Archive for July, 2008

Mutiara Kata 2

Dari al-Hasan bin Ali r.a katanya :
“Orang yang murah hati ialah orang yang suka menderma dengan sesuatu kebaikan sebelum diminta. Suka memberi makan di mana-mana tempat saja. Sentiasa belas kasihan terhadap peminta-peminta sedekah dengan membelanjakan apa saja yang ada pada dirinya”.
Dari buku BIMBINGAN MUKMININ,
terjemahan Syed Ahmad Semait,
Pustaka Nasional, Singapura.

Dari Abdullah bin Ja’far pula berkata:
“Tebarkan kebaikan itu di mana-mana saja laksana langit menghujani bumi. Andaikata kebaikanmu itu sampai kepada orang-orang yang mulia hatinya, maka sudah sememangnya mereka itu ahli yang patut menerima kebaikan-kebaikan itu. Tetapi kiranya kebaikanmu itu sampai ke tangan orang-orang yang rendah budinya, maka cukuplah anda menjadi ahli yang suka menebarkan kebaikan itu”.
Dari buku BIMBINGAN MUKMININ,
terjemahan Syed Ahmad Semait,
Pustaka Nasional, Singapura.

Rangkai syair dari Imam Syafi’i
Wahai hati,
yang tergopoh-gapah!
Atas harga yang kan kudermakan
terhadap manusia melarat,
Manusia perwira dan terhormat,
Keuzuranku kepadamu yang
datang meminta,
Aku tak punya,
Itulah salahnya
yang ada pada diriku.
Dari buku BIMBINGAN MUKMININ,
terjemahan Syed Ahmad Semait,
Pustaka Nasional, Singapura.

Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud,
“Tidak akan memasuki syurga sesiapa yang terdapat di dalam hatinya sebesar atom dari kesombongan. Maka berkata seorang lelaki: Seseorang kami mahu melihat pakaiannya bagus dan kasutnya bagus. Kata Nabi: Sesungguhnya Allah itu Elok suka kepada semua yang elok. Sombong itu ialah menolak kebenaran dan menghinakan manusia.”
Riwayat Muslim

Imam Syafi’i pernah berkata di dalam syairnya :
Biarkan orang yang jika menemuimu pura-pura beribadat dan bila bersendirian tak ubah dia serigala yang mengganas.

Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud,
“Satu dinar yang engkau belanjakannya pada jalan Allah dan satu dinar lagi yang engkau belanjakannya pada memerdekakan hamba sahaya dan satu dinar lagi yang engkau belanjakannya kerana bersedekah dan satu dinar lagi yang engkau belanjakannya kepada anak isterimu, yang paling utama ialah dinar yang engkau belanjakannya kepada anak isterimu itu!”
Riwayat Muslim

Setakat di sini dulu. Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri. Akan di sambung kemudian.

Ada sesiapa yang ingin menyumbangkan mutiara kata yang baik-baik? Di persilakan menghantar mutiara kata anda kepada saya melalui contact form di bawah.

Dari : http://www.hijab-batik.com.

Wassalam.

Malam Pertama

MALAM PERTAMA

Segala puji bagi Allah, Dzat yang telah menciptakan langit dan bumi, menciptakan kegelapan dan cahaya. Namun orang-orang yang kafir mempersekutukan (sesuatu) dengan Tuhan mereka.

Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan langit dan bumi, menciptakan malaikat sebagai utusanNya. Malaikat yang memiliki sayap dua hingga empat. Allah Maha Kuasa untuk menambahkan sesuatu yang Ia kehendaki pada hambaNya, kerana Ia Maha Kuasa untuk melakukan segala apapun.

Aku bersaksi, tidak ada ilah yang berhak di sembah selain Allah saja. Tiada sekutu bagiNya. Aku juga bersaksi, bahawa Muhammad adalah hamba dan rasulNya. Di utus oleh Rabbnya sebagai pemberi petunjuk, khabar gembira dan peringatan, serta penyeru kepada Allah dengan izinNya, sebagai penyuluh yang terang. Ia telah menyampaikan risalah, menunaikan amanah, menasihati ummah dan berjihad di jalan Allah hingga akhir hayat. Semoga shalawat dan salam terlimpah kepada dirinya, keluarga dan para sahabatnya.

Kutinggalkan tempat tidurku pada suatu hari, kemudian kutersekap diam membisu.
Kubur adalah malam pertama.
Demi Allah, katakanlah apa yang terjadi dengan dua malam, yang Allah pasti mentakdirkannya pada setiap hamba?

Malam pertama ia masih berada di rumah. Bersama anak dan keluarga lainnya dalam keadaan bahagia penuh keceriaan. Hidup dalam kesenangan dan kesihatan yang terjamin. Tertawa melihat tingkah laku anak-anaknya yang lucu, demikian pula ia di tertawakan oleh anak-anaknya.

Lalu tiba-tiba di sergah oleh malam kedua. Malam saat ia di jemput oleh kematian, untuk kemudian di kubur dalam lahat.

Malam kedua itu adalah malam pertama ia berada di alam kubur. Seorang penyair Arab pernah melantunkan syairnya,

“Kutinggalkan tempat tidurku pada suatu hari, kemudian ketersekap diam membisu.
Aku telah berpindah dari satu tempat menuju tempat lain.
Aku berangkat pergi dari ranjang tidur dalam istanaku menuju alam lain.
Apa gerangan yang mendatangiku saat tidur?”

Itulah peristiwa yang menempatkan manusia pada liang lahat. Sendiri di cekam sunyi. Tak ada isteri, anak atau sahabat karib. yang ada hanya amal.

Ayat yang bermaksud,

“Hari, saat mereka di kembalikan kepada Allah-sebagai Tuhan mereka yang haq-. Ketahuilah, milik Allah lah segala keputusan dan Dia adakah Dzat yang Maha Cepat HisabNya.” (Al-An’am: 62).

Inilah malam pertama di alam kubur, yang membuat mata ulama sembab oleh tangis. Menjadi keluhan para orang-orang bijak. Menjadi inspirasi para penyair dan penulis dalam menghasilkan syair dan menulis buku.

Di kisahkan, seseorang yang di kenal sebagai pria shaleh, sedang dalam kondisi sakaratul maut kerana di gigit ular berbisa. Waktu itu ia sedang dalam sebuat perjalanan dan lupa meninggalkan pesan kepada keluarganya. Dalam detik-detik terakhir menuju perpindahannya ke alam baka itulah ia menghasilkan sebuat syair,

Cahaya berkilau memancar,
Saat aku di tinggal paksa.
Disebabkan ular jahat yang menipu.
Mereka berkata, “jangan menjauh”, padahal tak ada tempat selain lahat ini.
Mereka berkata,”Mengapa begitu cepat aku meninggalkan anak-anakku”
Mengapa aku pergi, padahal belum sempat meminta izin kepada orangtuaku.
Beginikah akhir sebuah kehidupan…? Beginikah caraku pergi meninggalkan dunia?
Beginikah caraku meninggalkan semua harga dan kedudukanku dalam waktu yang begitu singkat?

Ia menceritakan dirinya,

Para sahabat dan orang-orang yang menguburku berkata, “Jangan menjauh dari Allah.
Bagaimana aku bisa lari, padahal hanya lahat ini ruang yang tersisa bagiku.
Tak ada sesuatu yang lebih ngeri daripada tempat kembali yang satu ini.
Tak ada ruang yang lebih gulita daripada kubur ini.
Apakah setiap orang mampu memayangkan semua ini?

Ayat yang bermaksud:

Sampai ketika maut mendatangi salah seorang dari mereka, ia berkata,”Duhai Rabbku, kembalikan aku(kedunia) agar aku berbuat amal yang saleh terhada yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang di ucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka di bangkitkan”

(al- Mukminun : 99-100)

Sekali-kali tidak! Mengapa sekarang kamu baru mengingat hisab? Mengapa baru sekarang kamu bertaubat dan berhenti dari maksiat?

Wahai orang-orang yang berpaling dari masjid, bagaimana dengan solatmu?

Wahai orang yang berpaling dari Al-Quran…wahai orang yang meremehkan hukum Allah…. Wahai mereka yang tenggelam dalam maksiat… Wahai para pemuja gambar yang di haramkan Allah….

Mengapa baru sekarang kalian bertaubat” kemana saja kalian selama ini?

Itulah Malam pertama di alam kubur….

Buku ni tak de hak cipta(boleh di gunakan oleh sesiapa, jadi saya gunakannya)

DARI BUKU MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR
Dr. A’idh Al-Qarni, M.A
Dr. Muhammad bin Abdrahman Al-Uraifi
Syaikh Muhammad Husain Ya’qub

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Dari : http://www.hijab-batik.com.

Wassalam.

Tip dan Petua.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tip dan petua merupakan satu ruang lagi yang memberikan saya dan anda untuk mempermudahkan melaksanakan tugas harian kita terutamanya para ibu dan kaum muslimah sekelian.

Jika ada sebarang tip dan petua yang ingin anda kongsikan bersama dipersilakan menghantar petua anda ke blog ini.  Insyaallah saya akan memaparkan tip dan petua anda.

Setakat di sini dulu.  Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Dari : http://www.ibumithali.com. Penulis – nisha.

Wanita Hebat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua? Semoga semuanya di dalam lindunga Allah,

Wanita Hebat? Ya! Wanita Hebat. Hebatkah Wanita? Apa Pendapat anda?

Bagi saya wanita memang hebat. Hebat dari pelbagai sudut samada yang baik mahupun yang tidak baik. Lihat saje mereka yang ada blog dan web site sendiri. Kebanyakannya hebat-hebat belaka kecuali saya. Apa yang saya tahu setelah saya layari banyak blog, kebanyakan mereka dari latar belankang yang hebat-hebat belaka, mempunyai pendidikan yang tinggi kecuali saya, mempunyai pengalaman yang bagus dan menyeronakkan, berjalan seantero dunia kecuali saya. Mereka mencatatkan dan memaparkan diari perjalanan mereka di dalam blog-blog mereka.

Bagi saya ni tiada apa yang bagus dan menyeronak untuk di paparkan jadi saya terpaksalah paparkan apa yang berlaku dalam kehidupan dan pembacaan saya. Ya! Mungkin akan saya paparkan tentang perjalanan saya balik ke kampung dan menoreh getah di kampung(mungkin boleh di vidoekan sekali macam mana saya menoreh). Hai! jangan tak tahu sekarang ni harga getah mahal. 2 hari menoreh dah boleh dapat RM300 ke RM400. Kalah orang makan gaji tau!. Cuma sangup dan tak sangup je untuk melakukannya. Bagi saya yang tak berapa suka berhadapan dengan orang ramai ni, lebih suka menoreh getah daripada menjual/bergerai di tepi jalan walaupun orang kata saya ni boleh buka kedai makan. Tentu Itu sesuatu yang menyeronakkan dan bolehlah di paparkan di sini kan?

Insyaallah akan saya paparkan suatu hari nanti bukan untuk membanggakan dan di banggakan tetapi untuk memberi semangat kepada anda semua. Kalau saya yang dah berusia dan wanita pula boleh buat takkan anda yang muda belia dan lelaki tak boleh buat? Apamacam saya cabar anda semua. Bolehkan? Samada anda lelaki atau wanita bolehlah berikan artikle anda kepada saya tentang kehebatan anda atau sesiapa saje. Insyaallah saya akan paparkan cerita anda di blog ini.

Dengan itu saya ingin mengadakan satu ruang yang memperkatakan tentang wanita samada yang baik mahupun yang kurang baik. Kalau baik bolehlah kita mencontohi dan mengambil mereka sebagai panduan kita untuk menghadapi hidup ini manakala yang tidak baik bolehlah kita jadikan sempadan supaya tidak seperti mereka. Bagi anda yang mempunyai cerita tentang wanita hebat, boleh lah hubungi saya di ruang Hubungi. Mungkin cerita/artikle anda boleh di siarkan di sini untuk menambah dan merancakkan lagi blog ini.

Di dalam ruang ini, saya memang sudah ada beberapa tokoh yang ingin saya paparkan ceritanya. Samada yang lama ataupun yang baru. Bagi saya yang sudah tua ni(tua ke? atau berusia? yang mana satu ye?) banyak membaca cerita-cerita sejarah dahulu yang memperkatakan tentang wanita samada yang baik atau sebaliknya, rasanya saya akan/banyak memaparkan cerita-cerita sejarah dahulu. Bagi anda yang banyak membaca tentang wanita di zaman sekarang ni bolehlah hantarkan artikle anda kepada saya. Bolehlah kita pelbagaikan cerita/artikle di ruang ini. Antaranya tokoh-tokoh wanita hebat yang ingin saya paparkan ialah:

  1. Siti Hawa – Ibu kepada Manusia
  2. Siti Hajar – Ibu bangsa Arab
  3. Siti Maryam – Si Perawan
  4. Siti Aminah – Ibu Rasulalllah s.a.w
  5. Ratus Balqis
  6. Asia – Permaisuri Firaun(keturunan Bani Israel)
  7. Siti Khadijah Khuwalid – Isteri Rasulallah, Ummu Mukminin
  8. Siti Aisyah binti Abu Bakar – Isteri Rasullallah
  9. Rabi’ah Al-Adawiyah
  10. Az-zahraa’ – Si Jariah yang amat di sayangi Raja
  11. I’timad – Si Jariah di zaman Islam Undulus(Sepanyol)
  12. Heridea (wanita Bani Israel yang kejam)
  13. Liya dan Saffura – Puteri Nabi Syu’aib.
  14. Hendon-pemakan hati manusia.

Semoga kita akan mendapat Iktibar dari cerita-cerita ini nanti.

Setakat di sini dulu. Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Dari : http://www.ibumithali.com. Penulis – nisha.

Mutiara Kata

Firma Allah dari Al-Quran, Hadith Nabi, Kata-Kata dari Ulama yang boleh di jadikan panduan dan pegangan.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Hai anak adam! Sesungguhnya Kami telah turunkan untuk kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan”
(Surah Al-A’raf: 26)

Allah berfirman yang bermaksud:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandanganya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasanya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau purera-putera suami mereka atau saudara-saudara laki-laki mereka atau putera-putera saudara laki-laki mereka atau putera-purera saudara-saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki mereka yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang tidak mengerti aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar di ketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah, hai orang-orang beriman, supaya kamu beruntung.”
(Surah An-Nur: 31)

Sabda Nabi s.a.w
Apakah engkau mempunyai harta? Jawab orang itu: Ya, Tanya Nabi s.a.w. lagi: Harta yang macam mana? Jawab orang itu: Dari macam-macam harta yang diberikan Allah kepadaku. Kata Nabi lagi: Jika DIA telah memberikanmu harta, bukankah bagus sekali ditunjukkan kesan nikmat Allah kepadamu serta kedermawanNYA kepadamu?!”
(Riwayat Nasa’i)
Di atas adalah antara Dalil-Dalil yang membolehkan umat Islam terutamanya wanita muslimah dalam soal berpakaian dan perhiasan. Untuk keterangan yang lebih lanjut sila rujuk Buku Halal dan Haram dalam Islam oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, terjemahan Syed Ahmad Semait. Diterbitkan oleh Pustaka Islamiyah Pte. Ltd. Singapura. (m/s 127 Soal Pakaian dan Perhiasan).
dan
Tafsir Wanita, (m/s 697)”Tentang Menundukkan Pandangan dan tidak Menampakan Perhiasan” oleh Syaikh Imad Zaki Al-Barudi. Di terbitkan oleh Pustaka Al-Kautsar, Indonesia.

Tahukah anda, wahai para muslimah sekelian?
Ibu kepada Rabi’ah Al-Rayi iaitu salah seorang guru Al-Imam Malik, sanggup membelanjakan wang yang di berikan oleh suaminya sebelum pergi berperang(berjihad) sebanyak 30,000 dinar(mungkin 3 juta sekarang) tanpa menggunakan sedikitpun untuk dirinya sendiri dan memberikan semuanya kepada guru-guru anaknya dengan harapan supaya guru-guru tersebut dapat menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap anaknya.

Untuk cerita yang lebih lanjut dapatkan buku “SEORANG IBU…. BUKAN SEBARANG IBU” oleh Muhammad Hasan terjemahan Kamaludin Mustapha, diterbitkan oleh DEWAN PUSTAKA FAJAR, Selangor.

Bagaimana dengan kita? Adakah kita sedemikian atau lebih mengutamakan rumah dan hiasan di dalamnya(langsir ke?), atau kereta yanga cantik dan mewah atau barang kemas sehingga ke siku?

Fikir-fikirkanlah.

Firman Alllah yang bermaksud,
Dan diantara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata dan Allah pula amat belas kasihan akan hamba-hambanya.
(Surah Al-Baqarah:Ayat 207)

Firman Allah yang bermaksud,
……Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan di sempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan di aniaya.
(Surah Al-Anfal: ayat 601)

Firma Allah yang bermaksud,
Katakanlah (wahai Muhammad): ” jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri(atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu ) adalah perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berhijrah untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq(derhaka)”
(Surah At-Taubah: ayat 24)

Rasullallah s.a.w bersabda yang bermaksud :-
“Merendahkan diri itu tiada menambahkan seseorang hamba itu melainkan ketinggian, maka hendaklah kamu merendah diri moga-moga Allah akan meninggikan darjatmu. Dan memberi maaf pula tiada menambahkan seseorang hamba melainkan kemuliaan, maka hendaklah kamu memaafkan, moga-moga Allah akan memuliakan dirimu. Dan sedekah itu tiada akan menjadikan harta itu melainkan bertambah-tambah maka sedekahlah kamu agar Allah akan merahmatimu”
Dari buku BIMBINGAN MUKMININ,
terjemahan Syed Ahmad Semait,
Pustaka Nasional, Singapura.

Setakat di sini dulu. Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri. Akan di sambung kemudian.

Ada sesiapa yang ingin menyumbangkan mutiara kata yang baik-baik? Di persilakan menghantar mutiara kata anda kepada saya melalui contact form di bawah.

Dari : http://www.hijab-batiki.com.

Wassalam.

Rasullallah s.a.w Sebelum Kelahirannya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Terlalu banyak perjalanan hidup orang yang ternama di dunia ini yang kita ketahui dan sangup kita baca untuk motivasi diri kita mungkin. Tapi rasanya ini lebih bermakna untuk kita dalam menghadapi kehidupan ini. Banyak artis, jutawan dan ilmuwan yang telah kita baca perjalanan hidupnya. Tetapi berilah sedikit masa dan ruang untuk kita mengetahui perjalanan hidup Nabi kita Muhammad s.a.w. Telah banyak artikle di akhbar dan majalah yang kita baca setiap hari, namun berilah sedikit masa untuk kita membaca artikle ini untuk mengenali nabi kita s.a.w. Semoga kita salah seorang yang akan dapat syafaat dari Nabi Muhammad s.a.w di akhirat kelak. Amin.., amin.. Ya robbil alamin.

Bagi anda yang ingin mempersiapkan diri untuk menjadi Ibumithali saya rasa ini adalah antara perkara yang patut kita ketahui. Bagi kaum Adam, ia juga patut di ketahui kerana anda adalah ketua rumahtangga anda dan patut membimbing dan memimpin ahli keluarga anda.

Saya bukanlah ahli agama tetapi saya ingin mendekati dan mengetahui serba sedikit dalam bidang ini dan ingin mengajak anda bersama saya. Semoga kita sama-sama mendapat petunjuk dan hidayah dariNya.

Semenanjung Tanah Arab dan Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Semenanjung tanah Arab bentuknya hampir empat segi bujur, terletak di tengah-tentah peta dunia. Palestin dan Syria di Utara. Iraq dan Iran di sebelah Timur Laut. Teluk Parsi di sebelah timu, laut Arab dan Teluk Aden di selatan manakala Laut Merah dan Benua Afrika di baratnya. Nabi Muhammad s.a.w semasa di lahirkan, masyarakatnya tersepit antara kekuasaan empayar Rom di barat daya dan kerajaan Parsi di timur laut.

Kehidupan orang Arab suka berpindah randah mengikut kabilah masing-masing dan mereka tidak mempunyai kerajaan pusat. Dengan demikian kerajaan Rom dan Parsi yang berhampiran mereka menganggap Arab adalah jajahan mereka.

Orang Arab mempunyai banyak puak dan kabilah di antaranya Bani Qahtan keturunan Eber(Nabi Ishaq). Bani Ismail keturuanan Nabi Ismail dan adalah putera kepada Nabi Ibrahim dan isterinya Hajar(wanita Mesir).

Salasilah Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Ibrahim di lahirkan di Ur, ibu negeri kerajaan Bablon(Iraq). Baginda telah meninggalkan tanah airnya kerana tidak sukakan kepercayaan ibubapanya dan penduduk negeri tersebut. Dia telah meninggalkan tanah airnya bersama isterinya Sarah dan juga anak saudaranya Nabi Lut.

Nabi Ibrahim menetap di Palastine dan meneruskan dakwahnya di sana. Beliau juga pergi ke Mesir untuk berdakwah supaya menerima Risalah Allah. Dalam Usianya yang tua, dia berdoa kepada Allah supaya di kurniakan Anak yang Soleh.

Nabi Ismail di lahirkan oleh isterinya yang ke dua iaitu Hajar. Ketika Ismail meningkat usia baligh dia menerima berita gembira iaitu isteri pertamanya Sarah melahirkan anak yang di beri nama Ishaq.

Dari keturunan Nabi Ismail ini di kenali sebagai orang Arab dan tinggal di semenanjung Tanah Arab serta Nabi Muhammad s.a.w adalah dari keturunan Nabi Ismail manakala Nabi Ishaq di kenali sebagai Bani Israil yang tinggal di Palestin dan kebanyakan mereka berpindah di serata tempat di seluruh dunia. Akan di sambung… Selepas ini “Gambaran dan Keperibadian Rasullallah s.a.w”.

Setakat di sini dulu. Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Sumber rujukan sirah Rasullallah – Ensiklopedia Sirah terbitan Dewan Bahasa & Pustaka, Kuliah-kuliah Agama, Buku Sirah lain yang ada di Malaysia.

Wassalam.

Dari : http://www.ibumithali.com. Penulis – nisha.

Ibu Mithali.

Assalamualaikum dan Salam Perkenalan untuk semua peluncur blog ini,

Ibu Mithali ! emm…, Apakah yang anda faham tentang ibu mithali? Ya, lain orang lain tanggapan tentang Ibu Mithali.

Bagi saya, Ibu mithali adalah satu gelaran yang mulia dan tahap yang paling tinggi yang boleh di capai oleh para ibu yang mengikut segala suruhan Allah dan Rasulnya dengan seikhlas hatinya dan sanggup mengorbankan dirinya untuk mendidik, menghasilkan anak-anak yang soleh dan solehah. Bukan anugerah dan kata-kata pujian dari manusia yang di harapkan tetapi keredhaan dari Allah itulah yang paling utama.

Ibu Mithali. Terlalu sukar untuk mencapai ke tahap itu. Bagi saya yang serba kekurangan ini, terlalu jauh lagi perjalanan untuk mencapai ke tahap itu. Tetapi saya akan berusaha ke arah itu. Terlalu banyak persediaan dan perkara yang harus di lakukan lagi.

Bagi anda yang bercita-cita untuk menjadi ibu yang baik, hamba Allah yang di redhai di sisiNya. Berusahalah ke arah itu. Pasangkan niat. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin samada ilmu akhirat dan duniawi. Amalkan ilmu yang anda ada dan teruskan niat anda walaupun menghadapi pelbagai halangan dan rintangan. Carilah kewangan yang secukupnya untuk memberi dan menghantar anak-anak kita untuk mendapatkan ilmu. Jangan di jadikan alasan “kurang berkemampuan” untuk menghantar anak-anak kita menuntut ilmu akhirat mahupun duniawi. Ditambah pula dengan zaman yang serba moden dan canggih ini, semuanya memerlukan wang. Berapa ramai guru-guru yang sanggup mengajar tanpa bayaran. Kalaupun ada hanyalah sedikit bilangannya. Namun demikian anak-anak kita juga mempunyai keperluan peribadi sendiri untuk mendapatkan dan menuntut ilmu. Semuanya duit. Carilah duit untuk anak-anak dan keluarga kita dan bukannya hanya untuk diri sendiri sahaja. Jadi bersedialah wahai ibu-ibu dan bakal ibu-ibu. Bersedialah, berkorbanlah dan berjuanglah untuk mencari keredhaan Allah.  Berilmu, Beramal. Berniaga, Berbakti dan sesungguhnya Ibu Mithali Pembentuk Ummah berjiwa Islam. Manakala hasilnya Anak Soleh dan Solehah penyelamat kita di akhirat kelak. Itulah perjuangan dan jihad saya.

Bagi yang belum mendirikan rumahtangga berusahalah mencari yang terbaik mengikut kehendak Islam. Bagi yang telah mendirikan rumah tangga dan bakal menimang cahaya mata bentuklah anak-anak anda dari dalam kandungan lagi. Bagi anda yang telah mempunyai anak remaja, bimbinglah mereka menjadi anak-anak soleh dan solehah dan berdoalah kepada yang Maha Esa supaya anda terus tabah dan sabar dalam mendidik anak-anak. Bagi mereka yang telahpun mempunyai anak yang besar panjang dan berkeluarga selalulah mengambil tahu tentang mereka serta nasihati dan peringatkan mereka tentang hal-hal agama.

Ibu mithali. Siapakah yang layak di gelar ibu mithali. Bagi saya, ramai yang boleh di jadikan contoh untuk kita memotivasikan diri kita dan memberi semangat dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan kita. Antaranya lihatlah dan bacalah ibu kepada ulama-ulama dulu, itulah antara ikon saya. Dan jangan lupa antara yang di dalam sejarah Islam iaitu ibu kepada Musa dan juga ibu angkatnya(antara ahli syurga yang dijanjikan oleh Allah) iaitu isteri kepada Firaun(kejam lagi zalim). Khadijah Al-Walid yang kaya raya dan telah berusia 40 tahun ketika di nikahi oleh Rasullallah s.a.w. Masih mampu melahirkan zuriat untuk Rasullallah. Dia amat di sayangi oleh Rasullallah walaupun telah mendapat isteri yang cantik, muda belia dan berilmu tinggi iaitu Siti Aisyah si pipi merah, masih lagi di sebut-sebut oleh Rasullallah s.a.w. Inilah antara ibu mithali yang boleh kita teladani dan contohi.

Manakala ketika ini saya amat mengkagumi ibu kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari(dermawan dan jutawan). Ibunya sentiasa di sebut-sebut oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari jika bercerita tentang kejayaannya. Dan di kawasan perumahan saya ni, saya amat bangga dan kagum dengan seorang ibu tunggal yang kematian suaminya ketika anaknya yang kecil sekali masih lagi di dalam kandungan. Mempunyai 8 orang anak, 2 orang telah menjadi Al-Hafiz dan 4 lagi akan menyusul, Insyaallah. Bertuahnya kak Normah ni di akhirat kelak. Namun bukan senang untuk dia mencapai seperti sekarang ni dan sekarang pun ia masih meneruskan perjuangan hidupnya. Maklumlah ibu tunggal yang tiada pekerjaan tetap. Terpaksa berusaha sendiri untuk menyara ke 8 orang anaknya. Saya akan cuba mengupas cerita mereka di atas suatu hari nanti.

Bagi saya yang mempunyai lima orang anak ini pun berharap menjadi seperti mereka di atas. Tetapi ia bukanlah jalan yang mudah. Terlalu banyak dugaan dan rintangannya. Masih terlalu jauh perjalanan untuk mencapai ketahap itu. Tetapi saya akan usahakan dan berusaha sehigga akhir hayat saya. Insyaallah.

Ya! Masih terlalu jauh perjalanannya. Tidak semudah yang di sangka dan tak semudah kata-kata yang di ucapkan. Saya sendiri menyangkakan ia tidaklah terlalu susah. Ikut aje segala yang di suruh oleh Allah dan sunnah nabi kita Muhammad s.a.w pasti tidak akan menghadapai apa-apa masalah, itulah kata-kata saya suatu ketika dahulu(semasa masih anak dara atau baru kahwin rasanya, dah lupa bila). Kata-kata yang pernah saya keluarkan terhadap seseorang yang menghadapi masalah dengan anaknya. Tetapi bila ia terjadi pada saya sekarang, barulah saya tahu. Kemungkinan inilah balasan di atas keceluparan saya suatu ketika dahulu. Padan dengan muka saya. Memang bukan sesuatu yang mudah berhadapan dengan anak remaja ni. Mungkin inilah dugaan dan mungkin juga balasan di atas keceluparan mulut saya dulu.

Setakat di sini dulu. Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri. Akan di sambung kemudian.

Ada sesiapa yang ingin berkongsi cerita mengenai Ibu? Jika ada bolehlah hubungi saya melalui contact form di bawah atau gunakan ruang “Hubungi”. Ceritakanlah apa sahaja cerita mengenai ibu. Samada yang baik atau sebalik, suka duka seorang ibu atau sebagainya.

Wassalam.

Dari : http://www.ibumithali.com. Penulis – nisha.

Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
PENGUMUMAN
JUALAN POLA TUDUNG DIBERHENTIKAN SEMENTARA WAKTU KERANA TERPAKSA MENYIAPKAN TEMPAHAN YANG LAIN. HARAP MAKLUM DAN MOHON BERBANYAK MAAF.
Jangan lupa ucapkan…
Jangan lupa baca…
Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan").

Salahuddin Al Ayubi
"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".
Kata-kata Luahan
Masa Pemberian Ilahi
July 2008
M T W T F S S
    Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Anak Soleh/Solehah
Masa utk Diwarnai…
SAUDARA KITA
EBOOK LANGSIR

Pola Langsir

Menggunakan Pola
Hiasan Dalaman
Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Dialah ibuku
Mertuaku-Dlm Kenangan
Anak Muda
  • SETELAH JATUH CINTA, BANGUNKAN CINTAMU... April 5, 2012
    Satu demi satu kunjungan persolan rumahtangga menjengah ke kotak emel saya. Rata-ratanya adalah dari kaum wanita, baik yang bekerja mahupun yang bergelar surirumahtangga. Dari luahan rasa, gelodak jiwa hinggalah kepada cetusan emosi yang meluap api benci kepada suami , semuanya dicoret sebegitu panjang bernada harapan agar saya mampu melorongkan mereka kepad […]
    Noraslina binti Jusin
  • Untitled May 3, 2012
    Kata Syeikh Ahmad Yasin,"Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh), Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku(perlahan).Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat untuk memenhi hajatku kecuali jika mereka menggerakk […]
    HANYA HAMBANYA
  • Didiklah dengan kasih sayang December 16, 2011
    Membinakan seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah.Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang […]
    Al-Atiff
  • Anak kembar March 11, 2012
    Comel n geram kat ngk baby kembar nie. Gambar ni ibu hambik dr encik gugel.DAri dulu lagi kan berharap sangat nk anak kembar. Sebab cam sgt comel n jimatkan masa nk beranak hahahahahha boleh gitu. Yerla nak anak ramai tapi umur dh meningkat, jadi kena cepat2 la hihiTapikan.. masa kat hosptal aritu terbuka mata dan minda ibu nie. Masa ibu dok wad tue, ada kak […]
    »-(¯`v´¯)-»n0nj@m »-(¯`v´¯)-»
  • RAMADHAN KALI INI (1432H) August 3, 2011
    Assalamualaikum, wm.wbt RAMADHAN KAREEM! AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu, semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua, semoga keampunanNya meliputi kita semua dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah), amin ya rabbal alamin. Tahun ini tah […]
    ustazah
  • Untitled May 12, 2012
    Jika hati tidak mampu menangisi dan menginsafi penderitaan orang lain di atas dunia hari iniMakaTangisi dan insafilah diri tatkala teringat penderitaan yang mungkin dihadapi di hari kemudian.Tidak ada yang kekal dan abadi kecuali Dia Yang Maha Kekal lagi Maha Berkuasa.Allah Maha Mengetahui.SUBHAANALLAH - WALHAMDULILLAH WALAA ILAAHA ILLA ALLAHU - WALLAHU AKBA […]
    ::Umiliya6677::
  • Daun Kesum Hidup Sebatang...Daun pegaga Hidup 2 Tunas..heheh May 15, 2012
    Ini daun kesum yang di cuba semai untuk kali ke 3@4? , kali ini saya gunakan teknik, rendam dahulu batang daun kesum itu hingga berakar dan kemudian semai dalam pasu then siram serta pastikan tanah sentiasa basah...pasu diletakkan dibawah net hitam pada kedudukan mendapat cahaya matahari pagi & redup bila matahari terik...:)Banyak yang di semai, dua ni j […]
    linda@ibusumaiyah@tuttyfruity
  • Guru oh guru May 15, 2012
    Di suatu kursus beberapa tahun yang lampau,Makbonda duduk bersebelahan dengan seorang rakan sekerja yang baru dikenali, dia cantik,bergaya,lipstiknya mungkin mahal dan berjenama,tudungnya juga uptodate,aroma minyak wanginya dapat dihidu oleh beberapa baris peserta dihadapan dan belakang,apa lagi dikiri dan kanan.Sempat bersembang dengannya waktu-waktu kekoso […]
    Makbonda Hasimah Hj Zailani
  • Yaumul Mizan May 15, 2012
     Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Shalawat dan salam semoga selalu tercurah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, para sahabat dan seluruh kaum muslimin yang senantiasa berpegang teguh pada sunnah Baginda sampai hari kiamat. Mizan atau timbangan adalah alat untuk mengukur sesuatu berdasarkan berat dan ringan. Adapun mizan di akhir […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • Jom Analisis Kuning-Merah. Sapa menang ???? May 12, 2012
    Assalamualikum semua. Lu pikir la sendiri... Kuning BERSIH 3.028 April 12 Gelombang  Merah Najib   11 Mei 12 Objektif Keadilan  Pilihanraya bersih dgn 8 tuntutan  penambahbaikan  SPR Tunjuk power dan pengaruh Najib Rosmah Cara Duduk-bantah  aman di Dataran Merdeka. Tapi di halang. Berkumpul bersorak sorai aman d Stdium Bukit Jalil Kerjasama Polis Tiada. Kerj […]
    Tinta.Muallimah
  • TERIMA KASIH CIKGU...ULANG SIAR... May 16, 2012
    6 TahunSaya mula menuntut ilmu secara rasmi ketika berusia 6 tahun. Alhamdulillah, dalam kepayahan dan kesusahan menghadapi keperitan hidup, emak dan ayah berusaha gigih bagi memberi peluang kepada saya untuk mengenali sekolah pertama iaitu tabika KEMAS. Ketika itu saya merupakan anak kelima dari lapan adik beradik. Saya bersyukur kerana berpeluang menghirup […]
    Ros Illiyyuun
stats counter
wordpress stats
Peringatan Bersama
"Firma Allah yang bermaksud, .......Katakanlah (wahai Muhammad): ” jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri(atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu ) adalah perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berhijrah untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq(derhaka)”........ (Surah At-Taubah: ayat 24)".
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Pizza Faridah
.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.