Archive for November 28th, 2008
Piala Sri Endon 2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera?
Bertemu kembali. Mulai sekarang bertambah keraplah saya menulis di blog ini dan bolehlah kita sama-sama berbicara mengenai topic-topik atau tulisan-tulisan yang mungkin saya utarakan. Saya baru sahaja menyelesaikan satu projek besar bagi diri saya. Lega rasanya setelah semuanya selesai.
Hari minggu yang baru lepas(23th November 2008) merupakan kemuncak Pertandingan Piala Sri Endon yang di Anjurkan Oleh Yayasan Budi Penyayang. Kumpulan saya menyertai pertandingan bahagian Kemasan lembut dan terpaksa menghiasi satu bilik hotel(One World Hotel Damansara)dengan produk batik.
Kumpulan saya iaitu hijab-batik.com adalah salah satu kumpulan yang sampai ke peringkat akhir bahagian Keemasan Lembut. Sebenarnya saya menyertai 2 kumpulan. Kedua-dua kumpulan tersebut sampai ke peringkat akhir. Walaubagaimanapun saya mengetuai kumpulan hijab-batik.com. Manakala kumpulan Norhaliza Batik Kraf t di ketuai oleh rakan saya kak Liza.
Walaupun kedua-dua kumpulan tersebut tidak berjaya membawa apa-apa hadiah tapi kami berpuas hati kerana berjaya hingga keperingkat ini. Ini merupakan penyertaan pertama kami. Kebanyakkan kumpulan telah menyertai beberapa kali dalam pertandingan ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka menang kerana mereka telah ada pengalaman. Dan mereka pula bukannya calang-calang orang, semuanya professional kecuali saya. Pensyarah-pensyarah dan juga pengusaha batik menyertai pertandingan ini. Oleh kerana kami dah tau selok belok pertandingan ini dan tahu apa yang para juri inginkan, tahun depan bolehlah cuba lagi.
Bertanding dengan orang-orang yang hebat dalam bidang membatik memanglah rasanya amat sukar nak menang. Di tambah pula mereka datang dari Kelantan dan Terengganu yang memang terkenal dengan kehalusan batiknya. Saya merupakan orang baru di dalam bidang ini walaupun dah berusia. Walaupun saya ada juga darah Kelantan tapi tak sama dengan dia orang yang memang orang Kelantan.
Memang tabik habis dengan dia orang. Saya sepatutnya berguru dengan dia orang. Nantilah kalau ada duit saya akan berkunjung ke Kelantan khusus untuk belajar membatik dari salah seorang peserta yang memang tak lokek dengan ilmu. Orang veteran, dah 60 tahun tapi semangat tinggi. Saya respect habis dengan mak cik ni iaitu mak cik Rashidah(memenangi hadiah saguhati). Memang baik dan tak kedekut ilmu. Susah nak jumpa orang macam ni, sebab selalunya orang kedekut ilmu takut nanti yang lebih muda lebih hebat daripada diaorang atau kadang-kadang pilih orang kalau nak turunkan ilmu. Mesti nak bagi pada kaum kerabat ke atau orang yang senogori jo.
Tapi anda semua tentu tahukan betapa besarnya pahala jika kita menurunkan ilmu yang baik dengan penuh keikhlasan kepada sesiapa sahaja. Kerana dengan memberikan ilmu kepada orang lainlah, kita akan mendapat pahala yang berterusan walaupun kita dah lama berada di alam kubur. Jadi bagi anak muda, janganlah terlalu berkira bila ada banyak ilmu terutamanya ilmu internet ni. Ajarkanlah kepada sesiapa saje terutama kepada saya yang telah berusia ni. InsyaAllah anda akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah s.w.t.
Di bawah ni saya sertakan beberapa keping gambar untuk tontonan anda semua. Bagi saya semuanya cantik-cantik belaka. Tapi para juri dan pengadil yang lebih arif untuk menentukan siapa pemenangnya.


2 keping gambar di atas ialah 2 kumpulan yang telah saya sertai untuk pertandingan Piala Sri Endon. Manakala gambar di bawah adalah peserta-peserta lain yang telah menyertai pertandingan ini.


Sebelah(bunga sembilu-pink) atas ialah pemenang tempat ke dua.

Sebelah atas(hijau) ialah pemenang tempat pertama.

Sebelah(petak-petak) ialah pemenang tempat ke tiga.


Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.










.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.
