Masak Lemak Ikan Daun Pisang(Lempeng Ikan)
Assalamualaikum, apa khabar semua.

Lempeng ikan/Pisang. Itulah resepi mak mertuaku. Melihatkan pada rupa dan keadaannya ku rasakan ia bukanlah lempeng. Padaku tak macam lempeng pun! Yang ku tahu lempeng tu berbentuk leper dan nipis.
Mula-mula mak mertuaku beritahu nama masakan ini dulu, aku hairan jugak. “Tak macam lempeng pun” itulah kata-kataku pada mak mertuaku.
Tapi aku tak ingat apa jawapan. Dah lama, lupa. Inilah resepi yang paling aku suka dan suamiku maupun anak-anakku, yang mana belum pernah ku jumpa bila pergi ke mana-mana. Samada bertandang ke rumah sanak saudara, rakan taulan maupun jiran tetangga. Dan ini jugalah antara resepi yang menjadi kebiasaanku, jika ada tetamu datang ke rumahku.
Jika yang datang tu tinggal di bandar ku sediakan masakan kampung untuk mereka, seperti lempeng pisang, gulai tempoyak Pahang, sambal gesek dan banyak lagi. Manakala jika mereka tu datang dari kampung kusediakan masakan moden/bandar untuk mereka seperti ayam golek, pizza, koktail buah-buahan segar dan banyak lagi.
Teringat pulak masa aku berusrah dengan Ustazah Salbiah dulu, aku selalu sediakan masakan yang lain daripada yang lain untuk sahabat seusrahku menjamu selera di rumahku. Dan inilah juga masakan yang paling Ustazah Salbiah dan Ustaz(suaminya) suka. Tapi aku terpaksa kurangkan pedasnya, kalau tidak aku yang di perlinya,
“Ini nak bagi orang makan ke? Atau nak bagi orang sakit perut? Itulah katanya sebelum ini, jadi taknaklah kena lagi.
Jadi terpaksalah aku kurangkan pedasnya. Kalau ikutkan orang nogori lagi pedas lagi sodap. Nak tau, cammana ustazahku masak lemak kat rumahnya, kita masukkan chilie api, dia masukkan daun chilie api(memang di tanam di rumahnya sebab ustaz memang suka bercucuk tanam). Memang tak rasa masak lemak chilie api, rasa lemak santan aje.
“Dapat bau lado jo, jadilah” katanya yang memang terre cakap Negeri Sembilan.
Memang menjadi kebiasaan bagi ustazah Salbiah habis berusrah pasti akan di jamu oleh tuan rumah. Dan begitulah caranya, kerana bila berusrah di rumahnya pun pasti di jamu anak muridnya dengan makanan yang di masaknya sendiri. Itu dulu-dulu tapi sekarang tak taulah dia pun dah ada bagunan sendiri untuk programnya. Jadi dah jarang dia buat kat rumahnya tapi makanan tetap di sediakan.
Aku sebenarnya amat kagum dengan keperibadian Ustazah Salbiah. Tidak berkira-kira dengan siapa walaupun anak muridnya sendiri. Sepatutnya kitalah yang menjamu guru tapi dia sebaliknya. Tapi anak muridnya masih tak boleh ikut cara dia termasuklah aku. Memang dia seorang yang hebat. Tapi di dalam kebaikkan yang banyak yang telah di taburkan itu, masih lagi banyak orang tidak suka dengannya. Itulah dugaan menjadi seorang da’ie. Tetapi walaupun apa yang orang lakukan padanya termasuk anak muridnya sendiri dia tetap sama seperti dulu, kini dan mungkin selama hayatnya. Semoga Allah sentiasa melindunginya dan semoga Allah memberikan ganjaran yang tak terhingga kepadanya di Alam Akhiratnya nanti.
Dulu, semasa berusrah dengan ustazah Salbiah, aku selalu menjemput ustazah dan jemaah seusrah(perempuan semuanya) datang ke rumahku. Program Dhuha kami bermula se awal 8.00 am dan selalunya berakhir 10.30a.m ke 11.00 a.m. Jadi sebelum pukul 7.30 a.m semuanya mesti siap. Tambahan pula ustazah Salbiah, selalunya dialah orang pertama sampai iaitu sebelum pukul 8.00 a.m lagi. Sepatutnya anak murid yang tunggu ustazah, ni terbalik dan itulah kenyataannya. Macamana nak dapat ilmu!.
Nak tau aku macamana, aku kalau ikut program ustazah antara orang yang paling lambat sampai. Apa alasan yang ku beri. Anak nak sekolah kena siap dan kena hantar diorang dulu. Kena pulak masa tu memang ada anak kecil yang selalu ku gendong untuk mengikuti usrah ustazah di setiap pagi. Tapi itulah alasan yang dia tak nak dengar, kalau cakap pun, dia cuma senyum aje jadi aku takut nak beri apa-apa alasan. Cuma beritahu “maaf ustazah, lambat”.
Biasanya, malam sebelum usrah dah mula menyiapkan bahan untuk di masak esok. Suamiku adalah pembantu tetapku apabila acara begini dan kadang-kadang dua orang anak bujang kecilku juga membantu. Terima kasih suamiku kerana tidak pernah merunggut dengan keranahku. Terima kasih juga untuk anak-anak bujangku yang memang rajin ke dapur kalau tak berkenan dengan masakan ibunya(masak sendirilah apa lagi..).
Se awal 2.30 a.m aku dah bangun untuk menyiapkan menu yang ingin ku sajikan kepada tetamu istimewaku yang kebiasaanya melebihi 30 orang. Tapi sebelah pagi ni, biasanya aku sorang je yang bagun dan selesaikan.
Ialah, yang datang tu bukannya calang-calang orang, Ustazah Salbiah. Pastilah nak sediakan yang terbaik dan special untuknya. Guru kita nak datang rumah kita, ia satu kemuliaan bagi ku. Sape tak kenal Ustazah Salbiah Omar yang biasa bercakap di corong-corong radio dan di layar TV. Sudah tentu membawa keberkatan kapada tuan rumahnya.
Kebiasaannya sebelum pukul 7.00 semuanya dah siap. Cuma tinggal lagi masuk ke dalam dulang je. Dan selalunya kitaorang makan berdulang dan itulah sunnah yang di ajar oleh ustazah dan di amalkan di dalam programnya. Terima kasih ustazah banyak ilmu yang dapat kukutip dan cuba ku amalkan.
Itulah sedikit pengalaman ku bersama Ustazah Salbiah Omar yang ku anggap seperti ibuku sendiri. Maaf, gambarnya tak dapat ku sertakan kerana masa ku berusrah dengannya aku belum ada blog ni. Pada masa tu aku memang tak berminat nak bergambar dan mengambil gambar. Walaupun diaorang sibuk bergambar tapi aku selalu mengelak. Tapi bila di fikirkan sekarang ni, teras rugi pulak. Tak pelah tentu ada hikmat di sebalik apa yang dah terjadi.
Ok.lah. Cukuplah setakat ini aku bercerita. Ni.. aku nak bagi resepi ni pada sesiapa yang berminat. Aku sebenarnya tak berapa setuju dengan nama resepi yang mak mertuaku bagi jadi aku tulislah 2 nama resepi. Satu nama yang ku beri dan satu lagi mak mertuaku beritahu. Makku punya resepi, ilmu memasak ni pun dia yang bagi, takkan kita nak potong terus. Itu namanya tak mengenang budi.
Masak Lomak Ikan Daun Pisang /Lempeng Ikan.

Daun pisang(seperti gambar di sebelah sana)
2 ekor Ikan sungai(paling bagus). Ikan kembung/tengiri/parang pun boleh.
½ biji kelapa kampung/ 1 biji santan ready made yang ada kat kedai.
Lada api(serasa anda)
1 helai Daun kunyit
Kunyit(2 sudu kecil)
1 keping Asam keping.
Garam serasa anda.
Cara membuatnya.
Ikan sungai hendaklah di siang dahulu dan di rendam dengan air asam jawa/asam keping/air beras untuk menghilang bau hanyirnya. Santan hendaklah di perah dengan air yang sedikit, untuk mendapatkan yang pekatnya sahaja.
Lada tu tumbuklah/blend mengikut serasa kepedasan anda. Kalau ikutkan orang nogori lagi pedas lagi sedap. Kunyit tu guna yang sebuk tapi kalau guna kunyit hidup lagi bagus. Ikutlah sukatan yang biasa anda gunakan.
Panaskan kuali dan letakkan daun pisang(gunakan daun pisang yang ada batang di tengahnya). Biarkan ia layu sedikit. Masukkan ikan dahulu kemudian masukkan santan, lada api, kunyit dan gaul/kacau hingga kuahnya sebati.
Jangan di tekan-tekan daun tersebut biarkan dia turun sendiri ke lantai kuali tersebut. Kalau nak tekan pun, tekan di bahagian batang tengahnya.
Kalau anda suka berkuah lebihkanlah sedikit kuahnya. Bagi saya, memang suka banyak kuah. Maklumlah anak ramai. Masukkan asam keping dan daun kunyit(hendaklah di koyak-koyakkan).
Sambil tu, sentiasa tengok dan kacau hingga kuahnya pekat. Dan akhir sekali baru letakkan garam(ikut sunah rasullallah). Kalau mak mentuaku dia akan tunggu hingga kuahnya betul betul kering, hanya tinggal yang melekat-lekat kat ikan tu saja baru dia angkat. Itu sebabnya di namakan lempeng kot. Sebab dah tak de kuah yang tinggal.

Yang masih baru di letakkan ikan. Daun pisangnya masih hijau lagi.
Kalau nak hidang, angkat daun tu ke dalam pinggan. Angkat pelahan-lahan supaya tak koyak di bahagian tengahnya. Kemudian bolehlah di potong bahagian daun yang terlebih lebar supaya ia kelihatan cantik bila di hidangkan.

Yang ini dah di angkat dan guna ikan kembung. Tapi Ikan sungailah paling sedap kata orang Nogori. Hidangan ni untuk keluarga sendiri jadi tak de hiasan-hiasan tambahan. Nampak macam tak berseri jekan? Tapi belum rasa belum tau…
O.K. Selamat mencuba.
Wallahu’alam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.










.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.

rajinnyer.. nampak sedap tu! nak kena cuba gak ni..
Cubalah, nanti bolehlah masukkan dalam blog awak.
Assalamualaikum Kak Nisha…
Kechor air lior saya membacanya. Pasti akan dicuba, sebelum isteri bersalin nanti. Lepas bersalin, banyak pulak pantangnya. Insya Allah… Terima kasih kerana bermurah hati menurunkan resepi.
Wa’alaikummussalam ustaz.
Gembiranya hati saya sebab ustaz sudi beri komen tapi…, kalau boleh komen pasal cara saya didik anak-anak. Walaupun bagaimanapun terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya yang tak ramai tetamu yang datang. Tambahan pula yang komen tu, Ustaz yang telah di kenali ramai.