Archive for July, 2009

Roti Arab

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Resepi ini saya dapat dan belajar dari Kakak Zizah,  salah seorang jiran saya.  Dia adalah antara orang kuat kat surau di kawasan perumahan kami.  Bab memasak ni, kalau kat surau, tak de dia tak sah.

Suaminya pun merupakan salah seorang imam kat surau kami.  Tapi sekarang dia dah jarang datang ke surau sebab suaminya jadi imam ganti(kalau tak silap) untuk masjid Senawang.  Jadi dia pun ikut suamilah selalu ke masjid.  Suaminya bekerja di K.L.  Tapi masih mampu mengikuti dan bertugas di masjid Senawang.  Orang macam ini saya respect dan suka akan cara dia mengatur hidupnya.  Kebanyakan majlis kat masjid, kak Zizah dan suaminya adalah antara orang kuatnya.

Saya sesekali aje ke masjid sebab masih lagi joint program kat surau taman.  Maklumlah majlis ilmu yang macam ni kurang mendapat sambutan di taman-taman perumahan.  Kadang-kadang sedih juga, bila ustaz atau ustazah datang buat ceramah, orang yang datang boleh di kira dengan jari.  Cuba panggil Siti Nurhaliza ke, Mawi ke, rasanya tak cukup tempat orang datang.  Bukan saje surau yang penuh, padang taman ni pun rasanya penuh dengan lautan orang.   Begitulah lumrahnya, kehidupan ini.

Jadi  kalau ada program kat surau tu kenalah datang bagi meramaikan lagi tetamu di surau kami dan yang paling penting “Majlis Ilmu” perlu di hadiri untuk mendapatkan keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t.

Kita sambung cerita pasal Roti Arab.  Roti Arab ni sesuai di makan dengan kuah kari seperti kuah mee kari.  Kalau nak buat kuah khas untuk roti Arab ni boleh juga, lebih kurang sama macam kuah roti jala.  Jadi bila nak buat majlis atau ada tetamu datang(raya pun dah dekat) bolehlah sekalikan dengan kuah mee kari atau roti jala.

Itulah cara saya,  kalau nak buat majlis(bacaan yasin ke),  kalau nak banyakkan sikit menunya.  Buat kuah yang sama tapi boleh makan dengan berbagai masakan lainnya.  Antaranya seperti Roti Arab dan Mee kari serta sekali dengan roti jala.  Cuma tambah mungkin mee goreng ke, nasi goreng kampung ke serta 1 pencuci mulut dan air.

Roti Arab

700 gram tepung gandum(agak-agak jelah)

1 pek Mauripan

½ sudu kecil garam.

1 – 2 sudu besar majerin(apa sajelah asalkan sama dengan majerin)

3 sudu besar – ½ cawan susu pekat(ikutlah kalau suka manis, lebihkan sikit susunya)

2 – 3 cawan air suam(agak-agak jugak).

Minyak masak untuk mengoreng.

Caranya:

  1. Masukkan semua bahan di atas kecuali air.
  2. Gaulkan hinga sebati dan rata.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga boleh di canai dan di uli.
  4. Biarkan dalam 1 jam.

Setelah 1 jam

  1. Sediakan minyak masak di dalam kuali dan panaskan.
  2. Sementara tu bolehlah bulat-bulatkan tepung tadi seperti nak buat karipap(Tak kisahlah besar mana).
  3. Dan buatlah seperti kita nak buat karipap(rujuk gambar di bawah).

  1. Kepingan-kepingan tepung yang telah di bentuk bolehlah di goreng ke dalam kuali yang telah di panaskan tadi.
  2. Masaklah dengan api yang sederhana supaya ia ranggup di luar dan tahan lama kerangupannya.

Mee kari dan roti arab ni saya buat untuk keluarga.  Jadi 1 hari tak masak, makan ni je dari pagi sampai malam.  Sesiapa yang nak makan nasi makan je lauk baki semalam atau anak bujang tu kalau nak makan  nasi, dia orang masak sendiri, biasanya dia orang masak telur goreng atau ikan bilis goreng bercili dan makan dengan nasi panas.  Manakala sayurnya yang tak payah masak seperti timum, kobis, kacang panjang.  Apa-apa sayur yang boleh buat ulam yang ada kat rumah.  Saya dan suami pun selalu tumpang sekaki lauk mereka.

Selesai

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Jadi Tarzan

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Di hujung minggu yang baru lepas ni, saya dan keluarga berpeluang balik ke rumah mak dan mak mertua.   Seronok rasanya bila sesekali dapat balik ke kampung.  Di tambah sekarang ni musim buah-buahan.  Harap-harap kami sekeluarga bukanlah di kalangan yang di panggil saudara buah oleh  suami saya.  Suami saya ambil cuti pada hari Jumaat yang lepas kerana nak balik ke kampung.  Maklumlah hari Sabtu(petang) dan Ahad(pagi), anak-anak saya akan menghadiri kelas tuisyen bahasa Arab.  Jadi kena balik hari Jumaat, kalau tidak sekadar dapat menunjukkan muka sahajalah kat kampung.

Lepas solat Jumaat kami bertolak ke kampung.  Kami balik ke kampung saya dulu baru balik kampung suami.  Memang satu laluan tapi balik yang jauh sikit dulu.  Kebiasaannya beginilah caranya kami balik ke kampung, siap-siap masak di rumah barulah balik ke kampung.  Jadi kat kampung tak delah sibuk nak memasak je.  Jadi dapatlah berborak-borak dengan mak.   Saya memang tak boleh jumpa mak, ada je benda yang nak di ceritakan.  Rasanya tak cukup masa nak bercakap.  Kalau kat telefon pun macam tu, sampai kena ‘warning’ kat suami sebab bergayut lama sangat mengalahkan orang muda-muda sekarang ni.

Ada baikkanya juga bila suami mengingatkan tu sebab mula-mula cerita biasa-biasa je, cerita pasal keluarga sendiri dan bertanya khabar mak dan abah, tapi lama kelamaan cerita pasal orang lain pula, kan dah mengumpat pula jadinya.  Jadi ada peluang berjumpa saya gunakan masa yang sedikit itu untuk berbual dengan mak saya.  Saya cuba mengambil hatinya dengan melayan cerita-ceritanya, maklumlah orang tua cepat tersinggung.

Jadi saya cuba mengembirakan mereka dengan membawa apa yang mereka suka seperti hidangan untuk makan malam di bawah ini.

Bekalan yang di bawa semasa balik ke kampung.  Ada ayam panggang kegemaran abah saya, lauk kurma daging untuk anak-anak dan acar buah kegemaran mak.  Saya masak nasi beriani kat kampung tapi rencah dah siap-siap tumis kat rumah jadi bila sampai kampung terus je masak dalam rice cooker.  Nak tau caranya?  Nantilah suatu hari nanti saya akan beritahu.

Lepas makan malam kami terus ke rumah mak mertua.  Perjalanan lebih kurang ½ jam je.  Kami singah rumah kakak ipar ambil mak mertua.  Kerana sebelah malam dia tidur kat rumah kakak ipar, ialah tinggal seorang, manakala sebelah siangnya balik rumah sendiri.  Kakak ipar mengajar, jadi tak de sesiapa kat rumah bila siang, jadi dia nak balik rumah sendiri.  Taklah jauh dari rumah kaki ipar ke rumah mak mertua, lebih kurang 5-10 minit sampailah.  Tapi kesian jugak kat kakak ipar, pagi-pagi kena hantar mak mertua ke rumahnya manakala sebelah petang/malam ambil mak mertua, tidur di rumahnya.  Tapi kakak ipar saya memang baik, tak pernah dengar dia merunggut bercerita letih atau yang lain-lain… kerana maknya.  Kakak-kakak yang lain semuanya tinggal jauh.

Mak mertua saya memang tak nak duduk dengan anak-anaknya.  Kalau datang pun sekejap-sekejap aje ke rumah anak-anaknya.  Bila sakit, barulah dia tak balik rumah sendiri, sebelah siang pun kat rumah kakak ipar, tapi bila sakitnya berpanjangan kena bawa rumah kami,  sebab dia tak nak makan ubat.  Dengan suami saya, dia ikut je cakap suami saya, makan ubat ikut jadual yang telah di beri.   Dia pernah bercakap kat doktor sambil di dengar oleh suami saya, “ialah masa kecik-kecik anak ikut cakap kita, sekarang ni kita kena ikut cakap anak pulak”,  macam perli je, kata suami.

Jadi sampai rumah mak mertua, kami bersiap-siap untuk tidur je.  Bila pagi biasalah, beginilah aktiviti kami,

Anak saya Abdul Sodiq, memang suka tolong untuk mesin rumput, jadi suami bagi peluang dia mesin rumput, untuk memuaskan hatinya.  Selagi tak dapat selagi tulah dia menyibuk.

Anak saya Abdul Muiz, Siti Aisyah dan Abdul Haziq tengah “momoron” kata orang nogori.  Bab membakar sampah ni bagilah kat dia orang.  Kalau tak de daun kering, surat khabar lama yang wannya simpan pun habis di kerjakan.

Anak saya yang tua, Abdul Shofi deman dan kena gatal-gatal kat badanya.  Malu-malu kucing je tu..

Jadi dia duduk atas rumah aje.  Kalau tidak, dialah antara orang kuat, yang rajin menolong.  Apataknya, selalunya wan mereka akan bagi upah, tu sebab rajin.  Kalau kat rumah sendiri,  Allah je lah yang tau.. betapa susahnya nak suruh dia orang.  Agaknya sebab tak dapat upah.  Kena bebel lagi adalah.

Suami tengah ambil buah ciku dan anak tengah menyapu sampah.

Anak perempuan saya,  Siti Aisyah.

Gambar di atas, bila sampai di rumah buah yang telah di ambil terpaksa di keluarkan dari plastiknya, kalau tidak ia meruap dan cepat busuk.  Biasanya kami akan memanjangkan sedekah kepada jiran-jiran yang dekat dan yang rapat dengan saya.  Tapi tahun ni kami tak ambil banyak.  Dah tua, dah tak larat nak memanjat.

Percaya atau tidak inilah saya.  Berbezakan antara gambar di atas dengan gambar di bawahkan?   Ramai orang mengatakan saya seorang yang lemah lembut tapi yang sebenarnya di sebaliknya.  Mereka tak percaya dengan cerita saya.

Kalau musim buah beginilah saya.  Saya merupakan menantu yang paling muda kerana suami anak yang kecil sekali,  ‘anak omak’.  Jadi saya je yang sangup memanjat.  Suami  dan anak-anak pun tak sangup, setakat kat dahan yang rendah-rendah je.  Jadi yang tinggi-tinggi tu sayalah yang usahakan.

Panjat pokok manggis.  Suami tolong temankan setakat tu lah ketinggiannya.  Perut dah boroi, takut dahan merekah.  Kah! kah! kah!!..Jangan marah ye bang, kutuk-kutuk manja..

Kami sibuk ambil buah, mak mertua pulak sempat lagi menebas-nebas semak yang berhampiran.  Kuat lagi, padahal umur dah lebih 80 tahun.

Panjat pokok rambutan pulak.

Nasib baiklah pokok langsat tu tinggi dan suami tak bagi panjat.  Kalau tak lepas ni panjat pokok langsat pulak.  Lagipun dah waktu nak memasak untuk makan tengah hari.  Tak sempat.  Petangnya nak balik sebab suami akan kerja sebelah malam dan anak pula kena pergi tuisyen sebelah petang.

Lihatlah kebesaran Allah. Ada pokok yang berbuah di hujung dahan, ada juga yang berbuah di batang pokoknya.  Allahhu Akhbar ! Bertapa kerdilnya kita di dunia ini.  Betapa tingginya kita boleh memanjat, betapa tingginya kita boleh mendaki, betapa tingginya dan mulianya kita di sisi manusia serta macamana hebatnya sekali pun kita, akhirnya akan ke bawah juga, ke liang lahat yang cukup untuk memuatkan kita seorang sahaja.   Hanya amal sahaja yang boleh melapangkan kehidupan kita di sana nanti.  Semoga kita terutamanya saya, tidak ada sedikitpun sifat-sifat riya”, sombong, takabbur atau suka menunjuk-nunjuk.

Firman Allah yang bermaksud,

“Maka celakalah bagi orang-orang  bersembahyang, yang sentiasa lalai kepada sembahyangnya.  Mereka yang mengerjakan kebaikan minta di lihat orang”.

(al-Ma’un: 4-6)

“Dan mereka minta dibukakan (hatinya), namun kecewalah setiap orang yang menyombong diri dan keras hati.”

(Ibrahim: 15)

“Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka akan masuk Neraka Jahannam dengan menderita penuh kehinaan.”

(Al-Mu’min: 60)

dan sabda Rasullallah s.a.w.

“Allah azzawajalla tidak akan menerima sesuatu amalan yang di lakukan dengan riya’, meskipun riya’nya sekadar debu sahaja,”

“Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya memendam sebesar biji sawi dari sifat sombong.”

Semoga saya bukanlah dari kalangan orang yang Allah dan Rasulnya sebutkan di atas. Walaubagaimanapun masih ada lagi sifat-sifat di atas, harap-harap sebelum menghembuskan nafas terakhir ia akan hilang dan berubah. Astagfirullahhal’zim

Ameen, ameen.. Ya Robbal alamin.

Jadi Tarzan di musim buah je.  Lepas panjat satu pokok ke satu pokok lagi.  Kat rumah sendiri pun sesekali jadi tarzan jugak, bila panggil anak yang ada kat tingkat atas.  Bilalah…  saya boleh berubah untuk tidak menjadi tarzan lagi?  Tengah berusaha, tapi belum berjaya.  Doakan saya.

Walaupun dah bermacam-macam buah yang di bawah balik.  Nak juga beli buah mata kucing kegemaran saya,  jadi suami tolong belikan kat tepi jalan antara Seremban – Kuala Pilah.  Itulah manusia nikan, tak pernah cukup dan puas dengan apa yang ada.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Berbeza dari Biasa – Pengikat Langsir.

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Sekarang ini musim orang menjahit, maklumlah dah nak raya.  Ada yang menjahit baju anak-anak dan suami, ada yang menjahit langsir.  Ada juga yang mengambil upah, samada menjahit langsir atau pun baju.  Walau apapun yang anda lakukan, samada menjahit untuk diri sendiri maupun untuk orang lain, ia satu kerja yang mulia asalkan anda memasang niat yang betul di hati anda.  Sudah tentulah di hujung niat tersebut kerana Allah Ta’ala.

Tahniah saya ucapkan jika anda mempunyai niat sebegitu.

Bagi saya tahun ni tak buat apa-apa,  walaupun boleh menjahit samada langsir atau baju untuk keluarga, nampaknya tahun ni saya masih lagi tak berkesempatan untuk menjahit sendiri punya, maupun untuk anak-anak dan suami.  Sempat jahitkan langsir untuk orang je.  Sendiri punya tak ada budjet, di tambah pula sekarang tengah gawat.  Tahun ni merupakan tahun ke empat saya tak tukar langsir rumah.  Cuma ‘ote’ yang lama tu je.

Walaupun tahun ni saya tak tukar langsir tapi saya ingin berkongsi cara-cara menghasilkan Pengikat langsir yang saya reka sendiri.  Rasanya tak de orang yang buat cara saya ni(perasan sendiri je, entah-entah fesyen lama punya pengikat di beritahunya).  Tak pelah samada anda dah tahu ke belum, tapi mungkin ada yang tak tahu juga kan?.  Ini khas untuk mereka yang belum tahu lagi cara yang saya tunjukkan di bawah ini:-

Peralatannya:

Maaf bebanyak, gambar peralatannya tak sama dengan gambar masa jahit, sebab gambar yang di atas baru saya ambil manakala yang kat bawah memang ada dalam simpanan.

Kain,

Tali Getah 1″

Pelekat bertindih/berkembar 1″.

Lakukanlah mengikut turutan,

1.   Gunting kain lebih kurang seperti di bawah:

2.  Terbalikkan kain tersebut dan temukan 2 bahagian yang lebar 15″ inci, tindihkan dan samakan.

3.  Jahitkan bahagian tepi kain yang telah di tindihkan tadi. Jahitlah dari hujung hingga ke hujung satu lagi.

4.  Terbalikkan kain yang telah di jahit tadi, iaitu akan kelihatan bahagian jahitan tadi terletak di didalam.

5.  Pastikan bahagian cantuman jahitan tadi berada di tengah.

6.  Tandakan ±0.75cm di atas dan bawah dari  garisan jahitan tadi dan gariskan (sila rujuk rajah 2 di atas)

7.  Lipatkan kedalam bahagian tepi kain(di kedua-dua belah).  Lipatan tersebut sekurang-kurangnya 1″ kedalam bagi mengelakkan bulu-bulu yang berada di kain itu tidak keluar.

8.  Jahitlah garisan yang telah di buat tadi.  Ia di gunakan untuk memasukkan tali getah.

9.  Ambil tali getah yang panjangnya separuh dari panjang kain tersebut(±7.5″) dan masukkan ke dalam lubang yang telah di buat.

10. Setelah ke semua tali tersebut berada di dalam kain, jahitlah bahagian hujung tali getah yang berada di hujung kain bersama pelekat bertindih/berkembar.  Lihat rajah 2 dan gambar di bawah.

11. Barulah di tarik sehingga tali tersebut berada di hujung satu lagi.

12. Pastikan, untuk menjahit pasangan pelekat bertindih/berkembar, ia perlu di jahit bertentangan.  Iaitu di jahit di hujung satu lagi dengan permukaan berlainan dari pasangannya.  Anda perlu cuba dulu baru boleh faham.

13. Setelah selesai anda boleh mencuba melekatkan kedua-dua bahagian. Kalau tempat jahitan pelekat bertindih/berkembar tersebut betul, maka ia akan menghasilkan satu gelungan apabila di cantumkan(seperti gambar di bawah).

*  Contoh yang saya tunjukkan diatas ialah jika anda membuat ikatan langsir ke tengah.  Jika anda lebih suka membuat ikatan ke tepi dinding, saya nasihatkan anda memanjangkan kepingan kain tersebut ke 40″ – 50″ atau lebih(bergantung pada ke sesuai dan ketebalan kain yang ingin anda ikat).  Cara membuatnya sama sahaja seperti yang saya tunjukkan di atas.  Cuma tidak perlu menggunakan pelakat berkembar dan gantikan penyankuk bertali di hujungnya.

O.k.  Selesai.

SELAMAT MENCUBA.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Memfitnah atau di fitnah.

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Maka telah tersebar seantero kampung, di katakan seorang wanita bernama Anit telah menulis cerita dan di persembahkan di layar utama di kampungnya.  Kampungnya menjadi huru-hara untuk seketika.  Sana-sini mereka berkata tentang si Anit, sehingga mereka yang tidak berkenaan pun tahu akan isi ceritanya.

Ceritanya tidak sama

Tapi sayang, ceritanya tidak sama seperti yang telah di tayangkan di layar utama.  Mereka lebih suka mendengar cerita daripada melihat sendiri tayangan dan jalan ceritanya.

Telah pun datang si Peah dan si Kiah mewakili kawan-kawannya, meluahkan segala isi hatinya. Si Anit terpingga-pingga, tidak faham akan maksudnya.  Namun dia mendengar apa yang ingin di khabarkannya dan memohon maaf atas apa yang berlaku kerana Si Anit sendiri ingin mempersembahkan di khalayak ramai akan cerita mereka.  Kerana fikirnya, persembahannya akan memberi kesedaran pada penontonnya.  Tiada siapa memaksa tetapi telah meminta izin pada yang empunya cerita.

Dia jadi termanggu-manggu mendengarkannya.  Hairan dengan cerita yang di bawa oleh si Peah dan si Kiah.  Ceritanya seolah-olah tidak sama seperti yang di kisahkan di layar utama.  Adakah mereka telah melihat, mendengar dan membaca kesemua ceritanya atau membaca sekerat-sekerat aje serta melihat sebelah mata sahaja.  Atau mereka lebih selesa mendengar cerita dari mulut ke mulut tanpa menonton cerita sebenarnya.

Kalau mulutlah yang bercerita tanpa melihat di layar utama, pasti sudah berubah ceritanya.  Pasti telah di tokok tambah. Jalan ceritanya pasti sudah berbelit-belit dan dipusing-pusingkannya.  Tapi tak mengapa itulah manusia, Anit pun manusia juga pasti dia pernah tersilap suatu ketika.  Jadi maafkanlah sahaja mereka.

Pada Anit, mereka tidak melihat keseluruhan ceritanya.  Tidak faham akan maksud isi cerita sebenarnya.  Adakah mereka membaca dan melihat dari tajuk cerita hingga ke penamatnya, hingga ke kata-kata akhirnya.  Padahal cerita sebenarnya ingin membela nasib mereka tetapi Anit pula yang di salahkan oleh mereka.

Sebelum ini, telah di khabarkan kepada mereka, Anit ingin mempersembahkan cerita ini di layar utama di kampungnya.  Telah meminta izin untuk di ambilkan gambar mereka, tiada sebarang bantahan di dengar malah mereka gembira dan bersetuju malah seronak bila gambar di ambilnya.

Setelah cerita siap dan di paparkan di layar utama, Anit telah mengkhabarkan berita gembira kepada mereka bahawa cerita mereka telah di pertontonkan di khalayak ramai.

Tetapi hari itu…, Anit menjadi hairan, setelah sebulan di tayangkan di layar utama, mereka mengadu sesuatu yang tidak di duga.  Dalam hatinya berkata, “Kalau aku mempunyai niat yang tidak baik buat apa aku beritahu mereka di mana aku ingin persembahkan cerita tersebut, lebih baik ku senyapkan sahaja”,

“Akukah yang memfitnah mereka atau akukah yang difinah mereka”.  Bisikan hati Anit berkata lagi.

“Tidak ada cerita yang tidak benar ku masukkan ke dalamnya, tiada cerita yang ku tokok tambah”.  Katanya lagi.

Segala-galanya Anit terangkan pada Peah dan Kiah serta berjumpa yang lain untuk menerangkan segalanya.  Anit pun telah meminta maaf walaupun dia rasa tidak bersalah, demi menjaga silaturahim antara mereka.   Tidak mengapalah biarlah dia mengalah dan merendahkan dirinya untuk kebaikan bersama.  Kerana Allah pun telah mengingatkan di dalam firmannya yang bermaksud,

“Bersikap rendah dirilah terhadap orang-orang mukmin”,

(al-Maidah : 54)

dan juga …..

“Merendahkan diri itu tiada menambahkan seseorang hamba itu melainkan ketinggian, maka hendaklah kamu merendah diri moga-moga Allah akan meninggikan darjatmu.   Dan memberi maaf pula tiada menambahkan seseorang hamba melainkan kemuliaan, maka hendaklah kamu memaafkan, moga-moga Allah akan memuliakan dirimu.  Dan sedekah itu tiada akan menjadikan harta itu melainkan bertambah-tambah maka sedekahlah kamu agar Allah akan merahmatimu” .

(hadith rasulullah)

bukan kerana dia bersalah tapi kerana takutkan balasan dari Allah, serta ingin mencari Redhanya Ilahi.

Rendah Diri

Rupanya cerita tidak habis di situ sahaja.  Bila dia keluar berjumpa dengan kawan sekampungnya ada juga seorang dua yang bertanya akan cerita itu.  Nasib baiklah Anit bukan jenis dari suka berkumpul dan bercerita bersama kawan-kawannya.  Jadi tak ramailah yang bertanya akan kisahnya.

Jadi tak selalulah dia menerangkan untuk membela dirinya.  Anit tidak mahu menambah cerita.  Jika ada yang bertanya dia akan menerangkannya, untuk membela dirinya.  Jika tidak dia  takkan memulakan cerita, tidak sama sekali.  Kerana dia tahu kalau tersalah cerita dan memburukkan mereka akan menjadi fitnah pula, kalau ceritanya betul sekalipun akan menjadi mengumpat pula.  Kerana dia tahu bercerita akan hal orang lain tanpa di ketahui oleh tuannya, itulah yang di katakana mengumpat.  Kedua-duanya sama, berdosa besar dan balasannya juga tentu besar, di Akhirat nanti.

Anit tidak mau bersikap seperti mereka.  Dia telah di beritahu oleh ustazahnya dan tidak mahu melakukan perkara yang sama.  Kata ustazahnya, “mereka yang telah belajar dan tahu akan hukum serba sedikit dalam ilmu agama mesti berubah, mesti tidak sama cara dan perangainya dengan orang yang tidak tahu/faham”.

Anit akur dengan kata-kata ustazahnya.  Lagipun dosa-dosanya yang lalu pun dah banyak yang di lakukannya.  Tidak mau menambah beban dan dosa lagi.  Dia ingin membersihkan dirinya dari kekotaran yang melekat di badannya.  Selagi tidak di cuci badannya dari sabun pencuci yang halal yang boleh menghilangkan kotaran di badan, atau pun limau nipis dan kasturi yang boleh mengikis segala kotoran yang terpalit di badannya. Yang mana boleh juga menghilangkan bau busuk serta peluh di badannya.

Kekotarannya takkan bersih jika mulutnya tidak mau di tutupnya, bak kata pepatah “terlajak perahu boleh di undur terlajak kata buruk padahnya”.  Kekotorannya takkan bersih jika tangannya masih lagi membaling batu ke atas kawannya tapi di sembunyikan tangan yang melakukannya. Kekotarannya takkan bersih jika masih lagi melakukan perkara-perkara itu.

“Tak apalah biarlkanlah mereka mengata, asalkan aku tidak melakukanya”, bisik Anit dengan dirinya sendiri.

Dia tidak mengharapkan apa-apa dari manusia cuma apa yang di lakukannya mengharapkan Allah meredhai akan dirinya.

Ahh.. manusia memang begitulah lumrahnya, bukan di sergah atau di marah, cuma di tepuk bahunya, tapi latahnya membuatkan semua orang memandang padanya.  Padahal cuma ingin memberitahu ada jahitan yang tertetas di tepi kain mereka.

Ala…hhh, semua itu umpama terkena gigitan semut api sahaja.  Sakitnya cuma sekejap tapi gatalnya yang terasa agak lama.  Kalau tak di usik serta digaru-garu tempat yang terkena gigitan itu, takkan lama gatalnya dan takkan berbekas gigitannya.  Dua, tiga hari hilanglah gatalnya.

Kisah Lalu

Sebelum ini pun berbagai perkara yang berlaku ke atas dirinya.  Lebih teruk dari itu, pernah terluka, berdarah dan bernanah serta berkudis akhirnya.  Kesannya masih berbekas hingga ke hari ini, masih ada kesan hitam-hitamnya lagi.  Telah cuba di ubatinya, di sapu pelbagai losyen dan alat-alat kosmetik untuk membersihkan dan menghilangkan kesan kudisnya namun masih belum berjaya.  Masih terus berusaha untuk mengubatinya.

Itu semua pemberian Ilahi untuk menguji imannya, menguji kesabarannya atau untuk menyedarkan kesilapannya.

Anit tahu Allah sedang melihat kesabarannya kerana sebelum ini dia pernah meminta dan berdoa kepada Allah “jadikan dia di antara orang yang sabar dan ikhlas terhadap pemberian Penciptanya”.  Kerana sebelum ini, Anit memang cepat naik angin bila orang menuduh yang bukan-bukan tentang dirinya.  Dia akan menegakkan benang yang kering, dia akan cuba menegakkan kebenaran tanpa ingin mengalah.

Anit mengimbau kembali kisah lalunya, semasa dia masih muda.  Orang kata darah muda memang cepat panas, memang cepat menggelegak hingga ke otak.

Kita di pihak yang benar, kenapa mesti kita takut, berani kerana benar.  Itulah kata semangat yang di tiupkan pada Anit.  Itulah kata-kata yang di pegangnya suatu ketika dahulu.

Mana tidaknya, hatinya begitu marah dan geram apabila ibunya mengadu padanya.  Bercerita dengan panjang lebar akan hal adiknya yang tidak mahu berkerja, duduk di kampung menyusahkan orang tua.  Tak ada duit minta pada mereka.  Tak di beri, marah bagai nak gila.

Minta pada adik beradik yang lain, tak di beri apa yang di hajatnya.  Mereka pun malas melayan dengan perangai dan kerenah adiknya. Hanya nak senang aje, tak mahu berusaha.

Tibalah giliran Anit untuk di jadikan mangsa.  Dua, tiga kali telahpun di beri muka.  Kali ini dia perlu berbuat sesuatu, tambahan pula ibunya sudah tidak tahan dengan perangainya.

Adiknya datang meminta simpati.

Telah meluahkan segala hajat di hati.

Anit membasuh adiknya sepuas hati.

Kerana  nasihat sudah tak makan lagi.

Maka riuh rendahlah mereka berkelahi.

Di ugut kakaknya berkali-kali.

Namun Anit mempertahankan diri.

Kalau di bunuh pun dia tak takut mati.

Sampai sekarang pun adiknya marah padanya.  Tetapi Anit tetap seperti biasa.  Kalau berjumpa tetap di hulurkan tangan untuk bersalaman dengan adiknya.  Walaupun Anit rasa tidak bersalah tapi tidak mahu memutuskan silaturahim dengan adiknya.  Biarlah adiknya marah tapi dia tak ingin membalasnya.  Kalau mengalah dapat pahala, kalau di lawan sama ajelah nampaknya.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Hanyasanya orang-orang Mukmin itu adalah bersaudara, maka perdamaikanlah di antara kedua saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah, moga-moga kamu di rahmati.  Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah ada suatu kaum merendahkan kaum yang lain, barangkali mereka(yang direndahkan) itu lebih baik daripada mereka(yang merendahkan), dan jangan pula ada kumpulan perempuan(merendahkan) kumpulan perempuan yang lain, barangkali mereka(yang direndahkan) itu adalah lebih baik daripada mereka(yang merendahkan), dan janganlah kamu mencela diri kamu dan jangan memberi gelar dengan gelaran-gelaran yang tidak baik.  Seburuk-buruk nama adalah fasik sesudah iman.  Dan siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang menganiayai diri.  Wahai orang-orang yang beriman!  Jauhilah banyak dari sangkaan, kerana sebahagian sangkaan itu adalah berdosa dan jangalah kamu mengintip(keburukan orang) dan jangan setengah kamu mengumpat setengah yang lain.  Apakah salah seorang kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati?  Tentu kamu membencinya.  Dan berbertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat, Maha Pembelas!”(Al-Hujarat: 10-12)

Firman Allah bermaksud,

“Yang suka membisik-bisikkan(fitnah) dan yang berjalan(kesana ke mari) dengan mengadu domba.”(Al-Qalam : 11)

Hadith Rasullallah bermaksud,

Sejahat-jahat hamba Allah ialah mereka yang berjalan membawa mulut, yakni mengadu domba, yang suka memecah-belahkan antara orang-orang yang berkasih-sayang, yang mencacatkan orang-orang yang suci dengan kata-kata yang jahat.(Riwayat Ahmad)

Sabda Rasullallah s.a.w yang bermaksud:

“Tidak akan masuk syurga pemutus(keluarga)”.(Riwayat Bukhari)

Daripada kisah benar tapi nama watak dan tempat di dalam cerita ini telah di ubah demi menjaga nama baik kesemua yang terlibat.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Sambal Daun Kayu

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Inilah antara masakan yang paling popular dan di gemari di sini. Tapi tak ramai yang tahu dan sanggup membuatnya, terutama sekali golongan muda dan baya-baya saya. Ia tak susah tapi leceh sikit sebab memakan masa yang lama untuk membuatnya sebab kena racik-racik halus daun-daun yang ingin di gunakan. Walaubagaimanapun saya ingin berkongsi resepi ini untuk anda yang suka jalan-jalan cari makan. Di tambah sekarang ni tompoyak masih sedap masih ada rasa manisnya jadi kalau buat sambal ni memang sedap.

Berikut adalah resepinya:

Bahan-bahan utamanya,

Bahan 1

  1. 2 helai Daun kunyit
  2. 5 helai Pucuk labu
  3. 2 gengam Pucuk Ubi
  4. 5 helai Pucuk Kadok
  5. 2/3 batang Serai
  6. Sepapan Petai

* sebenarnya banyak lagi daun-daun kayu yang boleh di masukkan(lihat gambar). Tapi banyak yang saya tak tau /tak kenal namanya sebab saya beli yang siap satu set kat pasar malam kat sini. Jadi tinggal racik-racik je lagi. Kalau kat Kuala Pilah, ada jual yang siap di racik lagi jadi tinggal masak je. Jadi sesiapa yang menjenguk ke Negeri Sembilan ni, carilah kat pasar-pasar malam, tentu ada. Kat sekitar KL pun ada tapi tak tau kat mana sebab kakak ipar saya pernah beli untuk menu kenduri di rumahnya.

Bahan 2

  1. Ikan bilis(banyaknya macam nak masak sayur)
  2. Chilie api(ikut kepedasan anda)
  3. 1/2 keping Asam keping.
  4. Santan 2 cawan
  5. Serbuk kunyit

Bahan 3

  1. 2/3 sudu besar Tempoyak
  2. Garam secukup rasa.
  3. Gula jika perlu.

Cara-caranya:


  1. Racik halus-halus bahan-bahan 1 di atas.
  2. Masukkan santan ke dalam kuali.
  3. Masukkan bahan-bahan 2 dan kacau hingga sebati dan menggelegak .
  4. Masukkan bahan-bahan 1, gaul dan ratakan.
  5. Cairkan tempoyak dengan air atau santan supaya ia tidak berketul atau terkumpul di satu tempat bila di masukkan kedalam kuali nanti.
  6. Masukkan tempoyak tersebut ke dalam kuali yang telah di masukkan daun-daun kayu tadi.
  7. Masukkan garam dan gula mengikut cita rasa anda.
  8. Kacau dan gaulkan biarkan rata dan sebati di dalam kuali tersebut.
  9. Biarkan hingga kuahnya pekat(tak perlu terlalu pekat/kering, ikut pilihan anda)
  10. Dan dah boleh di angkat.

Dah pun siap. Senangkan.

Cuma leceh sikit sebab nak meracik daun-daun tersebut. Tapi walaupun apa yang kita buat tu susah dan lambat sikit janganlah rasa tertekan dan merunggut letakkan niat nak menyeronokkan hati suami dan anak-anak kerana itukan suruhan Allah. Air tanggan isteri dan ibu tu kan lebih baik dari air tangan mamak ke, mat atau minah indon kat kedai tu kan? Itu adalah satu tarikan untuk suami dan anak kita ingat kita walaupun mereka berada jauh dari kita. Macam kita bila masak tak sedap mesti ingat masakan mak kita, masak benda yang sama tapi rasa boleh rasa tak sama.

Begitulah yang terjadi pada saya, baru balik dari kampung. Wan saya masak Sambal Jering Tempoyak. Suami saya tak puas makan lauk wan saya. Jadi saya buatlah bila balik ke rumah sendiri.

Nak tau apa dia cakap, “tak macam wan buat”. Habih tu macam mono? Air tangan orang tua mana nak sama dengan air tangan orang sederhana tua ni. Senyum ajelah nampaknya.

Wan saya kalau masak bab-bab tempoyak ni memang hebat. Walaupun dah tak larat, tak sangka bila balik dari rumah mak cik semuanya dah siap di masaknya. Kesian wan saya masak sorang-sorang.

Tapi orang Pahang tak tau masak Sambal Daun Kayu ni. Ini bukan masakan dia orang. Ini masakan Orang Nogori Sombilan. Orang Pahang masakan popularnya, Gulai Masam tempoyak ataupun tak de tempoyak pun jadi jugak.

O.klah. Setakat ini sahaja dulu.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Moyang dah tua, Moyang tak cantik.

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t, dapat juga aku menjenguk wanku yang sudah lama tidak kutemui.  Walaupun terpaksa menangguhkan waktu berangat ke kampung dek kerana anakku yang ada program di sekolahnya sehingga pukul 10.30 malam.

Perjalanan di tangguhkan.

Juga rasa kesihan kepada suamiku yang terpaksa bekerja hingga lebih pukul 3.00a.m baru sampai ke rumah, dek kerana kes H1N1 yang terpaksa di kendalikannya.  Nampaknya H1N1 semakin bertambah di Malaysia ini.

Sesampainya suamiku di rumah kebetulan aku sudah pun bangun, jadi ku sediakan kopi O panas untuknya dan berbual-bual sehingga melangkaui pukul 4.00a.m.  Aku memberi cadangan, supaya membatalkan sahaja program untuk balik ke kampung.  Namun suamiku mengatakan masih boleh lagi meneruskan rancangan yang telah di atur seminggu lalu.

“Boleh lagi ni”.  Kata suamiku.  Tapi sebenarnya sedikit kebimbangan di hatiku takut-takut nanti mengantuk dan terkhayal semasa memandu.  Nanti perkara yang tidak baik pula akan menimpa.  Jadi, di sebelah siangnya aku membiarkan suamiku tidur.  Dalam pukul 11.00 p.m barulah kami bertolak ke kampung tempat ku di lahirkan.  Melepasi pukul 2.00a.m baru kami sampai ke kampung dan kira-kira pukul 2.30a.m kami menyambung tidur.

Embun Pagi.

Suasana pagi di kampung sungguh nyaman sekali.  Segar dan amat terasa kedinginan paginya.  Barulah dapat di rasai, di nikmati dan dihirupi, udara segar dikedinginan pagi di kampungku.  Suasana yang amat berbeza dari tempat tinggalku sekarang, maupun tempat tinggal ibubapaku dan ibu mertuaku.

Titisan embunnya terasa bagaikan hujan renyai-renyai mengetuk-ngetuk atap zink di rumah wanku.  Bunyinya.. tidak menyakitkan telinga pabila mendengarnya.   Di sini masih lagi boleh melihat manik-manik kecil yang suci bersih, yang menitis ke bumi.  Masih boleh di tadah dengan tangan untuk di sapukan ke muka juga untuk di minum airnya, masih yakin dengan kebersihannya.  Masih jelas kebersihan dan kesegaran walaupun di lihat dari jauh.

Berbanding dengan embun-embun di kota yang di selaputi habuk-habuk halus. Ya, embunnya suci bersih, tetapi telah di nodai dengan udara kotor yang berada di sekelilingnya.  Embun yang tertitis di atas dedaun yang telah diselaputi debu-debu kotor dan tidak sampai beberapa ketika pastinya embun itu di kelilinggi serta di selaputi dengan debu-debu yang berterbangan di udara kota pula.

Begitulah nasibnya anak-anak kita sekarang ini.  Di lahirkan dengan suci bersih sesuci embun di pagi hari, sebersih kain putih,  tetapi terlalu cepat menjadi kelabu dan berdebu dek persekitaran hidup yang di huninya.

Aku menjadi takut bila mengenangkan nasib anak-anakku di masa akan datang.  Rasanya di sini anak-anakku lebih selamat, tapi apakan daya keadaan tidak mengizinkan kami tinggal di sini.

Sememangnya persekitaran di sini yang masih tidak tercemar, masih lagi selamat.  Masih boleh merasai suasana embun pagi, manakala malamnya suci sepi.  Tiada bunyi hiruk pikuk di kota, tiada bunyi kenderaan yang mengganggu tidur kita di malam harinya.  Tiada risau akan kehilangan kenderaan dan barang berharga.  Masih tiada pencuri di sini, masih tiada kes pecah rumah di sini.  Masih tiada remaja yang berpeleseran di malam hari, masih tiada masalah remaja merempit, dadah dan berbagai lagi.  Masih lagi tiada gejala sosial yang dapat menembusi dan menguasi persekitaran di sini.  Kampung ini seolah-olah terpelihara, seolah-olah ada pendinding atau tabir di sekelilingnya.  Padahal keluar saje ke jalan besar, bila melangkah keluar sempadan kampung, semua perkara dah berlaku.  Masalahnya sama seperti di bandar, pelbagai gejala telah menular, telah meresap masuk ke dalam kehidupan mereka.

Syukur Alhamdulillah

Syukur alhamdulillah, setelah hampir 5 tahun aku cuba membentuk, menyedarkan dan mendidik, anakku Abdul Sodiq supaya ingin bersalaman dengan moyangnya dengan sukarela, kini berjaya.

Kalau sebelum ini, samada suamiku ataupun aku sendiri terpaksa menarik tangannya untuk di hulurkan kepada moyangnya. Walaupun anakku tidak mau bersalaman dengan wan ku, namun wan ku tidak menunjukkan reaksi yang tidak menyenangkan, seperti biasa senyum serta ketawa kecil dan tetap menghulurkan tangan.  Baginya tidak perlu mengambil hati sebab dia masih kecil dan belum tahu apa-apa.

Anak-anakku yang lain tiada masalah dengan perkara ini.  Terutamanya, anakku Siti Aisyah, dia mudah mengikut apa yang di beritahu tanpa membuat apa-apa alasan.  Dia akan ikut apa yang disuruh, mencium tangan serta mencium kedua-dua belah pipi moyangnya.  Dan apabila duduk berhampiran moyangnya dia akan mengurut-urut dan menyapu tangan moyangnya.  Begitu juga dengan anakku yang lain, bersalaman dan mencium tangan moyangnya.

Tetapi anakku Abdul Sodiq berlainan sedikit, dari umurnya lebih satu tahun hingga ke sekitar lima tahun, dia amat sukar untuk bersalaman dengan moyangnya.  Aku merasa hairan dengan sikapnya, padahal, seingatku aku tidak pernah berbuat begitu pada wanku.  Aku cuba memuhasabahkan diriku sendiri.

Setiap kali berjumpa dengannya aku akan mencium tangannya, memeluknya dan mencium kedua pipinya.  Aku amat sayang pada wanku kerana dialah yang banyak membantu kami semasa kami kecil dahulu.  Segala kesusahan kami sekeluarga dialah tempat kami mengadu dan berlindung.  Di manakah silapnya anakku jadi begini.  Aku sedih melihatkan gelagat anakku.

Pabila melihat muka dan tangan wan ku yang dah berkedut seribu, matanya sudah semakin mengecil dek kedutan yang menutupi  ruang matanya.  Sudah bongkak, bagaikan rukuk semasa bersolat, jalannya perlahan-lahan bagaikan anak baru belajar bertatih.  Sedih, pilu, kasihan dan pelbagai perasaan menerjah sanubari ku.  Bila merenung wajahnya, terasa sesuatu yang berat perlu ku tahan dan ku tampung supaya tidak meleleh dan keluar menitiskan ke lantai.

Semasa anakku berada di dalam kandunganku, maupun di masa-masa lain, aku rasa tiada yang pelik yang ku lakukan.  Aku rasa, aku tidak pernah memperlekehkan si peminta sedekah yang comot dan kusut masai ataupun orang-orang tua lainnya.  Yang ku ingat masa tu, aku memang suka sesuatu yang cantik dan bersih. Aku memang tidak suka melihat keadaan rumah ku yang tidak teratur, bilik air yang kotor dan dapur yang berterabur.  Aku cuba mencari-cari mana silapku.

Di tambah pula ketika itu aku sentiasa pergi ke majlis ilmu di setiap pagi.  Sentiasa di ingatkan dan di sedarkan oleh ustazahku.

Tentu ada sesuatu yang Allah ingin sampaikan padaku tetapi tidak tercapai dek akalku untuk memikirkannya.  Pasti ada hikmat di sebaliknya.  Aku berserah… kepada yang Maha Memberi itu.

Moyang dah tua, Moyang busuk.

Kira-kira usianya dalam linkungan tiga ke empat tahun. Ketika bersendirian dengannya,  Aku cuba mengorek rahsia daripadanya.

“Sodiq, kenapa Sodiq tak nak salam dengan moyang bila jumpa moyang?  Aku bertanya padanya berulang-ulang kali.  Namun tiada jawapan daripadanya, di teruskan aje gelagatnya yang memang tidak pernah duduk diam.  Ada saje yang ingin di buatnya.

Jadi aku cuba menukar persembahanan dengan gaya percakapan yang lain pula.  “Sodiq…, kita kalau berjumpa dengan orang tak kiralah siapa, kawan-kawan ke, abang ke, pakcik ke, makcik ke, kakak ke,  kita kena salam.  Allah sayang,  Allah suka dengan orang yang suka bersalam bila jumpa orang sambil cakap Assalamu’alaikum.  Kita dapat pahala tau, nanti kita boleh masuk Syurga.  Kalau kita tak buat macam tu, nanti Allah tak suka dengan kita, bila kita selalu buat yang Allah tak suka, lama-lama Allah marah kat kita.  Jadi kita akan masuk Neraka.  Kat neraka tu tempat kita kena bakar.  Semua orang yang masuk kat Neraka akan di bakar dan akan rasa sakit dan akan menanggis dan menjerit-jerit, sakit… sakit… “

“Macamana rasanya bila kita kena api?  Macam tulah rasanya kat Neraka nanti.  Bukan kena sikit je, tapi satu badan…  Sodiq nak ke?  Aku bertanya tetapi pertanyaanku tak di jawabnya.  Dia diam tidak berkata sepatah kata..

Hilang akalku untuk menyedarkannya.  Anak kecil mana mungkin faham semua itu, fikirku.

Suatu ketika, aku bertanya lagi perkara yang sama.  Ku pujuk-pujuk, ku usap-usap kepalanya, ku peluknya erat-erat, ku lepaskan dan bertanya soalan yang sama.  Akhirnya dia menjawab juga, tetapi…  jawapannya membuatkan ku terduduk mendengarnya.

“Moyang tu dah tua, moyang tu busuk, moyang tu tak cantik”,  Menitiskan air mataku mendengarkan jawapan sebegitu.

“Astagfirullahhalazim…, Ya Allah ya Tuhanku, ampunkanlah aku,  ampunkanlah dosa-dosaku yang telah kulakukan dahulu yang tidak ku ingati dan tidak kusedari akan perlakuanku yang menyebabkan anakku jadi begini.  Ampunkanlah dosa-dosaku, dulu, kini dan akan datang.

“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau mengambil salah atas perbuatan kami, jika kami terlupa atau tersilap.  Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau letakkan tanggungan yang berat ke atas kami sebagaimana telah Engkau letakkannya ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kami.  Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau letakkan ke atas kami bebanan tanggunjawah yang tiada pada kami daya untuk memikulnya.  Wahai Tuhan kami maafkanlah kami, ampunkan kami dan kasihanilah kami.  Sesungguhnya Engkaulah penaung kami, oleh itu kurniakanlah kemenangan kepada kami ke atas orang-orang yang kafir”.

“Wahai Tuhan yang Maha Hidup,  Wahai Tuhan yang mentadbir langit bumi, aku pohon pertolongan dengan rahmatMu, membetulkan segala keadaan diriku dan jangalah Engkau serahkanku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata,  Engkaulah penaungku di dunia dan di Akhirat.  Wahai Tuhanku, matikanlahku sebagai seorang Muslim dan tempatkanku bersama-sama orang-orang yang soleh”.

“Wahai Tuhanku ampunkan dosaku, kejahilanku dan keterlaluanku dalam urusanku dan ampunkanlah dosaku yang Engkau lebih tahu dariku.  Wahai Tuhanku ampunkanlah kesalahanku yang ku lakukan secara sungguh-sungguh dan secara senda gurau dan ampunkanlah kesalahan-kesalahanku yang ku lakukan tanpa sengaja dan dengan sengaja dan semua dosa-dosa seperti itu ada padaku”.

“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari suami dan keturunan kami, anak-anak yang menjadi cahaya mata dan jadikan keturunan kami pemimpin kepada orang-orang yang bertaqwa.

“Ameen, ameen ya Robbilalamin”.

Aku cuba menerangkan padanya sejelas-jelasnya supaya dia boleh faham dan tidak akan melakukan perkara yang sama lagi.

“Sodiq, semua orang akan jadi tua, semua orang akan jadi tak cantik bila dah tua,  Ibu juga akan jadi seperti moyang bila ibu dah tua.  Cuba tengok wan Esah(makku), dia pun dah nak jadi macam moyang kan?  Cuba tengok wan Juaseh(ibu mertuaku) dia pun macam moyangkan, cuma  dia tak bongkok dan tak jalan perlahan-lahan.  Sodiq pun kalau dah tua, jadi macam tu juga”.  Aku cuba menerangkan padanya.

Dengan ibu mertuaku dia tak macam tu, padahal usia wanku dengan ibu mertuaku sama sahaja.  Anakku selalu bercerita dengan ibu mertuaku jika mereka berjumpa, selalu bergurau senda dan ibu mertuaku suka melayang kerenahnya. Cuma bezanya mertuaku tidak bongkok tiga dan masih kuat berjalan jika di bandingkan dengan wanku.  Mungkin juga kami jarang berjumpa dengan wanku, menyebabkan anakku jadi begitu.  Memang kami jarang balik ke kampung.  Dalam setahun adalah satu atau dua kali sahaja bergantung pada keadaan.

“Kalau orang tu tak cantik, buruk ke, itu Allah yang jadikan,  Allah yang beri,  kita tak boleh tak suka kat dia.  Sodiq pun Allah yang jadikan, kita tak boleh lawan Allah, Allah ada kuasa macam Sodiq suka tengok kat tv tu, orang ada kuasa macam Power Rangers, tapi Allah lagi kuat dan berkuasa dari Power Rangers tu.  Allah boleh buat apa saje pada kita.  Macamana tiba-tiba Allah marah kat Sodiq sebab Sodiq tak suka orang yang tak cantik?  Tiba-tiba muka Sodiq berubah jadi buruk dah tak handsome lagi.  Tiba-tiba je muka Sodiq terkena minyak panas ke, air panas ke, terbakar ke, dah jadi tak cantik lagi.

“Jadi.. semua orang dah tak suka dengan Sodiqlah?.  Ibupun dah tak nak dekat dengan Sodiq, dah tak sayang Sodiq, dah tak nak peluk dan cium Sodiq lagi sebab Sodiq dah tak cantik, dah buruk.  Sodiq nak ke macam tu?  Tak de orang yang sayang dan nak dekat dengan Sodiq sebab Sodiq dah tak cantik, dah buruk”.  Aku cuba mengulang-ulang perkataan yang sama supaya dia boleh faham dengan peneranganku.  Anakku mendiamkan dan membatukan diri.

Aku pun tidak tahu samada anakku mengerti dan faham dengan kata-kataku.  Aku berusaha untuk menyedarkannya.  Itulah dayaku.  Aku tidak mampu memikirkan cara yang lain lagi.  Aku hanya pasrah kepada Allah.  Semoga Allah memberikan kefahaman yang jelas pada anak kecil yang tidak berdosa ini.  Yang masih tidak mengerti apa-apa.

“Lain kali, kalau jumpa moyang, Sodiq kena salam tau, kena cium tangannya, kena cium pipinya dan kalau boleh peluk moyang sekali walaupun moyang tak wangi tak bau macam minyak wangi.

“Ibu pun ada bau busuk bila lepas masakkan?  Macam bau ikan, hanyir”. Terangku lagi.

“Kita pun ada bau busuk bila tak mandi, bila tak gosok gigi.  Ibu pun bila cium sodiq ada bau busuk tapi ibu tak cakap kat Sodiq.  Ibu diam je.  Ibu tetap cium dan peluk Sodiq walaupun Sodiq busuk”.  Begitulah dengan moyang.  Dia pun tak tau dia ada bau macam tu”.

“Jadi kita tak boleh buat moyang macam tu.  Kalau kita jumpa orang yang dah tua selain moyang pun kita tak boleh buat macam tu.  Kita mesti hormat dan salam dengan mereka, tak kiralah macammana rupanya dan baunya. Lepas ni Sodiq kena salam dengan moyang tau”.

Dia mengangguk, “fahamlah agaknya”.  Kata hatiku sambil memeluknya dan menciumnya sambil berdoa di dalam hati.  Ya! Allah jadikanlah anakku ini anak yang baik dan berikanlah kefahaman yang jelas padanya.  Dia anak kecil yang tidak berdosa.

Setelah menghampiri setahun, baruku dapat balik ke tempat kelahiranku.

Alhamdullilah syukur kepada Allah yang tak terhingga, kepulanganku kali ini menampakkan perubahan yang amat ketara kepada anakku.

Syukur Alhamdullillah.

Sabda rasulullah yang bermaksud:

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka ibu bapalah yang bertanggungjawab sama ada menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani,”

(Riwayat Muslim).

“Wahai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka”.

(at-Tahrim: 6)

Semoga anda mendapat ikhtibar dari cerita ini.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Resepi Ringkas dan Petua – Durian

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Hai, sekarang kan musim durian.  Jadi sesuai sangatlah saya memberikan sedikit resepi ringkas dan juga tip untuk menyimpan durian supaya boleh tahan lama.

Saya beri resepi dululah…

Pada saya inilah resepi yang paling senang, cepat di siapkan(jika ada durian kat rumahlah) dan paling sedap jika makan bersama nasi panas.  Tambahan pula sekarang ni, tak perlu nak perah kelapa lagi nak buat santan.  Beli je kat kedai yang telah siap di perah.

Ok,  kita cuba tengok resepi di bawah,

.

Lawa Durian.

3 biji durian(ops.. silap, ulas bukannya biji)

Chilie api

Bawang besar/merah

Santan 1 cawan.

Garam

Letakkan/masukkan durian ke dalam mangkuk.  Masukkan santan yang telah di sediakan.  Bagi yang beli santan yang dah siap di kedai tu, letakkan lebih kurang ½ cawan santan dan tambahkan air masak suam ke dalamnya dan gaulkan hingga sebati.  Tak perlu terlalu pekat.

Bawang besar dan chilie.  Ikutlah banyak mana yang anda suka.  Kalau suka pedas-pedas bubuhlah banyak sikit, kalau suka makan bawang banyak-banyak, potonglah banyak-banyak sikit.  Di potong kecil-kecil dan taburkan di atas santan tadi.  Masukkan garam mengikut kemasinan yang anda ingini. Dan akhir sekali, kacaukan dan ratakan supaya rasanya sebati dan pecah-pecahkan sedikit durian tadi supaya ia bercampur dengan santan tersebut.  Ok dah siap.

Senangkan.

Ia sedap di makan bersama dengan nasi panas dan kalau nak sedap lagi sediakan ikan masin sekali.  Emmm… sehingga menjilat jari.

Cubalah.

Petua-Meyimpan durian supaya tahan lama.

Petua ni wan saya biasa lakukan.  Maklumlah kat Kuala Lipis memang banyak durian.  Wan saya pun ada kebun buahnya, jadi adalah pokok durian sikit-sikit.  Dulu masa masih kecil kalau musim durian wan saya selalu hantar surat suruh balik kampung.  Kalau tak pun pakcik atau moyang saya angkut 1 guni durian untuk di hantar kat kami kat N. Sembilan ni.  Puaslah turun bas naik bas atau turun teksi naik teksi untuk hantar durian pada kami.

Maklumlah kami masa tu memang tak de pokok durian.  Tapi sekarang mak dan abah dah ada pokok sendiri.

Terima kasih Moyang, wan dan pakcik kerana selalu mengingati kami yang jauh.

Moyang saya dah meninggal tapi wan masih ada.

Oklah, begini petuanya..

Kopek/kupas durian dan letakkan di dalam bekas yang mempunyai tutup(bekas aiskrim pun boleh).  Ambi durian yang baik-baik sahaja.  Yang sedikit masam atau dah nak jadi tempoyak tu, jangalah di masukkan sekali.  Tutup dengan kemas dan masukkan ke dalam peti sejuk di bahagian atas(bahagian sejuk beku).  Jika anda nak makan, ambillah beberapa ulas dan simpan selebihnya.  Ia akan tahan lama.

Wan saya menyimpan durian tersebut hingga setengah tahun, masih lagi ok.  Masa tu dia nak tunggu mak saya balik sebab nak ajak buat dodol atau wajik(tak pasti, dah lupa).  Ialah diapun dah tua tak larat nak mengacau seorang.  Lagipun mak saya memang pandai masak, jadi dia tunggulah.  Adik beradik mak saya yang lainpun ada dekat-dekat dengan kampung tapi mereka tak berapa pandai jadi tunggulah mak saya balik.  Tunggu punya tunggu, lepas 6 bulan baru boleh balik.  Durian tu masih boleh di guna lagi, masih sedap cuma kena tunggu lama sikit sebab dah beku.

Alhamdulillah.

Ok.  Setakat ini dahulu.  Kami pun nak pergi ziarah wan pada hari sabtu ni.  Dia pun dah uzur, dah bongkok 3 tapi masih kuat dan boleh buat kerja dapur dan masih boleh bercucuk tanam kat sekeliling rumahnya, walaupun jalan perlahan-lahan dan terbongkok-bongkok.  Itulah kehebatan dan semangat orang tua.  Kita agak-agaknya dah tua nanti macam mana?

Jadi, tengah sibuk-sibuk nak siapkan langsir makcik saya yang ada kat Kuala Lipis tu.  Ada masa satu hari lagi nak siapkan langsir.  Nak sambung menjahit rasa boring dan malas pulak, jadi saya teruskan dengan mengetuk-ngetuk keyboard ni.

Baru lepas tunggu anak baca buku dan mengulangkaji.  Hai budak-budak ni, kalau tak tunggu, tak jadi.  Apalah jadinya anak-anak saya ni, kalau tiba-tiba Allah menjemput saya lebih awal dari jangkaan!

Sekarang dah melepasi pukul 12.00 malam.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
PENGUMUMAN
JUALAN POLA TUDUNG DIBERHENTIKAN SEMENTARA WAKTU KERANA TERPAKSA MENYIAPKAN TEMPAHAN YANG LAIN. HARAP MAKLUM DAN MOHON BERBANYAK MAAF.
Jangan lupa ucapkan…
Jangan lupa baca…
Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan").

Salahuddin Al Ayubi
"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".
Kata-kata Luahan
Masa Pemberian Ilahi
July 2009
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
Anak Soleh/Solehah
Masa utk Diwarnai…
SAUDARA KITA
EBOOK LANGSIR

Pola Langsir

Menggunakan Pola
Hiasan Dalaman
Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Dialah ibuku
Mertuaku-Dlm Kenangan
Anak Muda
  • SETELAH JATUH CINTA, BANGUNKAN CINTAMU... April 5, 2012
    Satu demi satu kunjungan persolan rumahtangga menjengah ke kotak emel saya. Rata-ratanya adalah dari kaum wanita, baik yang bekerja mahupun yang bergelar surirumahtangga. Dari luahan rasa, gelodak jiwa hinggalah kepada cetusan emosi yang meluap api benci kepada suami , semuanya dicoret sebegitu panjang bernada harapan agar saya mampu melorongkan mereka kepad […]
    Noraslina binti Jusin
  • Untitled May 3, 2012
    Kata Syeikh Ahmad Yasin,"Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh), Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku(perlahan).Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat untuk memenhi hajatku kecuali jika mereka menggerakk […]
    HANYA HAMBANYA
  • Didiklah dengan kasih sayang December 16, 2011
    Membinakan seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah.Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang […]
    Al-Atiff
  • Anak kembar March 11, 2012
    Comel n geram kat ngk baby kembar nie. Gambar ni ibu hambik dr encik gugel.DAri dulu lagi kan berharap sangat nk anak kembar. Sebab cam sgt comel n jimatkan masa nk beranak hahahahahha boleh gitu. Yerla nak anak ramai tapi umur dh meningkat, jadi kena cepat2 la hihiTapikan.. masa kat hosptal aritu terbuka mata dan minda ibu nie. Masa ibu dok wad tue, ada kak […]
    »-(¯`v´¯)-»n0nj@m »-(¯`v´¯)-»
  • RAMADHAN KALI INI (1432H) August 3, 2011
    Assalamualaikum, wm.wbt RAMADHAN KAREEM! AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu, semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua, semoga keampunanNya meliputi kita semua dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah), amin ya rabbal alamin. Tahun ini tah […]
    ustazah
  • Untitled May 12, 2012
    Jika hati tidak mampu menangisi dan menginsafi penderitaan orang lain di atas dunia hari iniMakaTangisi dan insafilah diri tatkala teringat penderitaan yang mungkin dihadapi di hari kemudian.Tidak ada yang kekal dan abadi kecuali Dia Yang Maha Kekal lagi Maha Berkuasa.Allah Maha Mengetahui.SUBHAANALLAH - WALHAMDULILLAH WALAA ILAAHA ILLA ALLAHU - WALLAHU AKBA […]
    ::Umiliya6677::
  • Daun Kesum Hidup Sebatang...Daun pegaga Hidup 2 Tunas..heheh May 15, 2012
    Ini daun kesum yang di cuba semai untuk kali ke 3@4? , kali ini saya gunakan teknik, rendam dahulu batang daun kesum itu hingga berakar dan kemudian semai dalam pasu then siram serta pastikan tanah sentiasa basah...pasu diletakkan dibawah net hitam pada kedudukan mendapat cahaya matahari pagi & redup bila matahari terik...:)Banyak yang di semai, dua ni j […]
    linda@ibusumaiyah@tuttyfruity
  • Guru oh guru May 15, 2012
    Di suatu kursus beberapa tahun yang lampau,Makbonda duduk bersebelahan dengan seorang rakan sekerja yang baru dikenali, dia cantik,bergaya,lipstiknya mungkin mahal dan berjenama,tudungnya juga uptodate,aroma minyak wanginya dapat dihidu oleh beberapa baris peserta dihadapan dan belakang,apa lagi dikiri dan kanan.Sempat bersembang dengannya waktu-waktu kekoso […]
    Makbonda Hasimah Hj Zailani
  • Yaumul Mizan May 15, 2012
     Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Shalawat dan salam semoga selalu tercurah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, para sahabat dan seluruh kaum muslimin yang senantiasa berpegang teguh pada sunnah Baginda sampai hari kiamat. Mizan atau timbangan adalah alat untuk mengukur sesuatu berdasarkan berat dan ringan. Adapun mizan di akhir […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • Jom Analisis Kuning-Merah. Sapa menang ???? May 12, 2012
    Assalamualikum semua. Lu pikir la sendiri... Kuning BERSIH 3.028 April 12 Gelombang  Merah Najib   11 Mei 12 Objektif Keadilan  Pilihanraya bersih dgn 8 tuntutan  penambahbaikan  SPR Tunjuk power dan pengaruh Najib Rosmah Cara Duduk-bantah  aman di Dataran Merdeka. Tapi di halang. Berkumpul bersorak sorai aman d Stdium Bukit Jalil Kerjasama Polis Tiada. Kerj […]
    Tinta.Muallimah
  • TERIMA KASIH CIKGU...ULANG SIAR... May 16, 2012
    6 TahunSaya mula menuntut ilmu secara rasmi ketika berusia 6 tahun. Alhamdulillah, dalam kepayahan dan kesusahan menghadapi keperitan hidup, emak dan ayah berusaha gigih bagi memberi peluang kepada saya untuk mengenali sekolah pertama iaitu tabika KEMAS. Ketika itu saya merupakan anak kelima dari lapan adik beradik. Saya bersyukur kerana berpeluang menghirup […]
    Ros Illiyyuun
stats counter
wordpress stats
Peringatan Bersama
"Firma Allah yang bermaksud, .......Katakanlah (wahai Muhammad): ” jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri(atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu ) adalah perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berhijrah untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq(derhaka)”........ (Surah At-Taubah: ayat 24)".
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Pizza Faridah
.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.