Archive for August, 2008
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.
Assalamualaikum dan apa khabar?
Semoga anda semua di dalam lindungan Allah hendaknya.

Besok kita akan meraikan dan menyambut hari Kemerdekaan Malaysia. Bagi saya pula saya akan meraikan 2 perkara, pertama Hari Kemerdekaan dan ke duanya hari kelahiran salah seorang anak saya.
Sebenarnya saya tidak pernah meraikan hari Kemerdekaan sebenar-benarnya. Setakat samada duduk di rumah melihat perbarisan di depan TV atau balik ke kampung. Kalau di ikutkan, orang yang benar-benar meraikan hari kemerdekaan pada saya ialah menghayati perjuangan para pejuang Kemerdekaan dahulu dengan membaca kisah hidupnya, apa yang telah di lakukan untuk mencapai kemerdekaan dan akhirnya menghargai dengan berjumpa dengan mereka yang telah banyak berjasa/berjuang untuk memerdekakan negara kita yang tercinta ini. Sekurang-kurangnya mengucapkan terima kasih dan tahniah di atas apa yang di lakukannya. Atau pun yang paling baik ialah mendoakan dan membuat majlis kesyukuran untuk mereka yang memperjuangkan kemerdekaan. Di tambah pula jika kita ada pertalian dengan orang yang banyak memperjuangkan tanah air ini.
Bagi saya ni tak buat apa-apapun walaupun kata emak saya keluarganya ada bau-bau bacang dengan Mat Kilau. Cuma saya ingin mengingatkan dan mungkin memberi sedikit pandangan dan idea bagi mereka yang ingin menyambut kemerdekaan. Walaubagaimanapun saya tak lupa mendoakan semoga Mat Kilau dimasukkan di dalam golongan orang yang memperjuang/berjihad mengikut jalan Allah dan di terima oleh Allah dengan memberi ganjaran pahala yang besar diatas pengorbananya yang di lakukannya suatu masa dahulu. Amin, amin ya Robbil alaimin.
Sambutlah kemerdekaan dengan cara yang sebaik dan sebetulnya terutama para remaja dan muda mudi sekarang. Dengan mengingati dan menghargai apa yang telah di lakukan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu dan bukannya dengan berseronok-seronak di malam kemerdekaan dengan menantikan detik 12 malam. Berkumpul dan bercampur lelaki dan perempuan dan menjerit tak tentu arah. Adakah itu caranya meraikan hari kemerdekaan yang sebenarnya? Di tambah pula dengan jemputan artis dari dalam ataupun luar negara. Itu namanya melupakan hari kemerdekaan, mana ada masa itu orang teringat akan kesusahan orang-orang yang terdahulu memperjuangkan kemerdekaan. Kalau masa itu kita teringat dan mengenangkan kesusahan orang dahulu takkan kita sangup bergelak ketawa dan terjerit-jerit. Pasti kita akan bersedih/bertafakur sambil membaca ayat-ayat Allah dengan niat di sedekah kepada mereka yang terlibat dengan kemerdekaan suatu masa dahulu. Pasti ada perasaan sedih semasa itu. Betul tak? Semoga sama-sama kita renungkan.
Yang keduanya hari Jadi anak saya Abdul Haziq bin Mohd Mustapha(11 tahun). Memang pada kebiasaannya anak-anak saya yang masih kecil(sehigga 12 tahun), kami meraikan harijadi mereka. Tapi taklah sampai buat kenduri kesyukuran atau menjemput kawan-kawan mereka untuk meraikannya(seperti berpati). Kami meraikannya sekeluarga dengan membuat makanan yang lebih special atau memberikan sedikit hadiah(barang mainan). Bagi yang dah lebih 12 tahun biasanya kami suami isteri tak buat apa-apa cuma ucapkan tahniah, beri nasihat dan semangat serta hadiahnya sekadar berikan cash money. Kebaisaanya saya masak special sikit hari tu mengikut permintaan anak saya. Pada esok(31hb Ogos, 2008) anak saya minta saya buatkan ayam golek/panggang, nasi beryani dan kek. Ayam golek tu memang kegemaran anak-anak saya, malah ibubapa saya kalau datang pun akan oder ayam golek. Nanti saya akan berikan gambar dan resepinya. Sama je seperti saya buat untuk lauk penggantin. Di tambah dekat dengan Hari Raya ni, pasti ramai yang nak buat rumah terbuka nanti, bolehlah buat ayam golek/panggang untuk tetamu anda. Alamak! kamera saya pulak rosak. Camna nak ambil gambar? Nantilah saya cuba guna anak saya punya handphone(sebenarnya tak berapa suka guna handphone). Tengoklah anak-anak sekarang ni, emak bapanya tak pakai handphone canggih-canggih. Dia orang dah pakai dulu. Banyak betul duit diorangkan. Sanggup kumpul duit untuk beli apa yang di hajat. Saya memang tak pernah beri duit untuk benda-benda macam tu. Tapi dia orang usaha sendiri. Nak di larangpun duit mereka sendiri. Itulah anak-anak zaman teknologi ni. Dah puas cakap dengan mereka, simpan duit bukannya membazir dengan membeli benda yang tak perlu. Tapi mereka tak ikut/dengar cakap saya. Apa nak buat lagi? Ada sape-sape boleh tolong bagi idea macamana nak nasihakan anak-anak?
Nak tau macammana diaorang dapat/simpan duit? Dia orang selalu tolong kawan-kawan beli barang dan topup handphone. Jadi minta upahlah bila tolong. Sebab kebanyakkan mereka duduk di asrama tapi anak saya tak. Hari-hari hantar dan jemput bila sekolah. Bila balik kampung rajin tolong nenek mereka potong rumput sekeliling rumah. Dapatlah upah. Bila saya minta tolong susah nak buat sebab tak dapat upah. Sesekali jumpa pak cik dan mak cik mereka yang banyak duit dapat juga saguhati(duit). Maklumlah masih sekolah walaupun dah macam orang bujang.
Saya sebenarnya bagi duit belanja untuk dia orang buat masa sekarang ni RM1.00 aje untuk satu hari. Jangan terperanjat, duit makan kat sekolah saya dah bayar sebulan sekali. Sebab dia orang sekolah sampai petang(Maahad Tahfiz memang kebiasannya macam tu) jadi dah di sediakan makanan untuk mereka. Sesekali abahnya tambah juga duit belanja tanpa pengetahuan saya, tapi anak-anak saya beritahu. Saya memang tegas sikit berbanding suami. Tapi mereka lebih takut suami saya daripada saya.
Anak-anak yang dah sekolah menengah ni sebenarnya kena denda sebab dia orang dah pandai cuba merokok. Dari tahun lepas lagi saya beri dia orang belanja RM1.00. Sebab tak nak dia orang guna duit untuk beli rokok. Saya adalah antara orang-orang yang beruntung, sebab baru belajar nak merokok dah ada tukang report. Itulah bagusnya kita bermasyarakat dengan jiran tetangga, selalu mengikuti aktiviti taman dan surau. Jadi anak-anak kita pun dia orang kenal dan apa-apa yang tak elok dia orang buat ada yang beritahu. Alhamdulillah. Dan sekarang ni dia orang dah tak buat lagi katanya dan saya terus memantau anak-anak saya. Harap-harap begitulah.
Itulah saya katakan bukan senang nak jadi ibumithali ni. Mereka(dua orang anak lelaki yang sekarang umur 14 dan 15 tahun) dah saya didik dari umur 6/7 tahun bersembahyang setiap hari. Jarang tinggal sembahyang walaupun waktu subuh saya tetap kejutkan. Kalau susah nak bangun saya percikkan sedikit air di mata mereka, cepatlah mereka bangun. Waktu umur mereka 11/12 tahun setiap hari sebelum ke sekolah saya tunggu dan suruh mereka baca surah At-Talaaq untuk pertahanan dan memudahkan/menerangkan hati untuk menuntut ilmu. Cuma sekarang saya dah tak buat macam tu sebab di sekolah mereka hari-hari baca Quran. Setiap hari waktu solat lima waktu saya tak lupa mendoakan mereka dengan menyebut nama mereka satu persatu. Saya sendiri selalu buat solat hajat untuk mereka. Tapi masih lagi terpengaruh dengan gejala sosial yang ada di sekitar mereka. Anak saya memang saya tak berikan kebebasan sepenuhnya. Mereka tak boleh keluar rumah melainkan waktu bermain di waktu petang dari pukul 5.00pm hingga sebelum Maghrib. Sesekali aje dia orang boleh keluar dengan kawan-kawan iaitu waktu hari perayaan. Boleh kira dengan tangan bila diaorang dapat keluar ke Seremban. Dulu memang diaorang rajin ke Surau samada Subuh, Maghrib dan Isyak. Lepas tu saya dah tak benarkan. Sebab ada aduan mengatakan waktu diorang balik dari suraupun sempat menghisap rokok. Sekarang sesekali diaorang pergi juga ke surau tapi tak sekerap dulu. Saya pun dah benarkan mereka pergi ke surau semula, sebab rasanya dah tak buat lagi.
Ibumitahli. Bukan mudah untuk mendapat taraf ibumithali. Perlu banyak berusaha dan berdoa. Semoga suatu hari nanti Allah akan memakbulkan segala hajat dan permintaan kita. Yang pasti kita kena terus berusaha dan berusaha tanpa putus asa dan keluh kesah. Saya sendiri pun kadang-kadang berkeluh kesah tapi saya ni manusia biasa yang tidak kuat iman dan juga mungkin tidak sabar menghadapi dugaan Allah. Tapi saya sentiasa mengharapkan keampunan daripada Allah di atas kesilapan saya selamat ini.
Jika ada sesiapa yang ingin memberikan tips, nasihat dan petuan tentang mendidik anak-anak, boleh hubungi saya atau berikan komen anda.
O.klah, panjang pulak melalutnya, dari cerita merdeka hinggalah cerita anak-anak. Setakat ini dahulu. Wallahu’alam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA DENGAN SEBAIK-BAIKNYA.
Wassalam.
Dari : http://www.ibumithali.com. Penulis – nisha.
Kempen membaca Al-Quran
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Apa khabar semua? Semoga anda sentiasa di dalam lindungan Allah hendaknya.

Bagi saya ni, sentiasa sibuk. Sibuk selalu dengan urusan keluarga, perniagaan dan lain-lain lagi. Di tambah dengan anak saya yang tua bakal menghadapi peperiksaan PMR pada bulan Oktober ni, tinggal sebulan lebih lagi, kerana kena sentiasa monitor dia. Anak lelaki ni memang susah sikit untuk mendidiknya. Terpaksa dan sentiasa perlu di ingatkan. Tak taulah apa nak buat lagi. Nampak relaks je. Kita pula yang lebih risau dari dia yang bakal menghadapinya. Kalau masa UPSR dulu kita boleh tunggu dan ajar dia tapi sekarang lain sikit. Kadang-kadang bila kita suruh baca buku, dia buat deg je. Bila di tunggu semasa belajar, dia ajak kita berborak.
Hai! ontahlah, comno nak buek?. Dah bosar panjang, nak di marah selalu kang kok boring pula dengar dan takut dia tak suka duduk rumah pulak. Tapi bila duduk rumah asyik tengok tv je. Tambahan pula cuti sekolah ni. Tak de lainlah asyik tengok tv je, sms atau menghadap pc. Memang susah sikit anak lelaki ni. Kalau dengar cerita kakak ipar saya tentang anak perempuan mereka, macam mana mereka belajar tahun lepas, dengarnya senang je. Tak perlu di ingatkan bila nak belajar. Malah kena tahan pulak jangan belajar terlalu teruk sampai tak tidur malam/tidur sikit je. Tak heranlah mereka boleh dapat 8A dan 7A. Tapi anak saya ni entahlah. Susah nak cakap tapi tak taulah mereka ni kadang-kadang cara belajar berbeza sikit. Harap-harap begitulah walaupun tak nampak ketara belajarnya tapi saya mengharapkan dia berjaya juga seperti sepupunya yang lain. Saya hanya mampu berdoa dan bersolat hajat untuknya dan ditambahkan dengan bacaan Al-quran yang saya amalkan selalu dan hadiahkan kepadanya. Semoga dia berjaya akhirnya. Amin, amin, ya Robbil alamin.
Menyentuh tentang membacar Al-Quran, memang sepatutnya kita amalkan membaca al-Quran setiap hari. Kita yang mengaku sebagai Islam sepatutnya kita bangga dengan al-Quran yang diturunkan untuk rujukan dan panduan kita. Sepatutnya kita membacanya setiap hari. Kalau setiap hari kita boleh membaca akhbar dan memperuntuk 15 minit atau 30 minit menghadap akhbar, majalah, internet atau apa saja perkara yang kita baca setiap hari, takkan tak boleh membaca dan membelek al-Quran sekurang-kurangnya 5 minit untuk setiap hari. Bacalah, beleklah al-Quran untuk kebaikkan kita, keluarga dan umat Islam seluruh. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan darinya. Di tambah pula telah menghampiri bulan puasa ni, salah satu cara kita membuat persediaan untuk bulan puasa ialah dengan memperbanyakkan membaca al-Quran semoga Allah memberikan pahala yang penuh untuk ibadah puasa Ramadhan kita nanti.
Memang sesuatu yang baik tu susah nak kita buat. Al-maklumlah terlalu banyak halangannya terutama dari diri sendiri. Kerana di sekeliling kita ni terlalu banyak iblis-iblis. Cuma kita tak boleh nampak. Di dalam darah kita juga tempat laluan iblis jadi memang amat susah, kerana dia telah menjadi darah daging kita. Tapi untuk kebaikan kita kena lawan dan akhirnya pasti kita berjaya. Anggaplah kita sedang berjihad melawan iblis-iblis yang berada di sekeliling kita. Lihat saje anak saya, walaupun mereka bersekolah di maahad tahfiz, hari-hari baca Quran tapi perangai merekapun masih tak berubah. Masih kena ingatkan, tanya dan suruh bila nak sembahyang. Subuh tetap kena kejutkan, kalau tak kejutkan tak sembahyang. Isyak selalu tinggal sembahyang kalau tak pergi ke Surau atau kalau tak saya ingatkan. Bukan senang nak melahirkan anak-anak yang baik/soleh ni. Kena terus berusaha tanpa rasa putus asa. Harap-harap saya tak mengalah dengan kerenah anak-anak saya ni.
Sambung balik tentang baca Quran tadi. Semoga kita akan berterusan membaca mukjizat Allah ini, walaupun bukan di bulan puasa. Bacalah al-Quran sepanjang masa atau setiap hari. Amalkannya, ia pasti akan membawa kebaikan dan perubahan pada diri dan keluarga anda. Tapi janganlah mengharapkan perubahan yang drastik. Sama juga kita makan ubat takkan sekali makan dah baik begitu juga Al-Quran. Begitu juga kebanyakan para wanita ni, semuanya nak cantik(tak salahkan? memang Allah suka sesuatu yang cantik dan bersih, saya tak sempat dan tak ingat firman Allah tapi memang ada, nanti kalau jumpa saya masukkan dalam mutiara kata kerana memang itulah naluri wanita), macam-macam makanan kesihatan dan peralatan(tapi jangan buat benda yang di larang/yang tak di sukai Allah seperti botox dll) yang digunakan tapi rasanya sekali buat atau sekali makan takkan dah nampak cantik, itu sesuatu yang mustahil. Biasanya kena sentiasa amalkan dan istiqamah barulah mendapat hasilnya. Begitulah juga dengan membaca Al-Quran.

Oklah setakat ini saje dulu. Selamat menghadapi bulan Ramadhan yang mulia yang bakal menjelang tiba. Semoga anda semua menghadapinya dengan penuh keseronokkan dan ketabahan. Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Dari : http://www.ibumithali.com. Penulis – nisha.
Sibuk ke menyibuk?
Assalamualaikum semua,
Apa khabar? Semoga semuanya di dalam rahmat Allah hendaknya.
Dah lama saya tak menjenguk blog ini. Masih belum dapat di siapkan sepenuh. Masih ada lagi yang perlu di perbaharui dan diperbetulkan lagi sebelum dapat di buka dan di perkenalkan kepada umum. Al-maklumlah saya pun bukannya pakar di dalam membuat blog ni, hanya cuba-cuba buat sendiri setelah membeli ebook Kitblogger dari Smartzul. Harap-harap sebelum puasa saya dah boleh melancarkan blog ini. Namun demikian waktu begitu suntuk rasanya. Dua ke tiga minggu lagi akan menjelma bulan puasa yang mulia yang amat-amat di nantikan oleh umat Islam semua. Itulah juga target yang saya berikan pada blog ini. Tak taulah boleh siap ke tidak kerana di minggu terakhir ini banyak pula perkara-perkara yang tak di duga dan tak di rancang datang. Kenduri perkahwianan anak jiran yang telah di berikan tugasan dan juga perkara yang tak saya jangka(berjaya masuk final piala Seri Endon).
Memang amat sibuk rasanya di masa ini. Tak taulah sibuk ke, atau suka menyibuk. S abtu ini(16.08.08) merupakan hari kenduri kepada anak jiran saya iaitu kak Som. Terpaksalah menolong jiran menyiapkan keperluan perkahwinan anaknya. Memanglah jiran saya ni mintak tolong menyediakan set makan beradap untuk pengantin, walaupun pada peringkat permulaannya saya menolak. Tapi kesian pulak kat kakak ni dah hampir merajuk dengan saya, sebab menolak permintaannya. Susah betul nak jaga hati jiran ni. Sebenarnya saya tak pernah melakukannya seorang diri cuma sebelum ni saya suka menolong mereka-mereka yang ingin membuat makanan pengantin. Tapi jiran punya pasal terpaksalah saya terima walaupun sebenarnya di dalam Islam perkara ini tak di galakkan. Al-Maklumlah di situ ada unsur-unsur pembaziran(terlalu banyak perhiasan yang akan dibuang akhirnya) dan ingin menunjuk-nunjuk terutamanya pada pembuat set makan beradap tersebut(sayalah, siapa lagi). Yalah, segala makanan yang di hias cantik tu di pertontonkan kepada orang ramai, apa lagi kalau ada terdetik di hati ni untuk menunjukkan pada orang yang kita ni pandai memasak atau menghias. Pasti adakan kalau tak banyak sikit. Itulah yang pernah saya katakan, saya ni manusia biasa yang terlalu banyak kelemahannya. Masih lagi ada sifat-sifat yang ingin menunjuk-nunjuk. Memang susah nak mengubahnya, walaupun dah berjanji pada diri sendiri tak nak buat lagi tapi bila jiran minta tolong dah serba salah rasanya dan ikutkan juga kehendak jiran. Di sinilah adanya unsur-unsur belitan Iblis. Kalau nak tau macam mana iblis membelit kita belilah buku “Belitan Iblis“.
Di tambah lagi dengan saya ni mengoferkan diri untuk menolong apa-apa yang patut untuk bilik pengantin anaknya. Apa lagi akak ni minta tolong gubahkan bunga dan oter sikit langsir dia yang simple biar nampak berseri sikit. Kan dah bertambah kerja , orang tak suruh kita pulak yang mengoferkan diri. Itulah menyibuk namanya. Tapi memang inilah bidang saya, memang suka menghias samada bilik ke, rumah ke, makanan ke. Dulu masa saya tak sibuk dengan web site memang rajin jemput jiran-jiran datang ke rumah untuk makan-makan sambil baca yasin ke, doa selamat ke atau membuat program agama kat rumah. Tapi sekarang ni dah jarang. Dan perkara yang saya minat nilah saya ingin menjadikan ia sumber pendapatan saya. Kat internet je tapi dengan jiran tolong je, tak de nak mintak upah. Nantilah bila keadaan dan masa mengizinkan saya akan cuba membuat ebook tentang resepi masakan, video cara menjahit langsir atau mengubah bunga. Mungkin berbayar atau free je. Nantilah saya fikirkan, samada boleh ke tak boleh. Ebook yang telah di rancang pun belum siap, ni nak tambah lagi yang lain. Entah bila abadnya boleh siap. Nilah masalahnya semua nak buat, tapi akhirnya semua tak menjadi, semuanya sekerat jalan. Siapa yang rugi? Sendiri mau ingatlah.
O.klah setakat ini saje dulu. Nanti kalau dah selesai semua majlis tersebut bolehlah saya masukkan segala gambar dan resepi untuk masakan pengantin tersebut. Di tambah pula sekarang ni musim orang kawin dan bulan Ramadhan(puasa) dan Syawal yang bakal menjelma. Bulan yang banyak kita menjamu orang. Tentu ramai orang yang ingin tau dan nak cuba buat. Kalau kita nak mengelakkan unsur-unsur riak atau menunjuk-nunjuk tu kata ustazah saya(Ustazah Ruzaimah), kena buat bukan setakat untuk pengantin aje, tapi kena buat untuk keluarga terutama bagi sang isteri kena buat untuk suami macam kita buat untuk pengantin juga. Para ibu juga sesekali boleh buatkan untuk anak-anak dan suami serta ahli keluarga yang lain(ibubapa kita ke). Dan paling bagus lagi sajikan makanan yang cantik dan enak untuk guru kita. Semoga kita mendapat kerberkatan. Dan sayur-sayuran untuk hiasan tu jangan di buang begitu saje. Gunakan selepas ia di gunakan, untuk masakan yang lain pula. Kan boleh mengelakkan pembaziran. Betul tak? Ingat! membazir itu saudara Syaitan.
Eh! panjang pulak lagi ceritanya. Oklah setakat ini saje dulu. Pasal piala seri Endon akan saya ceritakan kemudian. Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Dari : http://www.ibumithali.com. Penulis – nisha.
Lelaki oh Lelaki
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Apa khabar semua. Saya harap anda semua di dalam lindungan Allah.
Sememangnya blog ini banyak menceritakan tentang wanita. Sesuai dengan namanya ibumithali.com. Namun demikian saya tidak sesekali ingin membelakang para kaum Adam. Kerana sesungguhnya kaum Adam itu ketua bagi wanita. Memang tidak boleh di nafikan lagi, kerana ia telah tercatit di dalam Al-Quran. Dengan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk membuka satu ruang khas untuk kaum lelaki. Untuk mengambil hati kaum lelaki juga supaya mereka ingin mengunjungi blog ini. Sekurang-kurangnya dapat juga beri sedikit komen dan pandangan kepada saya dan pembaca yang lain. Maklumlah kaum wanita ni banyak juga kelemahannya dan memerlukan kaum lelaki untuk menambahkan kekuatan dalam pelbagai sudut. Satu ruang yang saya namakan Lelaki oh Lelaki. Bagi pengunjung blog ini, anda boleh menyumbangkan artikle mengenai lelaki samada yang baik ataupun kurang baik. Bolehlah sama-sama kita mengambil ikhtibar dari cerita-cerita ini dan memilih yang mana patut di jadikan tauladan dan yang mana patut di jadikan sempadan.
O.k, bolehkan?
Di kesempatan ini juga saya ingin membawa anda satu info yang amat berguna pada kita. Tunggu!!! Kalau ikutkan saya memanglah pada mulanya nak ceritakan tentang kebaikan suami saya iaitu seorang lelaki yang paling rapat dengan saya. Tapi bila di fikirkan semula tak apalah, kemudian-kemudianlah. Nanti mencebik bibir atau nak termuntah pulak yang membacanya. Saya tak naklah menjadikan blog ini blog yang banyak berkisar tentang keluarga saya, jadi blog peribadi pulak. Memanglah kita ni terutama para isteri dan ibu, yang paling dia nampak samada baik atau buruk ialah orang-orang yang hampir dengannya. Samada suami, anak-anak, bapa atau adik lelakinya. Tapi ada juga diantara kita ni, asyik puji dan banggakan kaum kerabatnya aje. Macammana buruk sekalipun pandangan orang lain tentang kaum kerabatnya tapi bila cerita dengan orang memang bagus-bagus, hebat-hebat je ceritanya. Anak dialah yang paling baik, paling pandai, bergaji besar, kawin/kawan dengan anak datuk/raja ke dan entah apa-apa lagi. Ya! masuk bakul angkat sendiri.
Melalui pengalaman saya mengenali seorang ibu kepada anak lelaki yang bermasalah, sungguh heran rasanya. Tak taulah apakah itu naluri seorang ibu, itukah sifat seorang ibu atau itukah kelebihan dan kekurangan seorang ibu. Seorang ibu yang masih memuji anaknya, walaupun dah terbukti seorang penagih dadah, pengedar dadah, keluar masuk penjara. Satu kampung dah tau tapi masih mempertahankan anaknya, masih memuji anaknya walaupun dia macam tu tapi dia ni… ni… Entahlah mungkin saya tidak mengalami lagi keadaan macam itu(harap-harap Allah tidak izinkan perkara itu berlaku pada saya). Itulah saya rasa kehebatan seorang ibu, walaupun tiada orang yang menyukai dan mempercayai anak tersebut tetapi sang ibu masih lagi sentiasa di sisinya. Tapi malang sekali sang anak tidak pernah menghargai apa yang ibunya lakukan pada dia. Jika dia menghargainya pasti dia takkan melakukan lagi dan mengulanginya berkali-kali. Kalau dia menyedari perngorbanan ibunya, sudah pasti takkan mengulangi kesilapan yang sama lagi kerana melihatkan pengorbanan dan kesusahan yang di tanggung ibunya.
Di sinilah saya nampak pendidikan agama itu perlu di terapkan dari awal lagi, dari dalam kandungan lagi. Kalau dah besar remaja atau tua terlalu susah untuk memberi kesedaran kepada mereka-mereka ini. Terlalu banyak perkara-perkara/info yang tidak betul memasuki fikiran mereka terlebih dahulu menyebabkan perkara yang baik itu tidak boleh/susah menubusi/diterima dan memasuki kotak fikiran mereka. Inikah balasannya di atas pendidikan agama yang tidak di berikan oleh ibubapanya atau dugaan/ujian dari Allah?
Kalau menurut kata Ustazah saya(Ustazah Salbiah Omar). Terlalu sedikit orang yang mendapat/diberi ujian oleh Allah, kebanyakannya adalah balasan di atas perbuatannya yang dahulu. Seperti juga kata-kata di dalam ayat Al-Quran ini “ Yang demikian itu adalah di sebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri dan bahawasanya Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-hambanya” (Ali-Imran 3:182).
Di antara orang yang benar-benar di uji oleh Allah ialah nabi-nabi kita terutamanya nabi Muhammad s.a.w kerana telah terbukti dia seorang yang amat baik dan mulia dari awal kehidupannya hingga keakhirnya. Bagi saya, orang yang benar-benar di uji oleh Allah ialah orang yang sememangnya baik(tidak melakukan dosa-dosa besar) dari kecil hingga ke akhir hayatnya. Kalau orang macam saya ni menghadapi masalah sudah pastilah bukannya ujian Allah tetapi balasan/bala yang Allah turunkan untuk saya. Tapi tak apa, saya redha dan cuba terima kerana saya mengharapkan dengan balasan ini Allah akan menghapuskan dosa-dosa saya yang lalu. Itupun kalau saya dapat selesaikan/menghadapinya dengan jalan yang betul dan diredhai Allah.
Antara orang lain yang di berikan ujian oleh Allah ialah para pejuang Islam seperti Sheikh Ahmad Yasin. Inilah yang ingin saya paparkan ceritanya. Memang hebat lelaki ini. Saya amat mengkagumi dengan mutiara ini yang telah gugur syahid. Walaupun matanya tidak bersinar seperti mutiara(matanya buta sebelah dan sebelah lagi hampir buta) tetapi hati bersinar bak mutiara. Dari kejauhan(dalam penjara) lagi sinarnya terpancar keseluruh dunia Islam. Sinaran mutiaranya telah terpancar seantero dunia menyebabkan umat Islam mengkagumi kata-kata beliau dan pengikutnya amat patut dan taat pada beliau manakala musuh-musuh Islam(Yahudi) amat silau dengan pancaran sinar mutiara ini. Hinggakan menakutkan musuh-musuh beliau kerana sinarannya menyebabkan agenda mereka tidak dapat bergerak bebas dan tersekat-sekat.

Itulah dia Sheikh Ahmad Yasin pemimpin Hamas yang telah mati syahid yang paling terkenal dan di geruni oleh musuh-musuhnya. Walaupun buta sebelah matanya akibat kecedaraan masa remajanya, telah masuk dan keluar penjara banyak kali tetapi tetap dengan pendiriannya membela nasib rakyat Palastine. Telah di siksa di dalam penjara sehingga menyebabkan badannya lumpuh, tangannya tidak boleh menulis dan kata-kata sudah tidak kuat, sudah tidak boleh mengegarkan pentas-pentas pidatonya/ceramahnya seperti zaman muda tetapi pihak musuh tetap takut dan gerun dengannya. Cubaan membunuhnya telah di lakukan berkali-kali dan tidak berjaya dan akhirnya si tua yang lumpuh ini hanya berjaya di tumpaskan dengan menggunakan helikopter Apache dan jet pejuang F16(tidak seperti helikopter biasa yang boleh di dengar bunyinya dari jauh lagi) yang tiada sebarang bunyi dan gegaran akan kedatangannya. Kegerunan mereka seolah menghadapi musuh yang sungguh ramai dan kuat di medan pertempuran hinggakan menggunakan alat yang paling cangih untuk menumpasnya. Hebat.. hebat, sungguh hebat lelaki ini. Lelaki oh lelaki ini memang saya kagumi. Alangkah bagusnya jika ada anak-anak juga mempunyai sikap sedemikian rupa.

Di sinipun telah kita nampak betapa mulianya manusia ini di sisi Allah. Seorang yang tidak berdaya dari fizikalnya masih tidak boleh di hapuskan dengan senang oleh musuhnya. Masih memerlukan kekuatan yang begitu canggih baru boleh menghapuskannya. Mati syahid selepas waktu subuh diiringi oleh anak dan menantu bersama pengikut yang lain semasa balik ke rumah. Hanya boleh bergerak jika kerusi rodanya di tolak oleh orang lain tetapi amat di takuti dan di geruni oleh pihak musuhnya. Mati syahid, itulah cita-citanya. Dia pernah berkata, samada berjaya di dalam berjuangan atau mati syahid akhirnya. Syahid itulah yang diberikan oleh Allah untuknya. Sememang layak ia menerimanya kerana pengorbanan amat tinggi untuk Allah dan Islam. Sebaik-baik tempat telah dia dapat di alam akhirat. Seperti firman Allah “Sesungguhnya Allah membeli daripada orang-orang yang beriman diri-diri mereka dan harga mereka dengan (bayaran) bagi mereka syurga, (dengan syarat) mereka berperang pada jalan Allah, mereka membunuh dan di bunuh…..:) Surah At-Taubah ayat 111. Berbahagialah engkau di sana. Tidak perlu lagi dihisab akan perbuatannya di dunia ini. Lelaki oh lelaki ini telah berjaya menjadi antara orang yang paling disayangi dan dikasihi Allah. Amin-amin ya Robbil alamin. Akan di sambung ceritanya di masa-masa akan datang.

INILAH PEJUANG ISLAM YANG SEJATI. LIHATLAH GAMBARNYA, MATI DI DALAM KEADAAN TENANG DAN KELIHATAN TERSENYUM WALAUPUN OTAKNNYA TERKELUAR DARI TENKORAKNYA. TELAHPUN MATI SYAHID DAN SUNGGUH BERBAHAGIA DI ALAM BARUNYA.
“Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia”. – Salahuddin Al Ayubi
Setakat di sini dulu. Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Dari : http://www.ibumithali.com. Penulis – nisha.
Sirah Rasullullah 2.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Bersambung semula dalam bahagian Sirah Rasullullah,
PERSONALITI DAN PERWATAKAN.
Kata ummu Ma’bad: “Aku melihat seorang lelaki yang tampan dan menarik. Mukanya cerah dan tingkah lakunya amat menarik. Badannya tidak terlalu kurus dan tidak pula terlalu gemuk, tetapi tampan dan mempunyai susuk tubuh yang seimbang. Matanya berwarna hitam dan bulu matanya panjang. Suaranya kuat tetapi tidak keras. Anak matanya sangat hitam dan bola matanya sangat putih. Alisnya tidak terlalu terpisah dan tidak pula bercantum di antara kedua-duanya, tetapi di pisahkan oleh rerambut yang halus. Hujung bulu matanya tajam. Rambutnya berwarna hitam pekat, janggutnya lebat dan leheernya jinjang”.
Apabila diam dia tenang dan apabila bercakap suaranya bergema seakan-akan memenuhi kawasan di sekeliling. Ucapanya seperti aliran rangkaian mutiara, lembut dan jelas. Dia tidak pendiam dan tidak pula bercakap banyak. Jika di dengar dari jarak yang jauh, suaranya lantang tetapi sedap di dengar dan jika di dengar dari jarak dekat suaranya lembut dan lunak.”
Dia sederhana tinggi, tidak terlalu tinggi sehingga kelihatan tidak menarik, tidak pula terlalu rendah sehingga kelihatan hodoh. Dia memberi kegembiraan kepada sahabat-sahabatnya dan mendapat penghormatan serta penghargaan yang tinggi daripada mereka. Para pengikutnya sentiasa menggelilinginya dan mendengar kata-katanya dengan teliti serta melaksanakan perintahnya dengan secepat yang mungkin. Dia di beri layanan dengan penih khidmat dan di kasihi, dia bukan pemarah dan tidak bersifat kasar.” Itulah dia Nabi kita Muhammad s.a.w.
Setakat di sini dulu. Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Sumber rujukan sirah Rasullallah – Ensiklopedia Sirah terbitan Dewan Bahasa & Pustaka, Kuliah-kuliah Agama, Buku Sirah lain yang ada di Malaysia.
Wassalam.
Dari : http://www.ibumithali.com. Penulis – nisha.
Tips – Kurus dan cantik/menarik
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar semua? Semoga semuanya di dalam lindungan Allah,
Kurus? Semua orang mahu kurus dan cantik/menarikkan? Terutama untuk para wanita muslimah, para ibu tentu juga mahu kurus. Tetapi paling utama bukanya kurus, yang lebih utama kesihatan yang baik, terutama para ibu di zaman sekarang ini. Para wanita dan ibu memerlukan kesihatan dan badan yang sihat supaya boleh menjalankan tugas dan tanggunjawab dengan sempurna.
Jadi yang paling utama tukarkan niat kita supaya untuk jadi sihat dan bertenaga kerana Allah Taala. Dengan kesihatan yang baik jadi bolehlah kita mengikut dan mengamalkan apa yang telah Allah suruh dan beritahu di dalam Al-Quran. Anda pasti akan mendapat kecantikan/kelihatan menarik dan kurus di akhirnya. Kemudian ikutilah segala sunnah yang telah nabi kita Muhammad s.a.w lakukan. Ikuti langkah di bawah ini.
- Bersarapan. Makan buah tamar untuk sarapan pagi bersama susu(yang segar lagi bagus) dan kalau tak ada gantikanlah dengan buah-buahan segar lain. Paling bagus tambah madu pada susu tersebut.
- Makan tengahari. Makan makanan yang lebih berat seperti nasi, roti dll bersama dengan buahan dan sayur-sayuran segar. Sebelum makan, sebaiknya letakkan jari anda di atas garam dan masukkan ke dalam mulut anda dan biarkan ia sehingga hilang rasa garamnya. Buah hendaklah di makan dahulu baru makanan yang lebih berat. Pastikan jangan minum sebelum makan dan selepas makan. Selepas 1/2 jam samada selepas makan atau sebelum makan boleh minum air. Dan pastikan makan apabila lapar dan berhenti sebelum rasa kenyang.
- Makan Malam sebelum waktu Maghrib dan amalkan seperti makan tengahari di atas.
- Makan tamar atau buah-buahan segar bersama susu segar sebaiknya sebelum tidur.
- Amalkan puasa sunat Isnin, Khamis dan lain puasa sunat tapi jangan ada niat puasa kerana nak kurus kerana anda pastikan tidak akan mendapat ganjaran pahala puasa dari Allah. Yang dapat mungkin kurus jelah.
Mengikut kata ustazah saya(Ustazah Salbiah Omar), memang tidak elok minum semasa makan(lainlah kalau tercekik) kerana ia mengganggu proses penghadaman. Manakala kebaikan, 1/2 jam di bolehkan minum sebelum dan selepas makan, ia dapat mengelakkan segala penyakit yang bermula dari perut. Banyak penyakit yang bermula dari perut antaranya gastrik, barah dll. Dari kajian sains tentang pemakanan pun begitu. Lihat, hebatkan, sunah nabi kita. Apa saje yang di lakukan dan kita pula mengikutinya pasti mendapat kebaikan.
Manakala garam ialah untuk menutralkan segala asid yang ada di dalam mulut kita, dengan itu mengurangkan dan mengelakkan penyakit yang tak sepatutnya ada.
Manakala madu lebah semua orang dah sedia maklum apa kegunaan. Telah di perkatakan seantero dunia.
Amalkan amalan sunnah yang telah di ajar oleh nabi kita dan telah di amalkan oleh umatnya serta juga yang telah di beritahu oleh alim-ulama, ustaz, ustazah kita. Hendaklah kita sebagai umat Islam yakin dan percayakan pada amalan tersebut kerana sabda rasullullah lebih kurang begini bunyinya “Barang siapa yang mengamalkan dan tidak meninggalkan al-Quran dan Hadith/sunahku, nescaya ia tidak akan sesat”. Sesiapa yang tidak mahu mengamalkannya, tidak mengapa tetapi jangan sesekali memperlekehkannya kerana ia bermakna memperlekehkan apa yang nabi kita amalkannya. Jangan sesekali berbuat demikian(memperlekehkan amalan nabi kita) jika kita ingin mendapat syafaat dari rasullallah di akhirat kelak.
Amalkanlah dan anda pasti akan mendapat kesihatan yang baik. Lakukan berterusan bukannya sekali-kali je. Barulah kita mendapat hasil yang memuaskan. Seperti kata Allah atau nabi s.a.w (saya tak berapa ingat tapi ada tersiar di dalam radio IKIM FM) “Amalan yang paling di terima oleh Allah ialah amalan yang berterusan biarpun sedikit”. Jadi cubalah dan sama-samalah kita amalkannya. Amin-amin ya robbil alamin.
Setakat di sini dulu. Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Dari : http://www.ibumithali.com. Penulis – nisha.










.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.
