Kentang Putar
Assalamualaikum, apa khabar semua.
Pertama-tamanya ingin saya mengucapkan selamat berangkat kepada anda yang akan berkunjung ke rumah Allah. Semoga membawa kejayaan yang tiada tandingan di dunia ini iaitu Haji Mabrur. Semoga kunjungan ke Raudah dan Kaabah akan mengubah hidup anda menjadi lebih baik dari sebelumnya. Ameen.
Oleh kerana kebanyakan jemaah haji dah mula sibuk sekarang ni. Kita yang tak pergi ni pun sibuk juga. Sibuk untuk persiapan hari raya haji pula. Taklah sesibuk masa raya puasa. Tapi rasanya eloklah kita sibuk-sibukkan diri untuk mengira budget, berapa bahagian boleh kita berkorban untuk tahun ini. Bukan setakat duit je tapi hati dan perasaan juga patut kita fikirkan.
Bolehkah kita berkorbon hati dan perasaan kita? Bolehkah kita lebih pentingkan orang lain pada diri sendiri? Hanya iman yang boleh menjawab semuanya.
Terkenang pula saya Hari Raya Puasa yang baru lepas, kerana ada rasa sedikit terkilan, tak dapat berkunjung ke rumah guru saya, Ustazah Salbiah. Memang rumahnya dekat je dengan rumah saya. Beberapa kali saya lalu di rumahnya, tapi rumahnya tutup je. Rupanya dia ikut suaminya tinggal kat Melaka untuk beberapa tahun.
Talifon juga dah beberapa kali tapi dia selalu tak de rumah. Katanya dia akan sms bila dia free. Dah siap standby ayam untuk buat ayam panggang untuk bawa ke rumahnya. Tapi lupa gaknya, sebab sampai hujung syawal saya tunggu. Tak pelah.. saya faham.
Rasanya saya nak cuba datang rumah dia masa raya haji ni. Harap-harap hajat kesampaian.
Oklah kali ni saya nak tunjukkan anda cara buat kentang putar ala-ala KFC. Ala-ala je tapi rasanya taklah sama, ada sikit-sikit je rasa macam KFC. Sebenarnya teringat kat Normi(blog http://keranakitahambanya.blogsport.com) yang tengah berbadan dua. Takut-takut nanti tak sempat pulak dia nak buat. Meleleh pulak air liur anaknya, bila keluar nanti. Kata-kata orang tua dulu-dulu…
Kentang Putar ala KFC
Bahan-bahannya
- 3 biji Kentang(pilihlah kentang yang isinya putih kalau nak nampak putih macam KFC tu. Tapi kentang yang isinya kuning boleh juga).
- Garam
- 1 sudu teh Serbuk lada hitam.
Untuk sosnya(lebih kurang je ya, sebab ingat dalam kepala je ni),
5 sudu besar - Sos Lada Hitam
2 sudu besar - Chilie sos
2 sudu besar - Sos Tiram
2 sudu besar - Kicap masin.
1 sudu kecil – tepung jagung
Secubit BBQ spice
Secubit Italian herbs/spice
Sedikit air
Caranya:
- Buang kulit kentang.
- Potong/belah 4.
- Rebus dalam periuk bersama garam hingga masak/lembut.
- Setelah masak masukkan ke dalam pengisar.
- Masukkan 1/3 sahaja (dari ketinggian kentang yang berada di dalam pengisar) air rebusan kentang tadi. Atau masukkan air separas ia boleh di putar sahaja supaya kentang tersebut tidak terlalu cair.
- Masukkan serbuk lada hitam(tak perlu letak kalau nak nampak putih bersih)
- Kisar hingga sebati.
- Keluarkan
- Siap.
Untuk sosnya pula:
Masak/didih kesemua bahan untuk sos. Tak perlu letak garam sebab sos tu semuanya dah masin. Italian herbs tu, bubuhlah kalau nak rasa sedikit kelainan. Kalau tak bubuh pun tak apa.
Kacau hingga pekat. Setelah pekat bolehlah di angkat.
OK siap.
Cubalah.
Gambar di bawah ni bukannya apa, saje nak beritahu cara nak buat kentang goreng sendiri. Kalau buat sendiri lebih murah dari yang dah siap di potong tu. Banyak kerja sikitlah, ialah kena buang kulitnya dan kene potong.
Niatlah apa yang kita masak tu kerana Allah, jadi taklah rasa leceh sebab setiap apa yang kita buat tu dapat ganjaran dari Allah. Buang kulit kentang tu pun dapat ganjaran daripada Allah tapi kalau beli kuranglah sikit ganjarannya. Sebab tak perlu buang kulit, lebur je dalam kuali.
Ni caranya, buang kulit kentang dan potonglah memanjang. Jangan di rendam dengan air garam, nanti tak garing. Paling best guna kentang yang isinya kuning(yang mahal sikit). Sebab bila di goreng dia akan garing di luar, lembut di dalamnya.
Goreng dalam minyak panas.
Lepas angkat, baru tabur garam dan lada hitam iaitu masa tengah panas lagi. Kalau nak masukkan garam dan lada hitam tu dalam minyak yang ingin di gunakan untuk goreng kentang tu, boleh juga.
Untuk ratakannya garam dan lada tu kena tampilah macam kita tampi beras tu(lebih kuranglah, saya pun tak pandai tampi beras, kalau saya tampi bukannya antah dan habuk yang jatuh tapi berasnya yang jatuh sekali).
Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.















Salam..
Ermm… dah lama cari resepi ni, akhirnya dapat kat blog kak nisha.. nak cuba ah.. TQ!
Wa’laikummussalam.
Cubalah. kalau sosnya tak berapa sedap tu, otelah sikit dan tambahlah mana yang kurang. TQ
assalamua’laikum kak nisha….terima kasih sangat bg resepi. sebenarnya sy baru je teringat kat akak, bila la akak nak masukkan resepi kentang putar ni…..hehehe alhamdulillah dah ada.
saya dulu kecik2 ma cakap kalau tido mesti basah bantal, sb ma tak sempat nak makan sate masa mengandungkan saya….
Waa’laikummussalam.
sama-sama. Ada jugak betulnya ya.. Semoga anak normi tak macam maknya(meleleh air liur). Rasanya sempat lagi nak buat, lagipun senang je.