Anak Soleh/Solehah
Hari untuk diwarnai
Masa Pemberian Ilahi
July 2009
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Kata-kata Jengahan

ShoutMix chat widget
Terima kasih utk..
Anak Muda
  • Salam lebaran... September 9, 2010
    Gerbang Syawal semakin menghampiri, Ramadan yang berkunjung, akan berlalu pergi. Syawal yang tiba, sambutlah ia dengan tasbih, tahmid dan takbir yang memenuhi ruang jiwa, Agar denai berliku yang telah, masih dan akan kita lalui untuk menuju kemenangan hakiki, Akan terus kita tempuhi dengan sabar dan percaya kepada bantuan Yang maha Esa. "Salam lebaran d […]
    Noraslina binti Jusin
  • Peluk Islam Selepas Masuk Masjid September 2, 2010
    Utusan Malaysia lupa kepada berita menarik yang pernah ia sendiri siarkan yakni mengenai non muslim yang memeluk Islam kerana pernah memasuki masjid sebelumnya.  Apakah nilai yang baik yang pernah dititip melalui akhbar mereka sendiri mahu dihapuskan oleh fitnah terhadap Islam yang ditafsirkan oleh golongan yang jahil?  Semata-mata kepentingan politik mereka […]
    ummuabbas
  • 27 RAMADHAN/6 SEPTEMBER - SYAFAWI PERTAMA BUATNYA September 5, 2010
    Dengan asma Allah yang Maha Agung...Hari ni adik saya Nurul Hidayah akan menghadapi peperiksaan hafazan Al Qur'annya yang pertama. Tersenyum saya bila dia mengirim sms tiada semangat untuk berhari raya, kerana risau dengan peperiksaan hari ini. Ujian Syafawi - baca dihadapan dua orang ustaz. Mereka akan menyoal beberapa soalan dari juzu' yang telah […]
    NORMI BINTI HAJI MAT YUSOF
  • Seloka hujung Ramadhan. September 4, 2010
    Bila ramadhan melabuh tiraiTirai Ramadhan berlabuh sudah.Berakhir bulan penuh barkah,Hidup kembali kepada fitrahKeluarlah kita dari madrasah,Ikatan syaitan terlerai sudahPintu nerake kembali terbelah.Apakah kita sudah berubah?Tirai Ramadhan berlabuh sudah Sana sini menusia membeli belahToko-toko menjadi tempat berkelahSi penjaja sebok mencari helah.Lagu raya […]
    makbonda
  • Iftar dan Sedekah September 4, 2010
    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهMasyaAllah, rupanya semakin meningkat usia,kudrat dan stamina tubuh apabila melakukan aktiviti semakin berkurang. Tak boleh bertahan lama untuk berdiri apatah lagi untuk berjalan.Walaupun di rumah sahaja, bukan pergi shopping pun, tetap banyak berjalan ke depan ke belakang. Dari belakang, an […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • 7 KAEDAH MENDIDIK ANAK CEMERLANG July 14, 2010
    Dipetik dari http://www.kaunselingskbt2.com Dalam mendidik anak-anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.Menurut Datuk Dr. Haji Mohd fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu i […]
    Al-Atiff
  • Selamat Hari Raya September 6, 2010
    ~STICKY MODE~Jangan cakap kat mama tau saya nak take over blog mama sekejap. Acik2 dan kakak2 apa khabar?? Masih ingat kat saya tak?? Sayalah KHAWLAH UMNEEYA, puteri ke-4 mama dan baba. Haa.. ingat saya lagi tak?? Yerr!! saya dah besar dah.. 5 bulan lebih dah umur saya. Hati2 tau sebab saya dah tumbuh gigi, sapa2 yang dukung saya standby lah yer untuk digigi […]
    ummumishkah
  • Petua Masuk Umah Baru....:) August 28, 2010
    Assalamualaikum...Menggoogle petua masuk umah baru di internet menemukan aku dgn banyak jenis petua yang diamalkan..ada yang meletakkan gula,garam dan memacam lagi kat dapur masa masuk rumah baru..agar mendapat rezeki yang banyak ... nak-nak plak , artis kita yang buat plak tu...siap masuk TV lagi...adeh...ada yang menanam telur yang telah di jampi (dengan m […]
    sumaiyah_nda
  • Care-liver September 7, 2010
    Good rest and sound sleep is very important… if u don’t sleep well, the toxic in your body will accumulate… affecting your health and your mood… The main causes of liver damage are: 1. Sleeping too late and waking up too late are the main cause. 2. Not urinating in the morning. 3. Too much […]
    ibunoor
  • MENANGIS YANG DITUNTUT SYARIAT September 9, 2010
    Kata ahli Hikmah,Dunia ini dimulai dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Menangis adakalanya dituntut oleh syariat. Abid yang menyintai Tuhan akan selalu menangis mengenangkan dosanya.Mereka memaksa diri menangis apabila mengenang nasib diri di hari akhirat dan membayangkan huru-hara pabila menjelang kiamat.Dalam hal ini menangis ad […]
    ::Umiliya6677::
  • KERJA vs KELUARGA February 12, 2010
    Alhamdulillah...setinggi kesyukuran kepadamu ya Allah,kerana akhirnya dapat juga menulis di blog yang sudah lama terbiar ini...sedihnya,nak buat macammana,mula aja persekolahan baru bermulalah episod baru,bermula dari dinihari seawal jam 4.30 @ 5.00 pagi pergerakan mesti pantas dan seperti yang dijadualkan. Segala mesti disiapkan sebelum jam 7.00..itupun den […]
    ustazah
  • KAD PENGGANTI DIRI September 8, 2010
    Khas buat semua...Kad pengganti diri... buat semua teman 'blogger' serta pengunjung yang ada... Selamat menyambut Syawal yang bakal tiba... Semoga Ramadhan yang bakal pergi akan melahirkan 'kita' yang lebih bertakwa Ampun maaf jua dipinta... andai ada kata yang melahirkan rasa... "Dalam berjaga-jaga mungkin ada jiwa yang terasa Dalam […]
    Ros Illiyyuun

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Romand Blind, jika anda membuat tempahan di kedai, harganya amat mahal.  Yang membuatkan ia mahal bukanlah kainnya tetapi blind/treknya.  Di Seremban, 1 set Roman Blind(termasuk treknya) berukuran lebih kurang 4 x 4 kaki  berharga melebihi  RM400.00.  Hanya yang berkemampuan dan yang ingin bergaya sahaja sanggup membelinya.

Jadi di sini saya ingin berkongsi ilmu dan pengalaman membuat Manual Romand Blind yang mana saya rasa tak ada mana-mana kedai/orang dan web di Malaysia(setelah saya membuat carian) yang ingin menunjukkan anda caranya.  Setelah saya membaca 1 buku cara menjahit langsir, yang saya beli semasa bekerja dulu, saya mencuba membuatnya sendiri dengan menjadikan tempahan dari anak saudara saya sebagai bahan ujian.  Saya mengolahkan dengan cara saya sendiri dan tidak mengikut 100% dari buku tersebut.

Memang susah sikit sebab tak biasa buat sendiri dan buku tu pulak buku mat saleh.  Jadi mana yang tak faham tu kenalah tengok kamus.  Maklumlah saya ni tak sekolah tinggi.   Jadi bagi anda yang ingin mencantikkan rumah anda, bolehlah mencuba cara yang saya gunakan.  Blind yang saya buat ni boleh menggunakan apa-apa trek pun, sebab ia di sangkutkan menggunakan  pita biasa atau pun pelekat bertindih.

Jika anda ada sebarang kemuskilan dan ketidak fahaman bolehlah bertanya kepada saya dengan memhantar komen di bahagian yang telah di sediakan di bawah.  Berikut adalah caranya:

Peralatan :

Tak semua peralatannya ada di dalam gambar di atas, cuma yang mungkin anda tak biasa je, saya berikan gambarnya.

i.      Pita Penyangkuk.

ii.     3 Batang paip kecil(ukur lilit ½ cm atau ¾ cm). Ia di gunakan untuk membuat lipatan blind.

iii.    Gelungan(kayu/gangsa atau apa saje asalkan tahan/tidak mudah patah)

iv.     Kain/fabrik untuk langsir(2 helai untuk bahagian depan dan belakang biasanya kain polos/putih & murah)

v.       Renda.

vi.     Tali panjang.

Caranya:

Buatlah mengikut langkah demi langkah dan berturutan mengikut nombor yang di beri.

1.    Ukur trek langsir anda. Lebihkan 3″  -   5″ dari ukuran bawah tingkap, sebagai Contoh saya menggunakan ukuran 48″ x 48″, seperti  di bawah ini.

2.    Gunting kain untuk bahagian permukaan hadapan(kain yang lebih cantik) dan lebihkan 2″ di bahagian atas tepi serta kiri dan kanan, dari ukuran tingkap anda.  2 inci tersebut di gunakan untuk lipatan kebelakang.  Sila rujuk rajah 2 di bawah.

3.    Bentangkan kain tersebut dan gariskan dengan kapur lebihan/basian kain untuk bahagian atas serta tepi kiri dan kanan.  Bahagian kaki kain tidak perlu lakukan perkara yang sama.

4.    Lebihan tersebut hendaklah di lipat ke belakang dan jelujurkan di sekelilingnya. Ketepikan untuk seketika.

5.    Gunting pula bahagian belakangnya dan kurangkan 1″ untuk bahagian atas serta kiri dan kanannya, dari ukuran tingkap anda.

6.    Gunakan mesin jahit tepi untuk kedua-dua kain tersebut untuk mengelakkan ia dari berbulu.

7.    Ukurkan lebih kurang ½ “  di bahagian atas, kiri dan kanan kain tersebut dan gariskan.

8.    Buatkan lipatan ke belakang dengan menjelujurkan bahagian yang telah di tandakan tadi.

9.  Ambil bahagian hadapan kain dan bentangkan.  Pastikan bahagian permukaan belakang kain berada di atas.

10.   Ambil kain untuk belakang blind tadi dan tindihkan ke atas bahagian kain yang di bentangkan dan pastikan bahagian lipatan tadi berada di tengah.  Sila rujuk rajah 2 di bawah.

11.   Teruskan untuk menghasilkan ruang untuk memasukkan rod/batang paip.  Sila rujuk rajah 3 di bawah ini.

12.   Tandakan dan gariskan(sepanjang garisan putus berwarna merah) yang di tunjukkan di dalam rajah 3 di atas.  Lakukan mengikut ukuran yang telah di berikan seperti yang di tunjukkan di dalam rajah di atas.

13.   Jelujurkan setiap garisan yang di buat sebelum anda menjahit menggunakan mesin jahit.  Ia di lakukan bagi mengelakkan garisan/kain tersebut lari semasa menjahit menggunakan mesin jahit.  Tinggalkan 1 ruang(hujungnya) untuk memasukkan rod manakala bahagian hujung satu lagi perlu di tutup untuk mengelakan rod tersebut senang terkeluar apabila di gunakan nanti.

14.   Sediakan tali kain(jahitlah kain perca yang boleh di jadikan tali) dan letakkan seperti di dalam rajah 3 diatas(di atas sedikit daripada lubang rod tersebut dan juga bahagian atas kain belakang).

15.   Masukkan kedua-dua hujung tali tersebut di tengah iaitu antara kain hadapan blind dan kain belakang blind.

16.   Jelujurkan tali tersebut bersama yang lain.  Tali ini di gunakan untuk memasukkan/ruang tali lain pula bagi menaikkan rod yang telah di masukkan ke tempatnya, supaya ia boleh terlipat.

17.   Jahitlah kesemua garisan yang berwarna merah(termasuk garisan putus-putus) yang ditunjukkan di dalam rajah 3 di atas dengan meninggalkan ruang/lubang untuk memasukkan rod/batang paip di dalamnya.

18.   Jahitlah pita pelekat langsir atau pelekat bertindih yang mana ia digunakan untuk menyangkuk blind tersebut ke trek anda nanti.

19.   Untuk bahagian bawahnya(kaki langsir) guntinglah mengikut bentuk-bentuk/corak-corak yang anda sukai.

20.   Teruskan dengan melihat rajah di atas untuk di masukkan tali ke ruang tali kain yang di buat tadi.  Di mulakan di bahagian kiri rajah tersebut dengan memasukkan tali dari bawah sekali.  Lalukan tali tersebut di dalam ruang yang telah di buat dan teruskan sehingga panjang tali tersebut melebih 1 1/2 dari ukuran tinggi kain tersebut. Teruskan dengan lalukan semula tali tersebut ke ruang yang telah di sediakan hingga sampai ke ruang bawahnya.  Di ruang bawahnya, tidak perlu di lalukan ke dalam ruang tali tetapi hendaklah di luar ruang supaya tali tersebut boleh tersangkut pada tali tersebut.  Ia berfungsi untuk menarik tali ke atas dan bahagian yang di lalukan dengan tali akan mengikut naik ke atas.  Ia perlu di lakukan secara praktikal barulah anda faham dengan apa yang telah di katakan di atas.

21.   Matikan dengan mengikat kedua-dua tali tersebut.  Buat dengan kuat dan ketat, supaya bila di gunakan nanti ia tidak tercabut.

22.   Lakukan perkara yang sama untuk tali sebelah kanan tetapi ia  lebih panjang lagi daripada tali sebelah kiri (sila rujuk rajah di atas).

*    Jika anda mempunyai tingkap yang panjang, saya galakkan anda mengasingkan tali kiri dan kanan. Bermakna apabila di sangkutkan nanti ia hendaklah di sangkutkan berasingan antara tali kiri dan kanan.   Bermakna juga anda perlu menyediakan 2 penyangkuk tali.

23.  Gambar rajah 5 menunjukkan rupa bentuk Romand Blind yang di lihat dari permukaan hadapan kain.

24.   Sebelum anda boleh menggantung blind tersebut, masukkan terlebih dahulu rod yang telah di sediakan ke lubang/ruang yang telah di buat tadi.

25.   Anda  juga perlu melakukan satu lagi perkara iaitu menyangkutkan gegelung dibahagian belakang trek anda. Iaitu di tengah -tengah batang yang di lekatkan ke dinding.  Masukkan tali ke gegelung kayu atau gangsa(rujuk gambar di bawah).  Tali tersebut hendaklah di ikatkan ke batang tersebut.  Ia digunakan untuk memasukkan kesemua tali yang telah di sediakan di blind tadi supaya memudahkan untuk menarik ke atas atau menurunkan blind apabila di perlukan.

26.   Sila rujuk gambar di bawah(rajah 6 dan 7) untuk anda lebih memahaminya.

27.   Setelah semuanya selesai anda perlu meletakkan penggantung tali  ke dinding dibahagian sisi dimana tali blind itu akan di tarik dan di turunkan bila di perlukan.  Ia perlu di sangkutkan ke dinding bila anda ingin menarik blind itu ke atas dan melepaskan sahaja tali tersebut bila anda ingin menutup tingkap anda dengan blind tersebut.

28.   Anda boleh membuat tingkatan tarikan tali dengan membuat percubaan setakat mana anda ingini sama ada menarik semua ke atas atau meninggalkan 1 atau 2 lipatan blind.  Anda hanya perlu menyimpul tali tersebut mengikut ketinggian yang di ingini dan di sangkutkan ke penyangkuknya di bahagian simpulan tersebut.  Jadi mungkin anda membuat 2 ke 3 simpulan mengikut tingkatan yang di perlukan.  Anda boleh membuat percubaan demi percubaan demi mendapatkan hasil yang memuaskan.

Selamat Mencuba.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

4 Responses to “Jahit Sendiri – Manual Roman Blind”

  • Zilla Zulkifli says:

    Salam Kak Nisha….

    Wah!!! pandailah Kak Nisha, nak tahu dah sebulan saya belajar buat Roman Blind ni tapi tak jadi-jadi (tapi ….drpd bukulah) Boleh copy yang Kak Nisha punyer? Apa-apa pun terima kasih atas perkongsian ilmu…

  • Kak Nisha says:

    Wa’alaikummussalam,
    Boleh apa salahnya. Memang nak bagi pada semua yang berminat dengan jahit-menjahit ni. Tak dapat duit tapi dapat pahala kan? Lagi besar nilainya daripada duit.
    Terima kasih Zilla.

  • nuyin2u says:

    salam, nak tempah kat nisha langsir roman blind, bolehtak, nak buat, tak pandai menjahit. emel me , k. tak besarpun yang saya nak, utk tingkap 1 panel je

  • Nisha says:

    Salam kembali Nuyin2u.

    Terima kasih atas komen. Maaflah tahun ni saya memang tak ambil tempahan langsir. Dan rasanya saya nak pencen menjahit langsir. Cumanya saya tetap sediakan ebook/pola untuk langsir. Dan mungkin sesekali saya akan sediakan cara menjahit langsir secara percuma dalam blog ni. InsyAllah.

    Wallahua’lam.

Leave a Reply

Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
Jangan lupa baca…
Jangan lupa ucapkan…
Salahuddin Al Ayubi

"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".

Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan".

Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Pola Langsir

Menggunakan Pola
EBOOK LANGSIR

Hiasan Dalaman
PROMOSI PRODUK
OOPS! You forgot to upload swfobject.js ! You must upload this file for your form to work.
Pizza Faridah
Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah, tel 012-2243696.
Pengujung ke
wordpress stats