Setuju

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Saya  sangat bersetuju dengan pendapat Ummi Munaliza dari  blog “Field of  Dreams” .  Memang saya sudah terfikir untuk menulis tentang perkara ini cuma untuk mengolah perkataan yang baik dan sedap di baca tu, memerlukan masa untuk menzahirkannya.  Oleh kerana kak Ummi lebih dulu menyatakan perkara tersebut jadi saya ambil sahaja dari blognya.  Kerana saya amat bersetuju 100%.  Ya…, mungkin umur saya dengan umurnya lebih kurang sama jadi pemikiran pun mungkin lebih kurang sama dan mungkin juga matlamat saya dan kak Ummi  sama.  Wallahhu A’lam.

Namun saya tidak berani mengatakan saya mampu melakukan apa yang dikatakan oleh Kak Ummi.  Takut nanti bila terjadi pada diri saya sendiri,  lain pula jadinya.  “Terlajak perahu boleh di undur terlajak kata buruk padahnya”.  Di bawah ini adalah antara petikannya.

***************dari blog Fields of Dreams***************

Alangkan alam yang bergerak menurut apa yang diperintah dan ditetapkan oleh Allah pada orbitnya pun ada ketika berlaku gerhana apabila kedudukan bumi, bulan dan matahari berada di dalam satu garisan.  Ini kan pula kita manusia yang sentiasa bergerak dalam berbagai arah.

Samada pahit atau manis, duka, suka, bahagia atau kecewa, semua itu adalah masalah yang melanda untuk mewarnai kehidupan agar ceria. Ceriakah hidup jika hanya tersenyum sahaja?  Atau ketawa sahaja?  Atau menangis sahaja?  Maka usahlah duka bila ada masanya dugaan datang tak kira masa.  Usahlah merintih atau mengeluh bila pelangi semakin sirna warnanya.  Itu semua adalah bunga-bunga hati yang menceriakan kehidupan.  Dalam kenyataan hidup semua yang di sangka indah pada bayangan dan khayalan adakalanya hanya kunjung sementara.

Selagi kita bahagia, jiwa akan tenang, damai dan mendamaikan. Kita mampu membuat keputusan dengan matang dan bijaksana.  Menguruskan rumah tangga dengan sebaik-baiknya, menjaga dan mendidik anak-anak dengan penuh jiwa dan raga, menjadi isteri terbaik untuk seorang suami dan menjadi ibu terunggul untuk zuriat tercinta.

Memikirkan sahaja bahawa kita bahagia,  fikiran menjadi lapang dan tidak berserabut.   Dada tidak sempit dan pernafasan lancar.

Hakikat bahagia pula, tidak semestinya hanya apabila kita dapat apa yang kita mahu atau yang kita hajati sahaja, rasa bahagia ini mampu hadir walau kita dalam kemelut masalah yang bertimpa-timpa dan menjalani kehidupan yang teruk , jauh dari impian.

Makna bahagia sebenarnya jauh lebih dalam dan besar dari semua itu.

Walau kita mungkin andalusia, ibu tunggal, isteri monogami yang suaminya tidak bertanggung jawab atau isteri yang berpoligami, apatah lagi  isteri yang punya sebaik-baik suami dan anak-anak sekalipun, kita tetap mampu bahagia dan bahagia itu bukan sekadar bahagia 1/10; 7:10 tetapi bahagia seratus persen.

Bahagia yang menggetarkan jiwa. Bahagia yang menusuk kalbu.  Bahagia yang membuatkan kita amat menghargai kehidupan.  Bahagia yang membuatkan kita menjadi hambaNYA yang bersyukur, (yang mana akan ditambahkan lagi rasa bahagia itu berkali-kali ganda), bahagia yang membuatkan kita merasa manisnya alam kehidupan, mampu melalui ujian dan cobaan hidup dengan senyuman ikhlas yang lahir jauh dari sudut hati.

Kita bercakap tentang bahagia tulen.  Bahagia sebenar.

Pokok persoalannya, bagaimana mahu diperolehi bahagia yang begitu?

Mampukah bahagia seorang isteri yang sentiasa dikhianati suami tercinta, dilayani penuh kasar dan tidak dihargai segala pengorbanannya?

Mampukah bahagia seorang ibu yang anak-anaknya lupa akan dirinya?

Mampukan bahagia seorang insan yang sentiasa dirundung malang sejak kecil hingga dewasa; lepas dari mulut harimau, masuk pula ke mulut buaya?

Mampukah  bahagia seorang isteri yang dimadukan suaminya selepas dia memulakan perkahwinan dengan kosong dan setelah bertahun-tahun melayari jatuh bangun, pahit getir, susah senang , suka duka bahtera rumahtangga bersama-sama?  Tiba-tiba diduakan suaminya

Mampukah bahagia seorang isteri yang suaminya kaki perempuan dan sentiasa bercinta di depan mata, kemudian mengaku insaf tapi tidak lama kemudian meneruskan kembali kecurangannya sedang makan pakai dan nafkah zahir batin si isteri sendiri terabai?

Pelbagai lagi pola dan rentak kehidupan serta drama lakonan dunia yang perit, pedih dan sengsara, mampukah bahagia dalam kemelut dunia begini?

Ya! kita mampu .  Jawapannya mudah; bahagia itu terletak di hati kita sendiri bukannya kerana orang lain dan corak kehidupan kita.

Selagi kita mampu mengawal pemikiran kita untuk sentiasa tenang, sabar, ikhlas dan redho, selagi itulah kita akan mengecap bahagia.

Bagaimana mahu mengawal pemikiran?

Tanamkan hakikat bahawa ALLAH itu MAha Adil.  Setiap apa yang kita lalui adalah yang terbaik untuk kita.  Apa sahaja kebaikan atau keburukan akan tetap ada balasannya.

Suami yang curang, menipu, lalu? Mengapa kita mahu susah hati menderita mengenangkan sikapnya yang tidak menghargai diri kita sebagai isteri?  Pastinya Allah itu tidak menzalimi kita dengan memberi kita suami yang  begitu sedang wanita lain, sahabat karib kita sendiri dianugerahi suami yang pijak semutpun tak mati…

Tentunya bukan hak kita untuk mempertikaikan taqdir itu.. sedang taqdir itu datang dariNYA.

Tapi menjadi hak kita untuk redho, sabar , tenang dan ikhlas menerima keadaan diri kita yang sering ditipu dan dianiaya suami dengan tetap meneruskan kehidupan kita dengan penuh semangat dan tak sedikitpun merasa kudis.

Menjadi hak kita juga untuk keluar dari keadaan itu dan menjalani kehidupan bersendirian sebagai janda atau ibu tunggal dengan tetap tersenyum ikhlas terhadap taqdir kita.

Menjadi hak kita juga untuk berusaha menjinakkan kembali suami dan menerima seandainya belum termakbul doa kita melayari bahtera rumah tangga impian.

Walau apa pilihan kita, kita adalah hamba pada Tuhan yang tidak pernah menganiaya hambaNYA.  Dia sangat dekat, lebih dekat dari urat leher kita sendiri.  Dia Maha Mendengar.  Dia Maha Mengetahui.

Yakinlah takkan dibiarkan kita tanpa pembelaan. Kalau bukan terbela nasib kita di dunia yang fana, busuk dan sementara ini,  PASTI seratus peratus PASTI, nasib kita akan terbela di dunia yang kekal abadi,  penuh nikmat yang tidak akan ada penghujungnya nanti.

Lalu? ahh… apalah sangat mendapat seorang suami yang pendengus, kasar pekertinya, tidak mengenang budi, lupa daratan, tak sedar rumah kata pergi kubur kata mari, dengan nikmat akhirat yang menanti.. ANDAI kita mampu bahagia dengan hakikat qada kita itu.

Demi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, jiwa kita tenang seandainya kita redho, ikhlas dan sabar dengan apa jua qada kita.  Kita akan mengecapi rasa bahagia yang tak terucap, rasa damai yang tak tergambar dek kata-kata. Hanya dengan meletakkan diri kita dalam alam kebahagiaan.

Kemudiannya, kita dapati kehidupan kita terbetul dengan sendirinya… itulah keajaiban Ilahi.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Apam Pisang

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Apam Pisang

Apam pisang yang telah di potong. Ada sedikit kecacatan kerana tertitis air kukusan semasa mengangkat tutup kukusan. Saya menggunakan pisang Awak.

Bahan-bahannya untuk membuat apam pisang:

7/8 biji pisang emas(lebih kurang secawan pisang setelah di lenyetkan)
2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri
2 sudu teh Bikarbonat
2 cawan santan pekat(pati)
secubit garam

cara membuat apam pisang:

Pertamanya hendaklah panaskan kukusan anda sebelum anda menyediakan/mengadun bahan-bahan untuk membuat apam pisang di atas.

Mutiara Kata(3)

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Hiasan

Ini untuk anda semua yang berkunjung ke blog saya.  Renunglah untuk diri kita sendiri.

******************************

Badwi :  Aku mahu menjadi orang yag paling berilmu.

Rasullullah :  Bertakwalah kepada Allah, nescaya kamu akan menjadi orang yang paling berilmu.

(Imam Ahmad)

——————————-

Badwi :  Aku mahu menjadi orang yang paling adil.

Rasullullah :   Inginkanlah sesuatu untuk orang lain sebagaimana engkau inginkan untuk diri sendiri, nescaya engkau akan menjadi orang yang paling adil.

(Imam Ahmad)

——————————-

Badwi :  Aku mahu menjadi orang yag paling baik.

Rasullullah :  Berbuat baiklah kepada orang lain, nescaya kamu akan menjadi orang yang paling baik.

(Imam Ahmad)

——————————-

Read the rest of this entry »

Alighnment Lari

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Dalam kehidupan yang penuh mencabar ini, pastinya pelbagai perkara telah kita lalui.  Pelbagai rasa, warna mahupun baunya.  Ada ketika rasanya manis, ada ketikanya pahit bagai hempedu.  Ada ketika warna cantik dipandangan mata, ada ketikanya menyemakkan mata yang memandangnya.  Ada ketika baunya harum seharuman kasturi ada ketikanya nak muntah dibuatnya.  Begitulah hidup ini.  Pasti semua orang akan merasainya, tidak kira siapa dia, asal saja bergelar manusia yang bernyawa.

Walaupun telah dicuba dan diatasi serta diperbaiki mana yang tak digemari, kadang-kadang kita masih lagi terjerumus ke lembah tak ingin kita dekati.  Yalah, kita ini manusia ciptaan Ilahi.  Jadi janganlah angkuh dengan pendirian sendiri,  janganlah dicanangkan seantero duniawi, janganlah mendabik dada mengatakan ‘aku tak mahu gagal lagi’, ‘aku tidak akan susah lagi’, ‘aku tidak akan ulangi perkara itu lagi’, ‘aku tak mahu melihatnya lagi’, ‘aku tak mahu ke situ lagi’ dan pelbagai lagi.  Kerana hati kita adalah milik Allah jua. Hati kita boleh saja dibolak balikkan.  Jadi, berhati-hatilah dengan kata-kata terutamanya diri saya sendiri.  “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”.  Namun demikian dalam berhati-hati itu kadang-kadang terlepas juga terutamanya diri saya.  Maafkan saya jika ada yang terasa.  Belum cukup istiqomah lagi, jadi…

Alighnment lari,

Adjustment dikehendaki,

Management diperbaharui.

Read the rest of this entry »

Ungkapan-ungkapan yang Menyenggat

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Saya harap yang empunya ungkapan ini mengizinkan saya mengambil sebahagian daripada petikan-petikan dalam blog mereka untuk diri saya terutamanya.  Mungkin juga sesuai untuk anda yang ingin memantapkan jati diri anda ke arah lebih Islami tapi mungkin kurang sesuai bagi anda yang baru/ingin berjinak-jinak dengan cara Islami kerana ia mungkin akan menyegat hati-hati  yang kurang biasa.

***********************************************************

Read the rest of this entry »

Jengahan Tahun Baru.

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Jengahan Pertama

Terlalu pantas masa beredar.  Rasanya baru sahaja tahun baru menjengah.  Sedar tak sedar sudah melewati seminggu tahun baru 2010 manakala tahun baru Hijrah telah menghampiri bulan Safar pula.

Kayu hoki specialTerasa reda sedikit lelah.  Maklumlah rumah yang bagai tongkang pecah telah dapat dipulihkan semula.  Mana tidaknya musim cuti sekolah di dalam rumah pun boleh dijadikan padang.  Batang paip boleh dijadikan kayu hoki.  Itulah kreativiti suami saya untuk memudahkan anak-anaknya bermain.  Akhirnya terpaksa dilarang kerana dijadikan pedang untuk main lawan-lawan.  Mana tidaknya yang bermain dari anak yang besar sekali hinggalah yang kecil sekali.

Urusan persekolahan anak-anak juga menjadikan saya lebih sibuk dari biasa.  Banyak perkara terpaksa di rombak  dan difikirkan untuk kebaikkan bersama.  Namun demikian segalanya dapat diselesaikan kerana semua ahli keluarga saya memainkan peranan masing-masing dan sama-sama berkerjasama.   Alhamdulillah.

Read the rest of this entry »

E-POLA Langsir

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menyiapkan E-pola mengikut apa yang telah di rancangkan(sebelum tahun baru).  Sila layari http://www.hijab-batik.com untuk mengetahui lebih lanjut lagi.  Namun demikian urusniaganya akan bermula pada hari Selasa 05.01.2010 kerana sekarang ini saya terlalu sibuk dengan urusan persekolahan anak-anak dan juga sedikit urusan di kampung.

Jadi…, bagi sesiapa yang berminat bolehlah layari http://www.hijab-batik.com untuk keterangan lebih  lanjut lagi.  Di bawah ini adalah gambar untuk produk E-pola terbaru dari saya :

Scallop Traditional : kod - EST1, EST2

Read the rest of this entry »

Jelatak

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Sempena hari Assyura yang baru lepas ingin saya berkongsi dengan anda semua, satu resepi yang senang sahaja untuk menghasilkannya.  Tak perlu memasak sekadar di potong  kecil sahaja buah-buahan, dan jeruk yang ingin di gunakan.  Resepi ini di namakan Jelatak yang mana biasa disediakan oleh orang sebelah utara.  Itulah kata-kata chef di dalam tv(tak ingat namanya) suatu masa dahulu.  Waktu itu saya baru mendirikan rumahtangga dan semangat nak mencuba berbagai masakkan itu begitu teruja.  Maklumlah baru kahwin, segala rancangan tv di tonton, majalah di baca, atau apa sahaja tentang memasak ni di cuba.  Cuma sekarang ni dah malas nak cuba resepi-resepi baru, mungkin dah berusia kot.

OK.  Mari kita cuba…

Jelatak yang ni, saya guna strawberi(secara kebetulan ada, lebihan lepas buat koktel) dan mangga separuh masak di samping buahan jeruk yang lain.

Read the rest of this entry »

Resepi Anak Bujang – Lempeng Tampal

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Tahniah untuk anak-anak yang berjaya dengan cemerlangnya dalam PMR yang lepas. Anak saya yang kedua mengambil peperiksaan PMR juga, tapi keputusannya biasa-biasa sahaja. Tidak cemerlang, tidak pula terlalu teruk, sederhana sahaja.

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda, resepi yang di ilhamkan oleh anak-anak lelaki  saya.   Ketiga-tiga anak lelaki saya memang rajin ke dapur bila masakan yang saya sediakan tidak berkenan di hati mereka.

Lempeng Tampal

Read the rest of this entry »

Madrasah Cinta Kita

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Si buta mengerak-gerakkan tongkat tidak menentu arahnya untuk mencari arah tuju yang betul, si bisu menggerak-gerakkan tangan dan jari jemarinya berulang-ulang kali dengan suara yang selari, aaaa….,  eeee …, oooo.. untuk menerangkan sesuatu supaya di fahami oleh insani.  Si sengau mengulang-ulangi percakapannya supaya lebih jelas pertuturannya untuk di fahami oleh manusiawi, eok eca peci cayant yaa..

Matanya di kencit-kencit, ingatkan ingin mengurat tapi itulah kecacatan semulajadi yang ada padanya.  Begitu juga si kaki tempang, si berot mulutnya, si kudung kaki atau tangannya atau kedua-duanya sekali.  Itulah lahiriah yang kita nampak akan kecacatan mereka.

Mengapa di hina mereka semua?  Mengapa di pandang rendah pada mereka semua?  Hebat sangatkah kita di mata makluk lain ciptaanNya? Read the rest of this entry »

Indahnya Alam CiptaanNya

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Tadi, dalam perjalanan balik dari menghantar anak saya yang ketiga, Abdul Haziq sempat juga saya mengambil gambar dari atas kereta.  Jalan/highway baru dari Seremban ke Kuala Pilah.  Bagi mereka yang nak pergi ke Kuala Pilah dah tak perlu ikut jalan yang melengkok-lengkok macam ular tu lagi.  Jalan dah lurus sekarang.  Alhamdulillah.

Teringat pula macam nak balik kampung wan saya(Karak Highway) jika ikut jalan baru ni, sungguh cantik dan menarik bila menikmati permandangan hutan belantara dari atas bukit.  Boleh juga saya gunakan gambar tersebut untuk hiasan kepala blog saya.

Jadi di sini saya lampirkan sedikit gambar untuk tatapan anda semua.  Lihatlah ia sebagai keindahan alam cipataan Tuhan yang Maha Hebat ini sebagai satu kehebatan yang tiada tolok bandingnya.     Lihatlah betapa cantiknya permandangan di waktu matahari hampir terbenam.

jlnbaru

Gambar 1

Read the rest of this entry »

Heritage Scallop/Scallop Tradisional

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Scallop Traditional adalah nama yang saya beri untuk Haritage Scallop yang kebiasaannya di panggil namanya.  Saya percaya ramai yang tidak mengetahui dengan tepat cara menghasilkannya dan terlalu susah pula untuk mencari orang yang boleh menunjuk ajar cara yang betul.

Saya sendiri suatu ketika dahulu begitu susah untuk mencari guru mengajar membuat  jenis scallop tambah-tambah pula bagi mereka yang ingin mengajar/belajar  secara percuma.  Saya sangat berterima kasih kepada Ustazah Zuraini kerana suatu ketika dulu dia sangup mengajar secara percuma cara menjahit langsir yang betul kepada ibu-ibu di taman tempat saya tinggal.

Walaupun dia tidak mengajar(tidak tahu menghasilkan Scallop jenis ini) paten ini, tetapi asas yang telah di beri membolehkan saya mengolah dan menghasilkan dengan baik scallop ini.

Kami sebenarnya banyak berkongsi ilmu cara menghasilkan langsir.  Yang saya tak tahu, saya tanya pada dia.  Manakala mana yang dia tak tahu dia tanya pada saya.

Jadi paten jenis ini saya mencuba sendiri, sehingga berjaya menghasilkannya dengan baik.

Oleh kerana terlalu minat menjahit langsir  dan dek kerana banyak mencuba sendiri, banyak juga kain langsir yang saya beli rosak dan tidak boleh di gunakan dek kerana banyak kali mencuba.  Itulah pengalaman saya suatu ketika dulu semasa mula-mula belajar menjahit.

Sekarang ni pun, kalau dah tak menjahit, skill akan hilang/berkurangan, jadi bila sesekali nak menjahit tu.. akan lari juga sedikit/silap juga.  Maklumlah manusia biasa.

Saya cuba berpegang pada Ayat al-Quran surah Al-Baqarah(lihat sidebar) di dalam blog ini.  Namun demikian seperti yang biasa saya katakan saya ini manusia biasa, ada juga rasa sayang dan kedekut di dalam hati ini.

Namun dengan cara ini,  saya cuba mendidik diri saya, supaya senang memberi pada yang memerlukan, walaupun keIkhlasan itu Allah sahaja yang tau.  Saya cuba mendidik hati supaya tidak berkira-kira.  Harap-harap suatu hari nanti  ia benar-benar ikhlas seperti yang Allah inginkan.  Ameen.

Read the rest of this entry »

Sosej Roll

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Sosej Roll

Untuk doh

  1. ½ kg Tepung Gandum
  2. 1 sudu kecil gula
  3. 1 sudu kecil garam
  4. 2 sudu besar mentega
  5. ½ paket mauripan
  6. 1 cawan air suam
  7. 1 cawan air biasa

1 0 batang sosej/1 pkt atau lebih

Chilie sos

Cara menghasilnya

  1. Campurkan kesemua bahan untuk membuat doh(dari no. 1 – no.5).
  2. Gaulkan hingga sebati/rata
  3. Masukkan air suam sedikit demi sedikit hingga rata
  4. Masukkan air biasa hingga ia boleh di uli
  5. Bulat-bulatkan lebih kurang  sebesar  bola pingpong
  6. Simpan dalam 1-2 jam.

Read the rest of this entry »

Program Cuti Sekolah untuk anak-anak.

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Cuti sekolah sudah pun bermula.  Setiap tahun kebiasaannya sebulan sebelum mereka bercuti fikiran saya sudah mula ligat memikirkan apa yang patut saya buat untuk musim cuti sekolah ini.  Semenjak anak saya sudah ada yang meningkat remaja, saya sudah mula memikirkan apa yang harus saya lakukan pada musim cuti sekolah.  Maklumlah anak-anak remaja ni bermacam-macam ragamnya.

Boleh di katakana setiap tahun saya tidak lupa menghantar mereka ke program motivasi.  Tapi untuk tahun ini tak tahu lagi nak hantar mereka atau tidak, sebab setiap tahun hantar tapi tiada perubahan pun, tapi rasa macam berminat pula dengan program motivasi kat blog Saifulislam.com.

Walaubagaimanapun nak solat Istikharah dulu.

Read the rest of this entry »

Kisah tanpa Nokhtah

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Ibubapa impikan, QurRatulA’yun

Kuasa Allah, Kunfayakun.

Malam kelihatannya gelap hitam.  Tetapi masih ada bintang-bintang yang bertebaran di cakrawala, berkelip-kelipan yang menghiasi malam yang kelam, sang bulan pula membiaskan cahaya di celah-celah awan menerangi malam yang kegelapan.  Kepulan-kepulan awan mencorakkan suasana malam, kadang-kadang muncul dengan cahaya terang, kadang-kadang terlindung dek awan yang melintasi sang bulan, maka hilanglah cahaya malam untuk seketika waktu.  Begitulah keadaan malam sementara menunggu siang yang belum tentu terang benderang.  Alangkah hebatnya Tuhan Ar Rahman, ciptaannya tiada tandingan sentiasa memainkan peranan bertugas mengikut giliran yang telah di tetapkan.

Ya.., siang belum pasti terang dan malam pula tidak mesti hitam.  Malam yang mungkin teraba-raba mencari jalan serta arah tujuan tetapi siang tidak mungkin mudah seperti yang di sangkakan, bebas terbang melayang-layang tanpa perlukan panduan dan bantuan.  Jangan terlalu cepat membuat andaian dan khayalan.

Malam yang Kelam

Dinihari itu hujan rintik-rintik,  tiada bintang penyeri malam yang kelihatan.  Tiada juga bulan yang menyuluh malam yang kelam.  Kesejukan malam menusuk ke tulang rawan manakala sang katak pula mengalunkan lagu memanggil hujan, memecah suasana malam yang suram.

Read the rest of this entry »

Hari Kecemerlangan.

Assalamua’laikum dan apa khabar semua.

Semalam saya bersama suami menghadiri Hari Kecermerlangan PASTI Daerah Rembau.  Meriah sungguh suasananya.  Di adakan di Dewan sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sin Hua, Rahang, Seremban.  Lapan buah sekolah PASTI yang berada di daerah Rembau.  Semuanya berkumpul di dalam satu dewan untuk meraikan anak-anak didik PASTI yang bakal menerajui ke Agungan dan kegemilangan Islam yang bakal menjelma suatu masa nanti.

Terima kasih kepada guru-guru dan AJK yang bertungkus lumus berusaha untuk menjayakan program ini.  Terutamanya kepada guru-guru anak saya iaitu Cikgu Zizah, Cikgu Ros dan Cikgu Ummi dari PASTI Al-Amal Tmn Marida yang mendidik anak  saya Abdul Sodiq, yang mana anak-anak didiknya berjaya membuat persembahan yang hebat pada hari tersebut .  Pelajar Cemerlang daerah Rembau juga adalah datangnya dari Sekolah Pasti Al-Amal Taman Marida.  Tahniah kepada mereka yang berjaya.  Di bawah ni di antara gambar-gambar yang sempat saya edit.

Kemeriahan ibubapa pelajar PASTI.  Di depan tengah tu para jemputan VIP termasuk YBTuan Hj Mohamad Taufek bin Abd Ghani.  Satu-satunya YB PAS dari Negeri Sembilan.

Kemeriahan ibubapa pelajar PASTI. Di depan tengah tu para jemputan VIP termasuk YB Tuan Hj Mohamad Taufek bin Abd Ghani. Satu-satunya YB PAS dari Negeri Sembilan. Kerusi Jemputan VIP sama je dengan kerusi ibubapa yang lain-lain tu. Saya suka macam ni, serba sederhana.

Read the rest of this entry »

Koleksi Pola Terbaru

Assalamua’laikum dan apa khabar semua.

Saya ingin mengwar-warkan produk terbaru dari hijab-batik.com untuk anda yang berminat dengan Langsir.    Jika ada yang berminat, silalah, jangan lupa berkunjung ke hijab-batik.com.

Di bawah ini adalah produk-produk yang terbaru.

Boxpleat

Pelmet

Read the rest of this entry »

Kentang Putar

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Pertama-tamanya ingin saya mengucapkan selamat berangkat kepada anda yang akan berkunjung ke rumah Allah.  Semoga membawa kejayaan yang tiada tandingan di dunia ini iaitu Haji Mabrur. Semoga kunjungan ke Raudah dan Kaabah akan mengubah hidup anda menjadi lebih baik dari sebelumnya. Ameen.

Oleh kerana kebanyakan jemaah haji dah mula sibuk sekarang ni.  Kita yang tak pergi ni pun sibuk juga.  Sibuk untuk persiapan hari raya haji pula.  Taklah sesibuk masa raya puasa.  Tapi rasanya eloklah kita sibuk-sibukkan diri untuk mengira budget, berapa bahagian boleh kita berkorban untuk tahun ini.  Bukan setakat duit je tapi hati dan perasaan juga patut kita fikirkan.

Bolehkah kita berkorbon hati dan perasaan kita? Bolehkah kita lebih pentingkan orang lain pada diri sendiri?  Hanya iman yang boleh menjawab semuanya.

Read the rest of this entry »

Roti Canai Goreng.

Assalamualaikum, apa khabar semua.

“Pergi order dengan orang lain”.   Itulah kata-kata yang terkeluar dari mulut mamak/bangla(Tak pasti…), selepas En. Juli membuat order.   Suami saya merasa hairan.

En. Juli, kawan kepada suami saya menceritakan pengalamannya, semasa dalam perjalanan balik dari sebuah restoran yang selalu di kunjunginya untuk bersarapan pagi.   Suami saya dan En. Juli ni, memang ngam, selalu minum bersama dan tolong menolong di dalam melakukan kerja yang di tugaskan, di Hospital Besar Seremban.

Read the rest of this entry »

Pusaka ke Neraka

Assalamualaikum, apa khabar semua.

“Mak, kenapa tak sama banyak je mak?.  Kenapa Ila lebih, saya dapat sikit? Lebihnya bukan sikit-sikit.  Kalau setakat setengah ekar ke 1 ekar ke boleh juga saya terima.  Ini lebih dari separuh.  Dahlah macam tu, duit pun dia lebih juga”.  Tijah membantah.

“Alah…h Jah, adik kau tu kan nak berniaga.  Dia ada masalah sikit dengan perniagaannya.  Jadi boleh juga dia cagarkan tanah peninggalan ayah tu untuk perniagaannya.  Anaknya pulak ramai yang masih bersekolah, yang belajar lagi.  Dia perlukan banyak duit untuk perbelanjaan sekolah anak-anaknya”.

“Anak-anak Jahkan semuanya dah lepas.  Dah tak ada tangunggan lagi.  Dah tak pening kepala nak cari duit untuk perbelanjaan anak-anak.  Cuma untuk belanja diri sendiri je”.  Maknya menyangah.

Salim anak yang tua pula meluah, “Mak…, patutnya anak lelaki yang lebih kalau ikutkan.  Islam pun kata macam tu.  Cuba mak tanya Ustaz Shofi, macammana cara yang baik dan betul untuk bahagi-bahagikan harta-harta ni”.

Maknya terus membantah,”Ikut ajelah apa yang mak kata.  Engkau orang apa tau.  Duduk dahlah jauh-jauh belaka.  Adik kau je yang dekat dengan kampung ni.  Dia yang selalu menjenguk dan menguruskan tanah-tanah peninggalan ayah kau tu.  Dia juga yang selalu datang dan ziarah mak, sediakan makan minum mak”.

Adik mereka yang kecil mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju,   Terus tersenyum-senyum malu, “Ialah bang, akak.  Betul kata mak tu.  Selama ni saya yang cari orang tolong bersihkan kebun tu, racunkan rumput, tebang pokok-pokok yang menyemakkan kebun tu.  Cari orang yang ingin torehkan getah tapi duitnya kita bagi sama banyak.  Sakit pening masa arwah ayah tu dulu saya yang uruskan, nak harapkan abang dan kakak jauh-jauh belaka.  Dah tu balik sekali-sekala aje”.  Mengiakan kata-kata ibunya.

“Ah…h! Kau memang macam tu,  membodek emak nombor satu.  Semuanya kau nak sapu”.  Kata kakaknya, Tijah.

Setelah puas bertegang urat.  Namun tiada muafakat.  Walaupun telah di beri taklimat, keputusan ibunya tetap muktamat.

“Tak pelah mak.  Kami pun tak tau nak cakap apa lagi.  Uruskanlah semuanya sendiri atau suruh anak menantu yang mak sayangi.  Kami ni tak reti.  Kita lihatlah apa yang jadi nanti”.  Kata Zul, abang keduanya mengalah.

Entah berapa kali mereka berbincang dan mengata dari belakang.  Itulah keputusannya, itulah juga kata-kata maknya.  Sudah tidak boleh di ubah-ubah lagi.  Terlalu susah untuk menyedarkan dan mengingatkan emaknya.  Entah apa ubat, entah apa ayat yang diberikan oleh Ila, membuatkan emak mereka terikat dengan katanya yang bulat.  Keputusannya sudah muktamat.

Akhirnya mereka bersepakat, terus tanamkan tekad untuk tidak mahu ambil tahu apa yang berlaku walaupun masa telah lama berlalu mereka tetap seperti itu.

Di tepi Jendela

Nenek tua itu duduk di tepi jendela.  Menyelek-nyelak tabir usang yang tidak berganti malah tidak di basuh entah berapa tahun lamanya.

Tabir itu sepatutnya menyerikan suasana di rumahnya tetapi telah menyemakkan mata yang memandangnya serta memburukkan lagi  suasana di dalamnya. Mana tidaknya, rupanya yang kusam, lebam, balam, menambahkan serta memburukkan lagi suasana suram, muram dan guram.  Berhabuk, berbintik-bintik hitam, bertahi lalat malah telah tercarik bagaikan di cakar sang kucing liar.

Sebenarnya bukan kucing yang mencakar, bukan jari-jemari nenek tua itu yang mencakar-cakar tabir itu, tetapi cakaran waktu, cakaran masa dan cakaran hari-hari yang telah bersilih ganti yang datang dan pergi.  Cakaran-cakaran serta carikan-carikan yang membuktikan telah bertahun ia setia di sisi jendela itu.  Seusia cakaran dan carikan yang ada di hati nenek tua itu.

Hujan panas, siang malam malah ribut taufan yang silih berganti akan terus mengoyakkan tabir itu, akan berterbanganlah carikan tabir lalu jatuh ke lantai serta mereputlah di situ, tiada siapa yang mahu tahu.

Tiada siapa yang ambil tahu, tiada siapa yang ingin membantu.  Namun nenek itu terus menunggu.

Tabir itu sepatutnya boleh melindungi cahaya yang panas terik, telah boleh menerobos ke dalam rumah. Tabir itu boleh menapis serta menghalang habuk dan debu-debu kotor dari memasuki rumah itu tetapi ia telah boleh menyusup masuk di celah-celah belahan carikan-carikannya.  Hujan panas yang kebiasaannya tidak lebat tetapi memudaratkan itu juga mampu masuk ke dalam rumah itu.  Apatah lagi hujan lebat, hujan batu juga ribut taufan sudah pastilah meluru masuk ke rumah usang itu.

Usang.

Usang, seusang penghuninya. Senada sahaja apa yang ada di dalam.

Nenek tua itu masih di situ, masih lagi menyelak-nyelak tabir usang itu, mengintai-intai di luar jendela itu.  Mengharapkan sapaan salam dari tetamu.  Namun tiada siapa yang datang menyapa.  Yang kedengaran hanyalah sapaan ayam itik di lamannya, serta kucing yang menjadi teman lamanya.

Nenek tua itu masih di situ, di jendela itu. Mengharapkan sapaan dari anak menantu serta cucu yang di rindu. Padahal suatu ketika dulu, rumah ini sentiasa ceria, sentiasa bercahaya dengan gelak tawa, dengan gurau senda ahli keluarganya. Tapi sayang semuanya telah tiada, hanya kenangan yang terus bertakhta di hati nenek tua.

Syawal telah pun berakhir.  Tiada siapa yang sudi datang ke rumah usang itu.  Tiada Mercedess bermata bundar yang mau mengegar laman usang itu. Tiada Alphart yang mau merapat ke laman usang itu.  Tiada kereta lama yang terbatuk-batuk enjinnya yang menjenguk ke laman usang itu.  Malah basikal pun tidak mahu lalu di situ. Tiada siapa yang ingin singah untuk menjengah nenek tua itu.

Kasihan dia, mengapa begitu jadinya.

Dia masih di situ.  Membayangkan kenangan dulu.   Bayangan yang masih terbentang di ingatannya, yang masih terang benderang menyuluh hidupnya.  Dia rindukan hilai-tawa, jerit-pekit, senda-gurau juga tanggis-mengada serta rajuk-hiba cucu-cucunya.  Melihat keletah dan telatah cucunya, hatinya menjadi bahagia.  Dia merasakan hidupnya cukup bermakna lagi penuh sempurna ketika itu.

Tapi sekarang kasihan dia, mengapa begitu jadinya.

Nenek tua itu masih di situ, masih di jendela itu,  Meniti hari-harinya tuanya yang tak menentu.  Menanti dan terus menanti mengharapkan anak-anaknya kembali.  Tapi apakan daya, syawal pun sudah meninggalkan kita.  Harapan sudah pudar jadinya dan rasa kecewa pula yang bertakhta.

Nenek tua itu masih di situ, menunggu dan terus menunggu, di jendela yang kaku,  menanti kehadiran anak menantu serta cucu.  Apakah masih ada waktu untuk mereka bertemu, untuk melepaskan rindu, untuk bercerita dan mengadu, untuk berbaik tanpa cemburu, sebelum senja berlalu, sebelum malam membisu, sebelum badan sejuk kaku,  hanya Allah sahaja yang tahu.

Apakah hati mereka sudah beku?  Tidak adakah rasa sayu? Tidak adakah rasa terharu?  Tidak adakah rasa malu?  Membiarkan ibunya begitu.  Ibunya menanggis tersedu-sedu.

Kenangan lalu

Dia terkenangkan anaknya Kamal.  Anak pertamanya yang tinggal di Kuala Perlis.  Sudah lama dia tidak balik ke kampung halamannya.  Jauh adalah alasan utamanya.  Masalah kewangan juga antara puncanya.  Walaubagaimanapun setahun sekali akan pulang juga ke kampung Sentosa, kampung halamannya.  Tetapi semenjak ibunya membahagikan harta pusaka keadaan sudah berubah.  Dia sudah mula memberi pelbagai alasan untuk tidak balik ke kampungnya.  Sebenarnya hatinya telah terluka.

Anak ke duanya pula, walaupun berada di Kuala Lumpur, masih tidak boleh balik ke kampung, katanya, “Kerjanya tak menentu, waktu cuti pun bertugas juga”.  Itulah jawapannya bila sesekali emaknya menelefon.

“Budak-budak ni pun sibuk dengan kelas tambahan dan tuisyen.  Hari cuti pun ada kelas, jadi susah sikitlah nak balik ke kampung”.  Sambungnya lagi.

Manakala anak ketiganya, Tijah pula sudah berubah, katanya, “Abang Din sibuk sejak kebelakangan ini mak, selalu outstation jadi Tijah ikut ke mana abang pergi”.  Itulah antara jawapan yang biasa di beri bila emaknya berada di talian talefon.  Sebelum ini dia jarang mengikut suaminya.  Sejak anaknya besar dia selalu mengikut suaminya.  Sebenarnya hatinya tersinggung dengan sikap ibunya yang melebihkan adiknya.

“Ilakan ada, diakan anak kesayangan mak.  Diakan dekat dan selalu menjenguk mak” Terkedu dan terbisu nenek itu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut celupar anaknya.  Bagaikan “memulangkan paku buah keras” pada ibunya.

Mereka memberikan pelbagai alasan untuk tidak berjumpa ibunya.  Mereka marah pada ibunya.  Mereka cemburu dengan adiknya.  Mereka sudah lama tidak bertanya khabar tentang adiknya, juga ibunya.  Biarlah begitu, mereka tidak mahu bertemu dengan adiknya.  Mereka sudah tidak mau melihat muka adiknya.

Manakala anak kesayangan nenek itu, anaknya yang bongsu yang tinggal di bandar berhampiran kampungnya.  Suatu ketika dulu memang selalu menjenguk nenek itu.  Makan minumnya sentiasa terjaga.  Bajunya sentiasa di basuh dan di lipatnya.  Rumahnya selalu di kemaskan, di sapu lantainya, di tukar langsirnya, di potong rumput halaman rumahnya.

Tapi…, semenjak dia mendapat dan membolot kebanyakan harta pusaka peninggalan ayahnya,  dia sudah jarang balik ke kampung, menjenguk ibunya walaupun dekat sahaja.

“Sibuk”  Perkataan yang selalu keluar dari mulut Ila pada emaknya.   Perniagaannya bertambah maju sekarang ini.  Nak di tinggalkan takut pula tak dapat projek atau kontrak.  Mana nak cari duit nak bayar rumah bonglo di atas bukit itu.  Macamana nak bayar hutang kereta yang lebih sejuta harganya.  Belum lagi di kira belanja yang lainnya, makan di hotel berbintang-bintang, melancung ke hujung dunia.

Bila bercuti, di gunakan untuk membawa anaknya ke luar negara.  Katanya “Inilah masa untuk bermesra dengan suami dan anak-anaknya”.  Untuk mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan mereka.

Tidak mengenang budi.

Begitulah lumrahnya manusia.  Tidak ingatkah dia akan ibunya yang mengorbankan harta bendanya, pusaka suaminya untuk anak yang di sayanginya?  Bila dah senang beginikah balasannya?  Sanggup membiarkan ibunya merempat di kampung halamannya.

Anak tidak mengenang budi.  Duit dah banyak, tapi biarkan ibunya sendiri.  Sakit peningnya sudah tidak di peduli.  Makan minumnya sendiri.  Tidurnya bertemankan mimpi ngeri.

Inikah balasan untuk dirinya.  Tidak berlaku adil terhadap anak-anaknya.   Tidak berfikir apakah akibatnya.  Bertindak sesuka hati tanpa usul periksa.  Tidak bertanya pada yang arif tentang pusaka. Sepatutnya terlebih dahulu berdoa pada yang Esa, mohon petunjuk dan hidayahNya.  Apakan daya menyesal sudah tidak berguna.

Masih ada masakah untuk bersatu?
Nenek tua itu tidak banyak waktu
Malaikat Izrail sedang menunggu
Untuk mencabut nyawa nenek itu
Menghantarnya ke dunia baru.

Nenek tua itukan ibumu.
Usah di kenang kisah yang lalu
Yang terluka dan rasa cemburu.

Nenek tua itu tetap ibumu
Ibumu yang satu,
Walau apa pun yang berlaku
Walaupun marah, tak setuju
Janganlah di sisihnya begitu.

Nenek tua itu tetap ibumu
Yang lalu biarlah berlalu
Binalah hidup baru
Kerana Allah sentiasa melihatmu
Mencatit apa yang berlaku
Syurga atau Neraka adalah tempatmu
Pilihlah mana yang engkau mahu.

Berbaktilah untuk ibumu
Demi Syurga yang menunggu.

Tidak kah terbuka hati mereka untuk menghentikan segala sengketa? Tidak terfikirkah mereka tentang dosa dan pahala?  Tidak takutkah mereka akan Neraka?  Mereka semuanya ada salah dan silapnya di mana-mana.  Saling bermaaf-maafan, itulah yang terbaiknya.  Atau sanggupkah mereka membawa ‘Pusaka ke Neraka’?

Inilah  akibatnya terlalu memikirkan dunia.
Inilah akibatnya terlalu pentingkan harta benda
Inilah akibatnya terlalu pentingkan diri sahaja
Sangup tidak bertegur sapa
Sangup tidak bertanya khabar berita.

*******************************************************************************

Firman Allah Ta’ala bermaksud :

“Berikanlah kepada kaum kerabat hak masing-masing”

(Al-Isra:  26)

Dan lagi

“Dan Kami perintahkan manusia supaya berbaik-baik kepada kedua ibubapanya, ibunya telah mengandungnya penuh derita dan melahirkannya penuh derita, kemudian menyusuinya selama tiga puluh bulan.”

(Al-Ahqaf: 16)

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :

“Orang yang paling banyak taqwanya kepada Allah, paling tererat sekali perhubungannya dengan keluarga, paling suka menyuruh berbuat kebajikan dan melarang berbuat kemungkaran”.

*

*

*

*** cerita di atas tiada kaitan dengan sesiapa.  Hanya khayalan si penulis untuk cuba memberi ikhtibar pada semua juga pada diri penulisnya.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Saya Suka, Allah Sukakah?

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Saya memang suka sesuatu yang cantik-cantik, bersih dan Berbeza dari Biasa.  Tapi tidak pula memperlekehkan perkara-perkara yang sebaliknya.  Tambah-tambah pula ia memanglah datangnya dari Allah seperti muka yang tidak cantik, cacat, miskin dan busuk/buruk.  Itu semuakan Qada’ dan qadar Allah, nanti seolah-olah kita menghina Allah pula.

Saya masih mampu makan kalau di hadapan saya ada najis atau ada bau-bauan yang kurang menyenangkan.  Tapi anak-anak dan suami  saya sebaliknya.  Mungkin suatu ketika dulu saya sudah biasa dengan keadaan itu.

Saya pernah membawa anak-anak saya ke kebun getah dan sampai sahaja di kebun anak saya yang pertama terjeluik menghidu bau-bauan getah sekerap tapi anak ke dua saya masih boleh bertahan walaupun hakikatnya di mata saya, dia adalah yang sangat menjaga “kemacorannya”.

Saya katakan pada mereka “Inilah bau duit”.   Setiap kali melalui kilang getah atau memotong/berselisih dengan lori getah, saya katakan pada mereka “jangan kata busuk, itulah bau duit.  Itulah yang membesarkan ibu dahulu”.

Anak pertama saya memang tak boleh pergi ke pasar sebab di pasar dia akan terjeluik beberapa kali.  Walaubagaimanapun abah mereka selalu mengajak mereka untuk menemaninya membeli keperluan dapur setiap minggu.   Akhirnya ia berkurangan sedikit demi sedikit.  Alhamdulillah.

Kini, anak-anak saya yang besar tak pernah kata busuk lagi.

Tapi.., dari kecil lagi saya mempunyai sifat suka sesuatu yang cantik, bersih dan menarik.  Tambah-tambah pula  saya tak pernah jumpa atau jarang jumpa.  Kalau nak ikutkan rumah ibubapa dulu, memang tak menarik dan cantik langsung maklumlah orang susah., tak de apa-apa pun. Tak de siapa yang nak datang dan menjenguk pun, tapi tak taulah, mungkin naluri wanita memang macam tu.  Walaupun tak cantik tapi saya tetap nak nampak cantik dan bersih.

Saya sanggup mengosok lantai rumah saya dengan sabun dan bilas dengan air bersih.  Saya sanggup menyangkul di sekeliling rumah jika rumput dan lalang telah meninggi.  Saya suka menanam bunga dan sayur-sayuran tapi abah saya kata “tangan saya panas, banyak yang tak menjadi”.  Saya suka menghias rumah walaupun tau tak de orang nak datang, samada sekarang ataupun dulu.

Namun demikian suka pada perkara-perkara seperti itu mendekatkan diri saya pada rasa riak, sombong dan berbangga-bangga dengan apa yang ada.  Sekarang pun saya memperniagakan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkara itu.

Salahkah apa yang saya buat?

Memang berbagai pendapat yang saya dengar, cuma buat masa sekarang ini, saya mengikut pendapat yang membolehkan saya melakukannya?

Memang tidak dinafikan sifat-sifat itu dan rasa-rasa semacam itu ada pada diri saya.  Itulah antara kelemahan dan kekurungan yang banyak ada pada diri saya yang cuba saya perbaikki dari semasa ke semasa.  Semoga sebelum mata saya tertutup ia akan hilang dan berubah.

Jika anda melihat gambar di bawah ini, inilah yang ada pada diri saya. Ikutlah apa yang anda rasa dan itulah saya.

Saya memang suka suatu yang cantik dan menarik yang tidak bertentangan dengan Islam.

Bunga Orkid Harimau kat rumah jiran(Kak Som), walaupun saya yang bagi anak bunga ni, tapi Kak Som punya dah berbunga manakala yang kat rumah saya masih belum berbunga lagi.  Jelous juga sebab macam lawan toke je.

Orkid kat rumah saya.  Cantikkan?  Lihatlah ia sebagai kebesaran dan kehebatan Allah s.w.t.

Misai Kucing, dulu pokoknya besar tapi sekarang ni dah di cantas.

Pokok kunyit dan halia antara yang ada kat laman saya yang sedepa je tu.  Manakala gambar sebelah yang masih dalam periuk berlubang/bocor tu, daun kuchai yang mak saya bagi dan dah di alih ke pasu lain separuh lagi.  Lihatlah pasu-pasu kosong yang cuba untuk di tanam sayur beberapa kali tapi tak tumbuh-tumbuh.  Memang betullah kata abah saya.

Pokok pandan yang di tanam berhampiran kolam yang saya dan suami saya buat sendiri masa mula-mula pindah dulu.

Ini pinggan untuk letak buah-buahan yang saya gunakan untuk letakkan ikan, batu dan bunga yang saya ambil kat luar rumah.  Kalau sebelum ni saya memang suka letak bunga hidup dalam rumah tapi tahun ni tak de bunga hidup tapi ganti dengan yang seumpamanya.

Yang ni pulak, balang kuih tahun lepas yang tak di gunakan, saya letakkan ikan juga.

Kraft Batik Canting.  Saja nak promote.

Set Nasi dagang yang di bawa oleh suami ke tempat kerja sempena jamuan Hari Raya tahun ini.  Saya juga suka memasak.

Gambar budak kecil kat atas tu, cucu-cucu saudara.  Dah jadi nenek pun..

Ahmadinejad

Syahid – Sheikh Ahmad Yassin yang mati dalam senyum.

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat(TGNA).

Gambar-gambar di atas ialah orang-orang yang amat saya suka dan kagumi keperibadiannya.

Sabda Rasullullah s.a.w bermaksud :-

“Berbahagialah orang yang merendah diri bukan kerana kemiskinan, juga orang yang membelanjakan harta yang di kumpulnya bukan pada jalan maksiat.  Begitu juga orang yang suka menaruh belas kasihan terhadap si hina dan si miskin atau bercampur gaul dengan para ahli ilmu dan hikmat”.

**************************

“Barangsiapa merendah diri kerana Allah, niscaya akan ditinggikan oleh Allah darjatnya.  Barangsiap menyombong diri pula niscaya akan di jatuhkan oleh Allah kedudukannya.  Barangsiapa berekonomi niscaya akan dimewahkan oleh Allah hidupnya.  Barangsiapa boros, niscaya akan dimiskinkan Allah keadaannya.  Dan barangsiapa memperbanyak ingatan kepada Allah, niscaya ia akan dicintai oleh Allah.”

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Cinta Pertamaku
Cinta Keduaku
Cinta KeTiga dan keEmpatku.
Jangan lupa baca…
Jangan lupa ucapkan..
Salahuddin Al Ayubi

"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".

Pola Langsir

EBOOK LANGSIR

February 2010
M T W T F S S
« Jan    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
Kata-kata Jengahan

ShoutMix chat widget
Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan".

Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Terima kasih utk..
Recent Comments
Anak Muda
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
  • PANDANGLAH..LIHATLAH..JANGAN ! February 6, 2010
    Saya sebenarnya berhasrat untuk menulis sesuatu yang lain dari topik ‘aurat wanita’ di dalam artikel kali ini. Akan tetapi, saya merasa terpanggil untuk menjelaskan beberapa persoalan yang dilontarkan melalui satu komentar di bawah artikel : That’s not hijab!“Assalamualaikum,Saya belum berkahwin, pakai tudung tiga segi menutup bawah dada cuma bukan tudung la […]
    Ummu Husna
  • Tiada Payung Emas untuk Wanita Bermadu February 2, 2010
    Entry kali ini, saya lakarkan secara ringkas sahaja memandangkan hambatan masa untuk menyiapkan suntingan buku Fikah Perubatan yang memasuki fasa akhir.  Lebih mendesak lagi, saya sekeluarga akan ke Beijing 4 hari lagi,  insya Allah.   Mohon maaf atas segala kekurangan dalam tulisan ini yang mungkin agak kurang tersusun.  ################# Di bawah  ini luah […]
    ummuabbas
  • Syukur Ya Allah... February 9, 2010
     بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Bersama pelajar PMIUTMSemoga Allah menunjukki kita jalan kebenaran. Semoga kita sentiasa didalam limpahan Nur RahmatNya. Semoga Kita tidak mati melainkan didalam Iman dan Islam. MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhl […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • Masa Berkualiti di PD & Melaka February 8, 2010
    Bismillah al-Rahman al-RahimHari minggu kali ni menjadi sesi menjelajah shopping mall bagi kami.. selesaikan barang-barang baby yang perlu kami sediakan menjelang kelahiran bulan depan. Seronok cuci mata tengok barang baby ni sebab barang baby kan semua cute jer... rambang mata nak memilih. Ikutkan penat memang penat ah.. tapi kena buat jugak. Alhamdulillah […]
    ummumishkah
  • IMAN DAH 42 HARI.... February 9, 2010
    Untuk che'teh Ameen&Iman di Penang...Iman melaram dengan baju hadiah che'teh bagi. terima kasih daun keladi... che'da tak nak bagi Iman hadiah ke? heh hehAda kawan ummi cakap, "lebatnya rambut Iman, macamrambutan yang banyak bulu tu....hehe" […]
    NORMI BINTI HAJI MAT YUSOF
  • USIA YANG MAKIN MENINGKAT January 27, 2010
    Masa yang berlalu, seiring dengan anjakan usia. Hari ini usia diri genap 28 tahun.Rasulullah SAW:المؤمن عبد بين مخافتين من ذنب قد مضى لا يدري ما يصنع الله فيه ومن عمر قد بقي لا يدري ماذا يصيب فيه من الهلكات(Orang Mukmin hamba antara dua yang menakutkan. Antara dosa yang telah berlalu, ia tidak tahu apakah yang akan dilakukan oleh Allah padanya (hukuman). Dan […]
    Al-Atiff
  • Siri 6 (Bagai belut pulang ke lubuk) February 8, 2010
    Semenjak merantau Bapak jarang sekali balik kampong,bukan Bapak melupakan keluarga,bukan, jangan anggap bapak begitu.Bapak tidak cukup wang untuk perjalanan. Sabak Bernam dan Johor jauh. Al maklum,Bapak baru buka tanah,belum ada sumber ekonomi. Selepas bernikah dengan emak,Bapak ada bawak emak balik kampong untuk diperkenalkan pada keluarga. Masa tu Bapak ma […]
    makbonda
  • Teori Amira: Jangan Makan Nasi... February 6, 2010
    Sabtu06.02.10Baby dah nampak ok sikit. Dah mula nak makan-makan. Minum teh tak dilupakan. Ibu nak masak nasi awal ari ni..Daddy pun tak de kat umah..Ade kursus di PJ sampai petang.So kena la masak awal untuk kami yang tinggal ni."Kakak tolong temankan Adik yer..Ibu nak masak jap"Amira mengangguk..setuju...mula bersembang-sembang dua beradik ni...ta […]
    sumaiyah_nda
Pengujung ke
wordpress stats