Archive for October 9th, 2008
Selamat Menyambut Aidulfitri

Assalamualaikum, dan apa khabar? Semoga anda semua di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Di tambahkan pula di bulan kemenangan ini, pasti sihat dan bergembira selalu.
Ya, selepas kita semua berjuang di bulan puasa melawan hawa nafsu. Bukannya senang, walaupun syaitan telah di ikat tetapi melawan hawa nafsu adalah perkara yang amat susah untuk kita. Kalau tidak takkan para alim ulamak mengumpamakan melawan hawa nafsu ini seperti berjihad di medan perang. Kalau kita berjaya tentulah kita akan beroleh kemenangan iaitu di umpamakan Hari Raya tersebut. Tapi walaubagaimanapun kalaupun kita beroleh kemenangan janganlah kita alpa dengan kejayaan dan kemengan kita. Bersederhana dan sentiasalah beringat-ingat. Tiada gunanya kemenangan sekali tetapi kemudiannya kita bebalik semuala seperti sebelum kita menang. Begitulah yang di umpamakan di bulan raya ni. Jadi beringat-ingatlah dan berhati-hati sentiasa di dalam kita meneruskan kehidupan ini. Amin-amin ya Robbil alamin.
Walaupun sudah agak terlewat saya mengucapkan selamat menyambut Hari Kemenangan melawan hawa nafsu iaitu Hari Raya Aidulfitri tapi masih boleh di lakukan lagikan?. Sebenar saya cuba mencari-cari gambar yang sesuai untuk di letakkan di blog ini untuk banner hari raya. Tapi nampaknya tak ade yang sesuai, rasanya gambar ni je yang sesuai bagi menunjukkan keadaan kita selepas menyambut Hari Raya ni. Al-maklumlah saya pun dah terlewat membuat posting, jadi sesuailah dengan gambar ni. Biasalah, lepas raya kebanyakkan kita dah pokai. Betul tak?
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Dari : http://www.ibumithali.com. Penulis – nisha.










.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.
