Archive for September, 2009
Ramadhan yang di kenang, Syawal tawa riang.
Assalamualaikum, apa khabar semua.
Salam Eidufitri saya ucapkan untuk pengunjung blog ini, dengan perasaan penuh kesyukuran kerana serba sedikit Ramadhan kali ini mentarbiah saya menjadi lebih baik dari sebelumnya, juga di sertai tawa riang untuk syawalnya pula.
Telah lima hari kita meninggalkan Ramadhan yang penuh dengan ganjaran. Allah memberikan berbagai ganjaran untuk hambanya menjadi lebih baik dan lebih baik, jadi rasanya kita sebagai hambanya juga tidak salah jika ingin memberikan ganjaran seperti hadiah dan wang untuk anak-anak kita supaya mereka menjadi lebih baik.
Anak saya Abdul Sodiq telah berjaya berpuasa untuk tahun ini dan meninggalkan puasa/tidak berpuasa selama 3 hari. Walaupun pada awalnya, ada masa-masanya dia ingin berbuka dek kerana melihat adiknya makan, walaupun hanya dengan kicap dan telur goreng sahaja. Segala benda yang adiknya makan di siang harinya akan di suruh buat atau simpan untuknya masa berbukanya. Tapi di akhir-akhir Ramadhannya dia seronok sambil mengatakan “sekejap je rasanya dah nak sampai 30 hari”. Alhamdulillah.
Walaupun jika di risik-risik, “Ada tak Sodiq masuk air dalam mulut dan telan, semasa mandi”, jawapannya “ada, Sodiq tak sengaja”. Tak pelah walaupun sengaja. Ini merupakan permulaan yang baik untuknya.
Sebelum ni pun anak saya Abdul Haziq pun begitu, dah sekolah rendah(darjah 3) masih melakukan perkara yang sama walaupun dia kata tak sengaja tapi saya tahu sebenarnya di sengajakan. Tak pelah masih boleh di maafkan dan tak perlu di marah kerana dia orang masih belum baligh lagi.
Tahniah anakku Abdul Sodiq.
Dia merupakan anak saya yang paling banyak berpuasa dalam usia 6 tahun. Sebelum ini abangnya, dalam usia yang sama paling banyak puasa 2 atau 3 hari sahaja. Malah anak saya Abdul Haziq baru 2 tahun kebelakangan ini penuh puasanya.
Abahnya menghadiahkan ‘kereta mainan control’ yang di idam-idamkan, untuk anak saya Abdul Sodiq. Seronok betul dia. Beli kat pasar malam je… Jadila…h. Di berikan padanya pada hari terakhir puasa.
Oh ya, saya masih lagi berhutang 2/3 hari untuk gambar terakhir Ramadhan yang baru berlalu, untuk 2/3 hari tersebut sebelah malamnya hari hujan. Memang saya tak berjumpa langit yang membiru seperti yang pernah saya lihat suatu ketika dulu, kali ini. Itulah sekali saya dapat melihat langit yang biru, mungkin di tanah Arab/Mekah bolehlah kita lihat langit macam tu. Walaubagaimanapun itu cuma salah satu tandanya kemungkinan LailatulQadar. Banyak lagi tanda-tanda lain. Malam tersebut tetap datang seperti yang telah Allah janjikan, tapi ia menjadi rahsia Allah dan orang yang merasai dan menikmati malam tersebut. Semoga kita di beri peluang oleh Allah berjumpa Ramadhan yang akan datang dan masih terus ingin memburu malam yang cemburu dan ingin kita cumbu itu.






Hari Raya tahun ini mencatatkan sejarah dalam diari keluarga kami. Mana tidaknya, dahlah malam raya suami saya kena ‘standby’ untuk H1N1, tak dapat balik awal seperti yang di rancangkan. Lepas tu, sebelah paginya selepas solat Aidulfitri kami berangkat untuk balik kekampung dan di pertengahan jalan kami terpaksa berpatah balik, kerana suami di panggil bekerja untuk membuat test untuk doctor yang tercucuk jarum ke tangannya sendiri selepas mengambil darah dari pesakit HIV positif. Ujian yang mesti di buat segera untuk tindakan selanjutnya. Saya tak kisah sangat balik lambat cuma anak-anak yang kecil ni tak sabar-sabar nak balik kampung kerana dapat jumpa ramai orang terutama sepupu mereka yang sebaya dengan mereka. Lagipun kami dah biasa balik di pagi raya. Dekat je, tak sampai satu jam dah sampai kampung.
Habis satu bab.
Ikut jangkaan sekejap je suami saya kena pergi kerja, tapi lambat juga selesainya. Selepas Solat Asar kami bergerak dari rumah, tapi masuk je jalan Bukit Putus(jalan yang macam ular tuu..) jem pulak. Dekat pukul 7 baru sampai rumah mak mentua. Agaknya nak menguji kesabaran. Maklumlah Ramadhan baru selesai. Tarbiah di bulan Ramadhan melekat juga di hati, sebab tak de rasa nak marah. Alhamdulillah.
Sempat juga kami sekeluarga bergambar bersama di rumah sendiri. Tengoklah jika sudi.

Gambar anak-anak dan suami. Tahun ni anak yang besar(2 orang tu) tak beli baju melayu. Guna baju melayu tahun lepas je.


Kebiasaanya saya gunakan tudung bulat/labuh kain kosong(samada raya atau tak), tapi kali ni sengaja saya gunakan tudung batik, nak perkenalkan tudung yang bakal saya keluarkan tahun hadapan(insyaallah). Ia juga boleh di buat tudung bulat labuh tapi gambarnya belum sempat di ambil lagi. Nantilah, posting saya yang akan datang saya akan masukkan. Cara menggunakan tudung atau membuat tudung tu bolehlah anda download ebook percuma yang saya sediakan di ruang/halaman ebook percuma.


Siti Aisyah bersama kakak sepupunya di rumah mak mertua.
Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.
Sentuhan Terakhir.
Assalamualaikum, apa khabar semua.
Menanti sudah, mencari dan memburu pun sudah hampir ke penghujungnya tapi masih ada peluang lagi untuk mendapatkan dan mengharapkan malam yang di tunggu-tunggu oleh insan-insan pencinta Allah dan Islam, insan-insani yang inginkan kehidupan yang baik di alam satu lagi. Mencari dan memburu masih boleh di teruskan namun sentuhan-sentuhan terakhir itu lebih bermakna. Sentuhan terakhir yang membolehkan kita memperbaiki amalan kita untuk malam seterusnya.
Sentuhan terakhir itu untuk mencantikkan, mengemaskan dan memperbaiki apa yang di rasakan kurang. Cuba renung-renungkan apa yang kita buat itu sudah cukupkah untuk kita mendapatkan ‘klimak seribu bulan?. Tidak mungkin kita boleh hidup selama itu denga sentiasa mendapat kebaikkan dan ganjaran dari Allah tapi lihatlah bertapa Allah sayangkan kita hamba-hambanya dan sentiasa memberi peluang dan ruang untuk kita meraihnya. Namun kebanyakkan dari kita tidak menghargainya malah tidak merasai apa-apa pun untuk itu. Ganjarannya sehebat seribu bulan. Dengan datangnya saat dan detik itu untuk mereka yang mendapatnya, seolah-olah kita baru di lahirkan, suci dan bersih yang mana menghapuskan segala-gala dosa kita.
Orang-orang yang menjumpai malam ini adalah orang-orang yang terpilih. Terpilih kerana kehebatannya dalam keikhlasannya terhadap Ar Rahmannya. Hanya orang tertentu sahaja mendapat saat itu.
Namun demikian bagi yang tidak mendapat detik itu bukanlah bermakna ia tidak mendapat ganjaran yang hebat dari Allah. Kan kita semua tahu Allah itu Maha Pengasih lagi Penyayang. Selagi kita beramal dengan sentiasa mengingati Allah serta memohon keampunannya, dari Maghrib hingga terbit fajar di malam yang di nanti-nantikan itu, pasti ada ganjarannya.
Kita semua pasti mendapat malam itu jika kita antara orang yang tidak pernah meninggalkan solat lima waktu dan berdoa selepas solat. Kita tentu mengerjakan solat Maghrib dan Isyak sekurang-kurangnya. Jadi kebanyakan dari kita pasti mendapat malam itu.
Tetapi yang lebih hebatnya kita mendapat detik itu dan merasainya kehebatan detik itu. Malah dapat menzahirkan apa yang ada di kepala dan fikiran kita ketika detik itu. Subhanalla…h.
Malam ini merupakan malam ke 27 Ramadhan. Malam yang pernah disebutkan malam yang kemungkinan besar akan terjadinya dan datangnya Lailatul Qadar. Semoga kita semua dapat merasai saat dan detik itu. Ameen.
Salah satu cara untuk kita memburu dan mencari malam LailatulQadar ialah dengan melihat langit di malamnya dan paginya(selepas subuh).
Malamnya adalah nyaman dan tenang manakala lepas subuh langitnya terang dan cerah(tiada awan) membiru. Itulah yang saya dengar dalam ceramah Ustazah Siti Bahiah. Dan banyak lagi tanda-tandanya tapi itulah yang paling senang dan melekat di hati saya.
Beberapa tahun yang lepas saya pernah di khabarkan oleh seorang teman saya, “bahawa malam tadi(malam 27) adalah malam LailatulQadar” kerana sebelah paginya tiada satu tompok awanpun yang ada di langit. Langitnya cantik dan membiru. Manakala lepas subuhnya terang dan nyaman, tidak terlalu panas dan tidak terlalu mendung. Saya terus melihat langit, memang ada benarnya sebab waktu itu, dalam pukul 9.45a.m hanya ada satu tompokkan kecil awan sahaja di langit.
Sejak dari itu setiap kali bulan Ramadhan saya sentiasa melihat ke langit samada malam, pagi maupun selepas subuh demi mencari kebenaran dan keagungan Ilahi.
Di bawah ini adalah hari-hari terakhir malam dan pagi Ramadhan tahun ini, yang sempat saya ambil gambarnya. Setakat ini saya belum berjumpa lagi langit yang membiru. Tapi sayangnya, malam ke 21 dan ke 22 saya tak terfikir nak ambil gambarnya. Hanya selepas itu baru terfikir untuk menyimpan gambar dan di letakkan di dalam blog ini. Masih ada 2 atau 3 malam yang berbaki, itu akan saya masukkan selepas raya nanti. InsyaAllah, jika ada peluang dan ruang.
Ramadhan 23.
Malam Sabtu. Sebelum subuh(cuma ada bintang yang mengamit malam)

Pagi Ahad. Selepas subuh(lebih kurang 7.30a.m keatas). Awannya bertompok-tompol di sana sini.
Ramadhan 24.

Pagi Isnin. Lebih kurang sama macam hari Ahad.
Tak sempat ambil gambar(bateri kamera habis/kong) untuk sebelum subuh. Tapi pada malam(dalam pukul 3.00 a.m ke atas), angin kencang(macam ribut) dan hujan.
Ramadhan 25

Malam Isnin. Sebelum subuh ada bulan yang membelah kegelapan malam ini.

Pagi Selasa. Selepas subuh. Walaupun ada sedikit kebiruan tapi awannya boleh di katakan meliputi keseluruhan langit(memutih).
Ramadhan 26
Malam Selasa sebelum subuh. Gelap tapi di temani oleh bintang-bintang berkerlipan.

Pagi Rabu selepas subuh(begitulah juga awannya).
SEMOGA KITA SENTIASA DAN MASIH MENGINGATI, MENGINTAI, MENGHARGAI, MENCARI DAN MEMBURU MALAM ITU SAMBIL TERUS MEMBERIKAN SENTUHAN TERAKHIR YANG TERBAIK. SEMOGA KITA SEMUA MENJUMPAI DAN MENJADI PEMBURU CEKAP DAN TEPAT YANG MENDAPAT HASIL BURUANNYA. SEMOGA KITA TERUS BERUSAHA MEMBERIKAN SENTUHAN TERAKHIR YANG HEBAT UNTUK MALAM YANG INGIN KITA TEMUI DAN YANG KITA CARI DAN BURUI SELAMA INI.
Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.
Jus Tok Guru bermadu Kasturi.
Assalamualaikum, apa khabar semua.
Saya mengkagumi keperibadian Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Seorang yang hebat ilmu agamanya, tinggi pangkat dunianya tapi amat tunduk pada Khalidnya. Seorang menteri besar tetapi jika di lihat rumahnya seperti orang kampung biasa.

Inilah rumah, tempat tinggal Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang berada di belakang masjid tempat dia memberikan kuliahnya selepas subuh. Rumah menteri besar hanya di gunakan untuk urusan rasmi sahaja.
Seorang menteri besar tapi berpewatakkan orang biasa. Masih menolong mengangkat air untuk tetamunya dan masih menyapu sampah di laman rumahnya. Carilah orang macam ni kat Malaysia ni, rasanya boleh kira dengan jari. Berapa ramai menteri besar kat Malaysia ni malah di di dunia ni macam dia?.
Kalau nak tahu lebih lanjut, carilah dalam You tube(tak sempat nak linkkan sebab saya dah tengok tahun lepas) mengenai kehidupan hariannya.
Kalaulah saya berada di tempatnya, rasanya berbeza dengan apa yang tuan guru buat sekarang. Sekurang-kurangnya, rumah mestilah rumah banglo yang di kelilingi oleh bibik-bibik yang sedia berkhidmat untuk saya. Tu sebab Allah tak bagi kat saya macam tu, sebab belum hebat lagi lagaknya mengalahkan orang yang dah sedia hebat.
Saya tau Allah sayangkan saya. Apa yang ada ini, itulah yang terbaik untuk saya. Alhamdulillah.
Semperna bulan Ramadhan yang mulia ini, eloklah rasanya kita cuba bermuhasabahkan diri dan mencari-cari ikon yang boleh kita contohi dan teladani. Kerana rasa kagum saya pada tuan guru Nik Aziz dan di tambah pula kat rumah saya ni ada Jus Tok Guru yang saya berikan pada anak-anak, jadi saya gunakan jus ni untuk buat minuman berkhasiat semasa berbuka puasa.
Tambahan pula sudah 2 hari saya tak masak kerana ingin menghabiskan lauk-lauk yang tak habis di dalam peti sejuk tu bagi mengelakkan pembaziran dan mengharapkan rezeki yang ada di berkati oleh Ilahi. Kalau tak habis juga saya akan ‘ote’ lauk-lauk tu untuk di buat inti karipap ke, murtabak ke atau apa-apa je asalkan boleh di guna semula. Itulah cara saya yang kadang-kadang tak sedap dan terpaksa di telan juga oleh anak-anak dan suami.

Sambal ikan, ikan kichap, sambal goreng dan sos nasi ayam serta kari daging yang berada di dalam peti sejuk di keluarkan semula untuk berbuka. Hanya goreng ayam dan timun saja yang baru untuk hari itu. Manakala hari keduanya hanya tambah telur dadar dan ikan masin. Dua hari makan baru boleh habis. Terpaksa lakukan macam ni demi mendidik anak-anak walaupun pada mulanya suami tidak berapa setuju. Tapi setelah di beri penerangan dan di pujuk akhirnya dia mengalah.
Jadi saya sediakanlah jus ini untuk menambah dan memberi semangat untuk anak-anak. Kami berbuka cuma tambah timun dan ayam goreng je. Sementara airnya, air panas untuk suami dan Jus Tok Guru bermadu Kasturi yang sejuk untuk anak-anak yang memang suka minum air sejuk. Saya tak amalkan menyimpan air sejuk di dalam peti sejuk tapi bila sesekali nak minum air sejuk baru saya buat.
Saya selalu berpesan pada anak-anak, orang-orang di Afrika tu mengutip makanan di celah-celah batu, tapi kita di sini senang-senang je nak buang. Walaupun pesanan saya kadang-kadang tak mendatangkan apa-apa kesan dan mungkin di anggap bebelan tapi tetap saya teruskan juga harap-harap suatu hari nanti akan ada kesedaran di kalangan mereka. Anak-anak saya yang kecil lebih mudah mengikut tapi anak-anak yang dah remaja ni kadang-kadang tu buat tak dengar je bila kita ingatkan.

Syukurlah atas nikmat Allah yang di berikan pada kita semua. Tak ramai yang merasai makan seperti gambar di atas.
Walaupun satu kepantangan orang tua-tua makan lebihan anak-anak, tapi itulah yang saya buat. Sebab saya belum dengar lagi ustazah ke, ustaz ke kata tak boleh makan lebihan anak-anak. Tambahan pula saya melihat sendiri ustazah Salbiah minum air lebihan anak saya(air yang di berikan kepada anak saya kemudian dia menyambung untuk menghabiskan minuman tersebut). Mungkin juga sebab anak saya masa tu umur dalam satu tahun lebih, kecil lagi jadi tak pelah agaknya.
Juga mengharapkan anak-anak saya sedar dan insaf apa yang mereka tak suka dan yang tak sedap tu, ibunya sangup makan dan habiskan. Mengutip dan menghabiskan lebihan makanan anak-anak. Harap-harap keinsafan tu datang akhirnya. Ameen.
Oklah di bawah ni cara menghasilkan Minuman yang saya panggil,
Jus Tok Guru bermadu Kasturi.

Bahannya:
3 – 5 sudu Jus Tok Guru
5 ulas kurma/tamar (di racik halus/di blend)
3 sudu madu
5 biji limau kasturi yang di ambil airnya.
Gula secukup rasa.
1 teko air
Cara menghasilkannya:
Senang je, Sediakan satu bekas air dan campurkan semua bahan di atas dan simpanlah dalam peti sejuk. Hidangkanlah waktu berbuka puasa.
OK. Cubalah. Mudah dan cepat.
Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.
Dangau Mengimbau
Assalamua’laikum dan apa khabar semua.
11 Ramadhan. Hujan lebat di luar sana. Aku sedikit mengigil kesejukkan. Baju yang ku pakai ini tidak dapat melegakan kesejukkan yang menyelimuti tubuhku. Ku mencari-cari baju tebal yang boleh ku sarungkan ke badanku. Puas juga ku menggeledah di almari, mencari-cari baju lamaku. Akhirnya ku jumpa juga baju lama yang boleh membalut badanku yang kesejukkan ini.
“Emm…” sedikit lega.
“Elok lagi baju ini. Sedap di pakai. Suatu ketika dulu baju ini besar, tidak sesuai untuk badanku”. Aku mengomel seorang diri.
Badan ku dah berisi sekarang. Ramai orang mengatakan, samada lepas bersalin anak pertama atau anak ketiga ia akan naik sedikit dan susah untuk turun seperti sebelumnya. Ataupun memasuki ambang 40an pun begitu. Yang ku perasan selepas bersalin anak ke tiga badanku sudah mula berisi.
“Tak pelah.., asalkan tak de penyakit yang merbahaya”. Hatiku berkata.
Namun begitu, kesihatan mesti terus di jaga untuk menyempurnakan lagi tugasanku sebagai hamba Allah di dunia ini. Juga untuk suami dan anak-anakku. Mereka perlukan aku untuk sentiasa membimbing, membetulkan dan mengingatkan apa-apa yang terlupa dan tercacat. Manakala aku juga perlukan mereka untuk melengkapkan tugasanku di dunia ini.
Kesejukkan.
Tidak terpijak kakiku di lantai mamar rumahku, kerana kesejukkan. Ku sarungkan stoking tebal pula untuk kakiku.
Ku bersela di atas sofa di ruang tamu sambil melemparkan pandangan ke luar, memerhati hujan yang turun lebat. Ku perhatikan hujan yang jatuh ke bumi lalu terpercik ke cermin pintu galangsarku. Sudah tentulah ada kesan-kesan lumpur yang akan terpercik dan terpalit di cermin pintu ku nanti. Dan sepatutnya perlu ku bersihkan kotoran itu.
Teringat pula akan peribahasa “Menepuk air di dulang, akhirnya terpercik ke muka sendiri”. Tapi ini berbeza sedikit, bukan aku yang menepuk air di dulang tapi hujan rahmat dari Allah yang turun dan memercikkan ke cermin pintuku. Jika aku berada di dalam hujan itu, sudah pastilah percikan lumpur itu terkena juga padaku.
Hujan itu kurniaan Allah, walaupun terkena percikan maupun banjir besar berlaku pasti ada rahmat dan hikmat di sebaliknya. Walaupun hujan yang mengotorkan cermin tingkapku, walaupun hujan menyebabkan kain di jemuran ku tidak kering, tidak sekali-kali aku menyalahkan hujan yang turun itu. Kerana hujan yang turun itu membawa rahmat dari Allah.
Rahmat dan Nikmat
Alhamdulillah, demam ku ini juga merupakan rahmat dari Allah. Sekurang-kurangnya menghapuskan sedikit dosa-dosa kecilku. Tidak mau rasanya ku makan ubat. Biarkanlah demam ini berlarutan. Aku ingin merasai nikmatnya sakit, nikmatnya batuk-batuk kecil, nikmatnya hidung yang tersumbat. Sudah lama tak ku rasai semuanya ini. Di tambah pula di bulan yang mulia ini, pasti lebih besar nikmatnya kerana ia lebih menguji kesabaran dan kekuatan fizikalku.
Ini cuma demam biasa, selera makanku tetap seperti biasa, bila berbuka masih berselera. Dua, tiga hari, baiklah rasanya.
Sedangkan Nabi Ayub deritanya sungguh lama, berkudis dan bernanah di merata badannya. Membiarkan ulat-ulat memakan kudis dan nanahnya. Itulah yang ku dengar tentang kisahnya. Selama 7 tahun, 7 bulan dan 7 hari berada di dalam kesakitan baru dia memohon dan merayu pada Allah supaya di sembuhkan penyakitnya. Sungguh sabar Nabi Ayub. Aku ingin mencubit sedikit kesabaran yang ada pada Nabi Ayub itu.
Namun.. mampukah aku?
Tapi sayang, aku terpaksa akur dengan paksaan suamiku untuk makan ubat. Setelah berbuka, di hulurkan padaku air suam dan ubat untuk ku makan. Terima kasih suamiku kerana mengambil berat tentang diriku.
Walaupun sakit aku tak mau duduk diam. Aku ingin jadi seperti ustazahku, Ustazah Salbiah. Sakit macamanapun dia tetap teruskan rutin hariannya. Aku masih ingat akan kata-katanya
“Kalau demam di bawa baring, bertambahlah demamnya, kalau sakit kaki di bawa duduk je tak bergerak-gerak bertambahlah sakit kakinya” .
Memang banyak kata-kata dan ilmu yang di tebarkannya menjadi peganganku. Kata-katanya yang pedas dan pedih menjadikan aku orang yang lebih tabah menghadapi dugaan dan cabaran hidup ini.
Dugaan dan cabaran
Ya, telah banyak dugaan dan cabaran yang ku lalui di sepanjang perjalanan hidupku ini. Umur pun sudah memasuki era 40an. Kehidupan mengajarku erti ketabahan, kesabaran dan keikhlasan. Perjalanan hidupku sungguh bermakna buat diriku. Alhamdulillah, dengan kurniaanmu ya Allah.
“Donggg…” Astagfirullahhalazim. Dentuman guruh menyedarkan aku dari lamunan untuk seketika.
Dentuman guruh itu mengingatkan aku akan bunyi senapang patah yang pernah di muntahkan oleh abahku semasa zaman kecilku. Senapang patah yang entah dari mana datangnya, yang selalu di gunakan untuk berburu di hutan. Samada kerana mencari binatang liar yang boleh di makan ataupun kerana itu mungkin hobby abahku. Tapi yang pastinya kami sekeluarga akan dapat menikmati makanan yang enak jika abah membawa pulang hasil buruannya. Seronak sungguh kami, melihat saja kelibat abah, pasti kami berlari-lari mendapatkannya sambil membelek-belek apa yang di bawa balik. Tapi selalunya.., kami rasa terkilan, kerana tiada apa-apa yang berhasil.
Aku juga pernah mengikut abahku, ke belukar berhampiran kampungku. Melihat jerat landak, kalau-kalau ada yang mengena. Jika tiada apa yang berhasil, emak memasak hasil tanamannya yang berada di sekeliling rumah ataupun tanaman liar di hutan seperti pucuk cemperai, pucuk paku yang di kutip di tepi-tepi sungai atau apa sahaja yang di masak oleh makku yang kadang-kadang tak tau apa namanya. Yang penting perut perlu di isi.
Sungai, paya, parit juga menjadi sumber makanan kami. Dapatlah kami merasai keenakkan ikan sembilang dan haruan serta pelbagai lagi. Jika kepulangan abahku dari memacing membawa hasil yang banyak dapatlah kami menikmati lebih seminggu rezeki kurniaan Allah itu. Kalau tidak kami makan apa yang ada, kerana kami hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Untuk membeli di kedai, tidak mungkin. Buku kecil, tiga lima(555) yang ada di dalam simpanan abahku pun sudah ada tiga buah. Sudah penuh di tulis oleh pak cik Mat dan kedai Syarikat di kampungku. Mereka sudah tidak boleh mengira angka-angka yang semakin membesar di dalam buku itu. Angkanya sudah terlalu besar dan tidak mampu di kira oleh pak cik-pak cik itu. Lagipun pak cik-pak cik tu tak sekolah tinggi. Mereka hanya dapat mengira mengikut kemampuannya sahaja.
Tidak ada kedai lain lagi yang boleh abahku hulurkan buku tiga lima untuk di isi.
Ya! Kehidupan kami susah ketika itu. Tidak seperti anak-anakku sekarang ini. Mereka boleh memilih apa yang hendak di makan. Kalau tak sedap, tak nak makan ataupun tak habis di makannya. Terlalu banyak berlaku pembaziran sekarang ini. Aku tidak sangup melihat pembaziran tersebut, akulah yang menjadi mangsa. Menghabiskan apa yang tidak habis. Patutlah badanku naik.
Jika dulu suka atau tak, sedap atau tak sama saja. Ia tetap habis di makan. Pinggan tetap licin, tidak meninggalkan sebutir nasi pun, hingga menjilat apa sahaja yang ada di jari. Kuah yang ada di pinggan di hirup hingga ke titisan terakhir. Bagiku itu sudah menepati sunah Rasullullah walaupun ketika itu aku tak tahupun apa itu sunah.
Tapi… sekarang, bila menjilat jari di katakan “buruk makan” macam tak cukup lagaknya. Begitu juga bila makan sehingga licin, tidak meninggalkan apa-apa pun. Itukan sunnah. Bila mengambil makanan yang terjatuh, lalu di tiup untuk menghilangkan habuknya dan boleh di makan selepasnya, dikatakan pengotor pula. Itu juga sunnah Rasullullah. Sunah yang membawa kebaikan untuk umatnya kerana ia boleh mengurangkan sedikit ke egoan dan tinggi diri pada pengamalnya.
Aku mengamalkan sunah itu dan ku ajarkan kepada anak-anakku. Bila anak kecilku berbuat demikian di hadapan orang lain, pandangan mereka, air muka mereka berubah. Seolah-olah mengatakan sesuatu. Ya Allah… terlalu cepat aku berburuk sangka dengan orang lain. Ampunkan aku, Ya Allah.
Bagiku, pengalaman yang ku lalui itu sungguh mahal harganya. Walaupun ku tahu ada yang lebih susah dari itu, namun tidak semua orang dapat merasai dan menikmatinya malah sanggup menghadapinya. Aku hargai semuanya itu. Terima kasih Allah.
Mengimbau kembali kisah laluku, di bulan puasa yang penuh keberkatan, kerahmatan dan keampunan. Kami berbuka dengan nikmat yang Allah berikan. Aku dengan lauk kegemaranku iaitu minyak lebihan goreng ikan masin yang sememangnya di simpan oleh makku untuk di jadikan lauk. Hanya di gaulkan dengan nasi panas sudah enak untuk di makan. Manakala adik lelakiku, nasi panas, gula dan air masak, di gaulkan seolah-olah seperti bubur nasi. Itulah antara makanan ruji kami. Ialah, bukannya setiap kali abahku ke sungai akan mendapat hasil tangkapannya, bukannya selalu jerat yang di pasangnya mengena dan tembakannya pula bukan selalu mengena sasarannya.
Baru sekarang ku fahami dan ku rasai itu semua sebagai rasa nikmat. Betapa nikmat pengalaman laluku menjadikan aku tunduk kepada Penciptaku. Nikmat berterusan yang menjadikan dahiku sentiasa sujud kepadaMu, manakala tanganku sentiasa menadah mengharapkan pertolongan dan pemberian dariMU, Ya Allah. Aku ingin terus mengimbau dangau itu kerana aku ingin terus sujud kepadaMu serta terus bermuhasabah diri, sehingga jasadku tersungkur rebah dan di telan bumiMU, ya Allah.
Ameen, ameen ya Robbal alameen.
———————————————————-
Firma Allah bermaksud:
“Katakanlah wahai Muhammad, hendaklah kalian berusaha, niscaya Allah Subhanahu Wata’ala, RasulNya dan orang-orang beriman akan melihat usaha kalian, kelak kalian akan di kembalikan ke alam ghaib dan syahadah lalu Allah s.w.t menjelaskan kepada kalian apa sebenarnya yang telah kalian usahakan.”
(Surah at-Taubah: ayat 105)
“Alif lam mim, Adakah manusia mengira bahawa mereka akan di biarkan saja untuk mengaku bahawa kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak di uji lagi? Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Surah Al-Ankabut: ayat 1-3)
Hadith yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah s.w.t apabila mengasihi satu kaum, di cubanya mereka itu (dengan berbagai cubaan), barangsiapa yang rela dengan cubaan itu maka mereka mendapat kerelaanNYA. Barangsiapa yang benci(marah) maka baginya kemurkaan Allah.
“Jalan Syurga dihampiri oleh kesusahan manakala jalan ke Neraka dihampiri oleh keghairahan syahwat”.
Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.










.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.
