Archive for June, 2009

Anugerah dan Puisi untuk Ibu-ibu.

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Kali ini saya menyediakan puisi untuk anda.  Bagi sesiapa yang berminat dan ingin meletakkan puisi ini di blog atau web anda, silakan.  Semoga ia menjadi pencetus inspirasi anda.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Durian dah gugur – Dodol dari kampung.

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Tret…, tret. Tret, tet, tret, tet, tret…, tret.  Di biarkan saje handphone berbunyi, tiada siapa yang mau menjawab.  Handphone siapa, ku tak pasti. Anak-anak pun ada handphone, suami pun ada.

Hari ini hari sabtu, anak-anak di benarkan menggunakan handphone masing-masing untuk 2 hari ini.  Hujung minggu atau hari cuti kami membenarkan anak-anak yang sudah bersekolah menengah tu, menggunakan handphone masing-masing.  Handphone yang di beli hasil duit yang mereka kumpulkan sendiri.

Sebenarnya aku cukup tidak suka apabila mereka bersama handphonenya.  Tidak lepas dari tangan dan mata, ada saje bunyi yang menyakitkan telinga yang entah apa-apa yang mereka letakkan di handphone masing-masing.

“Alamak ada masej pulak”  itulah isyarat bunyinya untuk handpone anak keduaku, Abdul Muiz apabila menerima masej.  Sekejap-sekejap berbunyi.  Tak kira pagi, petang, siang, malam, itulah antara programnya untuk 2 hari bercuti di hujung minggu.

“Tak de kerja lain. SMS, sms…  Duit habis dek beli topup aje”  Itulah runggutku.  Duit belanja sekolah sanggup di simpan untuk beli topup di hujung minggu.  Sanggup tak makan tapi bila balik merunggut perut terasa lapar.

“Hai, inikan jejaka idaman semalaya”,  itulah yang pernah di jawabnya padaku.  Aku pun senyum dengan sinisnya.  Ini bukan masanya untukku berjenaka. Rasa hatiku berkata.

“Perkara tak berfaedah, buat apa!  Membazir duit dan bercakap(ops.., silap, bukan bercakap tapi sms) benda yang ‘laro’.  Kan perkara-perkara tu semua tak di sukai dan tak di benarkan dalam Islam?” Aku memulakan tazkirahku.

Dia mendiamkan diri, tidak menjawab apa-apa, walaupun sepatah kata.  Mungkin dia tahu, aku marah bukannya berjenaka serta tidak mau aku masuk ke program berceramah pula.  Nanti mesti ada sessi soal jawab pulak.  Tentulah panjang program kali ini.  Tentu tidak dapat melarikan diri.  Majlis ilmu perlu di dengar dan mendapat ganjaran yang besar dari Allah jika kita berusaha untuk mengikutinya dan menghadirinya serta menghayati.  Sememangnya anakku tahu akan hakikat itu.

Tapi… ini majlis ilmu yang ibu beri, tentu membosankan, tiada gelak ketawa.  Apa tidaknya majlis ilmu yang tidak di rancang dan di susun dengan rapi dan sistematik.  Di tambah pula bercakap mengikut apa yang terlintas di kepada dan di hemburkan keluar bagaikan bertih jagung.

Dan kadang-kadang perkara yang sama di ulang-ulang.  Apa lagi, membebellah.  Agaknya, itulah yang di fikirkan oleh anakku.  Itulah firasatku.

Aku cuba mengelakkan untuk berbuat seperti itu tapi mulutku…, kalau sudah termasuk sesuatu di dalamnya takkan terus di telan tanpa di rasa, di gigit dan dikunyah hingga hancur lumat, barulah boleh di telan.

Di tambah pula usiaku sudah meningkat,

gigi pun sudah banyak yang patah berkarat,

lagi banyaklah kunyahan yang perlu ku buat.

Terus di telan, membawa mudarat,

di tekak tentulah terlekat

takut tercekit dan tersekat.

Rasullallah s.a.w pun mengunyah sebanyak 40 kali baru di telan makanan yang di makannya.  Itu sunah, kalau di buat dan di ikut tentulah mendapat ganjaran yang besar dari Allah s.w.t dan mengharapkan juga, aku adalah salah seorang yang mendapat syafaat dari  Nabi kita di Padang Masyar nanti.

Kalau yang masuk itu sesuatu yang lembut dan mudah hadam, tak perlulah bersusah payah untuk  menguyahnya.  Seperti air, cuma masukkan ke dalam mulut dan terus boleh di telan.  Namun telalu gelojoh juga akan membawa padah, tersedak dan sakitnya sampai ke otak.

Itulah hakikatnya yang perlu sentiasa di ingat serta perumpamaannya aku dengan anak-anakku.

Aku memang menjadi kawan mereka.  Mereka memang suka bercerita apa perkarapun denganku samada cerita pasal sekolah, cikgu-cikgu mereka maupun kawan-kawan mereka tetapi bukan bermakna aku boleh bersetuju semua perkara yang mereka lakukan.   Aku berusaha menjadi ibu yang terbaik.  Berusaha mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi.

H1N1.

Handphone berbunyi lagi.  “Kenapalah tak de yang nak angkat”, hatiku berkata.  Agaknya handphone suamiku.  Bunyinya mengelirukan kerana bunyinya lebih kurang sama dengan handphoneku.

“Manalah abang ni”, sambil ku meninggalkan dapur seketika untuk mencari kelibat suamiku.

Rupanya dia berada di luar rumah, di halaman rumahku yang lebarnya sedepa.  Menghirup udara pagi yang mungkin masih dingin dan segar di luar sana.  Handphone masih berbunyi di tingkat atas.  Malasnya rasa untuk naik ke tangga untuk mengambil dan menjawab panggilan tersebut.  Anak-anakku yang besar, lepas solat subuh biasanya menyambung tidurnya.

Tapi.. aku, jarang mendapat panggilan, di tambah pula waktu begini.  Matahari pun belum meninggi, masih pagi hening namun bahang kepanasan telah terasa.  Keheningan pagi di sebabkan cuti di hujung minggu, manusianya masih melayan keasyikan mimpi.  Mahu merehatkan minda dan fikiran, perlu puas dan cukup tidur tanpa menpedulikan pangilan azan yang mendayu-dayu dan merayu-rayu supaya bangun bersolat subuh.

Suasana di bandar, berhutankan batu mana ada rasa kedinginan pagi.  Bahang kepanasan yang tidak mengira waktu masih mampu melelapkan mata dan melenakan tidur manusia.   Masih tidak terasa dan teringat akan bahang kepanasan Neraka.  Berbagai bala yang datang dan pergi namun tiada apa rasa, tetap seperti biasa.

Satu, dua minggu ini, memang suamiku sentiasa menunggu panggilan dari buah hatinya.  Kalau ada saje panggilan mesti mengelabah dan tak semena-mena dan tergesa-gesa akan bersiap untuk terus menurut perintah buah hatinya walau apa pun yang berlaku di rumahnya.  Walaupun tidak sempat makan dan minum, buah hatinya lebih utama.  Aku hanya memerhati dan merelakan saje.  Apakan daya aku tidak mampu melarangnya, kerana itulah tugasnya.

Ya, sejak hadirnya H1N1 suamiku sentiasa di dalam bersiap sedia.  Tidak mengira waktu, malam dan siangnya sama saje. Bercuti atau tidak juga sama keadaanya.  Telah beberapa kali dia di panggil ke tempat kerja kerana menyelesaikan kes H1N1,  dia bertugas di bahagian makmal kaji penyakit.  Jadi segala sample terpaksa di siapkan untuk di hantar ke IMR Kuala Lumpur dengan segera kerana itu tugasan yang diberikan padanya.  Wabak yang melanda di seluruh dunia dan ku berdoa dia terselamat dari dijangkitinya.

Wabak H1N1, inilah antara amaran, tanda serta bala yang Allah cuba ingatkan.  Namun tak ramai menyedarinya.  Kerana manusia nampak seperti biasa tiada sebarang perubahan yang ketara.  Tidak seperti Tsunami yang melanda, masjid dan surau penuh untuk seketika.

Balik kampung.

Handphone berdering lagi.  Nampaknya aku terpaksa menapak ke atas menaiki anak tangga.  Mencari-cari di mana bunyi itu berada.  Telah pun ku jumpa, rupa-rupanya handponku yang bersuara.

Jarang sekali aku mendapat panggilan, biasanya isyarat sms untuk order pola yang ku jual secara online.  Kulihat screen handphone tersebut,

“eh… abah.  Apahal pulak ni.  Jarang sekali abahku menalefonku melainkan ada hal-hal penting saje baru dia telefon”.  Hatiku berkata-kata.  “Tentu ada hal penting ni”.

“Assalamualaikum bah.  Apa khabar”.  Aku terus bersuara setelah ku tekan punat untuk bercakap.

“Wa’alaikummussalam.  Kak Long, tengah buat apa tu? Tanya abahku.  Sedang siapkan sarapan ni hah”  Jawabku.

“Minggu ni ada masa lapang tak?”  Tanya abah.  Aku kehairanan “Kenapa pulak”.

“Ialah kalau ada masa lapang tu baliklah kampung.  Durian dah gugur ni hah, tapi tak banyak.  Tulah…, mak kau cadang nak buat dodol durian.  Abah pun dah telefon adik-adik kau semalam, kalau nak rasa durian dan nak buat dodol sekali, baliklah”.  Abahku berkata.

Rupanya,  durian dah gugur itu amat penting bagi abahku.  Ya!  Memang penting bagi mereka sebagai ibubapa yang mengharapkan kepulangan anak-anaknya ke kampung.  Yang pentingnya bukan durian yang gugur, tapi  balik ke kampung dengan harapan anak-anaknya balik menjenguk mereka.

Cuma, umpama kata imbuhan, untuk menyedapkan ayat-ayat yang di lontarkan.  Tapi masejnya, suruh balik kampung sebab lama sangat tak balik.  Kalau tak kerana durian atau buah-buahan lain, belum tentu balik.

“Ini namanya saudara buah”  kata suamiku. “Balik kerana buah bukan kerana nak menjenguk mak, abah kat kampung”.  Itulah pendapat suamiku.

Bila musim buah.  Ramailah dan penuhlah rumah kat kampung, bila tak ade apa-apa, liat sungguh nak balik.  Macam-macam alasan yang di beri.

Padahal, apalah sangat, durian gugur.  Di tempatku ini,  bukannya durian gugur lagi, tapi durian berterabur di merata tempat.  Di tepi-tepi jalan, di pasar-pasar malam, di kedai-kedai dan baunya pun sentiasa ada di mana-mana.  Kalau kami tak beli durian,  bila jiran beli durian, baunya masuk ke rumahku juga.

“Durian sendiri dengan durian beli mana sama.  Durian beli tu, banyak yang tak elok. Entah-entah bukannya gugur tapi di paksa gugur, mana nak sedap. Tak sesedap durian kat kampung ni”  Itulah kata-kata yang pernah abahku ucapkan suatu ketika dulu.

Orang tua, pandai berkias, kadang-kadang hingga tenggelam maksud sebenarnya.  Kasihan abahku kata-katanya selalu tak di fahami dan di salah ertikan oleh anak-anaknya termasuklah aku.  Aku perlu belajar untuk menyelami perasaan orang tua.  Kerana aku bakal menjadi seperti mereka. Kesunyian, kerinduan, kehibaan, kesayuan mereka tanpa anak-anak di sisi pasti terasa terutama ketika usia berada di hujung senja.  Tetapi tidak pernah mereka berterus terang dengan anak-anaknya.

“Yalah, abah faham Kak Long sibuk sekarang ni.  Tambah pulak anak-anak dah besar, lagilah susah nak bergerak.  Tanggunjawab kat anak-anak dan suami kan lebih utama.  Tak apelah”.  Itulah alunan kata-kata yang pernah di keluarkan.  Itulah sebenarnya jawapan dari jawapan yang ku beri dari pertanyaannya tadi.

Maafkan aku abah.  Sesungguhnya aku tidak mampu membahagiakan dan menyenangkan  semua orang.  Pasti ada satu pihak yang terluka.  Aku ini manusia biasa yang terlalu banyak kekurangan dan kelemahan dan terkadang sering menyinggung perasaan orang-orang yang rapat yang berada di sekelilingku.  Maafkan aku.

Dodol dari Kampung.

Petang esoknya, tak ku sangka adik-adikku singgah ke rumahku untuk menghantar dodol yang mereka buat. Dodol dari kampung dari air tangan makku, dodol kegemaranku.   Ini mestilah mak yang sibuk ni, suruh mereka singgah untuk hantar dodol ke rumahku.

“Singgahlah rumah Kak Long, berikan dodol ni.  Kesian dia, dengar cerita orang buat dodol tapi tak rasapun.  Dahlah durian tak rasa”.  Anak-anaknya pun suka dodol mak ni”. Mungkin itulah kata-kata makku.

Memang masakan makku sedap dan berselera, walaupun lauk sambal goreng dengan nasi putih aje.  Anak-anakku selalu telefon sebelum balik kampung, “Wan buat sambal goreng chilie api ya”.  Itulah lauk kegemaran mereka bila balik kampung.

Terima kasih mak.

Cuma.., bila di fikirkan.  Bila aku makan sedap-sedap bersama keluargaku di sini, adakah aku terfikirkan ibubapaku di kampung?.  Sedangkan mereka sentiasa teringat kepada anak-anaknya jika ada sesuatu yang istimewa yang di makannya.  Itulah naluri ibubapa kerana aku dan suamiku juga merupakan ibubapa kepada anak-anakku.

Benarlah pepatah yang mengatakan,  “Ibu mampu menjaga 10 orang anak tetapi anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu atau bapa”.

Kerana aku tau, aku sanggup berkorban apa sahaja untuk anak-anakku tapi untuk ibubapaku berbagai alasan yang ku berikan kepada mereka.  Maafkan aku, kerana aku wanita yang bergelar isteri kepada suamiku dan ibu kepada anak-anakku.  Keutamaan perlu ku dahulukan.

Sebulan lagi..

Tret…, tret. Tret, tet, tret, tet, tret…, tret. “Siapalah yang telefon agaknya malam-malam buta ni”.  Runggutku.

“Assalamua’laikum Kak Long”.  Suara abahku rupanya.

“Wa’alaikummussalam, oh….h, Abah rupanya”.  Sapaku.

“Abah sihat ke bah?  Apahal bah, tengah-tengah malam telefon ni?  Mak sakit ke? ” Tanyaku.

“Nihah, mak kau pesan, kalau nak tempoyak baru, baliklah.  Ada sikit ni, mak tinggalkan untuk Kak Long, tu hari durian dahlah tak rasa.  Dapat rasa tempoyak pun jadilah” suara abahku seolah-olah terkuap-kuap mengantuk.

Terima kasih mak dan abah kerana sentiasa mengingatiku walaupun di dalam tidurmu.

SELAMAT HARI BAPA.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Telefon Allah – 24434

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Soalan-soalan yang di tanya oleh anak-anak kekadang menjadikan saya tidak tahu untuk memberikan jawapan yang tepat.  Di tambah pula mempunyai dua orang anak yang masih lagi dalam peringkat ingin tahu dan banyak tanya.  Sikap mereka kadang-kadang terlalu agresif dari perbuatan maupun percakapannya.  Tersalah cakap menyebabkan diri saya sendiri yang kena.

Mereka terlalu cepat meniru dan mengikut apa yand di cakap dan apa yang saya, abahnya maupun abang-abangnya lakukan.   Di tambah pula TV dan internet yang sememangnya setiap hari di tontonnya menjadikan mereka lebih advance dari kami ibubapanya.  Perkataannya dan tuturkatanya kekadang menjadikan saya terlopong mendengarnya.  Kalau perkara yang baik yang di katakan, Alhamdulillah dan jika perkara yang tidak baik, Astagfirullah.  Kekadang buntu di buatnya dengan kerenah anak-anak ini.

Suatu ketika saya pernah meminta tolong pada anak saya yang kecil,  Siti Aisyah.  “Aisyah boleh tolong ibu tak?” Tanya saya.

Apa jawapan yang saya dapat  “Ibu.., ibu tak boleh buat sendiri ke, ibu tak nampak ke Aisyah tengah buat apa ni?”

Sebenar itulah yang pernah saya cakap padanya sebelum dia bercakap begitu pada saya. Astagfirullahhal’azim.

Benarlah apa yang di katakan di dalam al-Quran ayat Ali-Imran 3:182 :yang bermaksud:

“Yang demikian itu adalah di sebabkan perbuatan tangan kamu sendiri dan bahawanya Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-hambanya”.

dan

“Dan bahawasanya seorang manusia itu tiada memperolehi selain apa yang telah di usahakanya.”

(Al-Najm 53:39)

Kecanggihan teknologi menyebabkan soalan atau yang ditanyakan oleh anak-anak juga sama canggihnya.  Begitulah yang terjadi pada saya apabila di tanya,

“Ibu, ibu tau tak nombor talipon Allah?  Sodiq nak talipon Allahlah.  Sodiq nak tanya Dia sikit ni” .

Sememangnya dan selalunya banyak perkara saya kaitkan dengan Allah dan rasulnya.  Terlalu banyak bercerita dan mengaitkan dengan Allah menyebabkan soalan yang tidak di duga pula yang datang.

Jadi kita ibu bapa terpaksa menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa dan terpaksa mengikuti perkembangan terkini kerana kadang-kadang terpaksa menangani kerenah mereka dengan cara terkini juga dengan tidak lupa mengaitkan dengan Allah dan Rasulnya.

Terpaksa pula memikirkan jawapan yang tepat untuk di jawab.  Saya mengatakan “Allah tak de talipon.  Allah jauh, kita tak boleh talipon dan jumpa Dia sekarang.  Besok lepas kita meninggal kita boleh jumpa Dia.  Tapi kita kena jadi orang yang baik baru boleh jumpa Dia”.  Itulah jawapan yang saya berikan padanya.

Anak saya yang kecil sekali(Aisyah) pun begitu.  Oleh kerana dialah satu-satunya anak perempuan saya dan kelasakkannya juga seperti anak lelaki.  Macam abang-abangnya juga.  Saya selalu beritahu dia “tak baik buat macam tu, berdosa, Allah tak suka atau nanti Allah marah”.  “Allah suka kalau kita jadi orang baik, tak suka gaduh-gaduh, tak suka marah-marah, tak suka jerit-jerit dan banyak lagi” , menyebabkan dia bertanya “Allah kat mana ibu.  Macamana nak jumpa Dia?” .  “Kenapa kita tak boleh jumpa Dia”.  Jawapan yang sama juga saya berikan seperti abangnya.

Jawapan yang sama, mungkin mereka tak puas hati dan menyebabkan mereka bertanya berulang-ulang kali di masa-masa lainnya.  Saya sendiri tidak dapat memikirkan jawapan yang lebih tepat untuk dijawab dan di beritahu kepada mereka.

Bila di tanya pada abahnya, jawapan yang hampir sama di berikan.  Dan akhirnya suatu hari, di tanyakan pula pada abang sulungnya.

“Abang Sopi…, abang tau tak nombor talipon Allah?.  Sodiq nak cakap dengan Dia ni”.  Tanya anak saya, Sodiq.

Dengan selambanya dia menjawab “cuba talipon 24434“.  Saya yang berada di dapur pada mulanya hairan juga.  Apalah nombor dan jawapan yang di berikannya.  Bisikan hati saya berkata.

Puaslah budak tu mendail talipon dengan nombor tersebut.  Tapi.. “tak de orang jawab pun bang”.  “Cuba lagi, cuba banyak kali”  Jawab anak sulung saya.

Di ikutkan je cakap abangnya.  Saya yang berada di dapur mendiamkan diri mendengarkan perkara tersebut.  Sebab saya tahu anak sulung saya memang suka menyakat adiknya hingga menanggis atau menjerit.

Kadang-kadang saya geram juga dengan perangai anak sulung saya, selagi adik dia(yang kecil dua orang tu..) tak menanggis samada di marah atau bergurau,  selagi tu lah dia tak berhenti mengenakan adiknya.  Samada bergurau atau bergaduh pasti di akhiri dengan tanggisan.  Memang kalau satu hari tak dengar suara menanggis tak boleh.  Begitulah kebiasaannya.

“Kalau satu hari tak bising tak boleh ke?”.  Itulah yang selalu saya bebelkan.

Saje je nak kenekan adiknya.  Itulah telahan saya pada awalnya.

“Tak dapat jugak bang”.  Itulah jawapan Sodiq.

“Tak dapat?”  Jawab anak sulung saya.

“Nombor 24434 tu bukan nombor talipon tapi  nombor 2 untuk solat Subuh sebab solat Subuh ada 2 rakaat, 4 tu untuk solat Zohur sebab kita kena solat 4 rakaat … ” Dan begitulah seterusnya dia menerangkan pada adiknya.

“Jadi lepas solat kita berdoa, masa tu tanyalah dan cakaplah dengan Allah apa yang kita nak cakap”.  “Kalau kita buat hari-hari semua solat tu pasti suatu hari nanti kita jumpa Allah”.  Kata anak sulung saya.

Selepas daripada itu anak saya tidak lagi bertanyakan soalan yang sama.  Mungkin itulah jawapan yang tepat untuknya.

Alhamdulillah.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Masak Lemak Ikan Daun Pisang(Lempeng Ikan)

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Lempeng ikan/Pisang.  Itulah resepi mak mertuaku.  Melihatkan pada rupa dan keadaannya ku rasakan ia bukanlah lempeng.  Padaku tak macam lempeng pun!  Yang ku tahu lempeng tu berbentuk leper dan nipis.

Mula-mula mak mertuaku beritahu nama masakan ini dulu, aku hairan jugak. “Tak macam lempeng pun”  itulah kata-kataku pada mak mertuaku.

Tapi aku tak ingat apa jawapan.  Dah lama, lupa.  Inilah resepi yang paling aku suka dan suamiku maupun anak-anakku, yang mana belum pernah ku jumpa bila pergi ke mana-mana.  Samada bertandang ke rumah sanak saudara, rakan taulan maupun jiran tetangga.  Dan ini jugalah antara resepi yang menjadi kebiasaanku, jika ada tetamu datang ke rumahku.

Jika yang datang tu tinggal di bandar ku sediakan masakan kampung untuk mereka,  seperti lempeng pisang, gulai tempoyak Pahang, sambal gesek dan banyak lagi.  Manakala jika mereka tu datang dari kampung kusediakan masakan moden/bandar untuk mereka seperti ayam golek, pizza, koktail buah-buahan segar dan banyak lagi.

Teringat pulak masa aku berusrah dengan Ustazah Salbiah dulu, aku selalu sediakan masakan yang lain daripada yang lain untuk sahabat seusrahku menjamu selera di rumahku.  Dan inilah juga masakan yang paling Ustazah Salbiah dan Ustaz(suaminya) suka.  Tapi aku terpaksa kurangkan pedasnya, kalau tidak aku yang di perlinya,

“Ini nak bagi orang makan ke?  Atau nak bagi orang sakit perut?  Itulah katanya sebelum ini, jadi taknaklah kena lagi.

Jadi terpaksalah aku kurangkan pedasnya.  Kalau ikutkan orang nogori lagi pedas lagi sodap.  Nak tau, cammana ustazahku masak lemak kat rumahnya, kita masukkan chilie api, dia masukkan daun chilie api(memang di tanam di rumahnya sebab ustaz memang suka bercucuk tanam).  Memang tak rasa masak lemak chilie api, rasa lemak santan aje.

“Dapat bau lado jo,  jadilah”  katanya yang memang terre cakap Negeri Sembilan.

Memang menjadi kebiasaan bagi ustazah Salbiah habis berusrah pasti akan di jamu oleh tuan rumah.  Dan begitulah caranya, kerana bila berusrah di rumahnya pun pasti di jamu anak muridnya dengan makanan yang di masaknya sendiri.  Itu dulu-dulu tapi sekarang tak taulah dia pun dah ada bagunan sendiri untuk programnya.  Jadi dah jarang dia buat kat rumahnya tapi makanan tetap di sediakan.

Aku sebenarnya amat kagum dengan keperibadian Ustazah Salbiah.  Tidak berkira-kira dengan siapa walaupun anak muridnya sendiri.  Sepatutnya kitalah yang menjamu guru tapi dia sebaliknya.  Tapi anak muridnya masih tak boleh ikut cara dia termasuklah aku.  Memang dia seorang yang hebat.  Tapi di dalam kebaikkan yang banyak yang telah di taburkan itu, masih lagi banyak orang tidak suka dengannya. Itulah dugaan menjadi seorang da’ie.  Tetapi walaupun apa yang orang lakukan padanya termasuk anak muridnya sendiri dia tetap sama seperti dulu, kini dan mungkin selama hayatnya.  Semoga Allah sentiasa melindunginya dan semoga Allah memberikan ganjaran yang tak terhingga kepadanya di Alam Akhiratnya nanti.

Dulu, semasa berusrah dengan ustazah Salbiah, aku selalu menjemput ustazah dan jemaah seusrah(perempuan semuanya) datang ke rumahku.  Program Dhuha kami bermula se awal 8.00 am dan selalunya berakhir 10.30a.m ke 11.00 a.m.  Jadi sebelum pukul 7.30 a.m semuanya mesti siap.  Tambahan pula ustazah Salbiah, selalunya dialah orang pertama sampai iaitu sebelum pukul 8.00 a.m lagi.  Sepatutnya anak murid yang tunggu ustazah, ni terbalik dan itulah kenyataannya.  Macamana nak dapat ilmu!.

Nak tau aku macamana, aku kalau ikut program ustazah antara orang yang paling lambat sampai.  Apa alasan yang ku beri.  Anak nak sekolah kena siap dan kena hantar diorang dulu.  Kena pulak masa tu memang ada anak kecil yang selalu ku gendong untuk mengikuti usrah ustazah di setiap pagi.  Tapi itulah alasan yang dia tak nak dengar,  kalau cakap pun, dia cuma senyum aje jadi aku takut nak beri apa-apa alasan.  Cuma beritahu “maaf ustazah, lambat”.

Biasanya, malam sebelum usrah dah mula menyiapkan bahan untuk di masak esok.  Suamiku adalah pembantu tetapku apabila acara begini dan kadang-kadang dua orang anak bujang kecilku juga membantu.  Terima kasih suamiku kerana tidak pernah merunggut dengan keranahku.   Terima kasih juga untuk anak-anak bujangku yang memang rajin ke dapur kalau tak berkenan dengan masakan ibunya(masak sendirilah apa lagi..).

Se awal 2.30 a.m aku dah bangun untuk menyiapkan menu yang ingin ku sajikan kepada tetamu istimewaku yang kebiasaanya melebihi 30 orang.  Tapi sebelah pagi ni, biasanya aku sorang je yang bagun dan selesaikan.

Ialah, yang datang tu bukannya calang-calang orang, Ustazah Salbiah.  Pastilah nak sediakan yang terbaik dan special untuknya.  Guru kita nak datang rumah kita, ia satu kemuliaan bagi ku.  Sape tak kenal Ustazah Salbiah Omar yang biasa bercakap di corong-corong radio dan di layar TV.  Sudah tentu membawa keberkatan kapada tuan rumahnya.

Kebiasaannya sebelum pukul 7.00 semuanya dah siap.  Cuma tinggal lagi masuk ke dalam dulang je. Dan selalunya kitaorang makan berdulang dan itulah sunnah yang di ajar oleh ustazah dan di amalkan di dalam programnya.   Terima kasih ustazah banyak ilmu yang dapat kukutip dan cuba ku amalkan.

Itulah sedikit pengalaman ku bersama Ustazah Salbiah Omar yang ku anggap seperti ibuku sendiri.  Maaf, gambarnya tak dapat ku sertakan kerana masa ku berusrah dengannya aku belum ada blog ni.  Pada masa tu aku memang tak berminat nak bergambar dan mengambil gambar.  Walaupun diaorang sibuk bergambar tapi aku selalu mengelak.  Tapi bila di fikirkan sekarang ni, teras rugi pulak.  Tak pelah tentu ada hikmat di sebalik apa yang dah terjadi.

Ok.lah.  Cukuplah setakat ini aku bercerita.  Ni.. aku nak bagi resepi ni pada sesiapa yang berminat.  Aku sebenarnya tak berapa setuju dengan nama resepi yang mak mertuaku bagi jadi aku tulislah 2 nama resepi.  Satu nama yang ku beri dan satu lagi mak mertuaku beritahu.  Makku punya resepi, ilmu memasak ni pun dia yang bagi, takkan kita nak potong terus.  Itu namanya tak mengenang budi.

Masak Lomak Ikan Daun Pisang /Lempeng Ikan.

Daun pisang(seperti gambar di sebelah sana)

2 ekor Ikan sungai(paling bagus). Ikan kembung/tengiri/parang pun boleh.

½ biji kelapa kampung/ 1 biji santan ready made yang ada kat kedai.

Lada api(serasa anda)

1 helai Daun kunyit

Kunyit(2 sudu kecil)

1 keping Asam keping.

Garam serasa anda.

Cara membuatnya.

Ikan sungai hendaklah di siang dahulu dan di rendam dengan air asam jawa/asam keping/air beras untuk menghilang bau hanyirnya.  Santan hendaklah di perah dengan air yang sedikit, untuk mendapatkan yang pekatnya sahaja.

Lada tu tumbuklah/blend mengikut serasa kepedasan anda.  Kalau ikutkan orang nogori lagi pedas lagi sedap. Kunyit tu guna yang sebuk tapi kalau guna kunyit hidup lagi bagus.  Ikutlah sukatan yang biasa anda gunakan.

Panaskan kuali dan letakkan daun pisang(gunakan daun pisang yang ada batang di tengahnya).  Biarkan ia layu sedikit.  Masukkan ikan dahulu kemudian masukkan santan, lada api, kunyit dan gaul/kacau hingga kuahnya sebati.

Jangan di tekan-tekan daun tersebut biarkan dia turun sendiri ke lantai kuali tersebut.  Kalau nak tekan pun, tekan di bahagian batang tengahnya.

Kalau anda suka berkuah lebihkanlah sedikit kuahnya.  Bagi saya, memang suka banyak kuah.  Maklumlah anak ramai.  Masukkan asam keping dan daun kunyit(hendaklah di koyak-koyakkan).

Sambil tu, sentiasa tengok dan kacau hingga kuahnya pekat. Dan akhir sekali baru letakkan garam(ikut sunah rasullallah).   Kalau mak mentuaku dia akan tunggu hingga kuahnya betul betul kering, hanya tinggal yang melekat-lekat kat ikan tu saja baru dia angkat.  Itu sebabnya di namakan lempeng kot.  Sebab dah tak de kuah yang tinggal.

Yang masih baru di letakkan ikan.  Daun pisangnya masih hijau lagi.

Kalau nak hidang, angkat daun tu ke dalam pinggan.  Angkat pelahan-lahan supaya tak koyak di bahagian tengahnya.  Kemudian bolehlah di potong bahagian daun yang terlebih lebar supaya ia kelihatan cantik bila di hidangkan.

Yang ini dah di angkat dan guna ikan kembung.  Tapi Ikan sungailah paling sedap kata orang Nogori. Hidangan ni untuk keluarga sendiri jadi tak de hiasan-hiasan tambahan.  Nampak macam tak berseri jekan?  Tapi belum rasa belum tau…

O.K.  Selamat mencuba.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Poco-poco ke erobik?

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Entah kenapa tiba-tiba tergerak hati, nak merakamkan aktiviti yang di lakukan oleh kaum ibu di hadapan rumahku setiap pagi di antara pukul 7.30 a.m hingga 8.30 a.m setiap pagi kecuali hari Ahad(kalau tak silap).  Di kawasan padang permainan kanak-kanak inilah mereka melakukan aktiviti mereka hampir setiap hari.  Kata mereka untuk kesihatan diri dan menyihatkan badan.  Maklumlah umur semakin meningkat jadi badan pun meningkat besarnya.

Setakat ini aku masih lagi tidak bersedia untuk bersama dengan aktiviti ini.  Mungkin sibuk atau mungkin ia tak sesuai denganku kerana perasaan maluku masih menebal di jiwa, apatah lagi berada di kawasan yang terbuka seperti itu.

Sekarang ni memang demam poco-poco.  Banyak kawasan perumahan di sekitar Seremban ini mengadakan aktiviti poco-poco untuk kaum ibu mereka, termasuklah taman tempatku tinggal.  Bukan sahaja mereka yang setaman dengan ku tetapi ada yang dari taman yang berhampiran tamanku juga turut bersama.  Sekarang ni dah bertambah ahlinya, dah bertambah ramai.

Aktiviti ni dah bermula dari tahun lepas lagi.  Dan dengarnya mereka pernah di tegur untuk tidak melakukan di kawasan lapang.  Maklumlah poco-poco tu ada unsur tarian sedikit, dan di lakukan di tempat lapang.  Tapi sekarang ni dah di tukar kepada erobik, maka unsur-unsur tarian tu dah tak de. Di tambah pula yang mengendalikan tu,  menyelitkan sedikit unsur-unsur Islami.

Semoga ia tidak menjadi kesalahan di sisi Islam dan semoga ia tidak menjadi satu bahan cerita/fitnah di mata yang melihatnya.

Ialah kebanyakkan orang tahu menyalahkan sahaja tetapi tidak memberikan satu alternative lain.  Mereka merasakan mereka tidak salah sebab niatnya nak menjaga kesihatan tubuh badan supaya lebih cergas dan tidak mudah mendapat penyakit yang membahaya seperti lemah jantung dan sebagainya.  Maklumlah umur dah semakin meningkat dan penyakit pun mudah menyerang.

Mereka tak di beritahu kenapa perkara tu salah.  Tahap ilmu kita ni terutamanya ilmu agama, kan berbeza. Jadi cara pemikiran kita pun berbeza.  Lain padang kan lain belalangnya, bak kata pepatah melayu. Pendekatan itu kadang-kadang tak kena, menyebabkan teguran kita tidak di pedulikan.  Malah kadang-kadang kita yang kena balik.  Berpoco-poco tu tak salah jika kena pada tempatnya seperti di lakukan di tempat yang tertutup dan tidak di lihat oleh orang lelaki.  Nasib baik juga, ada yang perihatin dan cuba membawa pendekatan yang lebih baik dan elok. Tak de lah yang kata nanti, “semuanya tak boleh,  semuanya salah”.

Alhamdulillah.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

EBOOK Dah siap, dah boleh di beli…

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Posting kali ni cuma nak beritahu ebook ku dah keluar.  Bolehlah anda yang berminat masuk kat web site http://www.hijab-batik.com.

Dah beberapa bulan tertangguh.  Ada yang bertanya tetapi jawapannya tak seperti yang di beritahu.  Maaflah sebab ada sedikit masalah-masalah teknikal dan sedikit sibuk.  Memang pada mula dijangkakan cepat siapnya tapi nak buat macamana, aku dah cuba yang terbaik seperti juga “moto” baruku “Usaha Mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi”.

Memang pada mula(azam tahun baru kononnya), tahun ni nak siapkan 3 buah ebook tapi ni dah pertengahan tahun baru siap satu sahaja.  Tak taulah tercapai ke tidak.  Tapi tak pe, masih ada masa, ku cuba usahakan.

Sekarang ni dah bulan Jun, dah hampir nak raya(raya ingat, tapi 3 bulan sebelum raya iaitu bulan-bulan yang mulia tak dikira dan tak di masukkan di dalam kalender ingatan),  betul tak?

Jadi lepas ni ku rasa nak banyak menulis tentang cara membuat langsir, gubahan bunga dan seumpamanya.  Rasanya tentu ramai yang nak tau dan jangan lupa berikan komen dan tanyalah sebarang permasalan tentangnya.  Kalau boleh jawab ku jawablah.  Kalau tak boleh minta maaf banyak-banyaklah.  Kalau ada yang boleh jawab tolonglah jawapkan. Ini pun dalam katageri ibumithali jugakan?  Tapi, kalau nak buat tu, jangan ada rasa nak menunju-nunjuk, jadilah.

Sebab ustazahku, Ustazah Zuraini(memang ‘terre’ menjahit langsir) ada beritahu,  nak rumah cantik tu boleh, tapi janganlah ada sifat-sifat ingin menunjuk-nunjuk antaranya masa nak raya je rumah cantik, langsir cantik.  Sebab masa tu kan ramai orang ziarah menziarahi.  Jadi masa tulah nak tunjuk langsir cantik, hiasan dalam rumah cantik,  perabut baru, kuih bermacam-macam jenis dan macam-macam lagi.

Memang “Allah itu cantik dan suka yang cantik-cantik” .  Tapi bukan masa-masa tertentu sahaja.  Bukan masa nak raya atau masa nak kenduri kahwin je.  Sepatutnya sepanjang masa tapi ikutlah kemampuan kita.  Jangan lebih-lebih sehingga bergolok bergadai sebab nak cantik.  Itu tak ikhlas namanya.

Kalau nak pasang langsir pun, janganlah besok nak raya malam ni baru pasang.  Sampai tak tidur malam nak hias rumah.  Tapi tak tidur malam dek berQiam tak pa jugak.  Kalau pasang langsir baru sebelum puasa lagi, itulah yang terbaik.  Itulah kata Ustazahku.  Aku ni bukan ahli dalam bidang ni, jadi segala pandangan dan teguran dari Ustazah tu perlulah di ambil kira.

Aku sebenarnya memang suka mengait sesuatu perkara tu dengan pandangan Islam yang ustazah dan ustaz beritahu.  Tapi kekadang takut juga, orang fikir aku ni ‘terre’ bab-bab ni. Ingin ku beritahu di sini, aku bukan orang yang ahli di dalam bidang agama ni. Nanti orang tanya macam-macam pulak, tak dapek den nak jawab do…  Mengaji Quran pun belum habis.

Mengaji masa budak-budak dulu lain dengan mengaji masa dah tua ni.  Sekarang ni lebih mendalam lagi.  Kalau harapkan cara kita ngaji masa budak-budak dulu, memang tungang langgan, banyaknya kesalahan sebutan dan makhrajnya yang tak betul.

Jadi walaupun umur dah tua, jangan malu-malu untuk belajar terutama ilmu agama.  Ia bekalan untuk kita menemui Allah nanti.  Menuntut ilmu salah satu cabang perjuangan dan siapa mati di dalam menuntut ilmu ia di kira mati syahid.  Cuma kita perlu mengikhlaskan diri bukanya nak belajar ilmu agama kerana malu kat orang sebab tak pandai.  InsyaAllah kita akan mati di dalam syahid walaupun kita baru belajar ﺎ   ﺏ   ﺕ .

Jadi apa tunggu lagi, marilah kita beramai-ramai belajar mengaji ke, belajar bersuci ke, belajar sembahyang ke.  Tak rugi…  Masuk syurga terus, sapa tak nak….  Ops kena tambah sikit nanti orang salah faham pulak. Mati dalam dalam kategari syahid tapi masuk syurga terus tu urusan Allah.  Yang penting kita berusaha ke arah itu, seperti yang ku beritahu “Usaha mesti, Kejayaan jangan di nanti, Serahkanlah pada Ilahi”.

Dari cerita ebook sampai ke cerita ni pulak.  Panjang jugak posting ku kali ni.  Ingatkan nak beritahu sikit je.

O.klah setakat ini dulu.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Mencari Redhanya Manusia.

Assalamua’laikum, apa khabar semua.

Mendidik anak bagiku bukanlah sesuatu yang mudah.  Bercakap dan memberi nasihat memanglah mudah sebab tak jadi pada diri sendiri.  Itulah antara bisikan-bisikan hati (atau bisikan-bisikan iblis) terhadapku bila orang memberi nasihat.  ‘Belum rasa belum tahu’.  Di tambah pula mereka yang memberi nasihat itu masih muda belia masih belum berkahwin atau anak-anak masih kecil.  Mungkin kita dah buat yang terbaik tetapi pasangan kita macamana?  Kan kita perlukan kebersamaan di dalam mendidik anak-anak. Itulah di antara rasa dan perasaan yang sepatutnya di kikis pada diri kita.   Keegoan yang masih menebal di jiwa, suka menyalahkan orang lain serta tidak cuba memuhasabahkan diri sendiri.

Setelah lebih 17 tahun aku mendirikan rumah tangga, pelbagai pengalaman telah ku tempuh, ku kutip dan ku titipkan sebagai panduan/pedoman, ikhtibar, yang cuba ku sampaikan untuk mereka yang masih muda dalam berhadapan dengan kerenah anak-anak terutamanya. Pelbagai rasa yang telah ku lalui, pahit bagai hempedu, manis bak madu, masam bagaikan cuka, kelat bagaikan …. , tawar bak air mineral, masin bagaikan garam, dan pelbagai lagi.  Namun kepahitan hempedu itu boleh di jadikan ubat, madu memang banyak kebaikannya tetapi jika berlebihan mengambilnya setiap hari akan mengudang bahaya juga antaranya hidung berdarah(yang terjadi padaku). Begitu juga yang lain-lain, ada pro dan contranya.

Yang pasti air zam-zam tiada keburukannya, yang tiada rasa seumpamanya.  Apakah perkara yang serasa dengan air ini?  Mampukan kita bertindak seperti air zam-zam ini. Selagi kita bergelar manusia, tiada siapa yang sehebat air ini.  Serasa, sejernih dan semanfaatnya.  Tiada lagi ciptaan manusia yang mampu mencipta air sehebat air ini, mungkin menghampirinya ada, namun setulennya belum lagi.  Itulah kebesaran Ilahi

Air laut ada pasang surutnya, air sungai cepat berubah rupa, bau dan rasanya mengikut keadaan juga tempatnya, manakala air hujan tidak menentu turunnya.  Begitulah kita jika diumpamakan seperti air, selagi bergelar manusia biasa yang hina dina di sisiNya.  Namun yang pasti air zam-zam tetap sama dari dulu, kini dan selamanya.

Perasaan yang pelbagai, ada gembira, duka, cemas, malu, marah, geram dan bagai nak gila pun ada.  Namun perjalanan hidup masih lagi jauh jika umur masih panjang. Sudah tentu pelbagai perkara akan berlaku di masa akan datang.  Selagi hayat ada selagi kita bergelar ibu terutamanya, selagi itulah proses kematangan diri  berubah dan menapak terus menaiki anak tangga. Di mana di dalam mencari ‘kesempurnaan’ dan kebaikkan itu pasti melalui kekurangan, kelemahan dan ketidak elokkan di dalam perjalanan itu nanti.

Melalui highway lebih mudah jika di bandingkan jalan biasa yang ada kalanya berlopak, berlubang serta berliku. Jalan biasa yang bertar lebih mudah jika di bandingkan jalan bertanah merah namun jika kelumrahan kita melaluinya akan menjadikan kita lebih sabar, berhati-hati dan tidak mudah merunggut jika di bandingkan mereka yang telah biasa melalui highway, bila sesekali berhadapan situasi jalan tanah merah akan lebih mengelabah.

Begitulah umpamanya kita para ibu, pengalaman mendewasakan kita.  Kita sebagai ibu pasti sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada anak kita.  Yang terbaik akan sukar di capai jika kita terlalu cepat mengalah, terlalu berkeluh kesah.  Itulah pesanan untuk semua termasuk diriku yang mempunyai sifat-sifat mazmumah seperti itu kerana kita hambaNya yang tidak sempurna.

Ya, harapan yang tinggi kita sandarkan pada anak-anak kita.  Tapi ingat …! bagaimana harapan yang menggunung tinggi kita kepada anak-anak kita begitulah tingginya harapan ibu bapa kita terhadap kita walaupun kita sudah mempunyai keluarga sendiri.  Jadi cerminlah diri kita sendiri  bila kita mengharapkan sesuatu dari anak-anak dan kita juga merupakan anak kepada ibu bapa kita. Terutamanya diriku, yang sudah jarang-jarang menjengah kedua ibubapaku di kampung dek kesibukan dengan keluarga sendiri dan persekolahan anak-anak yang masih berterusan walaupun masa bercuti.  Itulah alasanku pada ibubapaku.  Maafkan aku Ibu dan abah.

‘Anak-anaknya adalah cermin ibu bapanya’

Itulah antara ayat yang selalu ku dengar bila memperkatakan tentang topik ibu bapa daripada para ilmuan agama kita.  Itulah kebenarannya dan itulah yang paling sukar di terima oleh kebanyakkan orang termasuk diriku sendiri.

Apatah lagi apabila berlaku perkara yang kurang enak di dengar dan di lihat .  “Aku dah ajar dah, dah beri yang terbaik untuk mereka tapi tak taulah kenapa jadi macam ni”.

Begitulah kebanyakkan dari kita memberikan alasan. Tidak mau mengaku kekurangan diri, itulah keegoaan kita.  Sedangkan Rasullallah s.a.w bersabda yang bermaksud :-

“Merendahkan diri itu tiada menambahkan seseorang hamba itu melainkan ketinggian, maka hendaklah kamu merendah diri moga-moga Allah akan meninggikan darjatmu.   Dan memberi maaf pula tiada menambahkan seseorang hamba melainkan kemuliaan, maka hendaklah kamu memaafkan, moga-moga Allah akan memuliakan dirimu.  Dan sedekah itu tiada akan menjadikan harta itu melainkan bertambah-tambah maka sedekahlah kamu agar Allah akan merahmatimu”

Apakah jatuh maruah kita jika kita mengakui kekuranggan kita.  Kalaupun kita rasa kita di pihak yang benar tidak bolehkah kita merendahkan diri kita sedikit dengan mengatakan “mungkin aku silap atau terlepas pandang”.

Itulah sebenarnya aku (dan mungkin bukannya anda) yang terlalu ingin MENCARI REDHANYA MANUSIA, keikhlasannya tiada, dengan mengenepikan redhanya Ilahi.

Mencari redhanya manusia tidak ke mana.  Kita terutamanya diriku perlu berubah untuk mencari redhanya Allah.  Pasangkan niat, kuatkan semangat “BERUSAHA MESTI, KEJAYAAN USAH DI NANTI, SERAHKANLAH PADA ILAHI”. Itulah diantara yang perlu ditanamkan di dalam hati dan sanubari, kerana kehidupan ini penuh liku dan duri. Tidak semudah yang diingini.

Sedangkan sebenarnya “terlalu sedikit orang yang benar-benar di uji oleh Allah,  kebanyakkannya adalah di sebabkan oleh kesalahan diri kita sendiri”.

Itulah kata-kata ustazah Salbiah suatu ketika dulu.  Aku amat mengakui kebenarannya kerana di dalam Al-Quran Allah telah berfirman di ayat Ali-Imran 3:182 :

“Yang demikian itu adalah di sebabkan perbuatan tangan kamu sendiri dan bahawanya Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-hambanya”.

dan

“Dan bahawasanya seorang manusia itu tiada memperolehi selain apa yang telah di usahakanya.”

(Al-Najm 53:39)

Aku selalu mendengar.  Bila anak-anak membuat sesuatu perkara yang buruk di luar pengetahuan kita pasti ada yang mengata tengoklah mak bapaknya atau macam maknya jugak…

“Baiknya budak ni, hormat pada orang tua” Tengok pulak emak abahnya, takkan tak tau.

Cuba kita fikirkan, bila anak suka melepak kat tembok ke atau mana-mana tempat sampai ke Maghrib tak balik-balik.  Tentulah ada yang kata “ya abah eh suka melepak kat kedai kopi”  dan banyak lagi cerita-cerita yang seumpamanya.  Itulah antara sketsa kehidupan kita.

Jadi  cermin-cerminlah diri kita bila anak membuat sesuatu yang tidak elok adakah kita melakukannya samada kita pernah melakukan juga suatu ketika dulu atau ketika ini atau suami kita pernah melakukannya.

Seperti di atas, perlakuan yang tidak sama tetapi kata kerja atau makna yang sama,  “melepak”.

Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah kerana setiap renungan dan fikiran yang bermanfaat itu Allah akan gantikan dengan pahala dan kebaikan yang tidak terhingga.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Sirah Rasulullah(4)

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Ku belek-belek buku Sirah Rasullullah. Ku baca buku tersebut untuk menyambung tulisanku di dalam blog ini. Memang sudah lama tidak aku mengupdate tentang sirah nabi kita. Sesungguhnya aku bukanlah orang yang layak untuk menghuraikan tentang perjalanan hidup manusia teragung ini, manusia yang amat di sayangi dan di sanjungi oleh sekelian makluk Allah ini. Dia juga di anggap manusia paling genius di dunia ini di kalangan ilmuan di barat.

Namun aku ingin berkongsi cerita yang baik-baik, dengan anda yang tidak biasa dengan cerita ini, yang tidak memiliki dan mempunyai buku tentang rasulullah nabi kita yang mulia ini. Mungkin penceritaanku lebih nampak santai berbanding ilmuan atau yang pakar di dalam bidang ini. Memang cara kita berbeza dan tahap ilmu kita juga berbeza dengan itu cara penerima kita juga tidak sama.

Nasihat ku, belilah satu buku tentang nabi kita, kalau tak nak baca sekarangpun tak apa, tapi suatu hari kita pasti memerlukannya.

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w

Kita ikuti kisahnya …

Nabi kita adalah penghulu segala rasul, telah di lahirkan di Syuaib Bani Hashim di Makkah pada pagi Isnin 9 Rabiulawwal(awal tahun Gajah dan bersamaan 20 atau 22 April tahun 571 Masihi mengikut perkiraan ulama Agong Muhammad Sulaiman Al-Mansurpuri dan pentakhkik Falak Mahmud Basya).

Ibn Sa’d meriwayatkan bahawa ibu Siti Aminah menceritakan: Ketika ku melahirkannya, satu cahaya telah keluar dari farajku, menerangi mahligai-mahligai di negeri Syam.

Itulah salah satu petanda kebangkitan seorang rasul. Tetapi sebelum kelahirannya juga terdapat petanda-petanda yang lain antaranya, runtuhan Kisra Parsi, terpadamnya api yang di sembah penganut agama majusi, robohnya gereja-gereja di sekitar Tasik Sawah kerana sebelum ini penuh sesak dengan para pengunjung.

Macamana pulak dengan tanda yang ada pada kita. Dulu-dulu mak bidan atau orang tua-tua suka berikan petanda jugak kalau ada anak yang baru di lahirkan antaranya luas dahi budak ni, mesti pandai budak ni besar nanti, “cantiknya jari-jarinya, panjang dan runcing” dah bosa sok ni mesti kojo jadi pegawai tinggi kato orang nogori. Tu belum lagi tengok kat tapak tangan lagi yang boleh membawa khurafat dan bermacam-macam lagi.

Ni kono buek pulut kuning ni, budak ni asyik menanggih yo ni….

Bila dah bosa sikit, kedokut eh.. la budak ni, dah bosa nanti mesti pandai simpan duit ni. Kalau suka memberi pada orang bila di minta sesuatu yang ada kat tangan budak tu pulak, ni mesti dah bosa ni pemboros orangnya. Kalau cakap suka bersedekah sedap jugak dengarnya. Tak taulah boto ko tidak tapi ado yo yang boto eh.

Oklah. Kita sambung balik cerita nabi kita…

Aminah terus memberitahu datuk Baginda, Abdul Mutalib dan datuknya terus membawa ke Kaabah untuk berdoa dan bersyukur kepada Allah. Beliau telah memilih nama “Muhammad” kepada cucunya yang mana nama itu tidak pernah ada pada sesiapa pun di kalangan bangsa Arab. Di hari ke tujuh, baginda di khatankan mengikut kebiasaan orang Arab.

Penyusuan awal Baginda Rasulullah s.a.w

Penyusuan pertama selepas ibunya, ialah yang bernama Thuwaibah iaitu hamba kepada Abu Lahab. Ketika itu baginga sesusuan dengan anak Abu Lahab iaitu Masruh.

Ok setakat ini sahaja dulu. Akan bersambung lagi di masa akan datang. Kalau panjang-panjang sangat tak de yang nak baca tambah pulak cerita macam ni. Betul tak?

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Anak Soleh/Solehah
Hari untuk diwarnai
Masa Pemberian Ilahi
June 2009
M T W T F S S
« May   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Kata-kata Jengahan

ShoutMix chat widget
Terima kasih utk..
Anak Muda
  • AGAR CINTA ISTERIMU TERJAMIN UNTUKMU... September 3, 2010
    Malam ke 25 Ramadan, Dalam diri mencari reda dan cinta TUHAN,Ada insan menangisi ujian dan cabaran perkahwinan,Menaruh percaya beriring harapan,Agar bahtera rumahtangga selamat tiba ke destinasi impian.Diri ini kehilangan kata-kata...Basah airmata, hati bersarang hiba...Sekadar mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaannya.Sedikit renungan buat para isteri budi […]
    Noraslina binti Jusin
  • Peluk Islam Selepas Masuk Masjid September 2, 2010
    Utusan Malaysia lupa kepada berita menarik yang pernah ia sendiri siarkan yakni mengenai non muslim yang memeluk Islam kerana pernah memasuki masjid sebelumnya.  Apakah nilai yang baik yang pernah dititip melalui akhbar mereka sendiri mahu dihapuskan oleh fitnah terhadap Islam yang ditafsirkan oleh golongan yang jahil?  Semata-mata kepentingan politik mereka […]
    ummuabbas
  • 27 RAMADHAN/6 SEPTEMBER - SYAFAWI PERTAMA BUATNYA September 5, 2010
    Dengan asma Allah yang Maha Agung...Hari ni adik saya Nurul Hidayah akan menghadapi peperiksaan hafazan Al Qur'annya yang pertama. Tersenyum saya bila dia mengirim sms tiada semangat untuk berhari raya, kerana risau dengan peperiksaan hari ini. Ujian Syafawi - baca dihadapan dua orang ustaz. Mereka akan menyoal beberapa soalan dari juzu' yang telah […]
    NORMI BINTI HAJI MAT YUSOF
  • Seloka hujung Ramadhan. September 4, 2010
    Bila ramadhan melabuh tiraiTirai Ramadhan berlabuh sudah.Berakhir bulan penuh barkah,Hidup kembali kepada fitrahKeluarlah kita dari madrasah,Ikatan syaitan terlerai sudahPintu nerake kembali terbelah.Apakah kita sudah berubah?Tirai Ramadhan berlabuh sudah Sana sini menusia membeli belahToko-toko menjadi tempat berkelahSi penjaja sebok mencari helah.Lagu raya […]
    makbonda
  • Iftar dan Sedekah September 4, 2010
    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهMasyaAllah, rupanya semakin meningkat usia,kudrat dan stamina tubuh apabila melakukan aktiviti semakin berkurang. Tak boleh bertahan lama untuk berdiri apatah lagi untuk berjalan.Walaupun di rumah sahaja, bukan pergi shopping pun, tetap banyak berjalan ke depan ke belakang. Dari belakang, an […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • 7 KAEDAH MENDIDIK ANAK CEMERLANG July 14, 2010
    Dipetik dari http://www.kaunselingskbt2.com Dalam mendidik anak-anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.Menurut Datuk Dr. Haji Mohd fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu i […]
    Al-Atiff
  • Selamat Hari Raya September 6, 2010
    ~STICKY MODE~Jangan cakap kat mama tau saya nak take over blog mama sekejap. Acik2 dan kakak2 apa khabar?? Masih ingat kat saya tak?? Sayalah KHAWLAH UMNEEYA, puteri ke-4 mama dan baba. Haa.. ingat saya lagi tak?? Yerr!! saya dah besar dah.. 5 bulan lebih dah umur saya. Hati2 tau sebab saya dah tumbuh gigi, sapa2 yang dukung saya standby lah yer untuk digigi […]
    ummumishkah
  • Petua Masuk Umah Baru....:) August 28, 2010
    Assalamualaikum...Menggoogle petua masuk umah baru di internet menemukan aku dgn banyak jenis petua yang diamalkan..ada yang meletakkan gula,garam dan memacam lagi kat dapur masa masuk rumah baru..agar mendapat rezeki yang banyak ... nak-nak plak , artis kita yang buat plak tu...siap masuk TV lagi...adeh...ada yang menanam telur yang telah di jampi (dengan m […]
    sumaiyah_nda
  • Put IT on and wear your socks September 2, 2010
    Good information for all which I received through my e-mail… I’ve also tried it to my two children and then put the socks on, but only with a different product called ‘Minyak But-But’ (Coucal Oil), a 100% Muslim product from HPA. Everything will be fine insyaAllah… ******************************************************************************************** W […]
    ibunoor
  • KERJA vs KELUARGA February 12, 2010
    Alhamdulillah...setinggi kesyukuran kepadamu ya Allah,kerana akhirnya dapat juga menulis di blog yang sudah lama terbiar ini...sedihnya,nak buat macammana,mula aja persekolahan baru bermulalah episod baru,bermula dari dinihari seawal jam 4.30 @ 5.00 pagi pergerakan mesti pantas dan seperti yang dijadualkan. Segala mesti disiapkan sebelum jam 7.00..itupun den […]
    ustazah
  • MERDEKAKAH KITA... August 30, 2010
    Merdekakah kita jika masalah kebejatan sosial masih mendominasi negara?Merdekakah kita jika pembuangan anak menjadi satu berita biasa?Merdekakah kita jika kes rogol semakin berleluasa?Merdekakah kita jika operasi kedai-kedai arak semakin bermaharajalela?Merdekakah kita jika mata yang pejam semakin dipejam pabila azan subuh memanggil?Merdekakah kita jika ayat […]
    Ros Illiyyuun
Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
Jangan lupa baca…
Jangan lupa ucapkan…
Salahuddin Al Ayubi

"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".

Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan".

Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Pola Langsir

Menggunakan Pola
EBOOK LANGSIR

Hiasan Dalaman
PROMOSI PRODUK
OOPS! You forgot to upload swfobject.js ! You must upload this file for your form to work.
Pizza Faridah
Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah, tel 012-2243696.
Pengujung ke
wordpress stats