenapa pandang semacam”. Kata En. Juli. Mamak tersebut memandang dengan muka yang marah.
Dan lagi terus berkata, “Teh satu”. Kata En. Juli.
Lalu mamak tersebut menjawap, “Saya tak nak buat untuk awak”.
“Tak pe, saya pergi kedai lain”. Terus berlalu dari situ.
Esoknya perkara yang sama di lakukan. Dan begitulah juga jawapannya.
Dan hari seterusnya pun begitu juga. Setelah puas dia minta order tapi tak di layan oleh mamak tersebut. Dia minta order pada mamak lain yang tengah buat air dan memberitahu siapa dia yang sebenarnya.
Nak tau siapa dia. Dia sebenarnya orang asli yang berAgama Kristian. Memang mukanya sebijik muka Melayu. Dia adalah orang kuat/penting Kaum Asli di kawasannya. Kalau sesiapa yang baru pertama kali berjumpa dengannya pasti tidak akan percaya.
Jadi kawannya terus buat air untuk En. Juli dan memberitahu kawannya supaya sediakan roti canai untuk En. Juli. Jadi kecohlah seketika kedai mamak tersebut, dengan menyambung percakapannya dalam bahasanya sendiri yang tidak di fahami oleh orang lain melainkan kawan-kawannya sahaja faham. Maklumlah yang buat roti canai kat depan manakala yang buat air pulak kat belakang. Terjerit-jeritlah bunyinya.
Mungkin dia cukup marah dengan En. Juli ni, sebab selalu kenakan dia.
Walaubagaimanapun dia pernah terkena dengan mamak ni. Tak taulah selepas kejadian itu atau sebelumnya. Atau mungkin mamak ni memang orang yang lurus dan baik. Mungkin juga saje nak kenakan En. Juli yang kenakan dia.
Suatu ketika dia pernah minta order pada mamak yang sama. Seperti biasalah, order apa yang nak di makan. Lalu sambil berjalan, En Juli terus buat order, “Roti Canai goreng dua”. Mamak terus buat order.
En. Juli memerhatikan apa yang di buatnya dari tempat dia duduk. Di ambilnya dua keping roti tersebut, di potong-potong kecil dan di gorengnya di dalam minyak. Di letakkan kuah rojak di atasnya dan di berikan pada En. Juli. Maka.. puaslah En. Juli cuba menghabiskan roti tersebut kerana rasanya entah apa-apa. Akhirnya tak boleh habis juga.
“Memang tak boleh nak makan tapi telan juga sebab dah order”. Katanya.
Dia memberitahu pada suami saya, sebenarnya dia saje je order dan cakap macam tu. Dia tak tau pun ada roti canai goreng. Saje nak tengok apa mamak tu cakap.
Akhirnya terkena diri sendiri.
Sebenarnya ada pengajarannya di sini. Antaranya..
- Pendirian teguh. Mamak tersebut pada saya seorang yang berpendirian dan mempunyai prinsip yang teguh dan tetap. Walaupun bekerja di kedai makan dan di tugaskan menghidangkan makanan pada pelanggannya di bulan puasa, dia tetap menjaga apa yang boleh di buat atau apa yang tidak boleh di buat di dalam Islam. Ini antara ciri-ciri muslim sejati.
- Memberi perkhidmatan yang terbaik. Dia berusaha untuk tidak mengecewakan pelanggannya walaupun mungkin dia sendiri tak pasti.
- Marah pada tempatnya. Setelah menyedari dia seolah-olah di permainkan oleh orang lain, dia menunjukkan rasa tidak puas hati tetapi tidak sampai bergaduh dan marahkan kembali kepada orang yang mempermainkannya, cuma cuba mengelakkan diri dan menjauhkan diri dari orang tersebut.
Jadi kita sebagai seorang Islam patut ada ciri-ciri seperti di atas, tambah-tambah lagi bila berhadapan orang yang bukan seagama dengan kita.
Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.










.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.
